Latest Malay Review translations

Mepolizumab, reslizumab atau benralizumab untuk orang yang sudah mengambil sedutan steroid dan beta2 bertindak lama untuk asma mereka

1 year 10 months ago
Mepolizumab, reslizumab atau benralizumab untuk orang yang sudah mengambil sedutan steroid dan beta2 bertindak lama untuk asma mereka Mesej utama • Ubat asma mepolizumab, reslizumab dan benralizumab mengurangkan serangan asma pada individu terpilih dengan asma yang teruk (mereka yang mempunyai bilangan sel radang yang tinggi dipanggil eosinofil dalam darah mereka). Terdapat peningkatan kecil dalam skor soal selidik kualiti hidup dan ujian pernafasan, tetapi ini mungkin terlalu kecil untuk dikesan oleh pesakit. Soalan ulasan Penyelidik mempertimbangkan dalam ulasan ini sama ada mengambil ubat...

Setepat manakah pengimejan ultrabunyi dupleks (DUS) boleh mendiagnosis stenosis arteri karotid pada pesakit bergejala?

1 year 10 months ago
Setepat manakah pengimejan ultrabunyi dupleks (DUS) boleh mendiagnosis stenosis arteri karotid pada pesakit bergejala? Stenosis arteri karotid (CAS) ialah penyempitan lumen (ruang dalam) arteri karotid (biasanya disebabkan oleh himpunan kolesterol yang dipanggil plak). CAS merupakan punca kepada 8% semua strok yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah (strok iskemia) dan dikaitkan dengan kebarangkalian tinggi untuk berulang. Dalam keadaan sedemikian, rawatan adalah untuk mewujudkan semula aliran darah yang mencukupi (melalui pembedahan atau pendekatan yang lain untuk membuka saluran...

Bagaimanakah komunikasi tentang akhir hayat dan penjagaan dalam 12 bulan terakhir kehidupan boleh dipertingkatkan?

1 year 10 months ago
Bagaimanakah komunikasi tentang akhir hayat dan penjagaan dalam 12 bulan terakhir kehidupan boleh dipertingkatkan? Mesej utama Kami tidak menemui bukti berkualiti yang mencukupi untuk dapat menyatakan cara berkomunikasi tentang akhir hayat (EoL) yang terbaik untuk orang yang terlibat. Satu kajian intervensi persidangan keluarga mendapati bahawa intervensi komunikasi mungkin meningkatkan tempoh perbincangan EoL antara keluarga dan profesional kesihatan dalam beberapa situasi, dan satu lagi mendapati bahawa intervensi yang menggunakan panduan perbualan berstruktur mungkin membawa kepada...

Penyedutan nitrik oksida untuk merawat krisis kesakitan dalam kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit

1 year 10 months ago
Penyedutan nitrik oksida untuk merawat krisis kesakitan dalam kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit Soalan ulasan Bolehkah nitrik oksida yang disedut melegakan krisis kesakitan pada orang yang mempunyai penyakit sel sabit dan adakah ia mempunyai kesan lain yang bermanfaat (seperti mengurangkan keterukan kesakitan, memendekkan tempoh tinggal di hospital atau mengurangkan kekerapan krisis berulang) atau sebarang kesan berbahaya? Latar belakang Penyakit sel sabit adalah keadaan yang menjejaskan sel darah merah. Sel darah merah biasa adalah bulat, tetapi pada orang yang menghidap...

Adakah meningkatkan aliran darah ke kaki menggunakan sel daripada sumsum tulang mengurangkan keparahan gejala?

1 year 10 months ago
Adakah meningkatkan aliran darah ke kaki menggunakan sel daripada sumsum tulang mengurangkan keparahan gejala? Mengapakah persoalan ini penting? Iskemia anggota kritikal, atau iskemia kritikal yang mengancam kelangsungan anggota, berlaku apabila aliran darah ke kaki berkurangan berikutan penyakit arteri pinggiran yang semakin teruk. Pada mulanya, pesakit mengalami kekejangan kaki yang menghambat perjalanan (keadaan ini diistilahkan sebagai klaudikasi berperingkat), tetapi lama kelamaan sesetengah pesakit akan mengalami gejala yang lebih teruk termasuk sakit walaupun tidak melakukan apa-apa...

Bagaimanakah caranya membaiki komunikasi tentang penjagaan akhir hayat dan rawatan tempoh 12 bulan terakhir kehidupan?

1 year 10 months ago
Bagaimanakah caranya membaiki komunikasi tentang penjagaan akhir hayat dan rawatan tempoh 12 bulan terakhir kehidupan? Mesej utama Kami tidak menemui bukti berkualiti yang mencukupi untuk menentukan cara berkomunikasi tentang aspek penjagaan akhir hayat (EoL, end of life) yang terbaik untuk pesakit. Satu kajian terhadap pendekatan persidangan keluarga mendapati bahawa pendekatan komunikasi mungkin dapat meningkatkan tempoh perbincangan isu rawatan akhir hayat (end of life) antara pihak keluarga pesakit dengan pengamal perubatan dalam beberapa situasi, manakala satu lagi kajian mendapati...

Latihan perlindungan kanak-kanak untuk para profesional bagi menambah baik pelaporan penderaan dan pengabaian kanak-kanak

1 year 10 months ago
Latihan perlindungan kanak-kanak untuk para profesional bagi menambah baik pelaporan penderaan dan pengabaian kanak-kanak Mesej utama - Disebabkan kekurangan bukti kukuh, ianya tidak jelas sama ada latihan perlindungan kanak-kanak adalah lebih baik daripada tiada latihan atau latihan alternatif (contohnya latihan sensitiviti budaya) dalam meningkatkan pelaporan para profesional mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak. - Kajian yang lebih besar dengan reka bentuk yang baik diperlukan untuk menilai kesan latihan dengan kumpulan profesional yang lebih luas. - Penyelidikan masa hadapan...

Pemberian glukokortikoid peri-implantasi untuk kitaran teknologi pembiakan yang dibantu

1 year 10 months ago
Pemberian glukokortikoid peri-implantasi untuk kitaran teknologi pembiakan yang dibantu Soalan ulasan Ulasan ini menyiasat sama ada pemberian glukokortikoid pada masa implantasi embrio meningkatkan peluang kehamilan pada wanita yang menjalani persenyawaan luar rahim (IVF) atau suntikan sperma (ICSI) jika dibandingkan dengan tiada pemberian glukokortikoid. IVF dan ICSI adalah kedua-dua rawatan untuk membantu mencapai kehamilan. Latar belakang Glukokortikoid adalah kelas ubat yang serupa dengan hormon steroid yang dihasilkan dalam badan secara semula jadi. Ubat-ubatan ini mengurangkan...

Certolizumab pegol untuk rawatan mengekalkan penyakit Crohn yang tidak aktif

1 year 10 months ago
Certolizumab pegol untuk rawatan mengekalkan penyakit Crohn yang tidak aktif Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui sama ada penggunaan jangka panjang certolizumab pegol (CZP) adalah rawatan yang berkesan dan selamat untuk penghidap penyakit Crohn (CD) berbanding dengan plasebo. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Apakah penyakit Crohn? CD adalah penyakit kronik yang menyebabkan keradangan pada saluran gastrousus seperti usus kecil dan besar. Gejala biasa CD adalah cirit-birit kronik, sakit perut, demam,...

Latihan mobiliti untuk meningkatkan mobiliti dan fungsi orang tua yang lemah

1 year 10 months ago
Latihan mobiliti untuk meningkatkan mobiliti dan fungsi orang tua yang lemah Latar belakang Kelemahan adalah biasa dalam kalangan orang tua. Kelemahan menyebabkan peningkatan kemungkinan terjatuh, kesukaran bergerak (contoh berjalan) dan fungsi, kemasukan ke hospital, dan kematian. Dianggarkan bahawa 21% daripada penduduk yang tinggal dalam komuniti berusia lebih 65 tahun adalah lemah. Latihan mobiliti melibatkan pergerakan terkawal badan anda untuk melaksanakan tugas tertentu. Contoh-contoh latihan mobiliti termasuk latihan berdiri dan duduk, berjalan di sepanjang trek berjalan kaki, atau...

Apakah faedah dan kemudaratan aktiviti fizikal untuk orang yang mengalami sindrom usus rengsa

1 year 10 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan aktiviti fizikal untuk orang yang mengalami sindrom usus rengsa Mesej utama – Intervensi aktiviti fizikal antara enam dan 24 minggu boleh menambahbaik gejala pada orang yang mengalami sindrom usus rengsa tetapi buktinya adalah sangat tidak pasti. – Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara intervensi aktiviti fizikal dan penjagaan biasa untuk kualiti hidup dan kesakitan perut. – Tiada bukti yang mencukupi untuk menilai kesan buruk yang berkaitan dengan intervensi aktiviti fizikal kerana kekurangan pelaporan bagi kajian yang dijalankan.. Apakah...

Aktiviti pernafasan spontan dalam kegagalan paru-paru berkaitan COVID-19

1 year 10 months ago
Aktiviti pernafasan spontan dalam kegagalan paru-paru berkaitan COVID-19 Adakah pernafasan spontan awal bermanfaat dalam rawatan kegagalan paru-paru pada individu dengan COVID-19? Orang yang mempunyai COVID-19 yang teruk boleh mengalami kegagalan paru-paru, yang dikenali sebagai sindrom sukar bernafas akut (ARDS). Ini memerlukan ventilasi mekanikal invasif melalui tiub pernafasan. Adalah mungkin untuk membolehkan pernafasan, yang dicetuskan oleh pesakit (dipanggil pernafasan spontan), semasa menggunkan ventilator. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada ini bermanfaat untuk individu...

Terapi asid-asid lemak daripada hidupan laut sebagai rawatan bagi strok

1 year 10 months ago
Terapi asid-asid lemak daripada hidupan laut sebagai rawatan bagi strok Soalan ulasan Apakah kesan asid lemak omega-3 daripada hidupan laut bagi rawatan strok selepas temujanji susulan untuk jangka waktu singkat (sehingga tiga bulan) dan lebih panjang (lebih daripada tiga bulan). Latar belakang Istilah strok merujuk kepada kumpulan penyakit yang melibatkan saluran darah di dalam otak. Strok boleh disebabkan oleh pendarahan atau penyumbatan saluran-saluran darah ini yang mengakibatkan kehilangan fungsi sel-sel otak. Serangan iskemia sementara (TIA), juga dikenali sebagai 'strok mini',...

Merawat semua gigi (seluruh mulut) dalam masa 24 jam untuk penyakit gusi (periodontitis) di kalangan orang dewasa

1 year 10 months ago
Merawat semua gigi (seluruh mulut) dalam masa 24 jam untuk penyakit gusi (periodontitis) di kalangan orang dewasa Latar belakang Penyakit gusi berpanjangan (periodontitis) ialah penyakit radang kronik yang lazim menyebabkan kerosakan tisu lembut (gusi) dan tulang di sekeliling gigi, dan boleh mengakibatkan kehilangan gigi. Rawatan bukan pembedahan digunakan untuk menghentikan dan mengawal penyakit ini. Ia adalah berdasarkan 'instrumentasi subgingiva', iaitu, penyingkiran mekanikal bakteria di bawah gusi pada permukaan akar gigi yang dijangkiti. Rawatan konvensional dijalankan dalam dua...

Bronkodilator sedutan tindakan pendek untuk fibrosis sistik

1 year 10 months ago
Bronkodilator sedutan tindakan pendek untuk fibrosis sistik Soalan ulasan Kami menyemak bukti untuk penggunaan bronkodilator sedutan tindakan pendek (rawatan yang meluaskan dan membuka saluran pernafasan, dan menjadikannya lebih mudah untuk bernafas) pada orang yang mengalami fibrosis sistik. Bronkodilator tindakan pendek menunjukkan kesan dengan cepat dan biasanya bertahan untuk 4 hingga 6 jam. Kami berminat dengan sebarang jenis bronkodilator sedutan tindakan pendek, diberikan pada sebarang dos, dan melalui mana-mana jenis peranti (inhaler atau nebuliser). Kedua-dua nebuliser dan inhaler...

Shunting arteri karotid selektif atau rutin untuk endarterektomi karotid (dan kaedah pemantauan yang berbeza dalam shunting selektif)

1 year 10 months ago
Shunting arteri karotid selektif atau rutin untuk endarterektomi karotid (dan kaedah pemantauan yang berbeza dalam shunting selektif) Persoalan Kami menyiasat bagaimana shunting akan mempengaruhi strok, kematian, dan komplikasi lain, dan bagaimana kaedah pemantauan yang berbeza untuk shunting selektif akan memberi impak kepada hasil ini pada orang yang menjalani endarterektomi karotid di bawah bius am. Latar belakang Kira-kira 20% daripada strok berpunca daripada penyempitan arteri karotid (arteri utama yang membekalkan darah ke otak). Endarterektomi karotid adalah pembedahan untuk membuang...

Antibiotik untuk diverticulitis yang tidak rumit

1 year 10 months ago
Antibiotik untuk diverticulitis yang tidak rumit Diverticulitis adalah keradangan diverticula. Divertikula adalah kelemahan pada dinding usus. Diverticula adalah perkara biasa dalam populasi, terutamanya pada orang tua berumur 60 tahun keatas, dan selalunya tanpa gejala. Diverticulitis mungkin muncul sebagai sakit perut dan kelembutan disertai dengan tanda-tanda jangkitan, seperti demam. Dalam kebanyakan kes, diverticulitis sembuh tanpa komplikasi. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit mengalami komplikasi dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecemasan. Diverticulitis akut tidak rumit...

Apakah cara terbaik untuk merawat orang dewasa dengan bahu fraktur (patah)?

1 year 10 months ago
Apakah cara terbaik untuk merawat orang dewasa dengan bahu fraktur (patah)? Mesej utama - Tiada bukti yang mencukupi untuk memberitahu sama ada pergerakan awal lengan selepas seminggu dalam anduh boleh membuat perbezaan kepada fungsi bahu untuk jangkamasa panjang atau perkembangan masalah bahu berbanding dengan sokongan lengan dalam anduh selama tiga minggu atau lebih. - Pesakit melaporkan bahawa pembedahan tidak menghasilkan fungsi bahu yang lebih baik untuk kebanyakan jenis kepatahan ‘displaced’ (di mana bahagian yang patah telah terpisah) berbanding rawatan tanpa pembedahan. Walau...

Invensi untuk menambah baik air, sanitasi, dan kebersihan untuk mencegah jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah

1 year 10 months ago
Invensi untuk menambah baik air, sanitasi, dan kebersihan untuk mencegah jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan ini meringkaskan kajian rawak terkawal (RCT) (kajian di mana peserta dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dan kajian bukan rawak (bukan RCT) yang menilai kesan intervensi air, sanitasi, dan kebersihan dalam mencegah jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah. Jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah (STHs) terdiri daripada sekumpulan parasit usus yang tersebar kepada manusia melalui...

Pyronaridine-artesunate untuk merawat malaria Plasmodium falciparum yang tidak rumit

1 year 10 months ago
Pyronaridine-artesunate untuk merawat malaria Plasmodium falciparum yang tidak rumit Apakah tujuan utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat antimalaria pyronaridine-artesunate berkesan dan selamat dalam merawat kes tidak rumit bagi jenis malaria yang penting ( Plasmodium falciparum). Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, dan menemui 10 kajian. Mesej utama Pyronaridine-artesunate berkesan dalam merawat malaria P falciparum yang tidak rumit. Pyronaridine-artesunate secara umumnya selamat, tetapi...
Checked
12 hours 41 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed