Latest Malay Review translations

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS) untuk gout akut

2 years 4 months ago
Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS) untuk gout akut Apakah yang dimaksudkan dengan serangan gout akut dan apakah NSAIDs? Gout terhasil daripada pemendapan hablur monosodium urate dalam dan sekitar sendi dan biasanya muncul sebagai episod artritis akut yang terhad sendiri. NSAIDs (ubat anti-radang bukan steroid) adalah ubat yang mengurangkan kesakitan dan keradangan, tetapi boleh meningkatkan risiko ulser gastrousus dan pendarahan. 'COX-2 selective inhibitors' (COXIBs) adalah subkumpulan bagi NSAIDs yang membawa kejadian ulser perut yang kurang. Ciri-ciri kajian Ini ialah kemas kini...

Hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj berbanding pembedahan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan wanita pembawa

2 years 4 months ago
Hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj berbanding pembedahan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan wanita pembawa Soalan ulasan Kami melihat bukti-bukti hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj dan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan pembawa. Ini adalah kemas kini ulasan terbitan terdahulu. Latar belakang Kami ingin mengulas cara yang paling selamat untuk melahirkan bayi dalam kalangan wanita dengan gangguan perdarahan dan wanita pembawa dan menilai masalah yang mungkin berlaku...

Strategi pemantauan baharu untuk kajian klinikal

2 years 5 months ago
Strategi pemantauan baharu untuk kajian klinikal Soalan kami Kami menyemak bukti tentang kesan strategi pemantauan baharu terhadap penemuan pemantauan, pengambilan peserta, susulan peserta, dan penggunaan sumber dalam kajian-kajian klinikal. Kami juga merumuskan komponen yang berbeza strategi yang diuji dan bukti kualitatif daripada penilaian proses. Latar belakang Pemantauan kajian klinikal adalah penting untuk memastikan keselamatan peserta dan kebolehpercayaan keputusan. Kaedah-kaedah baharu telah direka sebagai cara amalan pemantauan tetapi penilaian lanjut mengenai kaedah-kaedah baharu...

Strategi pemantauan baharu untuk ujian klinikal

2 years 5 months ago
Strategi pemantauan baharu untuk ujian klinikal Soalan kami Kami menyemak bukti tentang kesan strategi pemantauan baharu terhadap penemuan pemantauan, pengambilan peserta, susulan peserta, dan penggunaan sumber dalam kajian-kajian klinikal. Kami juga merumuskan komponen yang berbeza strategi yang diuji dan bukti kualitatif daripada penilaian proses. Latar belakang Pemantauan ujian klinikal adalah penting untuk memastikan keselamatan peserta dan kebolehpercayaan keputusan. Kaedah-kaedah baharu telah direka sebagai cara amalan pemantauan tetapi penilaian lanjut mengenai kaedah-kaedah baharu...

Pencair darah untuk rawatan awal pembekuan darah pada orang dengan kanser

2 years 5 months ago
Pencair darah untuk rawatan awal pembekuan darah pada orang dengan kanser Latar belakang Orang dengan kanser menghadapi peningkatan risiko pembekuan darah. Pencair darah (antikoagulan) yang diberikan pada beberapa hari pertama selepas mengenal pasti bekuan darah boleh terdiri daripada heparin bukan pecahan (diberi melalui vena), heparin berat molekul rendah (LMWH, disuntik di bawah kulit sekali atau dua kali sehari; dalteparin dan tinzaparin adalah dua jenis heparin berat molekul rendah yang berbeza), atau fondaparinux (disuntik di bawah kulit sekali sehari). Ubat pencair darah ini mempunyai...

