Latest Malay Review translations

Antibiotik profilaksis untuk mencegah jangkitan gram-positif yang berkaitan dengan kateter vena pusat berjangka panjang dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang menerima rawatan untuk kanser

2 years 7 months ago
Antibiotik profilaksis untuk mencegah jangkitan gram-positif yang berkaitan dengan kateter vena pusat berjangka panjang dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang menerima rawatan untuk kanser Isunya Pesakit yang menjalani rawatan anti-kanser (kemoterapi) selalunya mempunyai kateter (tiub) yang dimasukkan ke dalam vena besar, di mana kemoterapi mereka diberikan. Ini dikenali sebagai kateter vena pusat (CVC). Oleh sebab kemoterapi biasanya diberikan selama beberapa bulan hingga tahun, CVC berjangka panjang digunakan. Walaupun kemasukan dan penjagaan selepas itu adalah steril, CVC sering...

Seberapa tepat imbasan tomografi digital (computerised tomography, CT) untuk mengesan kanser hati?

2 years 7 months ago
Seberapa tepat imbasan tomografi digital (computerised tomography, CT) untuk mengesan kanser hati? Mesej utama Dalam pesakit dengan penyakit hati kronik, - tomografi digital (CT: imbasan keratan rentas di dalam badan) mungkin tidak mengesan kanser hati pada 22.5% orang yang tidak sempat untuk mendapat rawatan atau rawatan tepat, dan juga, CT diagnos kanser hati dengan tidak tepat pada 8.7% orang dimana mereka menerima rawatan yang sepatutnya tidak diperlukan. - CT mungkin tidak mengesan kanser hati pada 28.6% orang yang mempunyai kanser hati yang boleh menjalani pembedahan untuk mengeluarkan...

Intervensi untuk mengelak penambahan berat badan selepas berhenti merokok

2 years 7 months ago
Intervensi untuk mengelak penambahan berat badan selepas berhenti merokok Apakah cara terbaik untuk mengelakkan kenaikan berat badan setelah berhenti merokok? Mesej utama Kami tidak pasti program atau rawatan mana yang paling sesuai untuk membantu orang mengelakkan kenaikan berat badan dalam jangka masa panjang (sehingga 12 bulan) selepas berhenti merokok, atau bagaimana ia mempengaruhi kejayaan berhenti merokok. Ini adalah kerana bukti menunjukkan kesan yang berbeza dan tidak jelas terhadap kenaikan berat badan. Kajian lebih lanjut harus terus melihat bagaimana membatasi kenaikan berat...

Kesan pengujian untuk kanser (pada kematian dan penyakit yang berkaitan dengan kanser dan pembekuan darah) pada orang dengan pembekuan darah yang tidak diprovokasi di kaki dan paru-paru?

2 years 7 months ago
Kesan pengujian untuk kanser (pada kematian dan penyakit yang berkaitan dengan kanser dan pembekuan darah) pada orang dengan pembekuan darah yang tidak diprovokasi di kaki dan paru-paru? Mesej utama Ulasan ini mendapati bahawa terlalu sedikit kajian untuk menentukan sama ada pengujian untuk kanser yang tidak didiagnos pada orang dengan tromboemboli vena (VTE) pertama yang tidak diprovokasi adalah berkesan untuk mengurangkan kanser serta kematian dan penyakit berkaitan VTE. Kajian yang lebih berkualiti dan berskala besar adalah diperlukan. Mangapa soalan ini penting? Tromboemboli vena (VTE)...

Pembedahan untuk kekurangan vena dalam

2 years 7 months ago
Pembedahan untuk kekurangan vena dalam Latar belakang Kekurangan vena dalam adalah masalah vena kaki yang boleh menyebabkan ulser kaki (luka),sakit dan bengkak. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pada injap vena, oleh penyumbatan vena atau gabungan kejadian ini. Bagi kebanyakan pesakit, memakai stoking mampatan khas dan merawat ulser sudah mecukupi. Apabila ini tidak menyelesaikan masalah, pembedahan kadang-kadang dicadangkan. Adalah tidak jelas berapa banyak faedah yang terdapat daripada pembedahan. Ciri-ciri kajian dan keputusan utama Kami mencari kajian untuk merawat kekurangan vena dalam...

Suntikan darah atau PRP autologus untuk sakit siku sisi

2 years 7 months ago
Suntikan darah atau PRP autologus untuk sakit siku sisi Latar belakang Sakit siku sisi, juga dikenali sebagai 'tennis elbow' atau epicondilitis sisi, ialah penyakit tendon degeneratif (perubahan struktur tisu berkaitan usia) pada tempat otot extensor lengan yang melekat pada bahagian luar siku. Ia adalah punca biasa bagi kesakitan dan kehilangan upaya siku, kebiasaannya pada orang pertengahan umur. Suntikan darah dan plasma kaya platelet (PRP) autologous telah dicadangkan untuk meningkatkan penyembuhan tendon. Darah autologous diperoleh daripada sampel darah vena orang itu sendiri (darah...

Kaedah CHIVA untuk rawatan vena varikos

2 years 7 months ago
Kaedah CHIVA untuk rawatan vena varikos Latar belakang Ketidakfungsian vena kronik (CVI) adalah gangguan yang mana vena gagal mengepam darah kembali ke jantung dengan secukupnya. Akibatnya, ia boleh menyebabkan vena varikos, ulser kulit, dan trombosis vena superfisial atau vena dalam, dan gejala seperti sakit, keletihan, berat, kehangatan dan bengkak kaki. Kaedah pembetulan hemodinamik konservatif ambulatori bagi ketidakfungsian vena (CHIVA) adalah teknik pembedahan invasif minimum untuk merawat vena varikos. Rawatan CHIVA bertujuan untuk menghapuskan pintas vena-vena (sambungan tidak normal...

Ubat pencair darah dalam kalangan orang dengan multiple myeloma

2 years 7 months ago
Ubat pencair darah dalam kalangan orang dengan multiple myeloma Latar belakang Risiko pembekuan darah adalah tinggi pada orang yang menghidapi barah darah, terutamanya pada mereka yang menghidapi multiple myeloma, barah yang bermula di sel plasma, iaitu sejenis sel darah putih. Lenalidomide, pomalidomide, dan thalidomide adalah rawatan biasa untuk multiple myeloma, yang apabila digabungkan dengan agen kemoterapi lain, adalah terbukti meningkatkan risiko pembekuan darah. Ciri-ciri kajian Kami mencari pangkalan data saintifik untuk ujian klinikal yang melihat kesan ubat pencair darah yang...

Senaman untuk rawatan sakit belakang yang kronik

2 years 7 months ago
Senaman untuk rawatan sakit belakang yang kronik Adakah senaman adalah terapi yang berkesan untuk merawat sakit belakang yang berpanjangan? Mesej utama - Senaman mungkin mengurangkan kesakitan berbanding tanpa rawatan, penjagaan biasa atau plasebo pada orang dengan sakit belakang yang berpanjangan (kronik). - Senaman boleh mengurangkan kesakitan dan memperbaiki kehilangan upaya berbanding dengan rawatan biasa seperti elektroterapi atau pendidikan. - Terdapat banyak penyelidikan dalam bidang ini tetapi kami memerlukan kajian yang lebih besar dan dirancang dengan lebih baik untuk membolehkan...

Rawatan ubat untuk penyakit menarik rambut kronik (trichotillomania)

2 years 7 months ago
Rawatan ubat untuk penyakit menarik rambut kronik (trichotillomania) Trichotillomania (TTM) adalah suatu keadaan yang biasa tetapi melumpuhkan yang dicirikan oleh penarikan rambut secara berulang sehingga menyebabkan keguguran rambut. TTM boleh dikaitkan dengan banyak distress dan kecacatan. Ia juga boleh dikaitkan dengan keadaan psikiatri lain (dikenali sebagai komorbiditi) seperti kemurungan dan gangguan kegelisahan. Para penyelidik telah mencadangkan bahawa ubat mungkin berguna untuk merawat keadaan ini. Siapakah yang akan berminat dalam ulasan ini? - Orang yang mempunyai TTM atau...

Pengukuran berkala isipadu perut semasa pemakanan tiub

2 years 7 months ago
Pengukuran berkala isipadu perut semasa pemakanan tiub Soalan ulasan Adakah perlu mengukur isipadu perut secara berkala semasa pemakanan tiub? Sekiranya ya, apakah cara yang terbaik untuk memantau isipadu? Berapa kerapkah pemantauan perlu dilakukan? Berapa besarkah isipadu yang dianggap selamat? Latar belakang Orang yang menghidap penyakit akut mungkin tidak dapat makan kerana beberapa sebab (contohnya tidak sedar, memerlukan ventilasi mekanikal). Bagi mengekalkan tahap tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk populasi ini, pemakanan tiub, iaitu, memberikan nutrien padat yang dicairkan...

Pelembaran gel silikon untuk merawat parut hipertrofik

2 years 7 months ago
Pelembaran gel silikon untuk merawat parut hipertrofik Latar belakang Parut adalah tanda yang tertinggal pada kulit selepas luka atau kecederaan telah sembuh, contohnya, selepas pembedahan atau selepas terbakar. Kebanyakan parut akan pudar dan menjadi lebih pucat dari masa ke masa, tetapi beberapa parut menjadi merah dan menaik (dipanggil parut hipertrofik). Parut hipertrofik mungkin mengambil beberapa tahun untuk menjadi rata dan pudar. Parut boleh menjadi gatal, sakit atau hodoh, dan boleh menyekat pergerakan. Parut boleh menjejaskan orang secara fizikal dan emosi, dan boleh menjejaskan...

Intervensi-intervensi sepanjang hayat untuk pencegahan atau rawatan anemia

2 years 7 months ago
Intervensi-intervensi sepanjang hayat untuk pencegahan atau rawatan anemia Apakah isunya? Anemia (tahap zat besi yang rendah dalam darah) adalah masalah kesihatan di seluruh dunia, disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan (contohnya kekurangan nutrien) atau bukan pemakanan (contohnya penyakit atau gangguan genetik). Akibat kepada kesihatan termasuk keletihan, kehilangan produktiviti dan hasil buruk kehamilan dan anak. Mengapakah ini penting? Kekurangan zat besi (ID) adalah penyebab umum anemia pemakanan, disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam diet atau pengurangan penyerapan zat besi dalam...

Alat untuk membantu kelahiran vagina

2 years 7 months ago
Alat untuk membantu kelahiran vagina Pengulas menggunakan bukti dari kajian-kajian terkawal rawak untuk menilai pelbagai forsep dan cawan penyedut vakum yang digunakan untuk kelahiran vagina. Apakah isunya? Pada peringkat akhir proses kelahiran, apabila serviks (leher rahim) dilat sepenuhnya, kadang-kadang kelahiran bayi melalui vagina perlu dibantu dengan sesuatu alat. Ini mungkin disebabkan oleh ibu yang keletihan, bayi yang disyaki mengalami kesukaran, atau ibu dengan keadaan perubatan yang menghalang penolakan yang berlanjutan. Dua jenis alat boleh digunakan: forsep atau cawan penyedut...

Adakah proktogram evakuasi masih merupakan standard rujukan untuk diagnosis gangguan lantai pelvis posterior dalam wanita dengan gejala penyahtinjaan terhalang?

2 years 7 months ago
Adakah proktogram evakuasi masih merupakan standard rujukan untuk diagnosis gangguan lantai pelvis posterior dalam wanita dengan gejala penyahtinjaan terhalang? Isunya Gejala penyahtinjaan terhalang adalah perasaan tersumbat semasa percubaan untuk membuang air besar, perasaan membuang air besar yang tidak lengkap, atau keperluan untuk menggunakan jari untuk menyempitkan perineum/vagina atau dimasukkan ke dalam rektum untuk mengeluarkan najis. Ini boleh menyebabkan rasa malu dan kecewa, mengakibatkan kesan buruk terhadap kualiti hidup. Teknik-teknik pengimejan yang berbeza wujud untuk...

Terapi tekanan saluran udara positif tidak invasif untuk memperbaiki disfungsi ereksi dalam lelaki dengan apnea tidur obstruktif

2 years 7 months ago
Terapi tekanan saluran udara positif tidak invasif untuk memperbaiki disfungsi ereksi dalam lelaki dengan apnea tidur obstruktif Soalan ulasan Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai keberkesanan dan penerimaan terapi tekanan saluran udara positif tidak invasif untuk memperbaiki disfungsi ereksi (ED) dalam lelaki dengan apnea tidur obstruktif (OSAS). Latar belakang OSAS adalah keadaan klinikal yang mana halangan berulang pada tekak yang berlaku semasa tidur, menyebabkan berhenti bernafas. Disfungsi ereksi adalah kegagalan seorang lelaki untuk mencapai dan mengekalkan ereksi yang mencukupi...

Penggunaan rawatan anti-IgE untuk aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik

2 years 7 months ago
Penggunaan rawatan anti-IgE untuk aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik Soalan ulasan Kami mengulas bukti berkenaan kesan terapi anti-IgE untuk merawat aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik. Latar belakang Fibrosis sistik adalah penyakit genetik yang diwarisi yang tidak biasa berlaku di dunia barat. Aspergilosis bronkopulmonari alergi adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh kepekaan melampau kepada aspergilus (kulat) dan mungkin berlaku dalam 2 hingga 15% orang dengan fibrosis sistik. Terapi kortikosteroid dan antikulat...

Cannabinoid untuk rawatan demensia

2 years 7 months ago
Cannabinoid untuk rawatan demensia Latar belakang Demensia adalah nama untuk pelbagai keadaan berkaitan dengan kehilangan secara berterusan keupayaan berfikir, daya ingatan, dan keupayaan mental yang lain. Rawatan perubatan untuk demensia adalah terhad dan memberikan faedah yang sederhana. Banyak ubat dan intervensi bukan farmakologi digunakan untuk merawat gejala tingkah laku dan psikologi demensia. Walau bagaimanapun, terdapat masalah yang berterusan dengan kurangnya keberkesanan, keselamatan, dan kesesuaiannya. Sehubungan itu, rawatan baru, selamat, dan lebih berkesan adalah diperlukan...

Rawatan untuk sawan epilepsi ‘catamenial’ (berkaitan dengan haid)

2 years 7 months ago
Rawatan untuk sawan epilepsi ‘catamenial’ (berkaitan dengan haid) Latar belakang Epilepsi ‘catamenial’ (haid) menerangkan sawan yang bertambah buruk yang dikaitkan dengan edaran haid dan boleh mempengaruhi kira-kira 40% wanita dengan epilepsi. Terdapat masa-masa tertentu di dalam edaran haid apabila wanita paling berisiko: pada hari yang menghampiri tempoh haid dan semasa haid (‘perimenstrual’ atau corak ‘catamenial’ jenis 1); pada masa ovulasi (corak ‘catamenial’ jenis 2); dan di dalam separuh kedua edaran mereka (fasa luteal atau corak ‘catamenial’ jenis 3). Peningkatan risiko ini mungkin...

Apabila pengguna penjagaan kesihatan (pesakit, penjaga dan ahli keluarga) dan pengamal perubatan bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan, apakah kesannya?

2 years 7 months ago
Apabila pengguna penjagaan kesihatan (pesakit, penjaga dan ahli keluarga) dan pengamal perubatan bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan, apakah kesannya? Apakah perkhidmatan kesihatan yang berteraskan orang? Secara tradisional, perkhidmatan kesihatan telah dikembangkan oleh pengamal perubatan dan memberi tumpuan kepada penyakit tertentu atau kepakaran perubatan. Penglibatan pengguna sebagai rakan kongsi dalam merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan boleh menyebabkan perkhidmatan yang lebih mampu memenuhi keperluan...
Checked
20 hours 54 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed