1 month ago
Adakah plasma daripada darah orang yang telah pulih daripada COVID-19 merupakan rawatan yang berkesan untuk orang lain yang menghidap COVID-19? Mesej utama • Kami sangat yakin bahawa plasma daripada darah orang yang telah pulih daripada COVID-19 (plasma pemulihan) tidak mempunyai faedah untuk rawatan mereka yang mempunyai COVID-19 sederhana hingga teruk. • Plasma pemulihan mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah untuk merawat orang yang mempunyai COVID-19 ringan. • Kami menemui 49 kajian berterusan dan 33 kajian tamat dengan keputusan yang tidak diterbitkan. Kami akan mengemas kini...
1 month 3 weeks ago
Kranberi untuk pencegahan jangkitan saluran kencing Apakah isunya? Kranberi (sebagai jus kranberi, tablet atau kapsul) telah digunakan selama bertahun-tahun untuk mencegah jangkitan saluran kencing (UTI). Kranberi mengandungi proanthocyanidins (PACs), bahan yang boleh menghalang bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing. Ini boleh membantu mencegah jangkitan dan mengurangkan keperluan untuk orang yang bekerja mengambil masa untuk temu janji perubatan. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada rejimen yang ditetapkan untuk dos PAC untuk digunakan dan tiada peraturan rasmi oleh pihak...
2 months ago
Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengawal dan mengurus kesakitan selepas pembedahan pada neonat? Soalan Ulasan Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengurangkan kesakitan bayi baru lahir selepas pembedahan? Latar belakang Neonat (bayi dalam empat minggu pertama selepas kelahiran) mungkin menjalani pembedahan (operasi) atau prosedur pembedahan. Seperti orang dewasa, bayi mengalami kesakitan, dan kesakitan ini mesti diuruskan (dikurangkan) selepas pembedahan. Opioid adalah ubat yang melegakan kesakitan. Contoh opioid adalah kodin dan morfin. Opioid...
2 months 1 week ago
Faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial untuk glaukoma neovaskular Apakah tujuan ulasan ini? Untuk membandingkan rawatan dengan dan tanpa ubat faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial (anti-VEGF) untuk pesakit glaukoma neovascular (NVG). Mesej utama Adalah tidak pasti sama ada rawatan dengan ubat anti-VEGF adalah lebih bermanfaat daripada rawatan tanpa ubat anti-VEGF untuk mereka dengan NVG. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menyiasat kesan ubat anti-VEGF berbanding dengan, atau tambahan kepada, rawatan konvensional. Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini? VEGF adalah protein...
2 months 1 week ago
Fisioterapi dada untuk bronkiolitis akut dalam kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun Mesej utama Fisioterapi dada berdasarkan teknik hembusan perlahan berupaya meredakan keterukan penyakit dalan bayi dengan bronkiolitis akut sederhana teruk. Apakah bronchiolitis akut, dan apakah peranan fisioterapi dada dalam keadaan ini? Bronkiolitis akut adalah jangkitan pernafasan virus yang kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada dua tahun. Kebanyakan bayi mempunyai penyakit ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan khusus atau kemasukan ke hospital. Walau bagaimanapun, mereka...
2 months 1 week ago
Kaedah mekanikal untuk induksi kelahiran Kami telah menentukan untuk mengenal pasti daripada kajian-kajian rawak terkawal tentang keberkesanan dan keselamatan kaedah-kaedah mekanikal untuk memulakan kelahiran dalam trimester ketiga kehamilan (> minggu ke-24 kehamilan'). Penggunaan belon untuk meregangkan serviks (bahagian pangkal rahim) telah dibandingkan dengan prostaglandin E2 (PGE2), misoprostol atau oxytocin dengan dos rendah. Apakah isunya? Induksi dijalankan secara umum apabila risiko meneruskan kehamilan melebihi faedah, atau atas permintaan wanita-wanita hamil. Kaedah mekanikal...
2 months 4 weeks ago
Rawatan perubatan untuk hifema traumatik Mesej utama Kami dapati tiada bukti sebarang rawatan perubatan mempengaruhi tajam penglihatan (ketajaman visi), sama ada diukur dalam beberapa minggu atau lebih lama. Kami juga mendapati tiada rawatan perubatan yang menghasilkan kurang komplikasi dari hifema itu sendiri, walaupun bukti adalah lemah kerana kurangnya kejadian berlaku. Kami mendapati bukti terhad anti-fibrinolitik (ubat-ubatan yang mempengaruhi pembekuan darah) mengurangkan risiko pendarahan baharu di dalam mata. Apa yang kami ingin tahu? Kami ingin tahu rawatan perubatan yang berkesan...
3 months ago
Paratiroidektomi untuk orang dewasa yang menghidap hiperparatiroidisme primer. Apakah hiperparatiroidisme primer? Hiperparatiroidisme primer (PHPT) adalah sejenis penyakit di mana kelenjar paratiroid (empat kelenjar terletak berhampiran atau pada tiroid di leher) membesar dan menghasilkan terlalu banyak hormon paratiroid. Penyakit ini menjejaskan 1% orang dewasa. Pengeluaran berlebihan hormon paratiroid akan mengganggu tahap kalsium di dalam badan, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain, seperti osteoporosis (penyakit yang melemahkan tulang) dan patah tulang, penyakit buah...
3 months ago
Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia) Apakah isunya? Bayi yang sangat besar (atau makrosomia, dengan berat lahir lebih daripada 4000 g) boleh menghadapi kesukaran dan kadang-kadang kelahiran yang bertrauma. Satu cadangan untuk cuba mengurangkan trauma ini adalah untuk mencetuskan kelahiran awal (induksi), sebelum bayi menjadi terlalu besar. Anggaran berat bayi adalah sukar sebelum kelahiran dan tidak begitu tepat. Anggaran klinikal adalah berdasarkan rasaan rahim dan mengukur ketinggian fundus rahim. Kedua-duanya adalah...
3 months 3 weeks ago
Terapi berasaskan sel stem untuk kecederaan otak pada bayi pramatang yang baru lahir Soalan ulasan Adakah terapi berasaskan sel stem menyelamatkan nyawa atau meningkatkan perkembangan jangka panjang bayi pramatang yang baru lahir mengalami atau mungkin mengalami pendarahan pada otak (pendarahan intraventrikular) atau kerosakan bahan kelabu? Latar belakang Bayi yang lahir terlalu awal (‘pramatang’), terutamanya bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-28 kehamilan, kadang-kadang mengalami pendarahan pada otak. Bayi dengan pendarahan yang kurang teruk mungkin pulih sepenuhnya atau hanya...
4 months ago
Adakah vitamin D mengurangkan risiko serangan asma yang teruk atau meningkatkan kawalan gejala asma? Mesej utama 1) Berbeza dengan Ulasan Cochrane kami yang terdahulu mengenai topik ini, ulasan yang dikemas kini ini mendapati bahawa vitamin D tidak menawarkan perlindungan terhadap serangan asma yang teruk atau meningkatkan kawalan simptom. 2) Kajian lanjut diperlukan pada orang yang kerap mengalami serangan asma teruk dan mereka yang mempunyai status vitamin D yang sangat rendah, dan potensi untuk calcidiol (sejenis vitamin D tertentu) untuk menawarkan kesan perlindungan. Mengapa kita...
4 months ago
Terapi kelakuan dan kelakuan-kognitif untuk mengurangkan kelakuan agresif dalam kalangan pesakit dengan ketidakupayaan intelektual Mesej utama – Pendekatan seperti pengurusan kemarahan (berdasarkan terapi tingkah laku kognitif) dan sokongan tingkah laku positif (PBS; berdasarkan terapi tingkah laku) boleh mengurangkan tingkah laku agresif secara lahiriah dalam kalangan orang kurang upaya intelek (kurang upaya pembelajaran). – Bukti untuk hasil dan terapi lain adalah kurang pasti kerana hanya terdepat beberapa kajian berskala kecil. – Lebih banyak bukti diperlukan mengenai apa jenis terapi...
4 months 1 week ago
Terapi endovaskular berbanding rawatan perubatan konvensional untuk stenosis arteri intrakranium bergejala Apakah stenosis arteri intrakranial? Stenosis arteri intrakranial (ICAS) adalah penyempitan saluran darah di otak yang disebabkan oleh pembentukan plak (mendapan lemak). Ia adalah penyebab strok yang lazim di seluruh dunia. Apabila keadaan ini menyebabkan gejala strok, ia dikenali sebagai ICAS bergejala. Bagaimanakah stenosis arteri intrakranial boleh dirawat? ICAS boleh dirawat dengan terapi endovaskular atau rawatan perubatan konvensional, tetapi tidak jelas pendekatan mana yang...
4 months 1 week ago
Perbandingan teknik pernafasan kitaran aktif (ACBT) dengan kaedah terapi klearans saluran udara lain dalam kalangan orang dengan fibrosis sista Soalan ulasan Apakah kesan teknik pernafasan kitaran aktif (ACBT) berbanding kaedah terapi klearans saluran udara lain dalam kalangan orang dengan fibrosis sista? Latar belakang Jangkitan kronik adalah lazim dalam fibrosis sista dan jangkitan berulang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan penyakit. Pesakit fibrosis sista menggunakan terapi klearans saluran udara untuk membersihkan lendir dan memperbaik fungsi paru-paru. ACBT menggunakan gabungan...
4 months 1 week ago
Rawatan untuk komplikasi pergigian dan ortodontik dikalangan penghidap talasemia Apakah talasemia? Sel darah merah menghasilkan pigmen yang dikenali sebagai hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan. Namun begitu, bagi penghidap talasemia, hemoglobin ini tidak normal, perkara ini disebabkan oleh kecacatan (mutasi) dalam dua jenis gen yang spesifik. Perkara ini membawa kepada keadaan yang diklasifikasikan sebagai talasemia alfa atau beta. Kira-kira 5% daripada populasi dunia membawa mutasi yang menyebabkan gen alpha globin berfungsi hanya sebahagian sahaja atau tidak sama sekali; kadar...
4 months 1 week ago
Suntikan steroid tempatan untuk sindrom carpal tunnel Mesej utama Suntikan kortikosteroid ke dalam pergelangan tangan mungkin memperbaiki gejala sindrom carpal tunnel (mampatan saraf di pergelangan tangan) dan fungsi tangan sehingga enam bulan. Penilaian kualiti hidup, dan ujian pengaliran saraf yang diukur sehingga tiga bulan selepas suntikan, juga mungkin bertambah baik. Suntikan kortikosteroid boleh mengurangkan keperluan untuk pembedahan, dinilai pada satu tahun susulan. Kesan sampingan nampaknya jarang berlaku. Walau bagaimanapun, penambahbaikan spontan tanpa rawatan boleh berlaku...
4 months 1 week ago
Adakah langkah fizikal seperti mencuci tangan atau memakai topeng menghentikan atau memperlahankan penyebaran virus pernafasan? Mesej utama Kami tidak pasti sama ada memakai topeng atau alat pernafasan N95/P2 membantu memperlahankan penyebaran virus pernafasan berdasarkan kajian yang kami nilai. Program kebersihan tangan boleh membantu melambatkan penyebaran virus pernafasan. Bagaimanakah virus pernafasan merebak? Virus pernafasan ialah virus yang menjangkiti sel-sel dalam saluran pernafasan anda: hidung, tekak, dan paru-paru. Jangkitan ini boleh menyebabkan masalah serius dan mempengaruhi...
4 months 2 weeks ago
Implantasi kanta trifokal berbanding bifokal selepas pembedahan katarak Apakah yang ingin kami ketahui? Kami ingin mengetahui sama ada terdapat perbezaan dalam keberkesanan dan keselamatan implantasi kanta yang mengandungi tiga kawasan yang membetulkan jarak, pertengahan dan penglihatan dekat (trifokal) ke dalam mata semasa pembedahan katarak berbanding dengan kanta yang mengandungi dua kawasan yang membetulkan jarak dan penglihatan dekat (bifokal) pada orang yang mengalami katarak. Mesej utama Kami mendapati bahawa orang yang menerima kanta trifokal selepas pembedahan katarak mereka mungkin...
4 months 2 weeks ago
Ubat untuk mengelakkan pembekuan selepas pendarahan dalam otak Soalan ulasan Apakah faedah dan risiko ubat yang digunakan untuk mencegah pembekuan (dikenali sebagai 'ubat antitrombotik') dalam jangka pendek dan jangka panjang selepas strok akibat pendarahan di otak (dikenali sebagai 'pendarahan otak')? Latar belakang Orang yang menghidap strok akibat pendarahan otak lebih berkemungkinan mengalami pembekuan dalam saluran darah mereka berbanding orang yang tidak mengalami pendarahan otak. Ketidakmampuan untuk bergerak pada awal strok boleh menyebabkan pembekuan pada urat kaki dan pelvis....
4 months 2 weeks ago
Remdesivir untuk merawat orang dengan COVID-19 Adakah remdesivir (ubat antivirus) merupakan rawatan berkesan untuk COVID-19? Mesej utama • Bagi orang dewasa yang dirawat di hospital dengan COVID-19, remdesivir mungkin mempunyai kesan yang kecil atau tiada kesan terhadap kematian hingga 150 hari selepas rawatan dibandingkan dengan plasebo (rawatan palsu) atau penjagaan biasa. • Remdesivir mungkin sedikit meningkatkan peluang pesakit yang dimasukkan ke hospital bertambah baik dan dibenarkan keluar (keluar hospital atau pulang ke rumah). Ia juga boleh mengurangkan risiko menjadi lebih teruk...
Checked
37 minutes 32 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed