Penyakit berjangkit


Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link


Mencegah penyakit kriptokokus dalam kalangan orang HIV-positif
Apakah matlamat ulasan ini? Tujuan ulasan Cochcrane ini adalah untuk mengetahui jika mengambil secara regular ubat antikulat, seperti fluzonazole, mencegah orang HIV-positif yang mempunyai kiraan rendah kluster diferensiasi 4 (CD4) sel daripada mendapat penyakit kriptokokus, dan apakah potensi komplikasi. Para penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan menemui sembilan kajian.

Apakah matlamat ulasan ini? Tujuan kajian Cochrane ini adalah untuk menilai keberkesanan dan keselamatan menggunakan MVA85A sebagai tambahan kepada BCG berbanding menggunakan BCG sahaja untuk pencegahan tuberkulosis. Mesej utama MVA85A sebagai tambahan kepada BCG menunjukkan tiada faedah tambahan kepada BCG dalam pencegahan dari mendapat TB.

Apakah cirit-birit berkaitan Clostridium difficile? Antibiotik adalah antara ubat yang paling lazim dipreskripsi di seluruh dunia. Rawatan antibiotik boleh mengganggu keseimbangan organisma yang biasanya mendiami usus. Ini boleh menyebabkan pelbagai simptom, terutamanya, cirit-birit. Clostridium difficile (C. difficile) adalah satu organisma merbahaya yang boleh menjajah usus jika keseimbangan sihat yang normal terganggu. 

Apakah matlamat ulasan ini? Bagi menentukan samada pengawalan lalat dapat mencegah cirit birit dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.Mesej-mesej utama Hasil-hasil ulasan ini adalah terhad kerana kami telah masukkan hanya satu kajian, yang mencadangkan kawalan lalat melalui penyemburan racun serangga mungkin mengurangkan cirit birit dalam kanak-kanak semasa ‘musim lalat’ bilamana kejadian kedua-duanya lalat dan cirit birit memuncak. 

Vaksin untuk mencegah cirit-birit rotavirus: vaksin yang digunakan
Apakah matlamat ulasan ini?Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk menentukan sama ada vaksin-vaksin rotavirus adalah berkesan untuk mencegah cirit-birit dan kematian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Kami juga bermatlamat untuk mengetahui sama ada vaksin-vaksin rotavirus adalah selamat. Kami telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan ini, dan telah menjumpai 55 kajian.https://www.cochrane.org/ms/CD008521


Vaksin untuk mencegah herpes zoster (kayap) di kalangan orang dewasa yang lebih tua
Soalan ulasan Terdapat vaksin untuk mencegah kayap. Objektif kami adalah untuk menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk mencegah kayap pada orang tua yang sihat.Latar belakang Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf. Selepas bertahun-tahun, ia boleh diaktifkan semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Ini dipanggil herpes zoster atau kayap.

Bahan penjauh nyamuk elektronik untuk mencegah gigitan nyamuk dan jangkitan malaria
Melalui sistem perintis, kami telah mengelaskan ulasan ini sebagai "persoalan semasa - kemaskini tidak diperlukan: kajian lebih mendalam besar kemungkinan tidak akan mengubah kesimpulan" (rujuk nota terbitan).
Malaria adalah satu masalah kesihatan besar yang menular dalam kalangan penduduk Afrika sub-