Ulasan rencana dan siaran akhbar

Bolehkah progestogen membantu mencegah keguguran?  
Kegagalan kehamilan, juga dikenali sebagai keguguran,  amnya berlakupada trimester pertama. Bagi sesetengah wanita dan pasangan mereka,keguguran boleh berlaku  kerapkali tiada alasan yang jelas didapati.Hormon yang dikenali sebagai progesteron menyediakan rahim (uterus). Untuk menerima dan menyokong telur yang baru disenyawakan pada peringkat awal kehamilan. Terdapat cadangan bahawa sesetengah wanita yang mengalami keguguran  mungkin tidak menghasilkan progesteron yang cukup di peringkat awal kehamilan. Menambah ubat-ubatan yang berfungsi seperti progesteron (dikenali sebagai progestogen) kepada wanita, telah dicadangkan sebagai cara yang mungkin untuk mencegah keguguran berulang. 

Pengapitan tali pusat lewat memperbaiki tahap kesihatan bayi yang lahir terlalu awal: Ulasan Cochrane terkini.
Ulasan sistematik Cochrane yang terkini ini mendapati bahawa pengapitan tali pusat lewat, berbanding  awal, boleh mengurangkan risiko kematian sebelum discaj bayi yang lahir pramatang.
Para penulis ingin menentukan sama ada pengapitan tali pusat lewat atau memerah tali pusat memperbaiki tahap kesihatan bayi yang lahir sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kaedah-kaedah ini dibandingkan dengan pengapitan tali pusat awal. Bayi-bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37, atau bayi pramatang, mempunyai tahap kesihatan yang lebih teruk berbanding bayi-bayi yang lahir cukup bulan, terutamanya jika mereka dilahirkan sebelum 32 minggu.

Pada 2015 Cochrane menerbitkan ulasan mengenai topik ini, yang kini telah dikemas kini untuk memasukkan enam kajian baharu, data tambahan dari kajian yang disertakan, dan menangani komen dan kritikan.
Organisasi Advokasi Global menuntut menyahcacing rutin semua kanak-kanak sekolah pada selang masa yang regular dengan ubat-ubatan penyahcacing di kawasan-kawasan di mana jangkitan helmin adalah lazim, mempunyai kesan kesihatan dan masyarakat yang substantif di luar penghapusan cacing.

UN-Habitat menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya satu bilion orang yang tinggal di kawasan sesak di bandar, iaitu tempat-tempat di kota-kota tanpa akses penjagaan kesihatan, air bersih, dan  sanitasi yang cukup. Salah satu akibat diet yang tidak cukup ialah pembantutan pertumbuhan, iaitu susuk tubuh sangat kecil bagi umur. Pembantutan dikaitkan dengan kerentanan terhadap jangkitan, masalah kogniti kemahiran berfikir dan memori) dan tingkah laku, dan prestasi kerja dan pendapatan yang kurang bagi orang dewasa. Intervensi pemakanan untuk memperbaiki pertumbuhan bayi dan kanak-kanak masih belum dinilai secara komprehensif atau sistematik di kawasan-kawasan sesak di bandar.

Fluoxetine merupakan ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan, dan kesan sampingannya ialah mengurangkan selera makan. Oleh itu,ia disyaki bahawa fluoxetine boleh digunakan sebagai rawatan untuk orang yang berlebihan berat badan atau obes. Dalam kumpulan orang ini pemberian fluoxetine merupakan rawatan luar label yang bermaksudia tidak dilesenkan untuk merawat obesiti.

Asma adalah sejenis penyakit paru-paru, gejalanya termasuklah nafas berdehit, sesak nafas, dan sesak dada. Dua ciri utama asma adalah keradangan dan bronkokonstriksi (otot di sekeliling tiub kecil di dalam paru-paru menjadi ketat). Keradangan ini boleh dirawat dengan inhaler steroid harian. Bronkokonstriksi boleh dirawat dengan beta2-agonis untuk mengendurkan otot. Ini membuka saluran udara dan menjadikan lebih mudah bernafas. Beta2-agonis boleh diguna dengan dua cara: untuk memberikan kelegaan dari gejala sesak dada ('beta2-agonis bertindak sekejap') dan membantu mencegah gejala daripada berlaku ('beta2-agonis bertindak lama' atau LABA)

Yoga mungkin mempunyai manfaat kesihatan untuk orang dengan sakit pinggang kronik tidak khusus

Ulasan Cochrane yang diterbitkan di Perpustakaan Cochrane, mencadangkan yoga boleh membuat pengurangan sakit yang kecil dalam kalangan orang dengan sakit belakang kronik tidak khusus untuk jangka pendek. Walau bagaimanapun, para penyelidik menasihatkan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk memberi maklumat mengenai kesan jangka panjang.
Sakit belakang adalah masalah kesihatan lazim, dan biasanya dirawat dengan jagaan diri dan ubat tanpa preskripsi. Bagi sesetengah orang ia mungkin bertahan selama tiga bulan atau lebih, dan pada masa ini ia dianggap "kronik". Sakit belakang kadangkala dikaitkan dengan sesuatu penyakit atau keadaan, tetapi majoriti kes sakit belakang mempunyai sebab yang tidak diketahui, dan akhirnya digambarkan sebagai tidak khusus. Garis panduan terkini menyatakan bahawa terapi senaman mungkin bermanfaat, khususnya yoga kadangkala digunakan sebagai rawatan.

Bukti baru yang diterbitkan hari ini dalam perpustakaan Cochrane memberikan bukti kualiti tinggi bahawa orang menggunakan terapi penggantian nikotin gabungan (sediaan jenis tampalan serta sediaan jenis tindakan pendek, seperti gula-gula getah atau gula gula) mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berhenti merokok daripada orang yang menggunakan sejenis sediaan ubatan sahaja.       
Terapi penggantian nikotin merupakan ubatan yang tersedia  dalam bentuk tampalan kulit, gula-gula getah, semburan mulut dan hidung, inhaler, gula-gula dan tablet yang membawa nikotin melalui badan kepada otak. Di banyak negara, terapi penggantian nikotin boleh didapati daripada golongan profesional kesihatan dan juga daripada kaunter (over-the-counter OTC) tanpa preskripsi. Terapi penggantian nikotin bertujuan untuk menggantikan nikotin yang didapati daripada rokok, supaya keinginan untuk merokok dikurangkan dan supaya para perokok boleh berhenti merokok sama sekali. Kami mengetahui bahawa terapi penggantian nikotin meningkatkan peluang berhenti merokok dan bahawa ia merupakan pilihan popular bagi orang yang ingin berhenti merokok.

Pengambilan minuman bergula dianggap sebagai pemacu utama epidemik obesiti global, dan telah dikaitkan dengan kerosakan gigi, diabetes dan penyakit jantung. Banyak badan kesihatan awam termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyaran kerajaan-kerajaan, industri makanan dan minuman, institusi-institusi pendidikan, tempat-tempat kerja dan pertubuhan sivil supaya menyokong pilihan minuman yang lebih sihat. Ulasan Cochrane baharu ini menyimpulkan bukti dari kajian penyelidikan yang menguji cara-cara yang berbeza untuk mengurangkan pengambilan minuman bergula pada tahap populasi.     

Omega 3 merupakan sejenis lemak. Kuantiti kecil omega 3 penting untuk kesihatan yang baik dan ianya boleh didapati dalam pemakanan kita. Terdapat 3 jenis lemak asid omega 3 seperti asid alfa- linolenic (ALA), asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ALA selalunya didapati dalam lemak tumbuh- tumbuhan seperti kekacang dan bijirin (walnut dan biji sawi merupakan sumber yang kaya dengan asid ini). EPA dan DHA pula dikenali sebagai lemak rantaian panjang omega 3, didapati secara semulajadi dalam ikan seperti ikan salmon dan minyak ikan, termasuklah minyak ikan kod.

Ulasan Cochrane  yang baru yang diterbitkan hari ini telah menemui bahawa meningkatkan pengambilan asid lemak tak tepu berlemak panjang (long-chain polyunsaturated fatty acid) omega-3 sewaktu kehamilan mengurangkan risiko kelahiran pramatang. 

Bukti baru yang diterbitkan di Perpustakaan Cochrane menunjukkan bahawa vaksin virus papilloma manusia (HPV) melindungi terhadap lesi serviks pada wanita muda, terutamanya bagi mereka yang telah dapat vaksin di antara umur 15 dan 26 tahun. Ia juga meringkaskan penemuan mengenai kemudaratan yang telah dinilai dalam kajian terkawal rawak.

Bukti kesihatan terkini menunjukkan bahawa perubahan cara pemakanan, aktiviti fizikal dan tingkah laku dapat mengurangkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.                                                                                                                               
Dua  Ulasan Cochrane yang diterbitkan baru-baru ini adalah ulasan yang terakhir dalam satu siri ulasan sistematik yang meringkaskan bukti mengenai kesan intervensi yang berbeza untuk merawat obesiti dan berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Ulasan-ulasan ini meringkaskan  hasil 114 kajian yang melibatkan lebih dari 13,000 kanak-kanak dan orang muda. Ia menunjukkan bahawa gabungan pemakanan, aktiviti fizikal dan intervensi perubahan tingkah laku boleh mengurangkan berat badan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur enam hingga 11 tahun dan  remaja yang  berusia 12 hingga 17 tahun, tetapi terdapat batasan dalam kajian dan variasi keputusan.

Ulasan Cochrane Baru  mendapati pembungkusan tembakau standard boleh membawa kepada pengurangan dalam kelaziman merokok dan mengurangkan tarikan tembakau.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penggunaan tembakau membunuh lebih ramai orang di seluruh dunia berbanding mana-mana lain punca kematian yang boleh dicegah. Pakar-pakar kesihatan global percaya cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan tembakau adalah dengan menghentikan orang dari mula menggunakan tembakau dan menggalakkan serta membantu pengguna tembakau untuk berhenti.

Ulasan Bukti Baru Cochrane menunjukkan bahawa pelabelan pemakanan  pada menu di restoran dan kafe boleh mengurangkan pengambilan kalori

Bukti baru yang diterbitkan di Perpustakaan Cochrane menunjukkan bahawa menambahkan label kalori pada menu dan bersebelahan makanan di restoran, kedai kopi, dan kafeteria dapat mengurangkan kalori yang diambil, walaupun kualiti bukti adalah rendah.
Makan terlalu banyak kalori menyumbang kepada berat badan berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan banyak jenis kanser, yang merupakan antara punca utama kesihatan yang buruk dan kematian pramatang. 


Rawatan manakah yang boleh membantu menyelesaikan 
masalah pengumpulan lilin telinga?
Pengumpulan tahi dalam telinga adalah perkara biasa. Ianya tidak selesa untuk pesakit dan boleh menyebabkan masalah pendengaran. Ubat titik telinga telah dikaji sebagai alat yang berpotensi untuk melembutkan lilin telinga, menghalang keperluan untuk rawatan lanjut seperti memicagari telinga. Ulasan baru ini, yang dihasilkan oleh pasukan dari UK dan AS yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Cochrane Telinga, Hidung dan Tekak, melihat rawatan mana (ubat titik atau penyembur yang berasaskan minyak dan air) dapat membantu menyelesaikan masalah pengumpulan lilin telinga.

Senaman berperantara penjaga mungkin berpotensi menjadi satu bentuk terapi tambahan kepada penjagaan biasa.                                                                                         
Strok adalah punca utama kecacatan diperoleh dewasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa apabila lebih banyak masa dihabiskan untuk terapi senaman pada minggu-minggu sehingga bulan-bulan pertama selepas strok akan  membawa kepada fungsi yang lebih baik dan membolehkan discaj awal yang disokong.  Oleh kerana kekurangan kakitangan dan sumber, ia adalah sukar dalam amalan untuk menghabiskan lebih banyak masa pada terapi senaman dalam tempoh masa ini. Salah satu kaedah untuk meningkatkan masa senaman ini adalah untuk melibatkan penjaga dalam melaksanakan latihan senaman bersama-sama dengan pesakit strok. Semasa latihan senaman ini, jurulatih terapi mengajar pesakit dan penjaga dan penilaian dirancang pada masa yang tetap.

Ubat manakah yang terbaik untuk mengurangkan kehilangan darah yang berlebihan selepas kelahiran?
Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui ubat manakah yang paling berkesan untuk mencegah kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan dan mempunyai kesan sampingan yang paling sedikit. Para pengarang mengumpul dan menganalisis semua kajian y angrelevan untuk menjawab soalan ini.  

Penemuan Ulasan Cochrane ini mungkin mencabar preskripsi antihistamin H1 untuk para pesakit dengan ekzema.
Ulasan Cochrane ini menilai kesan-kesan antihistamin H1 oral sebagai terapi 'tambahan' kepada rawatan topikal ekzema dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Ekzema (juga dikenali sebagai 'ekzema atopik / dermatitis') adalah gangguan kulit yang sering mempengaruhi kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Di negara-negara maju, 10% hingga 20% orang dipengaruhi oleh ekzema dalam jangka hayat mereka. Gejala utama adalah gatal, yang mengakibatkan menggaru dan, keradangan kulit, kerapkali menyebabkan kemerahan pada kulit.  

Dekongestan hidung dalam monoterapi untuk selesema biasaSelsema, walaupun tidak serius, adalah penyakit biasa yang bertanggungjawab keatas kebanyakkan lawatan ke doktor keluarga dan kehilangan hari dari masa kerja dan sekolah. Gejala-gejala selsema boleh bertahan sehingga dua minggu dan meliputi hidung berair, sakit tekak, dan bersin. Tiada penawar untuk selsema; rawatan hanya dapat melegakan gejala-gejala sahaja. Ramai orang menggunakan ubat-ubatan tiruan seperti dekongestan hidung untuk merawat gejala-gejala selsema.


Adakah intervensi berasaskan sekolah dapat mencegah HIV, jangkitan kelamin, dan kehamilan? Inilah soalan yang di tanya oleh penyelidik dari University of York, South African Medical Research Council, dan Stellenbosch University dalam Ulasan Cochrane yang diterbitkan.
Remaja yang aktif seksual di beberapa negara, terutamanya wanita muda, mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti HIV dan lan-lain penyakit kelamin( STIs); sementara, kehamilan awal yang tidak diingini juga boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan orang muda.
ntervensi terapeutik berdasarkan muzik mungkin dapat mengurangkan gejala tekanan dan memperbaiki masalah tingkah laku secara keseluruhan.
Pasukan ulasan ini dari Belanda menyatakan untuk mengetahui sama ada mereka dapat menjumpai bukti bahawa terapi berdasarkan muzik dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup orang yang mempunyai demensia. Mereka juga berminat terhadap bukti tentang kesan terhadap masalah emosi, tingkah laku, sosial atau kognitif (contohnya berfikir dan mengingat) pada orang yang mengalami demensia.
Menggunakan pelembap adalah satu bahagian penting dalam rawatan ekzema, tetapi adakah ia berkesan?
Ekzema adalah penyakit kulit yang kronik yang mempunyai ciri-ciri saperti kulit kering, gatal-gatal sengit, luka-luka kulit beradang dan mempunyai kesan yang besar ke atas kualiti hidup. Pelembap adalah asas kepada rawatan ekzema, tetapi adalah tidak jelas sama ada pelembap berkesan atau sama ada satu jenis pelembap adalah lebih baik daripada  yang lain.

Ulasan Cochrane memberi panduan jika suplemen zat besi pada setiap hari menunjukkan manfaat untuk wanita
Kekurangan zat besi adalah kekurangan zat besi yang disimpan di dalam badan dan anemia adalah disebabkan oleh tahap rendah hemoglobin - sel-sel darah merah yang sihat - dalam darah. Kekurangan zat besi dan anemia adalah masalah lazim di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan di kalangan wanita dalam semua konteks. Sekitar satu pertiga wanita yang tidak hamil di seluruh dunia mengalami anemia. Tahap besi yang rendah boleh menyebabkan anemia pada akhirnya. Anemia kekurangan zat besi merosakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita, dan zat besi tambahan – dalam bentuk tablet, kapsul, sirap atau titisan yang mengandungi besi - adalah intervensi yang lazim digunakan untuk mencegah dan merawat keadaan ini.
Tahap rendah zink, atau kekurangan zink, adalah masalah lazim dalam kanak-kanak dan wanita yang  tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.Makanan berasaskan  bijirin dan kekacang adalah kaya dengan serat dan fitat, yang mengurangkan penyerapan zink dari usus.Oleh kerana orang dari isi rumah berpendapatan rendah memperolehi kebanyakan daripada pengambilan nutrisi mereka daripada hanya makanan ini, mereka lebih cenderung untuk mengalami kekurangan zink.Penambahan zink dalam  makanan  ruji biasa, secara tunggal atau gabungan dengan vitamin dan mineral lain, telah dicadangkan sebagai suatu intervensi untuk meningkatkan pengambilan zink.

Bukti Cochrane menunjukkan bahawa hanya 10% daripada orang-orang dengan sakit kepala jenis ketegangan mengalami manfaat daripadamengambil ubat paracetamol 
Sakit kepala jenis ketegangan menjejaskan kira-kira seorang dalam lima di seluruh dunia. Orang dengan sakit kepala jenis ketegangan yang kerap atau akut episodik, mengalami antara dua dan 14 sakit kepala setiap bulan.Sakit kepala jenis ketegangan menghadkan seseorang dari menumpu perhatian dan bekerja dengan sempurna. Apabila sakit kepala berlaku, ia  beransur baik dengan  masa, walaupun tanpa rawatan.