Rawatan farmakologi untuk depresi psikotik

2 years 5 months ago
Rawatan farmakologi untuk depresi psikotik Depresi psikotik ialah kemurungan serious dengan ciri psikotik (iaitu khayalan dan/atau halusinasi). Ketidakpastian menyelubungi rawatan ubat yang paling berkesan untuk depresi psikotik: antidepresan sahaja, antipsikotik sahaja, atau kombinasi antidepresan dengan antipsikotik. Tujuan ulasan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan pelbagai bentuk rawatan ubat yang pernah digunakan untuk merawat depresi psikotik. Kami melakukan ini dengan menganalisis semua percubaan rawak terkawal (randomised controlled trial, RCT). Dua belas RCT memenuhi...

Terapi tambahan carisbamate untuk epilepsi fokus yang tahan ubat

2 years 5 months ago
Terapi tambahan carisbamate untuk epilepsi fokus yang tahan ubat Latar belakang Epilepsi adalah salah satu gangguan kronik sistem saraf yang paling biasa. Kebanyakan orang yang menghidap epilepsi dapat mengawal keadaan mereka menggunakan ubat antiepileptik tunggal; walau bagaimanapun, ramai orang yang menghidap epilepsi adalah tahan ubat dan perlu mengambil pelbagai ubat antiepileptik. Carisbamate mungkin berguna untuk epilepsi fokus yang tahan ubat (epilepsi yang mana sawan bermula di satu kawasan otak). Tujuan ulasan Ulasan ini menilai keberkesanan dan toleransi carisbamate apabila...

Kesan imunoterapi kepada prognosis untuk kanser paru-paru bukan sel kecil peringkat I hingga III yang dirawat dengan pembedahan atau radioterapi dengan tujuan kuratif

2 years 5 months ago
Kesan imunoterapi kepada prognosis untuk kanser paru-paru bukan sel kecil peringkat I hingga III yang dirawat dengan pembedahan atau radioterapi dengan tujuan kuratif Soalan ulasan Adakah rawatan yang membantu sistem imun badan melawan sel-sel kanser (imunoterapi) membuat orang dengan kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) yang telah menjalani pembedahan atau radioterapi untuk tujuan menyembuhkan, hidup lebih lama? Latar belakang Ramai orang dengan NSCLC, yang telah menjalani pembedahan atau radioterapi untuk menyembuhkan kanser mereka, akhirnya mati kerana kanser berulang, sama ada di...

Sejauh manakah keberkesanan program pembinaan daya tahan pra-pengerahan untuk tentera dan kakitangan perkhidmatan kecemasan barisan hadapan?

2 years 5 months ago
Sejauh manakah keberkesanan program pembinaan daya tahan pra-pengerahan untuk tentera dan kakitangan perkhidmatan kecemasan barisan hadapan? Tentera dan kakitangan perkhidmatan kecemasan barisan hadapan berisiko mengalami PTSD (gangguan tekanan selepas trauma) dan masalah psikologi berkaitan trauma lain jika mereka menyaksikan kejadian yang berpotensi menimbulkan trauma. Peristiwa sedemikian termasuk menyaksikan kecederaan atau kematian atau terdedah kepada situasi di mana kakitangan itu sendiri berisiko mengalami kecederaan atau kematian. Secara teorinya, adalah mungkin untuk membina daya...

Apakah faedah dan risiko rangsangan elektrik pada saraf tunjang dan ganglion akar dorsal untuk rawatan sakit kronik pada orang dewasa?

2 years 5 months ago
Apakah faedah dan risiko rangsangan elektrik pada saraf tunjang dan ganglion akar dorsal untuk rawatan sakit kronik pada orang dewasa? Mengapakah soalan ini penting Kesakitan yang berterusan (kronik) adalah masalah biasa yang dialami oleh orang dari semua lapisan masyarakat. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan perubatan yang berbeza dan kadangkala tidak dapat dijelaskan, tetapi ia sering menyebabkan penderitaan, kesusahan dan ketidakupayaan dan boleh mengakibatkan kesan yang besar terhadap kualiti hidup seseorang. Intervensi neuromodulasi tulang belakang yang diimplan (SNMD) melibatkan...

