1 year 3 months ago
Shunt Intrahepatik shunt pada orang dewasa dengan kegagalan buah pinggang akibat penyakit hati Soalan ulasan Shunt intrahepatik berbanding dengan rawatan konvensional: manakah yang terbaik untuk memperbaiki keadaan klinikal orang dewasa dengan sindrom hepatorenal? Mesej utama – Kami tidak menemui bukti berkualiti baik yang mencukupi tentang faedah dan bahaya shunt intrahepatik untuk menambahbaik keadaan klinikal pada orang dewasa dengan sindrom hepatorenal. – Kajian klinikal rawak yang lebih besar (kajian di mana orang dimasukkan secara rawak ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan...
1 year 3 months ago
Apakah faedah dan risiko memberi asid amino awal kepada bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan? Mesej utama Disebabkan kekurangan bukti kukuh, faedah memberi asid amino awal kepada bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan adalah tidak jelas. Apakah asid amino? Asid amino adalah blok unit asas yang bergabung untuk membentuk protein. Badan kita menghasilkan beberapa asid amino, tetapi ia tidak boleh membuat sembilan asid amino penting yang kita perlukan daripada diet. Protein adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Bayi baru lahir mendapat asid amino...
1 year 3 months ago
Pemberian surfaktan saluran pernafasan topeng larinks untuk pencegahan morbiditi dan kematian pada bayi pramatang dengan atau berisiko mengalami sindrom gangguan pernafasan Mesej utama – Pemberian surfaktan melalui topeng larinks mungkin mengurangkan keperluan untuk pengudaraan mekanikal pada bila-bila masa jika dibandingkan dengan pemberian surfaktan melalui tiub endotrakeal. – Pemberian surfaktan melalui topeng larinks mungkin mengurangkan keperluan untuk pengudaraan mekanikal pada bila-bila masa berbanding tanpa penggunaan surfaktan. – Kajian lanjut adalah diperlukan. Apakah surfaktan?...
1 year 3 months ago
Kortikosteroid topikal untuk merawat phimosis untuk kanak-kanak lelaki Soalan ulasan Adakah kortikosteroid topikal berkesan untuk rawatan phimosis pada kanak-kanak lelaki? Apakah phimosis? Phimosis adalah keadaan di mana kulit yang melindungi kepala zakar (kulup) tidak boleh ditarik sepenuhnya ke belakang (ditarik balik). Phimosis adalah normal semasa lahir dan selalunya membetulkan sendiri tanpa rawatan. Ini dikenali sebagai phimosis kongenital atau fisiologi. Phimosis juga boleh disebabkan oleh parut pada kulup, keadaan yang dipanggil phimosis patologi. Ia boleh menjadi sukar untuk...
1 year 3 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan antikoagulan oral jenis bukan vitamin-K-antagonis (yang membantu mencegah pembentukan darah beku) selepas serangan jantung Mesej-mesej utama • Berbanding dengan plasebo (rawatan palsu), rivaroxaban mengurangkan kematian daripada sebarang sebab (kematian semua sebab) dan mungkin mengurangkan kematian daripada penyakit jantung dan saluran darah (kematian kardiovaskular) selepas serangan jantung. Dabigatran boleh mengurangkan kematian semua sebab tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan kepada kematian kardiovaskular. Apixaban mungkin tidak lebih berkesan...
1 year 3 months ago
Faedah dan kemudaratan pemberian probiotik kepada bayi yang baru dilahirkan selepas pembedahan saluran pencernaan Mesej utama • Probiotik mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap risiko jangkitan saluran pendarahan dalam bayi yang dilahirkan dari 35 minggu kehamilan yang telah menjalani pembedahan saluran pencernaan (paip makanan, perut, atau usus). • Probiotik mungkin meningkatkan kadar bakteria 'baik' dalam usus, tetapi kami tidak tahu sama ada ini mempunyai faedah sebenar untuk bayi. Apa itu probiotik? Probiotik ialah bakteria hidup yang mungkin menawarkan kebaikan kesihatan...
1 year 3 months ago
Pengurusan bebas ubat untuk kesakitan di kalangan neonat semasa penyedutan endotrakeal Mesej utama — Memegang bayi dengan lembut dalam postur fleksi (“facilitated tucking”, iaitu memberikan posisi lembut untuk bahagian tangan dan kaki bayi dalam keadaan bengkok, kedudukan garis tengah dekat dengan badan bayi semasa bayi berbaring mengiring, baring telentang dengan menghadap ke atas (terlentang), atau berbaring di perut mereka dengan kepala ke sebelah (meniarap)) mungkin berkesan dalam mengurangkan kesakitan semasa penyedutan endotrakeal pada bayi baru lahir yang diventilasikan Apakah...
1 year 3 months ago
Teknik penutupan luka garis tengah atau di luar garis tengah: yang manakah lebih berkesan untuk merawat penyakit sinus pilonidal? Mesej utama • Menutup luka dari satu sisi retakan punggung (penutupan di luar garis tengah) boleh membawa kepada penyembuhan yang lebih cepat, peluang yang lebih rendah untuk penyakit itu kembali, lebih sedikit jangkitan, lebih sedikit peluang untuk luka terbuka semula, jangkamasa tinggal di hospital lebih pendek, lebih cepat kembali bekerja, dan kurang kesakitan berbanding dengan penutupan luka secara terus dari bahagian tengah retak punggung (penutupan garis...
1 year 3 months ago
Apakah rawatan perubatan terbaik untuk menghentikan pendarahan bagi individu yang menjalani pembedahan bukan kecemasan pinggul atau lutut? Mesej utama • Asid traneksamik boleh menjadi ubat yang berkesan bagi membantu membekukan darah semasa pembedahan penggantian pinggul atau lutut yang mengurangkan pendarahan dan keperluan transfusi darah (menggantikan darah yang hilang dengan darah yang didermakan). • Dos ubat yang tinggi dan pemberian melebihi satu cara (misalnya dalam bentuk tablet dan disuntik ke dalam sendi pada akhir pembedahan) menunjukkan keberkesanan. • Asid traneksamik berpotensi...
1 year 3 months ago
Adakah testosteron berkesan untuk lelaki yang mempunyai masalah ereksi? Latar belakang Testosteron adalah hormon lelaki yang penting. Ia biasanya diambil oleh lelaki yang mempunyai tahap testosteron rendah yang mengalami kesukaran ereksi. Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas sejauh manakah keberkesanan rawatan ini dan adakah ia mempunyai kesan tidak diingini yang berbahaya (kesan buruk), terutamanya pada kesihatan jantung. Mesej utama Dalam jangka masa yang pendek, terapi penggantian testosteron memberikan kesan minimum pada fungsi ereksi, kualiti kehidupan seksual, dan kematian...
1 year 3 months ago
Vaksin oral untuk mencegah taun Penyelidik di The Cochrane Collaboration menjalankan ulasan tentang kesan vaksin oral untuk mencegah taun. Selepas mencari kajian yang relevan, mereka mengenal pasti 48 artikel. Penemuan-penemuan mereka diringkaskan seperti berikut. Apakah taun dan bagaimana vaksin berfungsi? Taun adalah sejenis cirit-birit yang teruk. Orang mendapat taun dengan meminum air atau memakan makanan yang telah tercemar dengan bakteria (Vibrio cholera). Sesetengah orang hanya jatuh sakit yang tidak serius, tetapi sesetengah menjadi sangat tidak sihat dengan cirit-birit berair dan...
1 year 3 months ago
Adakah asid lipoik alfa (antioksidan semula jadi) lebih baik daripada tiada rawatan atau rawatan palsu untuk kerosakan saraf dalam kalangan pesakit diabetes? Mesej utama • Kami menjumpai bahawa rawatan asid lipoik alfa berbanding dengan plasebo (rawatan palsu) berkemungkinan mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas gejala-gejala kerosakan saraf dan mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas ketidakmampuan selepas enam bulan rawatan. • Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara asid lipoik alfa dan plasebo untuk kejadian kesan yang tidak diingini yang menyebabkan orang...
1 year 3 months ago
Doktor menggunakan tanda-tanda amaran untuk menyaring kepatahan tulang belakang bagi pesakit mengalami sakit belakang yang baru Nota editorial: Layari https://www.cochranelibrary.com/cdsr/doi/10.1002/14651858.CD014461.pub2/full untuk ulasan terkini yang merangkumi topik ini. Kajian ini menerangkan pemahaman tentang praktis pemeriksaan kecederaan tulang belakang apabila pesakit datang ke doktor perubatan keluarga, klinik sakit belakang atau ke kecemasan dengan sakit belakang baru. Doktor kebiasaannya akan bertanya beberapa soalan dan memeriksa bahagian belakang untuk keberangkalian...
1 year 3 months ago
Intervensi untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar Mesej utama - Kami menemui beberapa bukti untuk mencadangkan intervensi berasaskan pendidikan (penilaian risiko tingkah laku dan kesihatan (HRA)) dan kejuruteraan dapat mempromosikan penggunaan tali pinggang keledar pada remaja dan orang dewasa; namun, kami tidak yakin dengan bukti semasa. - Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk lebih memahami keberkesanan intervensi berasaskan pendidikan dan kejuruteraan tentang penggunaan tali pinggang keledar. - Penyelidikan berkualiti tinggi juga diperlukan untuk menyiasat manfaat...
1 year 3 months ago
Vaksin oral untuk mencegah kolera Mesej utama Dua dos valsin seluruh sel serta rekombinan (vaksin WC-rBS (Dukoral)), dengan atau tanpa dos penggalak, mengurangkan kes kolera selama dua tahun. Dua dos vaksin sel penuh bivalen (vaksin BivWC (Shanchol)) mengurangkan kes kolera selama lima tahun. Satu dos Shanchol mengurangkan kes kolera dan kes kolera dehidrasi yang teruk selama dua tahun. Vaksin dianggap selamat, dengan kesan sampingan yang sama dilaporkan oleh semua kumpulan. Kajian lanjut diperlukan untuk menilai keberkesanan dos tunggal Shanchol dan dua dos Dukoral selama lima tahun...
1 year 3 months ago
Perbandingan antara akses vaskular distal retrograde dengan akses arteri femoral untuk angioplasti arteri di bawah lutut Mesej utama – Pilihan akses vaskular boleh mempengaruhi hasil angioplasti bawah lutut. – Kami mengenal pasti tiada kajian yang membandingkan akses distal retrograde dengan akses femoral untuk angioplasti bawah lutut untuk dimasukkan; terdapat keperluan untuk kajian berkualiti tinggi mengenai topik ini. Apakah penyakit arteri periferal? Penyakit arteri periferal merupakan stenosis (sempitan) atau oklusi (sekatan) pembuluh arteri anggota badan yang biasanya disebabkan oleh...
1 year 3 months ago
Pengambilan suplemen Vitamin B 12 untuk wanita semasa hamil Mesej utama - Wanita yang mengambil suplemen vitamin B 12 semasa hamil mungkin telah meningkatkan status vitamin B 12 semasa hamil atau postpartum termasuk pengurangan ketakcukupan vitamin B 12 dan paras vitamin B 12 yang lebih tinggi dibandingkan wanita yang tidak mengambil suplemen vitamin B 12 , tetapi bukti tidak dapat dipastikan. - Kesan pengambilan suplemen vitamin B 12 semasa hamil ke atas kesihatan lain pada wanita atau anak-anak mereka adalah tidak diketahui. Implikasi kesihatan awam Vitamin B 12 ialah nutrien penting yang...
1 year 3 months ago
Rawatan untuk mencairkan darah semasa hemodialisis: rawatan manakah yang mengurangkan masalah pembekuan tanpa menyebabkan pendarahan? Apakah isunya? Apabila pesakit menjalani rawatan dialisis menggunakan mesin untuk membersihkan darah mereka (dipanggil hemodialisis (HD)), rawatan pencairan darah adalah untuk mencegah pembekuan darah di dalam tiub dialisis. Walau bagaimanapun, rawatan pencairan darah yang terlampau boleh menyebabkan masalah pendarahan. Terdapat pelbagai ubat untuk mencairkan darah, tetapi tidak jelas yang mana pilihan terbaik atau paling selamat. Apakah yang kami lakukan?...
1 year 3 months ago
Pakaian bertekanan untuk mencegah parut hipertropik selepas kecederaan terbakar Mesej utama – Kami tidak tahu sama ada terapi pakaian bertekanan adalah lebih berkesan daripada pilihan rawatan parut yang lain (cth. gel/kepingan silikon, urutan dengan lanolin) untuk mencegah parut tebal dan timbul yang luar biasa (parut hipertropik). – Kajian masa depan harus merangkumi lebih ramai peserta yang dipantau lebih lama; hendaklah melaporkan dengan jelas tentang sebarang rawatan lain yang ditawarkan bersama atau sebagai alternatif kepada terapi pakaian bertekanan; dan mengukur hasil yang paling...
1 year 3 months ago
Rawatan pembedahan berbanding bukan pembedahan untuk sindrom carpal tunnel Rawatan pembedahan atau bukan pembedahan: yang mana lebih berkesan untuk sindrom carpal tunnel? Mesej utama Pembedahan mungkin menghasilkan kadar peningkatan klinikal yang lebih tinggi daripada penggunaan splint selepas susulan selama 6 hingga 12 bulan. Bukti tentang yang mana antara dua rawatan mungkin mempunyai kesan yang kurang berbahaya adalah tidak pasti. Bukti adalah tidak pasti jika peningkatan klinikal atau kadar kesan berbahaya berbeza antara pembedahan dan suntikan kortikosteroid selepas susulan selama 6...
Checked
8 hours 35 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed