Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link
Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk membandingkan prosedur laser dengan pendekatan lain untuk menurunkan tekanan dalam mata bagi orang dengan glaukoma yang tidak respon kepada jenis rawatan lain. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian dengan prosedur siklodestruktif yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati lima kajian.
Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan Ulasan Cochrane adalah untuk mengetahui samada perubatan herba adalah berguna untuk pesakit retinopati diabetes bila dibandingkan dengan plasebo, tidak ada rawatan, perubatan bukan herba (lazim) atau rawatanpembedahan. Para penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menemui 10 kajian.
Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan kajian Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada implantasi satu atau lebih iStent atau peranti suntikan (iStent) lebih berkesan untuk mengelakkan pesakit yang mempunyai glaukoma sudut terbuka primer memerlukan ubat titis glaukoma (iaitu ‘bebas rawatan ubat titis’) berbanding dengan rawatan perubatan yang konvensional, laser, atau rawatan pembedahan. Ubat titis glaukoma digunakan untuk mengawal kadar tekanan cecair di dalam mata pesakit (dipanggil sebagai tekanan intraokular (IOP).