3 years 6 months ago
Adakah antibiotik rawatan yang berkesan untuk COVID-19 dan menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Antibiotik azitromisin bukanlah rawatan yang berkesan untuk COVID-19. • Kami tidak tahu sama ada antibiotik selain azitromisin adalah rawatan yang berkesan untuk COVID-19 kerana tiada penyelidikan yang mencukupi. • Kami menemui 19 kajian berterusan yang sedang menyiasat antibiotik untuk COVID-19. Kami akan mengemas kini ulasan ini jika keputusannya mengubah kesimpulan kami. Apakah antibiotik? Antibiotik adalah murah dan ubat yang biasa untuk merawat jangkitan bakteria. Namun,...
3 years 6 months ago
Kortikosteroid postnatal sistemik awal (bermula dalam masa enam hari) untuk mencegah displasia bronkopulmonari dalam kalangan bayi pramasa Objektif ulasan: Untuk menentukan manfaat dan mudarat relatif rawatan dengan ubat-ubatan yang menyekat keradangan, dipanggil kortikosteroid yang diberi kepada bayi yang lahir terlalu awal pada minggu pertama selepas lahir untuk mencegah kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai displasia bronkopulmonari (kadangkala juga disebut penyakit paru-paru kronik). Latar belakang: Displasia bronkopulmonari adalah masalah besar bagi bayi yang baru lahir di unit...
3 years 6 months ago
Penerusan atau pemberhentian antikoagulan oral untuk orang dengan aritmia dan menjalani ablasi kateter Soalan ulasan Patutkah doktor meneruskan atau menghentikan ubat pencair darah sebelum prosedur ablasi kateter dalam orang dengan aritmia? Latar belakang Degupan jantung yang tidak teratur (juga dikenali sebagai aritmia) datang dalam pelbagai jenis; jenis yang paling biasa ialah degupan tidak sekata yang tidak selaras (juga dikenali sebagai fibrilasi atrium). Orang yang mengalami degupan jantung yang tidak teratur berisiko mendapat strok dan oleh itu mereka memerlukan penggunaan ubat cair...
3 years 6 months ago
Intervensi berasaskan kesedaran untuk gangguan penggunaan bahan Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk menentukan sama ada intervensi berasaskan kesedaran (MBIs) iaitu intervensi yang melibatkan latihan meditasi kesedaran untuk memperbaiki gejala gangguan penggunaan bahan (SUD) (iaitu penggunaan alkohol dan/atau dadah, tetapi tidak termasuk gangguan penggunaan tembakau). Penyelidik Cochrane telah mengumpul, memilih dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Kami menemui 40 kajian rawak terkawal, yang menilai MBI sebagai rawatan untuk...
3 years 6 months ago
Agen anti-interleukin-13 dan anti-interleukin-4 berbanding plasebo, agen anti-interleukin-5 atau anti-imunoglobulin-E, untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan asma Soalan ulasan Kami menilai keberkesanan dan keselamatan agen anti-interleukin-13 atau anti-interleukin-4 berbanding dengan plasebo, agen anti-imunoglobulin-E, atau anti-interleukin-5, untuk rawatan kanak-kanak, remaja, atau orang dewasa dengan asma. Latar belakang Immunoglobulin E dan interleukin-5 adalah bahan kimia dalam badan yang menggalakkan alahan (atau tindak balas alahan) pada saluran pernafasan dan menyebabkan gejala...
3 years 6 months ago
Program keibubapaan untuk ibu bapa yang mengalami skizofrenia atau penyakit mental serius yang berkaitan Soalan ulasan Sejauh manakah keberkesanan program keibubapaan untuk penghidap skizofrenia atau penyakit mental serius yang berkaitan? Latar belakang Sekitar satu pertiga daripada penghidap skizofrenia adalah ibu bapa. Program keibubapaan bertujuan untuk menyediakan sokongan dan latihan kepada ibu bapa untuk membantu menguruskan tingkah laku anak mereka. Program keibubapaan yang disasarkan untuk kumpulan ini boleh memberi kesan positif kepada ibu bapa dan anak-anak mereka. Ulasan ini...
3 years 6 months ago
Memberikan asid folik untuk mengurangkan ketoksikan arsenik pada kanak-kanak dan orang dewasa yang terdedah kepada arsenik Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini? Arsenik ialah toksin persekitaran biasa yang menjejaskan lebih 140 juta orang di seluruh dunia. Pendedahan arsenik jangka panjang, melalui pengambilan air minuman dan makanan yang tercemar dengan arsenik, meningkatkan risiko neurotoksisiti (kerosakan pada otak atau sistem saraf), lesi kulit, kecacatan kelahiran, kanser, dan perkembangan otak terjejas pada kanak-kanak. Asid folik boleh mengurangkan ketoksikan arsenik dengan...
3 years 6 months ago
Saringan untuk risiko aspirasi yang dikaitkan dengan disfagia dalam strok akut Persoalan Sejauh manakah tepat alat saringan menelan untuk mengesan apabila makanan dan minuman memasuki saluran pernafasan pada orang yang mengalami strok akut? Latar belakang Strok selalunya menjejaskan keupayaan seseorang untuk menelan, membenarkan makanan dan minuman ke dalam saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan tercekik, jangkitan dada, malnutrisi, dehidrasi, dan pengurangan pemulihan, dengan peningkatan risiko kegelisahan, kemurungan, discaj ke rumah jagaan dan kematian. Pengenalpastian awal dan...
3 years 6 months ago
Pemulihan ingatan pada multiple sclerosis Soalan ulasan Adakah penghidap multiple sclerosis (MS) yang menerima pemulihan ingatan berbanding mereka yang tidak menerima rawatan, atau plasebo menunjukkan hasil segera, pertengahan atau jangka panjang yang lebih baik dalam: 1. fungsi ingatan, 2. kebolehan kognitif lain, dan 3. kebolehan berfungsi, dari segi aktiviti kehidupan seharian, mood, dan kualiti hidup? Latar belakang Penghidap multiple sclerosis (MS) sering bergelut dengan masalah ingatan, yang boleh membawa kepada kesukaran dalam kehidupan seharian. Pemulihan ingatan ditawarkan untuk...
3 years 6 months ago
Adakah colchicine merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19? Mesej utama ○ Pada orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 sederhana hingga teruk, colchicine mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah; kami tidak pasti tentang kesan sampingannya. ○Pada orang yang tidak dimasukkan ke hospital tanpa gejala COVID-19 atau gejala COVID-19 ringan, kami tidak pasti sama ada colchicine menghalang kematian atau kesan sampingan, namun ia mungkin sedikit mengurangkan keperluan untuk masuk ke hospital atau kematian dan kesan sampingan yang serius. ○ Kajian masa depan harus menilai...
3 years 6 months ago
Apakah manfaat dan risiko pelbagai bahan yang diguna untuk tampalan retrogred dalam kalangan orang yang memerlukan rawatan ini untuk menyelamatkan gigi? Mesej utama - Oleh kerana kurangnya bukti kukuh, manfaat dan risiko pelbagai bahan yang diguna untuk tampalan retrogred dalam terapi kanal akar masih tidak jelas. - Bukti masih kurang kukuh untuk menentukan bahan mana yang terbaik untuk diguna dalam tampalan retrogred. - Kami perlukan kajian masa depan untuk mengukuhkan bukti. Apakah tampalan retrogred dalam terapi kanal akar? Bahagian gigi yang hidup yang juga dikenali sebagai pulpa gigi...
3 years 6 months ago
Intervensi berasaskan humor untuk penghidap skizofrenia Soalan ulasan Adakah intervensi berasaskan humor berkesan dalam merawat penghidap skizofrenia? Latar belakang Skizofrenia merupakan penyakit mental yang serius. Ia merupakan gangguan pemikiran, iaitu kepercayaan palsu yang kukuh walaupun terdapat bukti yang berlawanan, hilang hubungan dengan realiti, dan persepsi yang berubah. Gejala ini dikelaskan sebagai (i) gejala positif, seperti pertuturan yang bercelaru, ilusi atau idea berterusan yang salah; dan (ii) gejala negatif, seperti kekurangan emosi atau kuantiti pertuturan yang terhad;...
3 years 6 months ago
Adakah anestesia setempat atau am lebih baik semasa pembedahan untuk melebarkan saluran darah utama ke otak apabila ia menjadi sempit (endarterektomi karotid)? Mesej utama - Bukti semasa tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang nyata antara anestesia setempat (di mana pesakit kekal sedar) dan anestesia am untuk risiko strok, kematian, atau kesan-kesan lain yang tidak diingini untuk pesakit yang menjalani pembedahan untuk melebarkan arteri karotid yang sempit (endarterektomi karotid). - Kajian masa depan harus merekrut lebih banyak peserta, selanjutnya, menganalisis dan menerbitkan maklumat...
3 years 6 months ago
Strategi untuk membantu pesakit dewasa dengan tiub pernafasan untuk berkomunikasi Apakah isunya? Pesakit yang memerlukan mesin untuk menyokong pernafasan tidak boleh bercakap disebabkan tiub yang menghantar gas ke paru-paru melalui kotak suara mereka. Pesakit menggunakan kata mulut, gerak isyarat, dan menggunakan ekspresi wajah. Namun, semua ini sangat sukar difahami. Otot yang lemah dan kesukaran menumpukan perhatian, yang biasa dalam penyakit kritikal, menyebabkan penggunaan alat bantuan seperti peralatan menulis atau papan komunikasi menjadi sukar. Bukti konsisten tentang alat bantuan...
3 years 6 months ago
Ultrasonografii untuk membantu kanulasi dan tusukan arteri (selain femoral) terhadap orang dewasa Soalan kajian Apakah keberkesanan dan keselamatan teknologi ultrasonografi untuk menunjukkan tusukan dan kanulasi arteri (selain femoral) pada orang dewasa? Latar belakang Walaupun terdapat alat yang membantu profesional kesihatan mengakses arteri, kejadian yang tidak diingini seperti pneumotoraks (udara di luar paru-paru dan di dalam toraks), hemotoraks (darah di luar paru-paru dan di dalam toraks), hematoma (pendarahan pada kulit dan tisu lain) , amputasi, dan kematian mungkin berlaku. Teknik...
3 years 6 months ago
Rawatan untuk telangiektasias dan vena retikular Apa itu telangiektasias dan vena retikular? Telangiektasias (urat labah-labah) adalah saluran darah kecil yang melebar berhampiran permukaan kulit berukuran diameter kurang dari 1.0 mm. Vena retikular mempunyai diameter kurang dari 3.0 mm dan lebih dalam di dalam kulit. Penyebabnya tidak diketahui, dan boleh menjadi kosmetik semata-mata, atau boleh mengakibatkan rasa sakit, terbakar atau gatal. Telangiektasias dan vena retikular pada kaki sangat biasa, meningkat seiring dengan usia, dan telah dijumpai sebanyak 41% pada wanita yang berusia...
3 years 6 months ago
Penggunaan borang soal selidik pesakit untuk meningkatkan pengurusan dan hasil klinikal Apakah matlamat ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada petugas kesihatan yang menerima maklumat daripada borang soal selidik yang dilengkapkan oleh pesakit mereka memberi penjagaan kesihatan yang lebih baik dan sama ada pesakit mereka mempunyai kesihatan yang lebih baik. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan. Mesej utama Jawapan borang soal selidik pesakit yang diberikan kepada petugas kesihatan dan pesakit boleh menghasilkan manfaat sederhana bagi...
3 years 6 months ago
Mengenal pasti status pembawa untuk talasemia, penyakit sel sabit, fibrosis kistik, atau penyakit Tay-Sachs pada wanita yang tidak hamil dan pasangan mereka Soalan ulasan Kami mencari bukti untuk menunjukkan sama ada mengenal pasti orang yang menjadi pembawa talasemia, penyakit sel sabit, fibrosis sistik, atau penyakit Tay-Sachs, sebelum kehamilan membawa kepada peningkatan pilihan pembiakan dan kehamilan. Latar belakang Di seluruh dunia, kira-kira 6% kanak-kanak dilahirkan dengan cacat lahir genetik atau asal-usul separa genetik. Kebanyakkan gangguan ini boleh diwarisi dari ibu bapa kepada...
3 years 6 months ago
Apakah faedah dan risiko utama ubat untuk mengurangkan tekanan darah dalam rawatan individu dengan penebalan otot jantung disebabkan oleh tekanan darah tinggi? Mesej utama Memandangkan kekurangan bukti yang kukuh, faedah dan risiko penambahan ubat tambahan untuk mengurangkan tekanan darah dalam rawatan individu yang mengalami penebalan otot jantung dan tekanan darah tinggi adalah tidak jelas. Ianya adalah tidak jelas sama ada menambahkan ubat untuk mengurangkan tekanan darah menyebabkan kemudaratan yang lebih serius pada pesakit berbanding plasebo (rawatan dummy) atau tanpa rawatan; namun,...
3 years 6 months ago
Adakah antikoagulan oral selamat dan berkesan bagi orang yang dirawat untuk kanser? Mesej-mesej utama - Adalah munasabah untuk memberi antikoagulan oral langsung (sejenis ubat antikoagulan darah) kepada orang yang dirawat untuk kanser, terutama jika mereka lebih berisiko pembekuan darah, kerana faedah pengurangan klot darah dilihat melebihi risiko perdarahan major. - Untuk jenis antikoagulan yang berbeza, antagonis vitamin K (warfarin), risiko perdarahan major mungkin melebihi manfaat pengurangan pembentukan klot darah di kaki dan paru-paru. - Lebih penyelidikan diperlukan tentang kesan...
Checked
5 hours 43 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed