Latest Malay Review translations

Kesan tomografi berkomputer (CT) pada pemeriksaan kanser paru-paru

1 year 9 months ago
Kesan tomografi berkomputer (CT) pada pemeriksaan kanser paru-paru Latar belakang Kanser paru-paru adalah penyebab kematian yang paling biasa berkaitan kanser di seluruh dunia. Kelangsungan hidup kanser paru-paru sangat bergantung pada masa seseorang didiagnosis dengan penyakit tersebut. Adalah penting untuk mengesan penyakit ini seawal mungkin melalui radiografi (x-ray dada) atau imbasan tomografi berkomputer (CT), yang merupakan jenis radiografi yang lebih terperinci di mana berbilang imej paru-paru diambil. Matlamat ulasan ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai penggunaan imbasan CT...

Intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19

1 year 9 months ago
Intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 Latar belakang Vaksin berkesan dalam mencegah kematian atau penyakit serius akibat COVID-19, penyakit yang hanya mempunyai sedikit rawatan yang tersedia. Vaksinasi secara meluas terhadap COVID-19 mungkin boleh melindungi mereka yang belum dapat vaksin. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak mahu mendapatkan vaksin COVID-19. Ini boleh mengakibatkan mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada penyakit serius dan kematian. Apakah matlamat kami? Kami ingin mengetahui intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 yang telah...

Menggunakan antibiotik secara sedutan bagi merawat jangkitan kuman paru paru yang menjadi teruk untuk sementara waktu di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis

1 year 9 months ago
Menggunakan antibiotik secara sedutan bagi merawat jangkitan kuman paru paru yang menjadi teruk untuk sementara waktu di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis Soalan ulasan Apakah bukti yang ada untuk menggunakan antibiotik yang disedut bagi merawat eksaserbasi (flare up) jangkitan paru-paru baru mereka yang menghidap cystic fibrosis? Latar belakang ‘Cystic fibrosis’ (CF) merupakan penyakit genetik yang serius, ia menyebabkan lendir atau mukus menjadi sangat melekit dibeberapa organ di dalam badan. Di dalam paru-paru, lendir melekit ini boleh membawa kepada jangkitan kuman yang berulang....

Felbamate digunakan dengan ubat-ubatan antiepilepsi lain untuk epilepsi tumpuan tahan ubat

1 year 9 months ago
Felbamate digunakan dengan ubat-ubatan antiepilepsi lain untuk epilepsi tumpuan tahan ubat Latarbelakang Sehingga 30% daripada orang yang menghidapi epilepsi masih mengalami sawan epilepsi walaupun mencuba pelbagai ubat antiepilepsi, sama ada secara berasingan atau dalam kombinasi. Orang-orang ini digambarkan sebagai mempunyai epilepsi tahan ubat. Ubat rintangan yang paling biasa pada orang dengan epilepsi tumpuan (epilepsi yang pada mulanya bermula di satu kawasan otak, tetapi boleh kemajuan untuk menjejaskan keseluruhan otak). Felbamate adalah ubat antiepilepsi yang mungkin berkesan untuk...

Pemindahan sel stem untuk rawatan sklerosis sistemik

1 year 9 months ago
Pemindahan sel stem untuk rawatan sklerosis sistemik Kami menjalankan ulasan penulisan perubatan pada Februari 2022 untuk mengkaji faedah dan kemudaratan pemindahan sel stem hematopoietik (HSCT) pada orang yang mengalami sklerosis sistemik (SSc). Apakah sklerosis sistemik dan pemindahan sel stem hematopoietik? SSc adalah penyakit autoimun (di mana sistem pertahanan semula jadi badan menyerang sel normal) yang menjejaskan kulit dan organ dalaman (paru-paru, sistem pencernaan, dll.). Gejala yang dikaitkan dengan SSc termasuk penebalan kulit, sesak nafas, gejala penghadaman, dan kesukaran...

Ejen-ejen anti-platelet dan antikoagulasi untuk tekanan darah tinggi (hipertensi)

1 year 9 months ago
Ejen-ejen anti-platelet dan antikoagulasi untuk tekanan darah tinggi (hipertensi) Soalan ulasan Kami mengulas bukti yang mengkaji sama ada ejen antiplatelet mengurangkan jumlah kematian atau kejadian trombotik utama atau kedua-duanya pada pesakit dengan tekanan darah (BP) tinggi apabila dibandingkan dengan plasebo atau rawatan aktif lain. Kami juga menilai sama ada antikoagulan oral mengurangkan jumlah kematian atau kejadian trombotik utama atau kedua-duanya dalam pesakit ini apabila dibandingkan dengan plasebo atau rawatan aktif lain. Latar belakang Walaupun peningkatan sistemik (arteri)...

Program saringan pergigian sekolah untuk memperbaiki kesihatan oral kanak-kanak

1 year 9 months ago
Program saringan pergigian sekolah untuk memperbaiki kesihatan oral kanak-kanak Apakah matlamat ulasan ini? Kesihatan oral bermaksud keadaan mulut, tekak, gigi dan gusi. Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui jika saringan pergigian sekolah memperbaik kesihatan oral kanak-kanak; dan jika benar, kaedah saringan mana yang terbaik. Kami mendapati lapan kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini. Ini adalah kemaskini kedua ulasan yang diterbitkan pada Disember 2017 dan pertama kali dikemaskini pada Ogos 2019. Mesej utama Tiada cukup bukti untuk membuat kesimpulan sama ada...

Apakah ketepatan gabungan berbeza pengimejan ultrasound dan ujian darah untuk mendiagnosis kanser ovari pada wanita sebelum dan selepas menopaus?

1 year 9 months ago
Apakah ketepatan gabungan berbeza pengimejan ultrasound dan ujian darah untuk mendiagnosis kanser ovari pada wanita sebelum dan selepas menopaus? Mengapakah mempertingkatkan diagnosis kanser ovari penting? Ramai wanita yang didiagnosis dengan kanser ovari (OC) mati akibat penyakit itu, kerana ia biasanya merebak di luar tiub/ovari pada masa diagnosis. Kehilangan OC (hasil negatif palsu) mungkin memerlukan pembedahan besar dan peluang untuk hidup yang lebih rendah. Diagnosis OC yang salah (hasil positif palsu) boleh mengakibatkan kebimbangan, ujian lanjut dan pembedahan yang tidak perlu. Apa...

Aspirin dan ubat serupa untuk rawatan trombosis urat dalam (DVT)

1 year 9 months ago
Aspirin dan ubat serupa untuk rawatan trombosis urat dalam (DVT) Mesej utama - Apabila digunakan selepas rawatan awal standard dengan antikoagulasan, aspirin dan ubat serupa (agen antiplatelet) sebagai tambahan kepada amalan perubatan terbaik (BMP), boleh mengurangkan tromboembolisma vena berulang (VTE), iaitu trombosis urat dalam (DVT) atau embolisma pulmonari (PE) , jika dibandingkan dengan BMP ditambah plasebo dalam tetapan DVT kronik. Tiada perbezaan yang jelas dalam kesan sampingan, pendarahan besar atau PE dengan penggunaan agen antiplatelet. - Kajian berkualiti metodologi tinggi yang...

Adakah cara yang baik untuk mengetahui sama ada orang yang hidup dengan HIV mengambil ubat mereka setiap hari?

1 year 9 months ago
Adakah cara yang baik untuk mengetahui sama ada orang yang hidup dengan HIV mengambil ubat mereka setiap hari? Isu Bagi penghidap HIV, pengambilan ubat mereka setiap hari (kepatuhan), adalah penting untuk memastikan HIV terkawal. Cara terbaik untuk mengukur kepatuhan orang ramai terhadap ubat HIV adalah dengan ‘ujian beban virus’ , yang memberitahu kami jumlah virus yang terdapat dalam darah. Ujian beban virus tidak tersedia di semua tempat, seperti di tempat yang kekurangan dana. Jika kami dapat mengukur pematuhan dengan ukuran yang lebih mudah didapati, ini mungkin membantu mengesan orang...

Rawatan kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dengan kortikosteroid digunakan ke dalam telinga tengah

1 year 9 months ago
Rawatan kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dengan kortikosteroid digunakan ke dalam telinga tengah Apakah kehilangan pendengaran secara tiba-tiba? Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah keadaan yang dicirikan oleh permulaan mendadak (biasanya dalam masa 72 jam) pendengaran berkurangan atau hilang. Bagaimana ia dirawat? Orang ramai sering menggunakan kortikosteroid – sejenis ubat anti-radang - untuk merawat keadaan. Ubat-ubatan ini biasanya diambil melalui mulut atau disuntik ke dalam badan (dikenali sebagai kortikosteroid sistemik), tetapi juga boleh diberikan sebagai suntikan...

Berapa tepatkah ujian-ujian antigen pantas untuk mendiagnos COVID-19?

1 year 9 months ago
Berapa tepatkah ujian-ujian antigen pantas untuk mendiagnos COVID-19? Mesej utama • Ujian antigen pantas adalah paling tepat apabila diguna dalam kalangan orang dengan tanda-tanda atau simptom COVID-19, terutama semasa minggu pertama sakit. Orang yang diuji negatif mungkin masih boleh dijangkiti. • Ujian antigen pantas adalah kurang tepat apabila ia diguna dalam kalangan orang yang tiada tanda atau simptom jangkitan, tetapi menunjukkan prestasi lebih baik dalam kalangan orang yang ada kontak dengan seseorang yang telah disahkan COVID-19. • Ketepatan ujian antigen pantas berbeza-beza antara...

Adakah jenis bius untuk terapi saluran semula untuk strok iskemia akut menjejaskan hasil pesakit?

1 year 9 months ago
Adakah jenis bius untuk terapi saluran semula untuk strok iskemia akut menjejaskan hasil pesakit? Apakah matlamat ulasan ini? Strok iskemia akut ialah kehilangan peredaran darah secara tiba-tiba di kawasan tertentu di otak, disebabkan oleh penyumbatan pada salah satu saluran darah, menyebabkan kerosakan saraf. Rawatan segera (saluran semula) untuk membuang penyumbatan boleh memberikan manfaat. Kami ingin mengetahui sama ada jenis bius yang digunakan untuk prosedur ini mempengaruhi rawatan untuk memulihkan aliran darah selepas saluran darah tersumbat (terapi saluran semula). Apakah jenis...

Adakah penguncian heparin mencegah penyumbatan kateter vena sentral dalam kalangan dewasa apabila dibanding dengan penguncian salina normal?

1 year 10 months ago
Adakah penguncian heparin mencegah penyumbatan kateter vena sentral dalam kalangan dewasa apabila dibanding dengan penguncian salina normal? Mesej utama Kami tidak menemui bukti jelas perbezaan antara heparin dan larutan salina normal (larutan garam steril dalam air) dalam mencegah penyumbatan kateter vena sentral (oklusi), atau dalam tempoh masa kateter tidak tersumbat, atau dalam bilangan kesan sampingan seperti jangkitan, kematian, perdarahan dan lain-lain. Kajian lanjut berskala besar dengan reka bentuk lebih baik diperlukan untuk mengurangkan ketidakpastian. Mengapakah soalan ini...

Rangsangan saraf vagus untuk sawan fokal

1 year 10 months ago
Rangsangan saraf vagus untuk sawan fokal Apakah yang kami ingin tahu? Matlamat kajian ini adalah untuk mencari bukti semasa tentang keberkesanan rangsangan saraf vagus dalam mengurangkan kekerapan sawan epilepsi, dan sebarang kesan sampingan yang berkaitan dengan rawatan. Apakah epilepsi dan bagaimana keadaan ini dirawat? Epilepsi adalah gangguan di mana discaj elektrik yang tidak dijangka daripada otak menyebabkan sawan. Kebanyakan sawan boleh dikawal oleh ubat antiepileptik tunggal, tetapi kadangkala, sawan tidak bertindak balas terhadap ubat. Sesetengah orang memerlukan lebih daripada...

