Jantung dan peredaraan darah


Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link


Terapi asid-asid lemak daripada hidupan laut untuk rawatan strok
Soalan ulasan Menilai kesan asid lemak omega-3 daripada hidupan laut bagi rawatan strok selepas temujanji susulan untuk jangka waktu singkat (sehingga tiga bulan) dan lebih panjang (lebih daripada tiga bulan).
Latarbelakang Istilah strok merujuk kepada kumpulan penyakit yang menganggu saluran darah di dalam otak. Strok boleh disebabkan oleh pendarahan atau penyumbatan saluran-saluran darah ini yang mengakibatkan kehilangan fungsi sel-sel otak. Serangan iskemia sementara (TIA), juga dikenali sebagai 'strok mini', merupakan gangguan sementara bekalan darah ke otak.

Orang terlatih dalam masyarakat (Community first responders, CFR) bagi memberi bantuan kecemasan untuk masalah jantung berhenti di luar hospital pada orang dewasa dan kanak-kanak
Soalan ulasan  Untuk menilai kesan menghantar CFR ke tempat terjadinya jantung terhenti di luar hospital dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih daripada empat minggu, dari segi kelansungan hidup dan fungsi neurologi.
Latarbelakang  Jantung terhenti di luar hospital merupakan punca utama kematian. Ia terjadi apabila jantung seseorang tiba-tiba berhenti mengepam darah ke seluruh badan, dan ia sering disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal. Seseorang yang mengalami jantung terhenti akan mati dalam masa beberapa minit melainkan rentak dapat diselaraskan semula.

Soalan ulasan ini adalah kemaskini kedua terhadap ulasan ini, dimana ulasan ini pertama kali telah diterbitkan pada tahun 1998 dan pertama kali dikemaskini pada tahun 2009. Penyelidik ingin mengkaji kelebihan dan kemudaratan penggunaaan ubat-ubatan yang menurunkan tekanan darah dalam kalangan orang dewasa yang berumur 60 tahun atau lebih tua yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Soalan Adakah ubat-ubatan antagonis kalsium bermanfaat untuk orang yang mengalami strok iskemia akut?
Latar belakang Kebanyakan strok adalah akibat kurang aliran darah dengan halangan arteri besar dan kecil. Akibatnya, ion kalsium membanjiri sel-sel otak dan menyumbang kepada kematian sel otak. Antagonis kalsium boleh mengurangkan kerosakan dengan menghalang kemasukan ion kalsium. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, terdapat banyak kajian klinikal yang memfokus kepada pelbagai antagonis kalsium untuk strok iskemia akut. 

Latar belakang Trombosis vena dalam (DVT) ialah pembentukan klot darah dalam vena yang dalam di badan, biasanya berlaku di vena kaki atau pelvis. Beberapa faktor seperti kurang mobiliti, usia lanjut, obesiti, kanser yang aktif, pembedahan major, kecederaan besar, sejarah DVT terdahulu, sejarah DVT keluarga, dan tempoh sakit terbaharu boleh meningkatkan risiko pembentukan DVT. Pesakit hospital yang mempunyai satu atau lebih faktor risiko, berisiko besar untuk DVT, sama ada sejurus selepas pembedahan atau jika mereka kurang mobiliti akibat penyakit perubatan.

Soalan-soalan: Adakah ubat tekanan darah mencegah strok, penyakit pembuluh darah yang lain dan demensia; dalam kalangan penghidap strok atau strok ringan Apakah sasaran tekanan darah yang terbaik bagi pencegahan strok, penyakit pembuluh darah yang lain dan demensia; dalam kalangan pesakit strok atau strok ringan? Latar belakang: Strok, disebabkan oleh pembuluh darah yang tersumbat atau berdarah di dalam otak menjejaskan lebih kurang 14 juta manusia serata dunia setiap tahun. Pemandiri strok mempunyai penambahan risiko mendapat ulangan strok, penyakit pembuluh darah yang lain dan demensia. 

Penyakit kardiovaskular merupakan satu beban global dan berbeza diantara pelbagai kawasan. Variasi serantau ini dikaitkan dengan faktor diet dan kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mempunya kaitan dengan kadar penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi. Ulasan ini menilai keberkesanan dalam meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai intervensi tunggal di kalangan orang dewasa yang sihat serta mereka yang mempunyai risiko penyakit kardiovaskular dalam pencegahan penyakit itu tanpa sebarang pengaruh dari corak diet lain atau modifikasi cara hidup .

Latar belakang Tekanan darah tinggi adalah satu masalah yang biasa dan boleh meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit-penyakit seperti serangan jantung, strok dan penyakit ginjal. Koenzim Q10, yang merupakan salah satu supleman nutrisi tanpa preskripsi, telah dicadangkan sebagai ubat yang berpotensi mengurangkan tekanan darah. Apabila rumusan ini disiapkan dan diterbitkan pada Oktober 2009, kesimpulannya adalah "oleh sebab terdapat kemungkinanbahawa ketiga-tiga kajian yang telah dinilai tidak boleh dipercayai, adalah tidak pasti sama ada koenzim Q10 mampu mengurangkan tekanan darah dalam hipertensi primer atau tidak dalam jangka masa panjang".

Soalan ulasan Kami mengulas kajian rawak (peserta berpeluang sama untuk diperuntukkan salah satu rawatan) bagi menilai kesan lemak omega-6 yang lebih tinggi berbanding dengan lemak omega-6 yang lebih rendah terhadap kematian dan penyakit jantung dan peredaran darah (penyakit kardiovaskular (CVD), termasuk serangan jantung dan strok). Latar belakang Lemak omega-6 adalah penting dan kita perlu dapatkannya daripada beberapa makanan. Ia penting untuk melaraskan pengeluaran tenaga 

Pemulihan jantung telah disyorkan sebagai rawatan selepas pembedahan injap jantung, tetapi kami tidak dapat mengenalpasti ulasan sistematik yang terdahulu. Ulasan sistematik ini menilai kemanfaatan dan kemudaratan pemulihan jantung berdasarkan senaman di kalangan orang dewasa yang telah menjalani pembedahan injap jantung.Ciri-ciri kajian Kami telah mencari kajian rawak klinikal (kajian di mana peserta diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen