Latarbelakang Kesakitan neuropatik adalah kompleks dan kerap kali menyebabkan hilang upaya dan kebanyakan pesakit mengalami kesakitan yang sederhana atau serius untuk beberapa tahun, dan ini menjejaskan kualiti kehidupan. Keadaan ini sukar untuk dirawat dan lazimnya hanya 40% hingga 60% pesakit yang berkeadaan sebegini mendapat kelegaan tidak sepenuhnya.
Soalan Kajian Kami telah membandingkan kesan pemerhatian tindakan terhadap fungsi lengan dan tangan selepas serangan angin ahmar dengan intervensi alternatif atau tiada intervensi.Latar belakang Angin ahmar adalah salah satu punca kematian dan hilang upaya di seluruh dunia. Individu yang selamat selepas serangan angin ahmar lazimnya mempunyai kesukaran untuk menggerakkan lengan mereka; menyebabkan masalah dengan aktiviti harian dan seterusnya mengurangkan penglibatan dalam aktiviti seharian.
Soalan ulasan Adakah akupunktur dan rawatan yang berkaitan memperbaiki gejala-gejala sindrom terowong karpus dalam kalangan dewasa? Latar belakangSindrom terowong karpus (CTS) adalah keadaan yang mungkin menyebabkan sakit, kebas, sesemut dan lemah di tangan. Ia terjadi apabila saraf median dari lengan ke tangan termampat semasa melalui satu struktur yang dikenali sebagai terowong karpus di pergelangan tangan.
Ubatan untuk rawatan akut migrain dalam kalangan kanak-kanak dan remaja | Cochrane
Latarbelakang dan soalan ulasan Migrain adalah gangguan yang sakit dan melemahkan yang lazim dalam kalangan kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) dan remaja (berumur 12 hingga 17 tahun). Tanda-tanda yang biasa dilaporkan semasa serangan migrain ialah sakit kepala, loya, muntah, dan sensitif kepada cahaya dan bunyi. Terdapat banyak rawatan untuk migrain, yang paling lazim ialah parasetamol (juga dikenali sebagai asetaminofen), ibuprofen dan lain-lain antikeradangan dan triptan.