Terapi ubat perangsang dan bukan perangsang untuk orang yang mengalami gangguan hiperaktif kurang tumpuan dan epilepsi

1 year 10 months ago
Terapi ubat perangsang dan bukan perangsang untuk orang yang mengalami gangguan hiperaktif kurang tumpuan dan epilepsi Apakah tujuan utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat perangsang dan bukan perangsang adalah berkesan dan selamat dalam merawat orang yang mengalami kedua-dua Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD) dan epilepsi. Penulis Ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkenaan untuk menjawab soalan ini. Latar belakang Epilepsi adalah penyakit di mana otak cenderung untuk menghasilkan sawan. ADHD adalah keadaan di...

Terapi antitrombotik untuk mencegah penurunan kognitif pada orang yang mempunyai penyakit saluran kecil pada pengimejan neuro tetapi tanpa demensia

1 year 10 months ago
Terapi antitrombotik untuk mencegah penurunan kognitif pada orang yang mempunyai penyakit saluran kecil pada pengimejan neuro tetapi tanpa demensia Latar belakang Gangguan aliran darah ke otak boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan pemikiran. Dalam keadaan yang dipanggil ‘penyakit saluran kecil serebral’, terdapat kerosakan pada saluran darah terkecil yang menjalar jauh di dalam otak. Kerosakan ini boleh menyebabkan strok tetapi boleh juga dilihat dalam imbasan otak orang yang tidak mempunyai gejala strok yang jelas. Penyakit saluran kecil serebral selalunya menjadi lebih teruk dari masa...

Bagaimanakah taxane patut diberikan sebagai agen kemoterapi tunggal pada wanita dengan kanser epitelium ovari berulang?

1 year 10 months ago
Bagaimanakah taxane patut diberikan sebagai agen kemoterapi tunggal pada wanita dengan kanser epitelium ovari berulang? Latar belakang Terdapat pelbagai pilihan kemoterapi untuk rawatan kanser epitelium ovari berulang. Keputusan ketika berulang termasuk bukan sahaja jenis ubat, tetapi juga dos dan masa pemberian. Taxane boleh diberikan sebagai regimen sekali seminggu (pada dos yang lebih rendah) atau tiga minggu (pada dos yang lebih tinggi), yang mungkin menyebabkan perbezaan pada keterukan dalam kesan sampingan dan keberkesanan. Disebabkan penyakit berulang mencadangkan penyakit yang tidak...

Terapi tingkah laku kognitif berkumpulan untuk skizofrenia

1 year 10 months ago
Terapi tingkah laku kognitif berkumpulan untuk skizofrenia Soalan ulasan Adakah terapi tingkah laku kognitif berkumpulan (terapi bercakap) yang menyasarkan psikosis (CBTp) adalah lebih berkesan daripada penjagaan standard (penjagaan yang biasanya diterima oleh seseorang) atau bentuk terapi bercakap lain (contohnya, kaunseling, terapi sokongan; sama ada berkumpulan atau individu) untuk orang dengan skizofrenia? Apakah skizofrenia? Skizofrenia adalah penyakit mental yang serius. Ciri-cirinya adalah khayalan (kepercayaan pelik), halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak ada), gejala...

Adakah ubat antipsikotik selamat dan berkesan untuk merawat orang yang mengalami penyakit spektrum skizofrenia dengan gejala katatonik?

1 year 10 months ago
Adakah ubat antipsikotik selamat dan berkesan untuk merawat orang yang mengalami penyakit spektrum skizofrenia dengan gejala katatonik? Mesej utama Kami tidak dapat menjawab sama ada ubat antipsikotik adalah selamat dan berkesan untuk penyakit spektrum skizofrenia dengan simptom katatonik kerana kami mendapati hanya terdapat satu kajian yang melibatkan sebilangan kecil orang dan tempoh rawatan yang singkat, menyebabkan kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap hasil kajian itu. Kami mendapati bahawa dalam satu-satunya kajian yang disertakan, kedua-dua ubat antipsikotik...
Checked
8 hours 18 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed