Pergigian dan kesihatan oral


Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link


Soalan ulasan Kami mengulas bukti sama ada ubatan antifibrinolitik (ubat yang menggalakkan pembekuan darah) seperti asid tranexamic atau asid epsilon aminocaproic dapat mencegah pendarahan oral dalam kalangan pesakit hemofilia atau Von Willebrand yang menjalani pembedahan kecil mulut atau cabutan gigi. Ini adalah kemas kini Ulasan Cochrane terbitan terdahulu. Latar belakang Hemofilia dan penyakit Von Willebrand adalah penyakit pendarahan yang diwarisi. Orang dengan penyakit ini lebih berisiko untuk komplikasi pendarahan semasa dan selepas pembedahan mulut atau cabutan gigi, walaupun prosedur adalah kecil dan lazim dilakukan. 

Kajian ini dihasilkan untuk menilai kesan ubat gigi pelbagai kekuatan fluorida bagi mencegah kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.Latar belakang Kerosakan gigi (karies) adalah sejenis penyakit yang meluas, melibatkan berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Fluorida telah lama digunakan untuk mencegah kerosakan, melalui pelbagai kaedah yang berbeza termasuk ubat gigi, air, susu, ubat kumur mulut, gel gigi dan varnis. 

Soalan ulasan Berkesan dan selamatkah penggunaan ubat kumur mulut berfluorida untuk mencegah kerosakan gigi (karies gigi) dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berbanding plasebo (ubat kumur mulut tanpa bahan aktif fluorida) atau tiada rawatan sama sekali?
https://www.cochrane.org/…/po…/10.1002/14651858.CD002284.pub2. (Fail Digital Media)                                                                               

Soalan ulasan Adakah penggunaan ubat kumur mulut klorheksidin (antiseptik spektrum luas) dan pembersihan konvesional gigi membantu mengawal dan menambah baik gingivitis (keradangan gusi)? Adakah kekerapan berkumur atau kepekatan larutan mempengaruhi keputusan dan adakah kesan sampingan yang tidak diingini?

Ubat tahan kesakitan seperti parasetamol dan ibuprofen sebelum rawatan pergigian
kanak-kanak dan remaja untuk mengurangkan sakit selepas rawatan.
Soalan ulasan Adakah dengan memberi ubat tahan seperti parasetamol dan ibuprofen sebelum rawatan pergigian membantu mengurangkan sakit selepas rawatandalam kalangan kanak-kanak? Latarbelakang Sakit selepas prosedur pergigian adalah lazim dan boleh meningkatkan rasa takut terhadap rawatan pergigian, mengelak rawatan pergigian dan masalah-masalah berkaitan lain. 
Soalan ulasan Ulasan ini dibuat untuk menilai kesan penggunaan berus gigi letrik berbanding berus gigi manual untuk mengekalkan kesihatan gigi dan mulut.Latarbelakang Kesihatan gigi dan mulut yang baik, melalui pembuangan plak (lapisan melekit yang mengandungi bakteria) dengan memberus gigi secara berkesan, mempunyai peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Sekatan saraf infraorbital bagi sakit selepas pembedahan bibir sumbing dalam kalangan kanak-kanak. | Cochrane
Latarbelakang Rekahan bibir atau bibir sumbing adalah salah satu kecacatan kelahiran yang lazim.Pembedahan untuk membetulkan kecacatan ini boleh menyebabkan sakit yang sederhana atau teruk.Kebanyakan ubat untuk mengurangkan sakit (analgesik) yang diguna oleh orang dewasa mempunyai kesan yang tidak diingini dalam kalangan kanak-kanak.Oleh itu, rawatan untuk sakit akibat pembetulan surgikal bibir sumbing adalah satu cabaran. 

Antibiotik untuk mencegah komplikasi selepas cabutan gigi | Cochrane
Cabutan gigi adalah rawatan surgikal untuk mengeluarkan gigi yang rosak akibat karies atau penyakit gusi (dibuat oleh doktor gigi am)Selain itu, alasan lazim untuk cabutan yang dibuat oleh pakar bedah oral adalah pengeluaran gigi geraham bongsu yang tidak tumbuh/terbentuk dengan betul (juga dipanggil gigi geraham bongsu terimpak) atau juga gigi-gigi yang mengalami keradangan atau sakit. 

Penggunaan antibiotik untuk sakit gigi yang teruk (pulpitis tidak berbalik) needs updating
Soalan ulasan
Adakah antibiotik oral berkesan dan selamat untuk merawat sakit pulpitis tidak berbalik (keradangan saraf dalam gigi/kerosakan saraf)? Latarbelakang

Cabutan gigi sebelum radioterapi rahang untuk mengurangkan komplikasi post-radioterapi
Ulasan ini bertujuan menilai sama ada cabutan gigi belakang pesakit sebelum radioterapi dapat mengurangkan masalah berkaitan dengan gigi selepas radioterapi dalam rawatan kanser leher dan kepala berbanding tidak mencabut gigi belakang. Carian tangan dan elektronik mendapati 357 tajuk kajian tetapi tiada yang memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini. Tiada bukti semasa untuk menjawab persoalan kompleks ini.

Apakah kaedah terbaik untuk mengekalkan posisi gigi yang betul selepas rawatan ortodontik? 
Soalan ulasan Pendekatan manakah yang lebih berkesan untuk mengekalkan gigi di posisi baru selepas tamat rawatan dengan pendakap ortodontik?Latarbelakang Setelah tamat rawatan mengatur gigi dengan pendakap ortodontik, gigi boleh menjadi tidak teratur semula. 

Susu berfluorida untuk pencegahan karies gigi
Soalan ulasan Kami membandingkan bukti tentang keberkesanan susu berfluorida dan susu tanpa fluorida untuk pencegahan kerosakan gigi. Latarbelakang Kerosakan gigi masih merupakan masalah kesihatan umum yang besar dalam kebanyakan negara industri, melibatkan 60% hingga 90% kanak-kanak sekolah dan majoriti orang dewasa. Ia merupakan penyebab utama kesakitan oral dan kehilangan gigi. 

Fluorida untuk pencegahan awal kerosakan gigi (lesi putih ternyahmineral) semasa rawatan pendakap tetap
soalan ulasan Tompok-tompok putih yang hodoh kadangkala terbentuk semasa rawatan ortodontik (pendakap). Ia disebabkan oleh kerosakan gigi awal dan sering terbentuk dengan penggunaan pendakap apabila gigi tidak dibersihkan dengan teliti.