Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link
Intervensi pembedahan bagi osteoartritis di lutut yang mempunyai simptom ringan hingga sederhana
Soalan ulasan Adakah intervensi pembedahan bagi osteoartritis lulut yang ringan dan sederhana tapi simptomatik selamat dan bermanafaat? Latarbelakang Berjuta orang di serata dunia mempunyai masalah osteoartritis di lutut . Pembedahan penggantian lutut bagi osteoartritis di lutut peringkat terakhir merupakan kaedah rawatan yang bermanafaat. Pesakit yang mempunyai perubahan degeneratif di lutut yang ringan hingga sederhana boleh mendapat simptom yang menganngu hidup tetapi secara rutinnya tidak ditawarkan pembedahan penggantian lutut kerana manafaat pembedahan bagi mereka kurang jelas. Tidak diketahui adakah pembedahan jenis lain untuk pesakit dalam ini kumpulan ini bermanfaat dan selamat.
Apakah fibromyalgia dan apakah senaman bercampur?
Fibromyalgia adalah satu keadaan yang menyebabkan sakit kronik dan sakit seluruh badan. Orang dengan keadaan ini kerap berasa murung, letih, dan kaku, dan sukar tidur. Senaman bercampur ditakrifkan sebagai sesi regular dua atau lebih jenis senaman termasuk aerobik (berjalan atau berbasikal), kekuatan (angkat berat atau menarik jalur rintangan), atau senaman fleksibiliti (regangan). Ciri-ciri kajian Para pengulas mencari kajian-kajian sehingga DIsember 2017, dan mendapati 29 kajian (2088 peserta) yang dijalankan di 12 negara berbeza. Purata umur peserta kajian adalah 51 tahun, dan 98% adalah wanita. Purata program senaman adalah sepanjang 14 minggu dengan tiga sesi 50 ke 60 minit setiap minggu. Semua program senaman diselia penuh atau separa.
Vertebroplasty’ untuk merawat fraktur spina akibat osteoporosis
Latar belakang Osteoporosis digambarkan oleh ciri tulang yang nipis, rapuh dan boleh menyebabkan fraktur trauma minimal tulang belakang (vertebra). Ia boleh menyebabkan sakit yang teruk dan hilang upaya. Vertebroplasty’ melibatkan suntikan simen gred perubatan ke dalam vertebra yang fraktur, di bawah sedasi ringan atau anestesia umum. Simen tersebut mengeras di dalam ruang tulang untuk membentuk sebuah acuan dalaman.
https://www.cochrane.org/ms/CD006349/
Vitamin D untuk menambahbaik ketumpatan tulang dalam kalangan kanak-kanak
Ringkasan ulasan Cochrane ini menunjukkan apa yang kita ketahui daripada kajian tentang kesan Vitamin D terhadap ketumpatan tulang dalam kalangan kanak-kanak.
Ulasan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sihat secara amnya, suplemen vitamin D tidak meningkatkan ketumpatan tulang di pinggul, tulang belakang lumbar, lengan bawah atau di dalam badan secara keseluruhan.