Endokrin & metabolik


Kalsium, vitamin D atau hormon paratiroid rekombinan untuk menguruskan kekurangan hormon paratiroid selepas tiroidektomi
Soalan ulasan  Apakah kesan kalsium, vitamin D dan hormon paratiroid dalam pengurusan hormon paratiroid yang rendah berikutan pembedahan tiroid?
Latar belakang  Kelenjar paratiroid adalah empat kelenjar kecil yang terlekat pada kelenjar tiroid. Ia menghasilkan hormon paratiroid yang mengawal paras kalsium darah. Kelenjar-kelenjar ini mungkin rosak secara tidak sengaja semasa pembedahan, contohnya selepas mengeluarkan kelenjar tiroid. Akibatnya adalah tahap kalsium darah yang rendah. 

Program aktiviti fizikal berasaskan sekolah untuk mempromosi aktiviti fizikal dan kecergasan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja antara 6 hingga 18 tahun
Dianggarkan sebanyak 1.9  juta kematian di seluruh dunia berpunca daripada tiada aktiviti fizikal, dan ketiadaan aktiviti ini merupakan faktor risiko utama dalam pembentukan kebanyakan penyakit kronik dan kanser. Hal ini agak membimbangkan terutamanya kerana telah diketahui bahawa corak aktiviti fizikal dikesan dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa.