14 November ialah Hari Diabetis Sedunia, kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini
Hari Diabetis Sedunia, jatuh pada 14 November setiap tahun. Tema Hari Diabetes Sedunia 2018 ialah Keluarga dan Diabetes. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan diabetis yang ada pada keluarga dan rangkaian sokongan untuk mereka yang terjejas, serta menggalakkan peranan keluarga dalam pengurusan, penjagaan, pencegahan dan pendidikan diabetis.
Kerja utama Kumpulan Gangguan Metabolik dan Endokrin Cochrane adalah dalam penilaian kesan intervensi penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan pencegahan, rawatan atau pengurusan, dan pemulihan gangguan metabolik, nutrisi dan endokrin, iaitu skop yang merangkumi diabetis. Fokus mereka adalah ulasan sistematik yang menilai hasil yang penting kepada pesakit.
· Lihat Ulasan-ulasan diabetis Cochrane
· Lawat laman web KumpulanGangguan Metabolik danEndokrin Cochrane
Untuk meraikan Hari Diabetes Sedunia, kami telah mengumpulkan beberapa ulasan baru di sini:
· Perkembangan diabetis jenis 2 pada orang dengan hiperglikemia perantaraan
Ulasan yang akan diterbitkan tidak lama lagi:
· Terapi kombinasi metformin and sulphonylurea (generasi kedua atau ketiga) untuk golongan dewasa dengan diabetis mellitus jenis 2 (protokol)
· Pemanis yang tidak berkhasiat untuk diabetis mellitus (protokol)
· Skala gelangsar insulin untuk orang dewasa dengan diabetis mellitus yang tidak dirawat secara kritikal di hospital (protokol)