Bisphosphonate dan denosumab untuk kanser payudara
Apakah isunya? Kanser payudara boleh merebak dan berulang di tulang. Ini boleh menyebabkan fraktur, sakit dan kalsium tinggi dalam aliran darah (dikenali sebagai komplikasi). Ubat untuk osteoporosis boleh mencegah komplikasi ini dan membantu menyembuhkan kanser dengan mengurangkan pertumbuhan kanser dalam tulang. Ubat-ubatan ini dipanggil ‘bisphosphonate’. Jenis yang lebih baharu dipanggil 'denosumab'. Bisphosphonat atau denosumab diberi sebagai tambahan kepada ubat rawatan kanser lain. Ia boleh diberi bersama kemoterapi, terapi endokrin, atau radioterapi.
Laparoskopi dalam mengenal pasti tahap merebak kanser ovari
Kanser ovari adalah penyakit yang mempunyai kadar mortaliti (kematian) yang tinggi . Ramai penyakit wanita (75%) hanya dikenal pasti apabila penyakit barah mereka sudah berada di peringkat akhir dan 140,000 wanita meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun di seluruh dunia. Antara rawatan-rawatannya terdiri daripada pembedahan debulking (pengurangan saiz barah sebanyak mungkin semasa pembedahan yang dipanggil laparotomy - biasanya melalui potongan panjang yang menegak pada abdomen) dan enam kitaran kemoterapi.
Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada latihan kemahiran komunikasi (CST) untuk petugas kesihatan profesional yang berurusan dengan penghidap kanser mempunyai impak terhadap cara komunikasi petugas kesihatan profesional dan kesihatan fizikal dan mental pesakit.
Kanser payudara adalah sejenis kanser yang paling kerap berlaku dan penyebab kedua kematian kanser dalam kalangan wanita. Oleh itu, apa-apa strategi yang dapat mengurangkan beban ini sangat ditunggu-tunggu. Agen pencegah kanser (CPA) adalah ubat-ubatan yang mungkin memenuhi keperluan ini. Pada masa ini, dua jenis CPA utama boleh didapati untuk memerangi kanser payudara: modulator reseptor estrogen terpilih (SERMs, seperti tamoxifen dan raloxifene) dan inhibitor aromatase (seperti exemestane dan anastrozole). Wanita tanpa kanser payudara, tetapi dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini (iaitu, dengan risiko seumur hidup melebihi 17%) mewakili populasi sasaran untuk CPA.