Cecair intravena berbanding penghidratan tiub nasogastrik atau orogastrik untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan bronchiolitis

2 years 5 months ago
Cecair intravena berbanding penghidratan tiub nasogastrik atau orogastrik untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan bronchiolitis Soalan ulasan Adakah tiub penyusuan atau kateter intravena lebih baik untuk menghidratkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan bronchiolitis? Latar belakang Bronkiolitis adalah jangkitan pernafasan biasa pada kanak-kanak kecil yang menyukarkan penyusuan disebabkan oleh peningkatan usaha untuk bernafas dan pengeluaran lendir. Apabila bayi dianggap tidak selamat untuk diberi makan melalui mulut (secara oral), terdapat dua cara cecair boleh...

Antioksidan untuk mencegah kemerosotan pernafasan pada penghidap distrofi otot Duchenne

2 years 5 months ago
Antioksidan untuk mencegah kemerosotan pernafasan pada penghidap distrofi otot Duchenne Soalan ulasan Apakah kesan (faedah dan bahaya) antioksidan untuk mencegah masalah pernafasan yang menjadi lebih teruk pada pesakit distrofi otot Duchenne (DMD)? Latar belakang Distrofi otot Duchenne adalah keadaan yang diwarisi di mana kanak-kanak lelaki menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pada peringkat awal usia yang menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Otot yang digunakan untuk bernafas boleh terlibat, yang membawa kepada sesak nafas dan keperluan untuk ventilasi buatan (mesin untuk menyokong...

Cahaya biru yang dipertingkatkan berbanding putih dalam rawatan kanser pundi kencing invasif bukan otot

2 years 5 months ago
Cahaya biru yang dipertingkatkan berbanding putih dalam rawatan kanser pundi kencing invasif bukan otot Soalan ulasan Bagaimanakah reseksi (melalui pembedahan) kanser pundi kencing yang disokong dengan kaedah visualisasi khas (cahaya biru) berbanding dengan reseksi standard dengan cahaya putih pada orang yang disyaki mempunyai tumor pada dinding dalam pundi kencing? Latar belakang Dalam orang yang disyaki menghidap kanser pundi kencing, tisu yang mencurigakan dipotong dari dinding dalam pundi kencing menggunakan alat khas yang dimasukkan melalui uretra ke dalam pundi kencing. Walau...

Pemberian tekanan udara positif nasal berterusan bagi pencegahan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan bayi pramasa

2 years 5 months ago
Pemberian tekanan udara positif nasal berterusan bagi pencegahan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan bayi pramasa Soalan ulasan Bagaimana pemberian tekanan udara positif nasal berterusan (CPAP) tahap rendah berbanding tahap sederhana kepada bayi pramasa mengimpak hasil kesihatan penting? Latar belakang Bayi pramasa dilahirkan lebih awal dari jangkaan. Berbanding bayi cukup bulan, bayi pramasa mempunyai paru-paru yang kurang matang dan berisiko untuk separa kuncup. Penguncupan ini menyukarkan paru-paru untuk membawa oksigen ke dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada badan....

Sistem pemantauan glukosa berterusan untuk memantau fibrosis sista yang berkaitan dengan diabetes

2 years 5 months ago
Sistem pemantauan glukosa berterusan untuk memantau fibrosis sista yang berkaitan dengan diabetes Soalan ulasan Adakah penggunaan sistem pemantauan glukosa berterusan (continuous glucose monitoring systems, CGMS) membantu orang dengan diabetes berkaitan fibrosis sista (cystic fibrosis-related diabetes, CFRD) menguruskan keadaan mereka dengan lebih baik? Latar belakang FIbrosis sista (cystic fibrosis, CF) ialah keadaan genetik yang memendekkan hayat. Ramai orang dengan CF juga mengalami CFRD, di mana glukosa darah mereka, atau jumlah gula dalam darah mereka, boleh meningkat kepada paras...

Rawatan untuk sakit perut dalam penyakit Crohn

2 years 5 months ago
Rawatan untuk sakit perut dalam penyakit Crohn Apakah matlamat utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada rawatan pada orang dengan penyakit Crohn boleh melegakan sakit perut. Kami menganalisa maklumat daripada 14 kajian untuk menjawab soalan ini. Mesej utama Berdasarkan bukti berkualiti rendah, rangsangan elektrik ke otak boleh melegakan sakit perut berbanding rangsangan palsu ke otak. Adalah tidak jelas sama ada terdapat sebarang perbezaan antara diet FODMAP rendah (satu kumpulan gula yang terdapat dalam makanan) dan diet yang tidak rendah FODMAP dalam...

Teh merah (Rozel) untuk menurunkan tekanan darah pada orang dewasa

2 years 5 months ago
Teh merah (Rozel) untuk menurunkan tekanan darah pada orang dewasa Mesej utama: Kita tidak tahu sama ada pengambilan Rozel menurunkan tekanan darah pada orang yang menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi). Kita tidak tahu sama ada Rozel selamat untuk diambil oleh orang yang menghidap hipertensi atau jika ia menjejaskan kadar denyutan jantung atau tekanan nadi. Apakah yang pengulas ingin ketahui? Pengulas ingin tahu sama ada teh merah (Rozel) adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk menurunkan tekanan darah pada orang dewasa dengan tekanan darah tinggi apabila dibandingkan dengan...

Bahan yang digunakan untuk mengembangkan rongga rahim semasa histeroskopi di tetapan pesakit luar

2 years 5 months ago
Bahan yang digunakan untuk mengembangkan rongga rahim semasa histeroskopi di tetapan pesakit luar Soalan ulasan Pengarang Cochrane ingin menentukan bahan manakah yang terbaik untuk mengembangkan rongga rahim semasa histeroskopi pesakit luar. Kami menyemak bahan manakah yang lebih diterima oleh pesakit, mempunyai kurang kesan sampingan, lebih memuaskan pengendali, dan dikaitkan dengan tempoh prosedur yang lebih pendek. Latar belakang Rahim adalah organ yang berongga. Histeroskop ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk melihat bahagian dalam rongga. Jika ingin dilihat, rongga tersebut...

Pendekatan-pendekatan bukan ubat untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa yang menerima rawatan di hospital di luar unit-unit penjagaan intensif dan rawatan separa rapi

2 years 5 months ago
Pendekatan-pendekatan bukan ubat untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa yang menerima rawatan di hospital di luar unit-unit penjagaan intensif dan rawatan separa rapi Soalan ulasan Kami mengulas bukti untuk pendekatan bukan farmakologi (bukan berasaskan ubat) untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa di hospital, tidak termasuk mereka yang dirawat di unit penjagaan intensif (ICU, wad khusus untuk merawat pesakit-pesakit kritikal). Latar belakang Delirium adalah penyakit penting yang lazim dalam kalangan dewasa, terutama orang tua di hospital. Kadangkala ia dirujuk sebagai ‘keadaan...

Pilihan rawatan untuk tumor neuroendokrin

2 years 5 months ago
Pilihan rawatan untuk tumor neuroendokrin Soalan ulasan Kami mengulas bukti tentang keselamatan dan keberkesanan terapi untuk tumor neuroendokrin (NETs) di saluran gastrousus dan pankreas untuk memberikan penarafan pilihan-pilihan rawatan ini. Latar belakang NETs ialah kumpulan pelbagai jenis kanser yang jarang berlaku, yang bermula di mana-mana bahagian badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tumor neuroendokrin berasal dari saluran gastrousus atau pankreas. Terdapat banyak jenis NETs dengan kadar pertumbuhan dan gejala yang berbeza. Walaupun sesetengah NETs menghasilkan hormon berlebihan,...
Checked
2 hours 48 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed