Soalan ulasan Kami mengulas bukti ke atas kesan-kesan topikal dan sistemik (ubat-ubatan oral atau suntikan yang memberi kesan ke atas keseluruhan tubuh) rawatan untuk ekzema tangan bila dibandingkan dengan plasebo (rawatan serupa tetapi tak aktif), tidak ada rawatan, penyampai (bahan-bahan tak aktif yang membantu penyampaian rawatan aktif), atau rawatan lain. Kami melibatkan 60 kajian rawak (5469 peserta) yang mempunyai penerbitan sehingga April 2018.