Latar belakang Kebanyakan kanser prostat berkembang secara perlahan dan mungkin tidak mempunyai kesan merbahaya disepanjang hayat lelaki. Sementara itu, secara klinikalnya kanser ini boleh menyebabkan masalah seperti penyumbatan saluran kencing, sakit tulang dan kematian. Ujian antigen spesifik prostat (PSA) diikuti dengan sampel tisu prostat yang berpandukan ultrasound sering digunapakai untuk mengesan kanser ini diperingkat awal. Baru-baru ini, pengimejan resonans magnetik (MRI) juga telah digunakan untuk membantu diagnosis.
Soalan ulasan Kami mahu mengetahui sama ada latihan otot lantai pelvik (PFMT) dapat membantu wanita yang mengalami masalah kencing tidak terkawal. Kami membuat kajian ini dengan membandingkan kesan-kesan latihan ini dengan ketiadaan sebarang rawatan atauupn dengan mana-mana rawatan yang inaktif. (Contoh termasuk nasihat mengenai pengurusan dengan pads). Kami juga meringkaskan penemuan dalam kos dan keberkesanan latihan tersebut.