Kehamilan dan kelahiran

Latar belakang Disfungsi plasenta adalah apabila plasenta tidak memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar; ia boleh menyebabkan bayi lebih kecil dari yang dijangka atau mati semasa lahir. Pada masa ini, tidak mudah untuk mengesan disfungsi plasenta sebelum kelahiran. Imbasan ultrasound paling kerap diguna untuk mengenal pasti bayi kecil. Walau bagaimanapun, terdapat ujian yang boleh mengukur bahan yang dihasilkan oleh plasenta dalam darah dan air kencing ibu yang boleh mengesan plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kami berhasrat untuk mencari ujian terbaik untuk mengenal pasti disfungsi plasenta.

Soalan ulasan Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menilaikeberkesanandan keselamatan pelbagai kaedah kontraseptif kecemasan untuk mengelakkan kehamilan selepas persetubuhan tanpa perlindungan. Latar Belakang Kontraseptif kecemasan (EC) adalah penggunaanubatatau alat tembaga dalam rahim (Cu-IUD) untuk mencegah kehamilan sejurus selepas persetubuhan tanpa perlindungan. Beberapa intervensi boleh didapati untuk EC. Maklumat tentang perbandingankeberkesanan, keselamatan dan kemudahan kaedah-kaedah ini adalahpentingbagi pengamal perubatan reproduktif dan wanita-wanita di bawahrawatanmereka. Para penyelidik di Cochrane telah mengumpul dan menganalisis semuakajianyang relevan untuk menjawab soalan ini.

Apakah isunya? Adakah pengambilan asid lemak omega-3 poli tak tepu (LCPUFA) ketika hamil - sama ada sebagai supplemen atau tambahan kepada diet dalam makanan (seperti beberapa jenis ikan) - akan meningkatkan kesihatan bayi dan ibu? Ini adalah kemaskini ulasan Cochrane yang pertama diterbitkan pada 2006. Mengapakah ini penting? Kelahiran pramatang (bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan) adalah faktor utama kecacatan atau kematian dalam lima tahun pertama. Ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 LCPUFA (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) telah dikaitkan dengan kehamilan yang lebih panjang. 
https://www.cochrane.org/ms/CD003402/penambahan-asid-lemak-omega-3-ketika-hamil

Apakah isunya? Gestasi diabetes mellitus (GDM) adalah toleransi yang kurang terhadap karbohidrat yang mengakibatkan lebihan gula dalam darah (hiperglisemia) yang bermula atau dikenalpasti pertama kali semasa mengandung. Kaunseling atau nasihat tentang pemakanan adalah strategi utama untuk membantu wanita menguruskan GDM, tetapi tidak jelas nasihat pemakanan mana yang terbaik. Dalam ulasan ini kami telah menetap untuk mencari nasihat pemakanan untuk wanita dengan GDM yang terbaik untuk mengurangkan komplikasi kesihatan bagi wanita dan bayi mereka.

Apakah isunya? Kadar antarabangsa permulaan penyusuan susu ibu adalah sangat berubah-ubah di antara dan di dalam negara-negara. Negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana umumnya mempunyai kadar wanita yang memulakan penyusuan susu ibu yang tinggi, dan cabarannya adalah untuk memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam kelahiran. Negara-negara berpendapatan tinggi mempunyai variasi yang lebih besar dalam bilangan wanita yang memulakan penyusuan susu ibu, dengan lebih ramai wanita yang berpendidikan tinggi dan lebih kaya cenderung untuk memulakannya.

Apakah isunya? Kelahiran pra-matang atau kelahiran sebelum 37 minggu kehamilan, merupakan penyebab utama kematian bayi baru lahir dan juga mengakibatkan hilang upaya yang berpanjangan kepada bayi yang hidup. Pelbagai cara telah dilakukan oleh petugas kesihatan untuk mengelakkan sesorang wanita hamil itu daripada melahirkan bayi terlalu awal. Wanita-wanita hamil ini telah digalakkan untuk mengambil vitamin, mengurangkan merokok, pengambilan ubat-ubatan jika mendapat jangkitan ataumengunjungi pusat penjagaan kesihatan secara regular.                                                                                                                                                                            https://www.cochrane.org/ms/CD012505/ada-pelbagai-cara-yang-dapat-membantu-ibu-ibu-mengandung-dari-mengalami-kelahiran-prematur

Perbandingan antara penjagaan bersama (atau sebilik) ibu dan bayi baru lahir dengan penjagaan berasingan untuk peningkatan tempoh penyusuan badan
Apakah isunya? Penjagaan bersama (atau sebilik) ibu dan bayi ataupun penjagaan berasingan selepas kelahiran bayi merupakan amalan tradisional dalam pelbagai budaya. Sejak awal abad ke-20, hospital memainkan peranan sebagai tempat lahir bayi di negara-negara perindustrian. Dengan ini, amalan penjagaan berasingan untuk ibu dan bayi baru lahir ditubuhkan. 

Sentuhan awal kulit ke kulit bagi ibu dan bayi baru lahir yang sihat.
Apakah isunya? Bayi sering dipisahkan daripada ibu ketika lahir. Dalam penjagaan piawai hospital, bayi yang baru lahir boleh dibalut atau dibedung dalam pelukan ibu, diletak di katil bayi yang terbuka atau di bawah pemanas. Dalam sentuhan kulit ke kulit (SSC), bayi yang baru lahir diletakkan telanjang atas dada ibu yang terdedah, semasa lahir atau tidak lama selepas lahir. 

Kesan penggunaan puting kosong terhadap tempoh penyusuan badan dalam golongan bayi cukup bulan

Apakah isunya dan mengapakah isu ini pentingPuting kosong, iaiu alat yang digunakan untuk menenangkan bayi, telah menjadi budaya biasa di merata tempat di dunia. Penggunaan puting kosong tanpa had mungkin boleh menyebabkan kekeliruan puting dalam golongan bayi baru lahir dan seterusnya penamatan awal penyusuan badan. Kami ingin menerokai kesan menghadkan penggunaan puting kosong terhadap tempoh penyusuan badan.

Rawatan untuk bengkak payudara (berisi lebih, keras, sakit payudara) di kalangan wanita menyusui bayi
Soalan ulasan Apakah rawatan-rawatan yang terbaik untuk bengkak payudara di kalangan ibu ynag menyusui bayi?. Latarbelakang Bengkak payu dara adalah payudara yang kelebihan produksi susu sehingga menyebabkan ia menjadi bengkak, keras dan menyakitkan. Ramai wanita mengalami masalah ini dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak, walaupun ia boleh berlaku kemudian. 

Suplemen vitamin E semasa hamil
Apakah isu ini? Adakah dengan pemberian suplemen vitamin E, bersendirian atau dalam kombinasi dengan vitamin lain, kepada wanita semasa mengandung akan memperbaiki kesan pada bayi mereka dengan mengurangkan kejadian pra-eklampsia dan bilangan bayi dilahirkan terlalu awal? Atau adakah ia menyebabkan kemudaratan?

Suplemen vitam Intervensi untuk merawat loya yang teruk dan muntah-muntah semasa mengandung (hiperemesis gravidarum)
Apakah isu ini dan mengapa ia penting? Walaupun loya yang teruk dan muntah semasa kehamilan (hiperemesis gravidarum) jarang menyebabkan kematian, ia adalah penyakit yang membawa kesan-kesan emosi, fizikal, dan ekonomi. Wanita mungkin memerlukan rawatanhospital dan mungkin tidak dapat bekerja dan ia kadang-kadang menyebabkan komplikasi kehamilan dan kesan yang buruk kepada bayi seperti berat lahir rendah. 

Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia)
Apakah isu ini? Bayi yang sangat besar (atau makrosomia, dengan berat lahir lebih daripada 4000 g) boleh menghadapi kesukaran dan kadang-kadang kelahiran yang bertrauma. Satu cadangan untuk cuba mengurangkan trauma ini adalah untuk mencetuskan kelahiran awal (induksi), sebelum bayi menjadi terlalu besar. Anggaran berat bayi adalah sukar sebelum kelahiran dan tidak begitu tepat. Anggaran klinikal adalah berdasarkan rasaan rahim dan mengukur ketinggian fundus rahim. 

Kesan dan keselamatan suplemen zat besi atau zat besi dan asid folik pencegahan secara oral untuk wanita mengandung
Ketika mengandung, wanita memerlukan zat besi dan folat untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan perkembangan bayi. Adalah membimbangkan sekiranya wanita hamil kekurangan nutrien ini mereka tidak dapat membekalkan nutrien ini dalam kuantiti yang secukupnya untuk bayi mereka. Paras folat yang rendah sebelum kehamilan meningkatkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi.