1 year 1 month ago
Kesan rawatan pembuangan buah pinggang apabila digunakan bersama-sama dengan ubat dalam penghidap kanser buah pinggang yang telah merebak ke bahagian badan yang lain Mesej utama • Pesakit yang menjalani pembedahan pembuangan buah pinggang selepas menerima imunoterapi interferon (ubat yang membantu sistem imun melawan kanser) mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada mereka yang menerima rawatan imunoterapi interferon tanpa pembedahan pembuangan buah pinggang . • Pesakit yang menjalani pembedahan segera pembuangan buah pinggang kemudiannya menerima terapi perencat tyrosine...
1 year 1 month ago
Apakah manfaat dan risiko penggunaan sekatan saraf simpatetik untuk merawat kesakitan yang disebabkan oleh kanser di bahagian perut dan/atau pelvis? Mesej utama Kami tidak menemui bukti yang mencukupi untuk menyatakan sama ada sekatan saraf simpatetik memberikan lebih banyak kelegaan kesakitan daripada 'penjagaan biasa'. Risiko mudarat sekatan saraf simpatetik tidak jelas. Kami tidak menemui bukti yang mencukupi untuk menyatakan sama ada sekatan saraf simpatetik meningkatkan atau mengurangkan kualiti hidup. Kajian pada masa hadapan harus memberi tumpuan kepada pelbagai jenis sekatan saraf...
1 year 1 month ago
Androgen (dehidroepiandrosteron atau testosteron) untuk wanita yang menjalani teknologi bantuan reproduksi Mesej utama Wanita yang menjalani teknologi bantuan reproduksi (ART), iaitu persenyawaan in vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI), yang dikenal pasti sebagai responden yang lemah harus mempertimbangkan pra-rawatan atau rawatan bersama dengan testosteron (T). Apakah isunya? Dehidroepiandrosteron (DHEA) dan testosteron (T) adalah hormon yang dikenali sebagai androgen. Selama bertahun-tahun, versi sintetik bagi hormon-hormon ini telah digunakan sebelum rawatan ART untuk...
1 year 1 month ago
Apakah rawatan untuk gatal pascabakar dan sejauh manakah ia berkesan? Mesej utama Ejen neuromodulator seperti gabapentin dan pregabalin adalah ubat-ubatan yang membantu tubuh peka dan bertindak balas terhadap gatal-gatal. Ubat-ubatan ini boleh mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding antihistamin oral. Modaliti fizikal menunjukkan variasi keberkesanan dalam mengurangkan gatal pascabakar. Terapi urutan dan gelombang kejutan ekstrakorporeal berkemungkinan mengurangkan gatal pascabakar berbanding kawalan berkaitan, sementara itu sentuhan terapeutik boleh meningkatkan kegatalan pascabakar...
1 year 1 month ago
Apakah manfaat dan risiko penggunaan metformin untuk rawatan penyakit buah pinggang kronik? Mesej-mesej utama - Kajian ini tidak dapat menemui bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa metformin mempunyai sebarang kesan terhadap fungsi buah pinggang. Penemuan kami terhad kerana kebanyakan kajian melihat kepada kajian yang mengendalikan dua populasi pesakit spesifik (mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang sista atau diabetes) dan kerap tidak melaporkan sepenuhnya kesan-kesan terhadap fungsi buah pinggang. - Bukti lebih lanjut dalam bentuk kajian rawak terkawal yang besar, direka dengan...
1 year 1 month ago
Apakah faedah dan risiko terapi gen (menggantikan gen yang rosak dengan gen normal) untuk merawat orang dengan karsinoma hepatoselular yang boleh dibedah atau tidak dapat dibedah (kanser hati primer)? Mesej utama - Kami menjumpai enam kajian kecil, dengan masalah dengan reka bentuk kajian, bilangan orang yang mengambil bahagian yang rendah, dan kepelbagaian dalam keputusannya. Semua orang dalam kajian mempunyai karsinoma hepatoselular yang tidak dapat dikendalikan (kanser hati primer), tidak ada yang mempunyai karsinoma hepatoselular yang dapat dibedah. Kami tidak tahu sama ada mana-mana...
1 year 1 month ago
Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal dalam gangguan bipolar Mesej utama Kami menemui beberapa kajian yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan dalam aktiviti fizikal untuk pesakit dengan gangguan bipolar. Kajian-kajian yang kami temui mencadangkan bahawa kerap beraktiviti fizikal boleh memberi manfaat kepada pesakit dengan gangguan bipolar, tetapi terdapat beberapa halangan dan cabaran serta cara yang berkesan untuk menggalakkan mereka menjadi aktif. Apakah tujuan sintesis ini? Tujuan sintesis bukti kualitatif ini adalah untuk mencari faktor-faktor yang...
1 year 1 month ago
Renjatan elektrik (kardioversi elektrik) dan ubat-ubatan (kardioversi farmakologi) untuk memulihkan ritma normal bagi pesakit dengan fibrilaso atrium atau fluter atrium Mesej utama - Kardioversi elektrik dan sesetengah ubat-ubatan boleh digunakan untuk memulihkan ritma normal bagi pesakit dengan fibrilasi atrial (AF) dan fluter atrium. Walaupun kardioversi elektrik sangat berkesan dalam menangani semua aritmia, keberkesanan ubat-ubatan adalah berbeza-beza, di mana sesetengahnya hanya sederhana efektif atau tidak berfungsi sama sekali dalam AF yang berterusan dan fluter atrium. - Kardioversi...
1 year 1 month ago
Adakah imitasi ubat anti-VEGF (biosimilar) berfungsi sebaik ubat anti-VEGF asal untuk orang yang mengalami degenerasi makula yang berkaitan umur neovaskular (nAMD)? Mesej utama Imitasi (biosimilar) faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial (anti-VEGF) berfungsi sebaik ubat anti-VEGF asal apabila digunakan untuk merawat degenerasi makula berkaitan umur neovaskular (nAMD) sehingga setahun. Biosimilar anti-VEGF menyebabkan kesan tidak diingini yang serupa dengan ubat anti-VEGF asal sehingga setahun. Penyelidikan masa depan perlu dijalankan melebihi setahun untuk memahami kesan biosimilar...
1 year 1 month ago
Apakah yang kami tahu tentang impak program penjagaan komprehensif untuk kanak-kanak dengan kerumitan perubatan? Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada program penjagaan komprehensif yang menyediakan koordinasi penjagaan dan perkhidmatan yang lain untuk kanak-kanak dengan kerumitan perubatan meningkatkan hasil bagi kumpulan kanak-kanak ini dan keluarga mereka, dan sama ada mereka mempunyai impak terhadap penggunaan dan kos bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan. Mesej-mesej utama Penyelidikan yang berkaitan dengan program penjagaan komprehensif...
1 year 1 month ago
Apakah manfaat dan mudarat pengurusan bunyi atau hingar di unit penjagaan intensif neonatal untuk bayi pramasa atau berat lahir sangat rendah? Mesej-mesej utama • Bunyi bising di unit penjagaan intensif neonatal (NICU) adalah lebih kuat daripada di rumah kita atau kebanyakan persekitaran kerja. Bunyi sedemikian mungkin sangat mudarat kepada bayi yang belum matang, mengganggu perkembangan dan membawa kepada gangguan pendengaran. Mengurangkan bunyi bising dalam NICU kepada bawah 45 desibel (dB) adalah disyorkan tetapi sangat sukar untuk dicapai. • Kami menemui hanya satu kajian yang menilai...
1 year 1 month ago
Adakah stimulasi otak bukan invasif atau latihan bahasa membantu orang dengan afasia progresif primer? Mesej-mesej utama • Kami tidak tahu sekiranya stimulasi otak bukan invasif atau pelbagai jenis latihan bahasa, atau gabungan kedua-dua rawatan tersebut, membantu orang dengan afasia progresif primer disebabkan bukti sedia adalah terhad dan secara amnya berkualiti teruk. • Tiada kesan-kesan sampingan teruk dilaporkan dalam kajian-kajian stimulasi otak. Apakah afasia progresif primer? Afasia progresif primer (PPA) adalah keadaan yang jarang berlaku yang merosakkan bahagian otak yang mengawal...
1 year 1 month ago
Apakah cara-cara berbeza pemeriksaan mata dijalankan dan cermin mata disediakan dalam komuniti dan klinik kesihatan di seluruh dunia? Mesej utama 1. Jangkauan (pendekatan berasaskan komuniti untuk menyediakan penjagaan mata dalam pelbagai tetapan, yang selalunya bukan lokasi tetap), dan pendekatan penyampaian perkhidmatan berasaskan sekolah digunakan kebanyakannya untuk menyediakan penjagaan mata dalam komuniti, manakala pusat penglihatan digunakan kebanyakannya dalam penjagaan primer (penjagaan kesihatan barisan pertama). 2. Di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Asia Tenggara,...
1 year 1 month ago
Terapi manual dan senaman untuk merawat siku tenis Mesej utama Berbanding dengan terapi manual plasebo (palsu), terapi manual untuk siku tennis boleh mengurangkan sakit dan ketidakupayaan pada hujung rawatan. Kesan-kesan jangka panjang tidak diketahui. Berbanding dengan sedikit atau tiada rawatan, terapi manual, senaman yang ditetapkan, atau kedua-duanya, boleh mengurangkan sedikit kesakitan, dan ketidakupayaan, dan menyebabkan sedikit sehingga tiada peningkatan dalam kualiti hidup dan kejayaan rawatan. Kami kurang pasti sekiranya lebih banyak orang mempunyai kesan-kesan sampingan daripada...
1 year 1 month ago
Saringan bilirubin transkutaneus untuk jaundis dalam bayi baru lahir Mesej utama - Jaundis adalah keadaan biasa untuk bayi baru lahir. Sekiranya dibiarkan tidak dikesan dan tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan kecederaan otak. – Saringan bayi baru lahir dengan mengukur tahap jaundis melalui kulit (dipanggil saringan bilirubin transkutan) mungkin membawa kepada pengurangan kemasukan semula ke hospital untuk terapi cahaya dan lebih ramai bayi menjalani terapi cahaya sebelum keluar dari hospital. Ia mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas bilangan bayi yang memerlukan pemindahan...
1 year 1 month ago
Adakah pembalut dan alat pengikat dapat mencegah komplikasi bagi orang dengan kateter arteri periferi? Mesej utama - Kami sangat tidak pasti sama ada pembalut dan alat pengikat yang berbeza mengurangkan risiko komplikasi atau kegagalan kateter arteri periferi. - Kami menemui lima kajian yang menyelidik ini, tetapi kami tidak begitu yakin dengan keputusannya disebabkan saiz sampel yang kecil dan bilangan kejadian hasil yang sedikit. - Penyelidikan masa depan harus membandingkan produk yang sedang digunakan untuk mengikati dan membalut kateter arteri di hospital, dengan kaedah berkualiti...
1 year 1 month ago
Adakah terdapat manfaat menggunakan tahap sel darah merah yang lebih rendah (ketat) berbanding dengan tahap sel darah merah yang lebih tinggi (liberal) untuk menentukan keperluan pemindahan sel darah merah pada pesakit yang didiagnosis dengan kanser darah Mesej utama • Penggunaan strategi transfusi RBC yang ketat boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah peserta yang mati dalam 31 hingga 100 hari berbanding strategi liberal, walaupun persoalan penyelidikan masih tidak ditangani dengan tepat, memandangkan sedikit kajian yang disertakan, bilangan peserta yang disertakan...
1 year 1 month ago
Adakah penggunaan infusi berterusan diuretik kawasan lengkung lebih baik daripada suntikan bolus untuk kegagalan jantung akut? Mesej utama – Penggunaan infusi berterusan atas suntikan bolus diuretik kawasan lengkung boleh menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam semua keputusan yang kami ukur. – Penggunaan infusi berterusan atas suntikan bolus diuretik kawasan lengkung boleh menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kesan-kesan sampingan yang memudaratkan. – Penyelidikan kami mencadangkan mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara bagaimana diuretik kawasan lengkung...
1 year 1 month ago
Adakah suplemen antioksidan membantu orang dengan penyakit sel sabit (sel darah merah berbentuk luar biasa)? Mesej utama • Berbanding pil tiruan (plasebo), zink dan N-acetylcysteine (NAC; 1200 mg) mungkin tidak dapat mengurangkan kekerapan episod (krisis) yang menyakitkan yang dialami oleh orang dengan penyakit sel sabit (SCD). • Zink boleh meningkatkan status hemoglobin (bilangan sel darah merah) sedikit, tetapi L-arginine tidak boleh. L-arginine juga mungkin mengurangkan keterukan sakit, tetapi tidak boleh kurang kekerapan kemasukan ke hospital. • Kajian yang lebih besar untuk menilai...
1 year 1 month ago
Adakah hemodialisis di rumah lebih baik daripada hemodialisis dalam pusat untuk pesakit dengan kegagalan buah pinggang ? Mesej utama - Hemodialisis di rumah boleh lebih disukai oleh sesetengah pesakit. Walau bagaimanapun, penyelidikan memberikan kita jawapan yang tidak dikenal pasti. - Kami tidak pasti sama ada hasil yang lebih baik daripada hemodialisis di rumah adalah kerana rawatan dialisis itu sendiri atau kerana pesakit yang menerima hemodialisis di rumah adalah lebih muda dan kurang sakit. Mengapa menjalankan hemodialisis di rumah dan bukannya di pusat dialisis? Kegagalan buah pinggang...
Checked
21 hours 3 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed