Latest Malay Review translations

Rawatan osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia

1 year 6 months ago
Rawatan osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia Soalan ulasan Adakah pelbagai rawatan untuk osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia berkesan? Latar belakang Osteoporosis mempengaruhi ketumpatan tulang dan membawa kepada peningkatan risiko fraktur. Ia adalah punca penyakit yang penting dalam kalangan orang dengan beta-talasemia (gangguan darah yang mengurangkan pengeluaran hemoglobin). Terdapat beberapa kemungkinan rawatan untuk osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia, termasuk bisphosphonates (ubat yang membantu melambatkan kehilangan tulang),...

Moksibusi untuk memusingkan bayi dalam kedudukan songsang

1 year 6 months ago
Moksibusi untuk memusingkan bayi dalam kedudukan songsang Apakah isunya? Kedudukan songsang (apabila bayi berada di bawah) adalah perkara biasa pada trimester kedua kehamilan. Kebanyakan bayi berpusing di mana kepala mereka ke bawah, bersedia untuk dilahirkan, sebelum permulaan kelahiran; namun, ada yang tidak. Bayi yang keluar dengan punggung atau kaki terlebih dahulu boleh mengalami lebih banyak kesukaran untuk dilahirkan. Perkara ini akan mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi, dan bayi lebih cenderung dilahirkan secara pembedahan caesarean. Moksibusi adalah sejenis perubatan Cina yang...

Terapi aliran tinggi nasal untuk sokongan pernafasan dalam kalangan bayi pramasa

1 year 6 months ago
Terapi aliran tinggi nasal untuk sokongan pernafasan dalam kalangan bayi pramasa Soalan ulasan Dalam kalangan bayi pramasa, apakah manfaat dan mudarat terapi aliran tinggi nasal (aliran tinggi) apabila diguna untuk sokongan pernafasan sejurus selepas lahir, berbanding jenis sokongan pernafasan bukan invasif lain? Apakah sokongan pernafasan dan bagaimana ia dirawat? Bayi pramasa (lahir sebelum tarikh bersalin) sering memerlukan sokongan pernafasan sejurus selepas lahir. Sokongan pernafasan bukan invasif disediakan tanpa meletakkan tiub pernafasan dalam salur udara bayi. Terdapat beberapa...

Program pendidikan untuk pesakit yang mengalami penyakit radang usus (IBD)

1 year 6 months ago
Program pendidikan untuk pesakit yang mengalami penyakit radang usus (IBD) Mesej utama Program pendidikan pesakit mungkin tidak mempunyai faedah tambahan jika dibandingkan dengan ubat-ubatan dan penjagaan biasa untuk: • meredakan penyakit radang usus (IBD); • mengelakkan kemunculan semula simptom dan simptom penyakit menjadi teruk; atau • meningkatkan kualiti hidup pesakit IBD. Apakah penyakit radang usus? Penyakit radang usus merujuk kepada dua keadaan utama yang menyebabkan keradangan pada usus. Keadaan ini ialah kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Kolitis ulseratif hanya terjadi pada...

Intervensi peribadi untuk kanak-kanak bermasalah tingkah laku

1 year 6 months ago
Intervensi peribadi untuk kanak-kanak bermasalah tingkah laku Mesej utama Pada masa ini terdapat sedikit bukti untuk menyokong intervensi peribadi atau bersesuaian untuk kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Sedikit bukti yang ada ini adalah berkualiti rendah. Oleh itu, tidak jelas sama ada memperibadikan intervensi boleh menambahbaik hasil untuk kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi adalah diperlukan. Apakah masalah tingkah laku? Masalah tingkah laku ialah pelbagai tingkah laku yang mengganggu pada zaman kanak-kanak yang boleh memberi...

Intervensi untuk pesakit dialisis dengan jangkitan virus hepatitis C (HCV)

1 year 6 months ago
Intervensi untuk pesakit dialisis dengan jangkitan virus hepatitis C (HCV) Apakah isunya? Hepatitis C adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis C (HCV) yang merebak dari seorang ke seorang melalui darah, akibat perkongsian jarum pengambilan dadah dan barangan lain yang tercemar dengan darah. Virus ini kekal dalam tubuh untuk tempoh masa yang lama, ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati di dalam sesetengah individu, dengan kemusnahan secara perlahan-lahan atau sirosis dan juga kanser hati. Mereka yang dijangkiti mungkin mengalami lemah tubuh, loya, jaundis (kekuningan pada...

Apakah faedah dan risiko senaman kepada penghidap sistemik lupus eritematosus?

1 year 7 months ago
Apakah faedah dan risiko senaman kepada penghidap sistemik lupus eritematosus? Mesej utama Senaman sebagai tambahan kepada 'penjagaan biasa' mungkin mempunyai sedikit manfaat pada keletihan, kapasiti fungsional, dan kesakitan pada penghidap sistemik lupus eritematosus (SLE). Tiada kajian melaporkan kesan sampingan semasa bersenam. Walau bagaimanapun, pengulas mempunyai keyakinan yang rendah terhadap bukti keseluruhan. Apakah sistemik lupus eritematosus? Sistemik lupus eritematosus (SLE; atau 'lupus') adalah penyakit bila mana sistem kekebalan tubuh secara salah menyerang tisu-tisu sihat...

Melatih pekerja kesihatan dalam pemeriksaan payudara untuk pengesanan awal kanser payudara di negara berpendapatan rendah dan sederhana

1 year 7 months ago
Melatih pekerja kesihatan dalam pemeriksaan payudara untuk pengesanan awal kanser payudara di negara berpendapatan rendah dan sederhana Apakah isunya? Perkhidmatan saringan yang terhad dan sistem kesihatan yang tidak mencukupi di negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) membawa kepada kelewatan diagnosis kanser payudara dalam kalangan wanita yang tinggal di LMIC. Pemeriksaan lanjutan untuk kanser payudara (menggunakan mamografi) kebanyakannya tidak tersedia di banyak kemudahan kesihatan dan, jika ada, terlalu mahal untuk kebanyakan wanita. Ulasan Cochrane ini mengkaji sama ada...

Adakah ubat oral antikoagulan secara langsung (sejenis 'pencair darah') lebih baik berbanding ubat antikoagulan konvensional untuk merawat mereka yang mempunyai pembekuan darah dalam salur vena dalam?

1 year 7 months ago
Adakah ubat oral antikoagulan secara langsung (sejenis 'pencair darah') lebih baik berbanding ubat antikoagulan konvensional untuk merawat mereka yang mempunyai pembekuan darah dalam salur vena dalam? Apakah trombosis salur vena dalam? Trombosis salur vena dalam (deep vein thrombosis, DVT) berlaku apabila darah beku terbentuk, biasanya di dalam salur vena kaki ataupun pelvis. Kira-kira 1 dalam 1000 orang akan mendapat DVT. Jika tidak dirawat, darah beku ini boleh bergerak di dalam salur darah dan menyumbat saluran darah di dalam paru-paru. Keadaan yang mengancam nyawa ini dipanggil...

Apakah manfaat dan risiko intervensi farmakologi untuk gatal-gatal dalam kalangan pesakit penjagaan paliatif dewasa?

1 year 7 months ago
Apakah manfaat dan risiko intervensi farmakologi untuk gatal-gatal dalam kalangan pesakit penjagaan paliatif dewasa? Pruritus atau gatal-gatal adalah salah satu simptom yang paling membingungkan dalam penyakit lanjut yang tidak boleh diubati dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit. Pruritus berpunca dari berbilang faktor dan boleh menjadi simptom pelbagai patofisiologi. Terutamanya di sepanjang dekad yang lalu, pemerhatian klinikal dan ujian terkawal telah banyak membantu pemahaman dan rawatan pruritus, khususnya dalam penyakit hati, uraemia dan lain-lain jenis pruritus kronik....

Suplemen asid lemak politaktepu (PUFA) untuk untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai gangguan hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD)

1 year 7 months ago
Suplemen asid lemak politaktepu (PUFA) untuk untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai gangguan hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) Apakah ADHD? Gangguan hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) merupakan masalah yang kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang terjejas mungkin mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, berasa gelisah atau bertindak secara impulsif. Akibat daripada kesukaran ini, ADHD boleh mengakibatkan masalah sosial, akademik dan kesihatan mental jangka panjang. Ubat-ubatan adalah rawatan yang paling kerap digunakan untuk ADHD, tetapi ia...

Teknologi digital untuk pengenalpastian awal jangkitan dada dalam kalangan penghidap fibrosis sistik

1 year 7 months ago
Teknologi digital untuk pengenalpastian awal jangkitan dada dalam kalangan penghidap fibrosis sistik Soalan ulasan Bolehkah teknologi digital mengenal pasti jangkitan dada dalam kalangan penghidap fibrosis sistik (cystic fibrosis, CF) lebih awal daripada penjagaan standard dan bagaimanakah ini mempengaruhi hasil klinikal? Apakah itu fibrosis sistik? CF adalah satu keadaan yang membataskan jangka hayat serta menjejaskan beberapa organ tubuh, terutamanya paru-paru. Jangkitan dada boleh memburukkan lagi kerosakan paru-paru pada penghidap CF. Mengenal pasti awal jangkitan dada dan cepat...

Teknik pembersihan saluran pernafasan berbanding dengan tiada teknik pembersihan saluran pernafasan untuk fibrosis sista

1 year 7 months ago
Teknik pembersihan saluran pernafasan berbanding dengan tiada teknik pembersihan saluran pernafasan untuk fibrosis sista Soalan ulasan Apakah kesan menggunakan sebarang teknik pembersihan saluran pernafasan berbanding dengan tidak menggunakan teknik pembersihan saluran pernafasan untuk membersihkan lebihan lendir dari paru-paru orang yang mengalami fibrosis sista? Latar belakang Paru-paru orang dengan fibrosis sista menghasilkan lendir yang berlebihan. Kejadian ini membawa kepada jangkitan berulang dan kerosakan tisu dalam paru-paru. Maka, ia adalah penting untuk membersihkan lendir...

Keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah serangan migrain vestibular

1 year 7 months ago
Keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah serangan migrain vestibular Mesej utama Keberkesanan sebarang ubat-ubatan dalam mencegah serangan migrain vestibular masih tidak diketahui. Terdapat sangat sedikit kajian yang menilai manfaat dan kemudaratan pengambilan ubat-ubatan untuk mencegah serangan migrain. Kajian yang ada adalah kecil dan keputusannya tidak dapat disimpulkan. Kajian lanjut diperlukan dalam bidang ini bagi menentukan sama ada terdapat sebarang rawatan yang boleh menambahbaik keadaan ini. Apakah migrain vestibular? Migrain (kadang-kala dikenali sebagai 'migrain...

Rawatan untuk duktus arteriosus terbuka dalam bayi pramatang

1 year 7 months ago
Rawatan untuk duktus arteriosus terbuka dalam bayi pramatang Soalan ulasan Apakah rawatan yang berkesan dan selamat dalam mencegah atau merawat keadaan biasa jantung yang dikenali sebagai duktus arteriosus terbuka (PDA) dalam bayi pramatang? Latar belakang PDA merupakan komplikasi yang kerap terjadi dalam kalangan bayi pramatang dan bayi dengan berat lahir yang rendah. PDA merupakan saluran darah yang terbuka di antara paru-paru dan jantung yang biasanya akan tertutup sejurus selepas kelahiran. Dalam kalangan bayi pramatang dan bayi dengan berat lahir yang rendah, PDA mungkin kekal terbuka...

Kafein dos tinggi berbanding dengan kafein dos lazim bagi bayi baru lahir pramatang yang berisiko mendapat penyakit paru-paru

1 year 7 months ago
Kafein dos tinggi berbanding dengan kafein dos lazim bagi bayi baru lahir pramatang yang berisiko mendapat penyakit paru-paru Mesej utama • Walaupun kafein biasa diberikan kepada bayi yang dilahirkan terlalu awal, dosnya yang paling berkesan tidak diketahui. • Dos kafein yang tinggi boleh menambaik baik pernafasan dan perkembangan jangka panjang bayi, tetapi ia mempunyai potensi untuk kesan yang tidak diingini. Mengapakah kafein diberikan kepada bayi yang dilahirkan terlalu awal? Bayi yang dilahirkan terlalu awal (pramatang), terutamanya sebelum 28 minggu kehamilan, mempunyai risiko yang...

Adakah kaedah McKenzie berkesan untuk rawatan sakit pinggang (sub)akut yang tidak spesifik?

1 year 7 months ago
Adakah kaedah McKenzie berkesan untuk rawatan sakit pinggang (sub)akut yang tidak spesifik? Mesej utama Kaedah McKenzie boleh menyebabkan sedikit atau tiada manfaat dalam kesakitan dan ketidakupayaan kepada orang yang mengalami sakit belakang bawah (sub)akut yang tidak spesifik dalam jangka pendek (hampir dua minggu) dan sederhana (hampir tiga bulan). Kaedah McKenzie bukanlah rawatan yang berkesan untuk sakit belakang bawah (sub)akut yang tidak spesifik. Kami tidak tahu sama ada kaedah McKenzie membawa kepada sebarang kesan sampingan kerana tiada satu pun daripada kajian yang dimasukkan...

Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengawal dan mengurus kesakitan selepas pembedahan pada neonat?

1 year 7 months ago
Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengawal dan mengurus kesakitan selepas pembedahan pada neonat? Soalan Ulasan Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengurangkan kesakitan bayi baru lahir selepas pembedahan? Latar belakang Neonat (bayi dalam empat minggu pertama selepas kelahiran) mungkin menjalani pembedahan (operasi) atau prosedur pembedahan. Seperti orang dewasa, bayi mengalami kesakitan, dan kesakitan ini mesti diuruskan (dikurangkan) selepas pembedahan. Opioid adalah ubat yang melegakan kesakitan. Contoh opioid adalah kodin dan morfin. Opioid...

Ubat penahan sakit selain opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan

1 year 7 months ago
Ubat penahan sakit selain opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan Mesej utama • Kami tidak menemui bukti yang mencukupi mengenai ubat penahan sakit bukan opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan. Kami mendapati hanya dua kajian kecil yang membandingkan ubat penahan sakit (ketamin) dengan ubat penahan sakit lain (opioid) atau cecair manis bagi menjalani prosedur yang berbeza. • Kajian yang lebih besar mengenai pelbagai ubat penahan sakit adalah diperlukan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik tentang...

Rawatan farmakologi untuk sakit belakang rendah pada orang dewasa: gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane

1 year 7 months ago
Rawatan farmakologi untuk sakit belakang rendah pada orang dewasa: gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane Mesej utama Untuk sakit belakang rendah akut • NSAID dan ubat pengenduran otot mungkin memberikan manfaat yang kecil pada kesakitan, namun ubat pengenduran otot mungkin dikaitkan dengan kesan yang tidak diingini. Paracetamol tidak mempunyai kesan pada kesakitan atau kesan yang tidak diingini. Untuk sakit belakang rendah kronik • Opioid mungkin mengurangkan kesakitan tetapi mungkin dikaitkan dengan kesan yang tidak diingini. NSAID mungkin mengurangkan kesakitan tanpa kesan yang tidak...
Checked
22 hours 50 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed