Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link
Terapi oksigen hiperbarik untuk merawat luka kronik
Latar belakang Luka kronik adalah luka yang mengambil masa yang lama untuk sembuh, tidak sembuh, atau berulang; luka ini biasanya ulser yang berkaitan dengan kencing manis atau penyakit arteri atau vena (peredaran darah yang lemah). Satu ciri luka kronik adalah bahawa tisu yang terluka adalah hipoksik (mempunyai tahap oksigen yang rendah). Luka kronik biasanya berlaku dan mengurangkan kualiti hidup mereka yang terlibat.