Penjagaan bayi yang baru lahir


Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link


Prebiotik untuk pencegahan hiperbilirubinemia dalam kalangan neonat
Soalan ulasan: Adakah prebiotik mencegah hyperbilirubinemia, paras bilirubin tinggi yang menjurus kepada jaundis dalam kalangan bayi baru lahir?
Latar belakang: Jaundis berlaku dalam hampir dua pertiga bayi baru lahir pada hari-hari pertama kehidupan. Fototerapi sering diguna untuk mengurus jaundis neonatal. Fototerapi tidak menyebabkan kesan sampingan serius, tetapi beberapa kajian klinikal terbaharu telah menimbulkan kebimbangan berdasarkan kajian-kajian haiwan ataupun kultur sel tentang potensinya untuk merosakkan DNA. 

Penambahan karbohidrat kepada susu ibu untuk menggalakkan pertumbuhan bayi pramasa
Soalan ulasan Adakah tambahan karbohidrat kepada susu ibu yang diberi kepada bayi pramasa berbanding tiada karbohidrat tambahan meningkatkan pertumbuhan, lemak badan, obesiti, masalah jantung, gula darah tinggi, dan perkembangan otak tanpa menyebabkan kesan sampingan yang ketara?
Latar belakang Pengambilan karbohidrat yang tidak mencukupi dalam kalangan bayi pramasa boleh mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan yang lemah. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi pramasa, tetapi hanya memberi susu ibu mungkin tidak memberi nutrisi yang cukup. Menambah karbohidrat kepada susu ibu mungkin membantu. 

Pendedahan kepada bau dan rasa susu untuk mempercepatkan pemakanan bayi pramasa
Soalan ulasan Kami mengulas bukti sedia ada daripada kajian-kajian klinikal untuk mengetahui tentang pendedahan bayi yang lahir awal (pramasa) kepada bau dan rasa susu dalam pemakanan yang diberi melalui tiub yang masuk melalui hidung atau mulut ke dalam perut. Kami membandingkannya dengan tidak mendedahkan bayi pramasa kepada bau dan rasa susu semasa suapan tiub, untuk melihat pendekatan mana yang akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencapai hisapan penuh, tanpa kesan-kesan sampingan.

Soalan kajian: Adakah Jagaan ibu "kangaroo" (KMC) mengurangkan morbiditi dan mortaliti bayi kurang berat badan? 
Latar belakang: Penjagaan neonatal konvensional bagi bayi LBW (< 2500 g) adalah mahal dan memerlukan kakitangan berkemahiran tinggi serta sokongan logistik yang tetap. KMC telah dicadangkan sebagai alternatif kepada penjagaan neonatal konvensional untuk bayi LBW. 

Soalan kajianPada ibu-ibu yang mahu memberi susu ibu kepada bayi pramatang mereka, adakah menggunakan botol mengganggu kejayaan penyusuan susu ibu? Latar belakang: Bayi pramatang mula menyusu melalui tiub, dan apabila mereka lebih matang, mereka dapat mengurus hisapan susu. Bilangan penghisapan setiap hari akan beransur-ansur meningkat apabila bayi menjadi lebih matang

Soalan ulasan: Berapa berkesan dan selamat paracetamol, yang mempunyai sifat anti-radang yang lemah, berbanding dengan plasebo (bahan tanpa kesan terapi aktif), atau tiada intervensi, atau ubat anti-radang bukan steroid (indomethacin dan ibuprofen), untuk menutup PDA bayi pramatang / berat lahir rendah?
Latar belakang: Satu komplikasi yang biasa untuk bayi sangat pramatang atau sangat kecil adalah PDA ('patent ductus arteriosus' atau duktus arteriosus paten). 

Soalan kajian:Adakah memberi bayi pramatang susu ibu yang diperkaya dengan nutrien tambahan (termasuk protein dan tenaga) berbanding dengan susu ibu tanpa tambahan nutrien meningkatkan kadar pembesaran dan perkembangan? Latar Belakang:Susu ibu sahaja tidak dapat memberikan bayi pramatang kuantiti nutrien yang mencukupi untuk menyokong pembesaran dan perkembangan yang optimum.Pelbagai nutrien tambahan (serbuk atau cecair daripada protein, 

Bayi baru lahir lazimnya mendapat suatu keadaan yang dikenali sebagai jaundis. Jaundis berlaku akibat daripada pengumpulan bahan-bahan berwarna kuning-oren pada kulit dan mata yang dikenali sebagai 'bilirubin'. Konsentrasi bilirubin yang meningkat boleh merosakkan otak serta menyebabkan efek yang amat memudaratkan pada jangka masa yang panjang. 

Apakah isunya? Penjagaan bersama (atau sebilik) ibu dan bayi ataupun penjagaan berasingan selepas kelahiran bayi merupakan amalan tradisional dalam pelbagai budaya. Sejak awal abad ke-20, hospital memainkan peranan sebagai tempat lahir bayi di negara-negara perindustrian. Dengan ini, amalan penjagaan berasingan untuk ibu dan bayi baru lahir ditubuhkan. Bayi baru lahir ditempatkan di nurseri yang berasingan dengan ibu di hospital dan akan dibawa ke bilik ibu untuk penyusuan badan sahaja.

Tali pusat menghubungkan bayi dan ibu semasa tempoh mengandung. Tali pusat dipotong selepas kelahiran. Tunggul tali pusat kemudian menjadi kering dan gugur, biasanya dalam tempoh lima hingga 15 hari. Jangkitan kuman pada tunggul tali pusat (omphalitis), disebabkan oleh bakteria kulit, adalah penyebab penyakit dan kematian yang signifikan bagi bayi baru lahir di negara-negara yang sedang membangun

Semasa lahir, bayi masih lagi bersambung dengan ibu melalui tali pusat, yang merupakan sebahagian daripada uri. Bayi tersebut biasanya terpisah daripada uri apabila tali pusat diapit. Proses apitan ini merupakan salah satu bahagian peringkat ketiga proses bersalin (masa dari kelahiran bayi sehinggalah lahirnya uri) dan masa tersebut boleh berubah mengikut polisi klinikal dan praktik. Walaupun pengapitan awal tali pusat telah dianggap dapat mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin (pendarahan postpartum), namun,

Formula yang diperkayakan nutrien berbanding formula term yang standard untuk bayi pramatang selepas discaj dari hospital.Soalan ulasan: Adakah penyusuan bayi pramatang dengan formula yang diperkayakan dengan nutrien tambahan berbanding formula standard (yang direka untuk bayi cukup bulan) selepas discaj dari hospital meningkatkan kadar pembesaran dan perkembangan? Latar Belakang: Apabila bayi pramatang bersedia untuk pulang ke rumah dari hospital selepas menerima rawatan sejak lahir, kebanyakan bayi tersebut lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang daripada yang sepatutnya jika mereka masih membesar dalam rahim dan bukannya dilahirkan awal. 

Soalan kajian: Adakah Jagaan ibu "kangaroo" (KMC) mengurangkan morbiditi dan mortaliti bayi kurang berat badan?Latar belakang: Penjagaan neonatal konvensional bagi bayi LBW (< 2500 g) adalah mahal dan memerlukan kakitangan berkemahiran tinggi serta sokongan logistik yang tetap. KMC telah dicadangkan sebagai alternatif kepada penjagaan neonatal konvensional untuk bayi LBW. Komponen utama KMC ialah sentuhan kulit-ke-kulit (SSC) diantara seorang ibu dan bayinya yang baru lahir. 
Soalan kajian: Adakah penjagaan kulit-ke-kulit berkesan dalam mengurangkan kesakitan daripada prosedur pada bayi yang baru lahir? Adakah terdapat apa-apa isu keselamatan? LatarbelakangBayi baru lahir yang memakai lampin sahaja and diletakkan ke atas dada ibu yang terdedah, dirujuk sebagai sentuhan kulit-ke-kulit dan kekadang dikenali sebagai Jagaan Kangaroo kerana persamaaan dengan cara ibu kangaroo menjaga anak mereka. Bayi baru lahir, khasnya mereka yang berada di Unit Rawatan Intensif Neonatal, mesti menjalani beberapa ujian dan prosidur sebagai penjagaan untuk mereka seperti cucukan tumit (heel stick), punktur vena dan suntikan. 

Apabila darah mengandungi kekurangan sel-sel darah merah, atau sel-sel darah merah mengandungi kekurang hemoglobin untuk menghantar oksigen yang mencukupi kepada tisu-tisu, keadaan ini dikenali sebagai anemia. Biasanya, terdapat pengurangan kepekatan hemoglobin dalam darah ibu semasa kehamilan dan ini membenarkan aliran darah yang lebih baik ke sekitar rahim (uterus) dan kepada bayi. Kekadang, keadaan ini dipanggil anemia fisiologikal dan tidak memerlukan rawatan. Anemia sebenar, bagaimanapun, boleh jadi ringan, sederhana atau teruk dan boleh menyebabkan kelemahan, keletihan dan pening.

Soalan kajian: Bagi bayi baru lahir yang mangalami hipoglisemia (paras gula darah rendah), adakah gel dextrose oral lebih berkesan daripada plasebo, tiada rawatan atau rawatan aktif lain dalam membetulkan hipoglisemia dan mengurangkan kemerosotan perkembangan neuro dalam jangka masa panjang?Latar Belakang: Paras glukosa darah yang rendah pada bayi yang baru lahir adalah biasa dan kerap berlaku dalam sesetengah kumpulan yang berisiko (bayi yang ibunya kencing manis, bayi pramatang, bayi yang kecil dan besar). 

Soalan Ulasan: Adakah protokol berguna untuk mengurangkan tempoh masa bayi baru lahir dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Neonatal? Latar Belakang: Alat bantuan pernafasan digunakan untuk membantu bayi yang baru lahir untuk bernafas apabila mereka terlalu sakit atau dilahirkan terlalu awal untuk bernafas sendiri. Akan tetapi, ventilasi mekanikal bukan tidak ada risiko, malahan ia boleh menyebabkan kerosakan (kekal) kepada paru-paru. 

Zink adalah mikronutren yang mustahak, yang diperlukan supaya sistem pertahanan badan (sistem imun) dapat berfungsi dengan baik dan membantu badan mencegah jangkitan. Setengah orang mungkin tidak dapat zink yang mencukupi dari makanan semata-mata. Oleh itu, para pengkaji melihat kepada penggunaan makanan tambahan zink sebagai cara untuk mengurangkan anemia dan mencegah jangkitan serta komplikasi. Penulis-penulis ulasan ini mencari kesusasteraan perubatan untuk kajian terkawal rawak dimana orang yang mempunyai penyakit 'sickle cell' atau 'thalassemia' menerima makanan tambahan zink atau tidak.

Tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan samada penyusuan bayi pramatang atau berat lahir amat rendah dengan susu berkuantiti kecil semasa minggu pertama selepas lahir (penyusuan trofik awal) berbanding dengan berpuasa dapat membantu perkembangan usus dan peningkatan penyusuan seterusnya, pembesaran dan perkembangan. Analisis keatas sembilan kajiantidak menunjukkan bahawa amalan ini menambahkan risiko keadaan usus yang teruk yang dikenali sebagai 'necrotising enterocolitis'. Kajian selanjutnya boleh memberikan bukti yang lebih kukuh untuk memaklumkan bidang penjagaan yang penting ini.

Paras bilirubin yang amat tinggi (jaundis teruk) boleh menyebabkan kecederaan otak. Jaundis teruk dalam bayi baru lahir boleh berlaku akibat pelbagai sebab termasuk penyakit hemolitik rhesus, ketidakserasian ABO, antibodi atipikal, dll. Pengeluaran darah dari bayi yang terjejas dan penggantian dengan darah segar dari tabung darah (pertukaran darah) digunakan sebagai rawatan untuk jaundis yang teruk bagi bayi baru lahir. 

Necrotizing enterocolitis (NEC ) adalah penyakit yang serius yang menjejaskan usus bayi pramatang dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas lahir. Walaupun punca NEC tidak diketahui kesemuanya, penyusuan susu dan pertumbuhan bakteria memainkan peranan. Probiotik (makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau yis yang berpotensi memberi manfaat) telah digunakan untuk mencegah NEC. Ulasan kami mendapati bahawa kegunaan probiotik mengurangkan kejadian NEC dan kematian di kalangan bayi pramatang dengan berat lahir kurang dari 1500 gram. Tiada data yang mencukupi mengenai kebaikan dan potensi kesan buruk bagi bayi paling berisiko, iaitu bertimbang kurang dari 1000 gram sewaktu kelahiran.
Tekanan positif salur pernafaan berterusan secara nasa (NCPAP) adalah suatu bentuk sokongan pernafasan yang lazim digunakan untuk rawatan bayi pramatang. Risiko potensi NCPAP merangkumi kecederaan hidung dan kebocoran udara dari paru-paru. Bayi-bayi dengan NCPAP memerlukan lebih jagaan kejururawatan dan kegunaan peralatan tambahan. Bagaimanapun, komplikasi potensi selepas mengeluarkan NCPAP terlalu awal dari bayi-bayi termasuk peningkatan episod lupa untuk bernafas,
Penyelidik Cochrane menyiasat bagaimana sukrosa (gula meja) berfungsi sebagai pelega kesakitan dalam bayi baru lahir yang mengalami prosedur yang menyakitkan (seperti suntikan, atau cucuk tumit, atau memasukkan jarum untuk mendapatkan sampel darah (venipuncture), atau pemeriksaan mata ). Tindakbalas bayi yang mangalami kesakitan (contohnya menangis, berkerut) telah dinilai oleh sistem skoring kesakitan yang digunakan oleh profesional bidang kesihatan untuk mengukur kesakitan yang dialami oleh bayi. 
Perdarahan ke dalam paru-paru (hemoraj pulmonari) biasanya berlaku pada bayi yang dilahirkan sebelum cukup bulan (gestasi 37 minggu) akibat penyakit paru-paru yang teruk (terutama sindrom distres respiratori, suatu penyakit yang disebabkan kekurangan bahan-bahan kimia yang melapisi paru-paru (surfaktan)) dan keperluan menggunakan mesin membantu pernafasan (bantuan ventilasi). Faktor-faktor risiko untuk hemoraj pulmonari merangkumi kelahiran pramatang,