Paru-paru dan saluran pernafasan



Statins untuk penghidap penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD)
Soalan ulasan  Kami mengulas bukti berkenaan kesan-kesan statins terhadap orang dewasa yang menghidap COPD. Kami telah mendapati lapan kajian yang bersesuaian.
Latar belakang  Penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit paru-paru yang menyebabkan kesukaran pernafasan. Kumpulan ini termasuklah penyakit emfisema dan juga bronkitis kronik. Statins merupakan ubat-ubatan yang mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Ia telah dicadangkan bahawa kesan anti-radang statins mampu mengurangkan keadaan yang lebih parah bagi penyakit COPD dikalangan pesakit

Adakah intervensi pengurusan kendiri asma berkesan apabila disampaikan di sekolah untuk kanak-kanak, dan bagaimana ia patut disampaikan?
Latar belakang kepada soalan Asma adalah keadan yang lazim dalam kalangan kanak-kanak. Sekolah adalah tempat yang berpotensi untuk membangunkan kemahiran pengurusan kendiri, tetapi bukti intervensi berasaskan sekolah memperbaiki kawalan asma tidak pernah diulas secara sistematik.Soalan ulasanKami ingin menjawab dua soalan.• Bahagian intervensi pengurusan kendiri asma berasaskan sekolah yang manakah lebih cenderung menjayakan intervensi ini?

Penjagaan jururawat pakar untuk bronkiekstasis
Latar belakang Brokiekstasis adalah penyakit jangka masa panjang Simptom utama adalah batuk yang menghasilkan kahak yang menyebabkan jangkitan paru-paru berulang. Apabila penyakit tersebut menjadi teruk, orang akan mengalami kualiti hidup yang teruk dan akhirnya boleh menyebabkan kegagalan pernafasan -  keadaan di mana tubuh badan tidak mampu mengawal tahap oksigen dan karbon dioksida dengan betul.
Soalan ulasan  Kami ingin tahu sama ada jururawat mampu menguruskan penjagaan orang dengan bronkiekstasis sebaik para doktor. Kami mencari kajian rawak terkawal yang membandingkan penjagaan oleh jururawat dengan penjagaan oleh doktor.

Latarbelakang Eksaserbasi akut (memberang) dalam penyakit pernafasan jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak menjurus kepada peningkatan penggunaan sumber-sumber kesihatan dan kualiti hidup yang rendah kepada kanak-kanak dan keluarga mereka. Menyediakan sokongan dan pendidikan yang lebih kepada seseorang kanak-kanak dan keluarganya ketika kemasukan ke hospital berikutan memberang akut mampu meningkatkan kualiti hidup mereka dan mengurangkan lawatan susulan penjagaan kesihatan pada masa akan datang. 

Soalan ulasan Ulasan ini membandingkan 1) keberkesanan dan keselamatan klinikal antibiotik dengan plasebo dalam kalangan kanak-kanak dengan jangkitan telinga tengah akut (otitis media akut (AOM)) dan 2) keberkesanan dan keselamatan klinikal antibiotik dengan pemerhatian jangkaan (pendekatan pemerhatian di mana preskripsi mungkin diberi atau tidak diberi) dalam kalangan kanak-kanak dengan AOM.

Vaksin untuk mencegah herpes zoster (kayap) di kalangan orang dewasa yang lebih tua
Soalan ulasan Terdapat vaksin untuk mencegah kayap. Objektif kami adalah untuk menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk mencegah kayap pada orang tua yang sihat.Latar belakang Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf. Selepas bertahun-tahun, ia boleh diaktifkan semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Ini dipanggil herpes zoster atau kayap.

Vaksin untuk mencegah selesema biasa
Soalan ulasan Kita telah melihat sama ada vaksin boleh membantu mencegah selesema biasa.Latar belakangSelesema biasa adalah disebabkan oleh jangkitan virus pada saluran pernafasan atas, dan biasanya menjadi lebih baik apabila virus tersebut mati. Orang yang mempunyai selesema merasa kurang sihat, mempunyai hidung berair, hidung tersumbat, bersin, dan batuk dengan atau tanpa sakit tekak, dan suhu yang sedikit tinggi.

Kesan-kesan kafein terhadap pesakit-pesakit asma 

Kafein sentiasa dapat dijumpai dalam minumum seperti kopi, teh, minuman kola dan kokoa. Kafein merupakan sejenis ubat yang hampir sama dengan teofilin. Teofilin ialah sejenis ubat bronchodilator yang digunakan bagi membuka saluran pernafasan dalam paru-paru untuk melegakan gejala-gejala penyakit asma seperti nafas yang berdehit, batuk dan sesak nafas. 

https://www.cochrane.org/ms/CD001112/


Vitamin C untuk mencegah dan merawat selsema biasa | Cochrane
Selsema biasa merupakan satu sebab utama orang ramai bertemu doktor di negara berpendapatan tinggi dan punca ketidakhadiran ke kerja atau sekolah. Terdapat lebih 200 jenis virus yang boleh mengakibatkan gejala-gejala selsema biasa termasuk hidung berair, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk dan kadangkala sakit kepala, demam dan mata merah. Gejala tersebut berlainan untuk setiap orang dan setiap jenis selsema. 

Acetylcysteine dan carbocysteine untuk merawat jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit kronik paru-paru dan saluran pernafasan

Acetylcysteine dan carbocysteine adalah ubat yang paling biasa diberikan untuk mengubah struktur rembesan saluran pernafasan. Ulasan sistematik ini menilai keberkesanan dan keselamatan merawat jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam kalangan kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit kronik paru-paru dan saluran pernafasan. Kami juga melihat khususnya pesakit yang lebih muda daripada dua tahun.