1 year 5 months ago
Adakah pemantauan rutin aspirat perut (susu separa cerna dan hormon usus ditarik keluar dari tiub pemakanan) boleh mengelak enterokolitis nekrosis dalam kalangan bayi pramatang? Mesej utama Enterokolitis nekrosis adalah penyakit usus yang serius dalam kalangan bayi pramatang yang menyebabkan kerosakan dan kematian tisu usus dan boleh menyebabkan lubang pada usus. • Pemantauan rutin aspirat perut untuk membuat keputusan tentang pemakanan bayi pramatang mungkin ada sedikit atau tiada kesan ke atas risiko enterokolitis nekrosis. • Memantau aspirat perut mungkin meningkatkan masa yang diambil...
1 year 5 months ago
Apakah kesan ubat herba bukan Cina untuk orang yang mengalami dispepsia berfungsi? Keputusan utama Kami telah mengenalpasti beberapa ubat herba yang berkesan dalam memperbaiki gejala dan kesejahteraan diri dalam orang yang mengalami dispepsia berfungsi Juga, mereka mungkin tidak terkait dengan peristiwa penting yang tidak diingini berbanding dengan rawatan palsu. Namun begitu, kami telah menjumpai sedikit bukti tentang perbandingan keberkesanan ubat herba dan rawatan lain. Kesan ubat herba mungkin perlu dibandingkan dengan rawatan perubatan biasa untuk dispepsia berfungsi untuk menilai...
1 year 5 months ago
Bagaimanakah penjaga boleh menguruskan kesakitan pada bayi dan kanak-kanak kecil yang menjalani prosedur yang menyakitkan? Mesej utama Hisapan tidak berkhasiat (objek, seperti puting, diletakkan di dalam mulut bayi untuk merangsang tingkah laku menghisap), bedung berbantu (membedung bayi menggunakan tangan penjaga di kepala dan kaki untuk mengekalkan posisi 'folded-in'), dan bedung (membalut bayi dengan ketat dalam selimut untuk mengelakkan pergerakan badan yang berlebihan) adalah antara strategi paling berpotensi yang boleh mengurangkan rasa sakit pada bayi pramatang. Hisapan tidak...
1 year 5 months ago
Salina hipertonik (air garam dengan sekurang-kurangnya 3% garam) nebula sebagai kabus halus melalui topeng atau corong mulut untuk fibrosis sistik Soalan ulasan Adakah menyedut salina hipertonik (air garam dengan sekurang-kurangnya 3% garam) sebagai kabus melalui topeng atau corong mulut memperbaik klearans mukus dalam paru-paru dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik (CF) berbanding plasebo (kabus tanpa atau sangat sedikit garam? ) atau ejen lain? Latar belakang Orang dengan CF menghasilkan banyak mukus tebal yang susah dibersihkan dan menyumbat saluran pernafasan. Fisioterapi dada atau...
1 year 5 months ago
Bolehkah latihan jasmani memperbaik aliran darah dalam kalangan orang dengan kelemahan vena kronik? Mesej utama Tiada cukup bukti untuk membantu kami memutuskan jika latihan jasmani memberi manfaat kepada orang dengan penyakit vena kronik. Mengapakah soalan ini penting? Vena adalah sejenis salur darah yang membawa darah daripada badan kembali ke jantung (darah vena pulangan). Proses ini dibantu oleh pengecutan beberapa pam otot di bahagian kaki. Masalah vena atau pam otot di bahagian kaki dalam kalangan sesetengah orang boleh mengganggu proses tersebut, dan mengakibatkan keadaan yang...
1 year 5 months ago
Adakah pembedahan setempat atau pembedahan besar lebih baik untuk merawat kanser rektal dengan atau tanpa rawatan tambahan sebelum atau selepas pembedahan? Mesej utama Kami tidak pasti sama ada pembedahan setempat (LE) (pembuangan kanser rektal peringkat awal yang tidak merebak ke lapisan otot rektum melalui dubur, atau tahap I) boleh memendekkan tempoh bebas dari kanser selepas pembedahan berbanding pembedahan radikal (RR) (membuang seluruh salur rektum dan tisu-tisu sekelilingnya dengan pembedahan besar). Masih tidak jelas sama ada LE mempengaruhi kelangsungan hidup selepas kanser...
1 year 5 months ago
Adakah fenofibrate berkesan untuk retinopati diabetes? Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada fenofibrate mencegah individu yang mempunyai diabetes jenis 1 (T1D) atau jenis 2 (T2D) daripada mengalami retinopati diabetes (DR), atau sekiranya mereka telah mempunyai retinopati diabetes (DR), ia dapat memperlahankan perkembangannya, berbanding dengan plasebo atau pemerhatian. Mesej utama - secara keseluruhan, fenofibrate mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam perkembangan DR apabila dibandingkan dengan plasebo (bukti kepastian sederhana)...
1 year 5 months ago
Rawatan manakah yang berkesan untuk pengurusan sindrom sakit kompleks sekawasan dalam kalangan dewasa? Mesej utama Terdapat kekurangan kritikal bukti berkualiti tinggi bagi manfaat dan risiko kebanyakan rawatan untuk orang dewasa dengan sindrom sakit kompleks sekawasan (CRPS). Kajian lebih besar yang direka bentuk dengan baik dan ulasan berkualiti tinggi diperlukan untuk memberi bukti yang tepat manfaat dan risiko rawatan bagi orang dewasa dengan CRPS. Apakah sindrom sakit kompleks sekawasan? CRPS ialah keadaan sakit kronik yang melumpuhkan. Orang dengan CRPS mengalami sakit yang berterusan,...
1 year 5 months ago
Apakah rawatan yang mengurangkan keperluan untuk pemindahan darah pada orang dewasa yang telah patah pinggul? Mesej utama - Pengunaan ubat yang dipanggil asid tranexamic sebelum, semasa, atau selepas pembedahan untuk patah pinggul mungkin mengurangkan keperluan untuk pemindahan darah. - Rawatan dengan zat besi mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan untuk keperluan pemindahan darah selepas pesakit patah pinggul. Apakah keadaannya? Patah pinggul (patah di bahagian atas tulang kaki) adalah perkara biasa bagi orang dewasa yang tua yang mana tulang mereka mungkin lemah akibat keadaan yang...
1 year 5 months ago
Bolehkah pengguna Shisa dibantu untuk berhenti melalui intervensi berhenti merokok? Mesej utama • Bukti terhad menunjukkan bahawa sokongan tingkah laku mungkin membantu untuk berhenti menggunakan Shisa. • Tiada bukti yang mencukupi untuk menilai kesan intervensi vareniklin, bupropion atau e-kesihatan untuk berhenti menghisap Shisa. • Dalam semua kes, kajian lanjut mungkin mengubah kesimpulan kami. kajian yang lebih besar dan direka dengan baik mengenai intervensi pemberhentian menghisap Shisa tingkah laku dan farmakologi diperlukan. • Memandangkan potensi capaian dan keberkesanan intervensi...
1 year 5 months ago
Bolehkah higin tangan mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir? Soalan ulasan Bolehkah higin tangan mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir? Mesej utama: 1. Dua peratus klorheksidina glukonat ((CHG) detergen antiseptik) mungkin mengurangkan risiko jangkitan bakteria dalam kalanga neonat berbanding higin tangan alkohol dalam tempoh 28 hari pertama kehidupan. 2. Tiada perbezaan kesan yang tidak diingini daripada pelbagai intervensi higin tangan pada kulit penjaga. 3. Kami tidak pasti jenis higin tangan yang terbaik untuk mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir....
1 year 5 months ago
Kombinasi ubat-ubat sedutan yang manakah selamat dan berkesan untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)? Mesej utama • Penggunaan alat sedut yang mengandungi antagonis muskarinik tindak balas panjang campur agonis beta tindak balas panjang (LAMA+LABA) bagi penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) mungkin meningkatkan fungsi pernafasan dan mengurangkan risiko radang paru-paru berbanding LABA campur kortikosteroid sedutan (LABA+ICS). • LAMA+LABA dan LABA+ICS mungkin berfungsi sebaik setiap satu dalam mengurangkan eksaserbasi COPD dan meningkatkan kualiti hidup. • Risiko kematian...
1 year 5 months ago
Bagaimanakah keberkesanan intervensi psikologi yang digunakan untuk merawat kesan penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Mesej utama • Beberapa terapi psikologi digunakan untuk membantu kanak-kanak dan golongan muda mengatasi akibat penderaan seksual. • Terdapat sebahagian besar bukti yang tidak pasti untuk mencadangkan bahawa sebarang intervensi tertentu adalah lebih baik daripada pengurusan seperti biasa dalam membantu kanak-kanak dan orang muda pulih daripada penderaan seksual. • Kami memerlukan kajian intervensi yang lebih banyak dan lebih baik untuk menentukan sama ada...
1 year 5 months ago
Apakah manfaat dan kemudaratan pelbagai rawatan untuk sengatan obor-obor? Mengapakah soalan ini penting? Sengatan obor-obor adalah biasa di kawasan pantai seluruh dunia. Sel penyengat khusus pada obor-obor yang dipanggil nematosista menghasilkan sengatan. Sengatan obor-obor yang berbeza spesies menghasilkan gejala yang berbeza dengan tahap keseriusan yang berbeza. Gejala ringan termasuklah kesakitan, kemerahan dan gatal-gatal di tempat sengatan. Walau bagaimanapun, reaksi terhadap sesetengah spesies obor-obor boleh menjadi lebih serius, dan kadangkala boleh membawa kepada kematian. Memahami...
1 year 5 months ago
Alemtuzumab untuk multiple sclerosis Mesej utama – Alemtuzumab boleh mengurangkan risiko relaps dan perkembangan penyakit jika dibandingkan dengan interferon subkutaneus beta-1a pada individu dengan MS yang berulang-relaps, sejenis MS di mana anda mengalami gejala yang lebih teruk (relaps) diikuti dengan tempoh pemulihan. – Kajian yang direka dengan baik pada masa hadapan adalah diperlukan untuk menilai hasil yang berkaitan pesakit seperti kualiti hidup dan keletihan. Apakah isunya? Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit kronik sistem saraf yang menjejaskan orang dewasa muda dan pertengahan...
1 year 5 months ago
Adakah ubatan yang bertujuan mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan berkesan dalam pembedahan bagi trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang dan adakah ianya mengakibatkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Kami belum lagi mengetahui ubatan terbaik untuk mengurangkan pendarahan dan transfusi darah semasa pembedahan untuk trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang (tulang paha). • Sesetengah kajian masih sedang berjalan; apabila mereka telah selesai kami berharap akan dapat membuat kesimpulan yang lebih baik. Latar belakang Patah pelvis, pinggul dan tulang panjang boleh...
1 year 5 months ago
Ubat berasaskan ganja untuk sakit kanser Adakah ubat berasaskan ganja membantu orang dewasa yang mengalami sakit kanser? Mesej utama Ubat berasaskan ganja (CbMs) tidak melegakan kesakitan kanser yang tidak bertindak balas terhadap ubat seperti morfin. Kajian yang dianalisis tidak membenarkan sebarang kenyataan dibuat mengenai tempat ubat-ubatan ini di tangga analgesik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sakit kanser. Kajian dengan CbM dalam kanser perlu direka bentuk lebih baik daripada yang telah dijalankan setakat ini. Sakit kanser dan rawatannya Satu dalam dua atau tiga orang yang...
1 year 5 months ago
Adakah bolus mandatori automatik ubat epidural memberikan kelegaan sakit bersalin yang lebih baik daripada infusi basal? Mesej utama - Apabila digunakan untuk mengekalkan kelegaan dari sakit epidural semasa bersalin, bolus mandatori automatik dikaitkan dengan kejadian sakit yang lebih rendah yang memerlukan intervensi klinikal dan penggunaan ubat, berbanding infusi basal. - Kedua-dua bolus mandatori automatik dan infusi basal adalah setanding dalam kejadian bersalin secara caesarean, bersalin dengan bantuan alat, dan tempoh epidural bersalin. Apakah kaedah-kaedah untuk mengekalkan kelegaan...
1 year 5 months ago
Pelbagai cara pemberian antibiotik untuk menghapuskan jangkitan Pseudomonas aeruginosa dalam kalangan pesakit fibrosis sistik Mesej utama - Fibrosis sistik (CF) adalah penyakit yang diwarisi di mana saluran pernafasan sering menjadi tersumbat dengan lendir, dan pesakit CF lebih berkemungkinan untuk mendapat jangkitan paru-paru yang mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada paru-paru. - Pseudomonas aeruginosa ( P aeruginosa ) sering menjadi punca jangkitan dan sukar untuk disingkirkan; antibiotik adalah rawatan utama, tetapi terdapat banyak antibiotik yang berbeza, dan ia boleh diberikan...
1 year 5 months ago
Apakah alatan yang wujud untuk menilai kehadiran pelbagai faktor risiko untuk demensia dalam orang pertengahan umur, dan bolehkan ianya meramalkan demensia masa depan dengan betul? Mesej utama • Kami menemui 14 alatan yang digunakan pada orang pertengahan umur untuk meramal demensia masa depan. • Tujuh kajian telah menguji satu alat ramalan bernama Faktor Risiko Kardiovaskular, Penuaan, dan Demensia (CAIDE). • Faedah menggunakan alatan ini untuk meramal demesia di kemudian hari dalam hidup adalah tidak jelas, disebabkan kajian tersebut memberikan sedikit bukti berkualiti tinggi. Apa itu...
Checked
22 hours 11 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed