Ginekologi dan kesuburan

Adakah kitaran progestogens merupakan rawatan yang berkesan dan selamat untuk pendarahan haid yang berlebihan berbanding dengan rawatan perubatan yang lain?
Latar belakang  Pendarahan haid berlebihan (HMB) merupakan pendarahan haid (tempoh) yang mengganggu kualiti hidup wanita, sama ada dari segi fizikal, emosi, sosial atau kebendaan, ia tidak bergantung dengan jumlah sebenar kehilangan darah. Kebanyakkan wanita yang mengalami HMB tidak mempunyai apa-apa punca fizikal yang berkaitan, seperti fibroid, maka, mendapatkan bantuan yang tidak melibatkan pembedahan adalah satu alternatif yang bagus. Progestogen kitaran adalah tablet hormon yang boleh diambil melalui mulut sama ada untuk 10 hari atau 3 hingga 4 minggu sebulan bagi rawatan HMB (kitaran pendek atau panjang progestogen).

Teknik pemilihan sperma termaju untuk pembiakan bantuan
Soalan ulasan  Kami berusaha untuk menentukan sama ada mana-mana teknik pemilihan sperma termaju yang digunakan untuk pembiakan bantuan, kecuali bagi pembesaran ultra-tinggi, mengubah kadar kelahiran hidup, kehamilan klinikal, keguguran, atau keabnormalan janin.
Latarbelakang Persenyawaan in vitro (IVF) dengan atau tanpa suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) adalah rawatan yang biasa digunakan untuk pasangan yang kurang subur. Adalah difikirkan bahawa pemilihan sperma yang berkualiti tinggi boleh meningkatkan hasil kejayaan untuk pasangan-pasangan ini. 

Penggunaan komputer atau teknologi robotik untuk membantu pakar pembedahan dalam menjalankan pembedahan ginekologi
Kajian yang dikemaskini ini pada asalnya diliputi oleh dua ulasan Cochrane berasingan yang berkenaan dengan pembedahan yang dibantu oleh robot untuk penyakit ginekologi benign dan malignan. Soalan Pembedahan laparoskopi (lubang kunci) digunakan secara meluas dalam ginekologi. Pembedahan yang dibantu oleh robot (RAS) adalah sejenis pembedahan laparoskopik yang baharu yang membolehkan pakar bedah mengendalikan pembedahan daripada konsol komputer yang terletak jauh daripada pesakit melalui lengan mekanik kawalan jauh yang dipasangkan pada meja pembedahan.