Faktor-faktor yang mempengaruhi sama ada pekerja penjagaan kesihatan mengikuti garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit berjangkit respiratori

Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit respiratori baru yang
telah merebak dengan cepat ke seluruh dunia. Pekerja penjagaan kesihatan yang merawat
pesakit COVID-19 berisiko jangkititan sendiri melalui dari batuk, bersin
atau cecair tubuh lain dari pesakit yang dijangkiti dan permukaan yang tercemar.

Ulasan ini ialah salah satu daripada siri ulasan pantas yang telah disediakan oleh penyumbang Cochrane untuk memaklumkan mengenai pandemik COVID-19 2020. Tujuan ulasan Cochrane tentang penyelidikan kualitatif (“sintesis bukti kualitatif”) adalah untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi sama ada pekerja penjagaan kesihatan mengikuti garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) untuk penyakit respiratori berjangkit. Bagi menjawab soalan ini, para pengarang mencari dan menganalisis kajian kualitatif tentang topik ini.

Pekerja penjagaan kesihatan menekankan beberapa faktor yang mempengaruhi keupayaan dan kesediaan mereka untuk mengikuti garis panduan IPC apabila menguruskan penyakit respiratori berjangkit. Ini termasuklah faktor-faktor yang dikaitkan dengan garis panduan tersebut dan cara ia disampaikan, sokongan dari pengurus, budaya tempat kerja, latihan, ruang fizikal, akses kepada dan kepercayaan dalam peralatan perlindungan diri (PPE), dan kemahuan untuk memberikan penjagaan yang baik untuk pesakit. Ulasan ini juga menekankan kepentingan untuk melibatkan semua kakitangan fasiliti, termasuk kakitangan sokongan, apabila melaksanakan garis panduan IPC.

Apabila penyakit respiratori berjangkit merebak, seperti semasa pandemik COVID-19, penggunaan strategi IPC oleh pekerja penjagaan kesihatan menjadi lebih penting. Strategi-strategi ini termasuk penggunaan PPE seperti topeng, pelindung muka, sarung tangan dan gaun; mengasingkan pesakit dengan jangkitan respiratori daripada yang lain; dan rutin pembersihan yang lebih ketat. Meneliti pandangan pekerja penjagaan kesihatan dan pengalaman mereka dengan strategi-strategi ini boleh membantu pihak berkuasa dan fasiliti penjagaan kesihatan mengetahui lebih lanjut mtentang cara terbaik untuk menyokong pekerja penjagaan kesihatan melaksanakannya.

Para pengarang menemui 36 kajian yang relevan dan mensampel 20 kajian ini untuk analisis. Sepuluh kajian adalah dari Asia, empat dari Afrika, empat dari Amerika Utara dan dua dari Australia. Kajian-kajian tersebut meneliti pandangan dan pengalaman jururawat, doktor dan pekerja penjagaan kesihatan yang lain apabila berurusan dengan SARS, H1N1, MERS, tuberkulosis, atau influenza bermusim. Kebanyakan pekerja penjagaan kesihatan ini bekerja di hospital; selebihnya bekerja di persekitaran penjagaan primer dan komuniti.


Ula
Ulasan memnekanakn beberapa faktor yang mempengaruhi kepatuhan pekerja penjagaan kesihatan terhadap panduan IPC. Faktor-faktor berikut adalah berdasarkan penemuan yang dinilai sebagai berkeyakinan sederhana hingga tinggi.

  • ·       Pekerja penjagaan kesihatan berasa tidak pasti apabila garis panduan tempatan adalah panjang, tidak jelas, atau tidak sepadan dengan garis panduan kebangsaan atau antarabangsa. Mereka merasa tertekan kerana garis panduan tempatan yang sering berubah. Mereka juga menjelaskan bagaimana strategi-strategi IPC meningkatan beban kerja dan keletihan, contohnya mereka perlu menggunakan PPE dan melakukan pembersihan tambahan. Pekerja penjagaan kesihatan menerangkan bagaimana respons mereka terhadap garis panduan IPC dipengaruhi oleh tahap sokongan yang mereka terima daripada pasukan pengurusan mereka.
  • ·       Komunikasi yang jelas tentang garis panduan IPC juga penting. Tetapi pekerja penjagaan kesihatan menekankan kekurangan latihan tentang jangkitan tersebut dan bagaimana menggunakan PPE. Mereka juga berfikir ia adalah satu masalah apabila latihan tidak diwajibkan.
  • ·       Ruang yang cukup untuk mengasingkan pesakit-pesakit juga penting. Bilik pengasingan, ruang antara (bilik kecil yang menuju dari koridor ke bilik pengasingan) dan kemudahan pancuran mandian yang terlalu sedikit adalah satu masalah. Langkah praktikal penting yang lain yang dijelaskan oleh pekerja penjagaan kesihatan termasuklah meminimumkan kesesakan, mempercepatkan pengesanan pesakit yang dijangkiti, mengehadkan pelawat, dan menyediakan akses mudah untuk fasiliti mencuci tangan.
  • ·       Kekurangan PPE, atau PPE yang berkualiti rendah, adalah kerisauan yang serius bagi pekerja penjagaan kesihatan dan para pengurus. Mereka juga menekankan keperluan untuk melaraskan jumlah bekalan ketika wabak jangkitan berterusan.
  • ·       Pekerja penjagaan kesihatan percaya mereka mengikuti panduan IPC dengan lebih teliti apabila mereka dapat melihat nilainya. Pekerja penjagaan kesihatan lain merasa bermotivasi untuk mengikuti panduan tersebut kerana khuatir akan menjangkiti diri dan keluarga mereka, atau kerana mereka rasa bertanggungjawab terhadap pesakit mereka. Sesetengah pekerja penjagaan kesihatan mendapati kesukaran untuk mengguna topeng dan peralatan lain apabila ia membuat pesakit berasa terasing, takut atau distigma. Pekerja penjagaan kesihatan juga mendapati topeng dan peralatan lain tidak selesa untuk diguna. Budaya tempat kerja juga boleh mempengaruhi sama ada pekerja penjagaan kesihatan mengikuti garis panduan IPC atau tidak.
  • ·       Merentasi kebanyakan penemuan, pekerja penjagaan kesihatan menekankan kepentingan melibatkan semua kakitangan, termasuk kakitangan pembersihan, porter, pekerja dapur dan kakitangan sokongan lain apabila melaksanakan garis panduan IPC.

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus) Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Pusat Perubatan Melaka-Manipal)

Baca laporan asal

Baca ulasan semula sistem cochrane yang asal

Dengar fail Digital Media

Bagi sektor kesihatan, agensi penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan lain dalam perencanaan, pelaksanaan dan pengurusan penyakit berjangkit pernafasan Polisi IPC memberikan bukti Abstrak Kepada

Baca semua berita-berita mengenai COVID-19 Cochrane