Latest Malay Review translations

Apakah bukti bahawa 'microclots' menyebabkan sindrom pasca-COVID-19, dan adakah penyingkiran menggunakan plasmaferesis wajar?

1 year 9 months ago
Apakah bukti bahawa 'microclots' menyebabkan sindrom pasca-COVID-19, dan adakah penyingkiran menggunakan plasmaferesis wajar? Mesej utama 1. Istilah 'microclots' bukanlah istilah yang betul untuk zarah-zarah yang dikaji terhadap pesakit yang mengalami sindrom pasca-COVID-19, kerana ia bukan bekuan. Istilah ‘amyloid fibrin(ogen) particles’ adalah lebih tepat. 2. Bukti menunjukkan bahawa zarah-zarah amiloid fibrin(ogen) dijumpai dalam orang yang sihat dan mereka yang menghidapi penyakit lain, jadi ia tidak hanya unik kepada kondisi pasca-COVID-19. 3. Pesakit tidak seharusnya menerima...

Probiotik untuk mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir

1 year 9 months ago
Probiotik untuk mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir Soalan ulasan Adakah pemberian probiotik kepada bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir mencegah enterokolitis nekrotik? Latar belakang Bayi yang sangat pramatang (mereka yang dilahirkan lapan minggu lebih awal) dan bayi dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir (mereka yang beratnya kurang daripada 1.5 kg semasa lahir) berisiko mendapat enterokolitis nekrotik, keadaan teruk di mana tisu dalam lapisan usus...

Pengurusan pembedahan prolaps organ pelvik dalam kalangan wanita

1 year 9 months ago
Pengurusan pembedahan prolaps organ pelvik dalam kalangan wanita Soalan ulasan Intervensi pembedahan prolaps faraj apikal manakah yang memberi hasil-hasil terbaik? Latar belakang Prolaps faraj apikal adalah penurunan rahim atau bahagian atas faraj (vault) selepas histerektomi. Terdapat pelbagai rawatan pembedahan, dan tiada garis panduan untuk mengesyorkan yang terbaik. Ciri-ciri kajian Lima puluh sembilan kajian rawak terkawal (RCT) menilai 6705 yang menjalani pembedahan untuk prolaps faraj apikal. Perbandingan paling lazim adalah di antara pembedahan faraj dan kolpopeksi sakral (prosedur...

Terapi tingkah laku kognitif serta penjagaan piawai berbanding penjagaan piawai untuk tingkah laku agresif atau pergolakan yang berterusan pada pesakit skizofrenia

1 year 9 months ago
Terapi tingkah laku kognitif serta penjagaan piawai berbanding penjagaan piawai untuk tingkah laku agresif atau pergolakan yang berterusan pada pesakit skizofrenia Adakah terapi tingkah laku kognitif lebih baik daripada rawatan konvensional untuk merawat pencerobohan atau pergolakan pada penghidap skizofrenia? Mesej utama • Kami tidak menemui bukti berkualiti baik yang mencukupi tentang faedah terapi tingkah laku kognitif terhadap pencerobohan pada pesakit skizofrenia. Kami hanya menjumpai dua kajian dengan peserta yang tidak mencukupi untuk memberikan hasil yang boleh dipercayai. • Kajian...

Adakah pemantauan ultrasound pasca pembedahan vaskular yang melibatkan arteri anggota badan bawah mampu meningkatkan kadar keterselamatan anggota terjejas dan pengekalan keterbukaan saluran arteri?

1 year 9 months ago
Adakah pemantauan ultrasound pasca pembedahan vaskular yang melibatkan arteri anggota badan bawah mampu meningkatkan kadar keterselamatan anggota terjejas dan pengekalan keterbukaan saluran arteri? Mesej utama Oleh disebabkan kekurangan bukti yang kukuh, faedah pemantauan rapi menggunakan ultrasound dupleks (DUS) selepas intervensi revaskularisasi anggota badan bawah adalah tidak jelas. Tiada kajian yang telah melaporkan kesan buruk yang berkaitan dengan pemantauan menggunakan DUS. Apakah faedah pemantauan menggunakan DUS? Keadaan di mana berlakunya sekatan atau penyempitan saluran arteri...

Rawatan perubatan untuk esofagitis eosinofilik

1 year 9 months ago
Rawatan perubatan untuk esofagitis eosinofilik Mesej utama Kami dapati bahawa kortikosteroid bukan sahaja dapat melegakan gejala pesakit, ia secara pasti juga mengurangkan jumlah sel alahan (eosinofil) dan hal ini mungkin memperbaik rupa penyakit yang kelihatan apabila pemeriksaan visual (endoskopi) dijalankan, berbanding rawatan plasebo, baik untuk pesakit kanak-kanak mahupun pesakit dewasa yang menghidap esofagitis eosinofilik. . Mereka mungkin mempunyai tahap keselamatan yang setara dengan plasebo. Kami dapati bahawa agen biologikal (sejenis rawatan yang menggunakan bahan yang diperbuat...

Rifaximin dalam pencegahan dan rawatan ensefalopati hepatik untuk pesakit yang mengalami sirosis

1 year 9 months ago
Rifaximin dalam pencegahan dan rawatan ensefalopati hepatik untuk pesakit yang mengalami sirosis Mesej utama Pencegahan dan rawatan ensefalopati hepatik dalam pesakit yang mengalami sirosis, sebahagiannya bergantung pada penggunaan senyawa laktulosa. Kini, Rifaximin tidak digunakan untuk merawat ensefalopati hepatik, sebaliknya ia digunakan secara ubat tambahan kepada laktulosa bagi membantu pencegahan ensefalopati hepatik pada mereka yang mempunyai tindak balas yang tidak mencukupi terhadap laktulosa. Kami mendapati bahawa gabungan rifaximin dengan laktulosa dapat meningkatkan kesan rawatan...

Persepsi dan pengalaman pekerja penjagaan kesihatan terhadap integrasi penjagaan kesihatan primer: ulasan luas bukti kualitatif

1 year 9 months ago
Persepsi dan pengalaman pekerja penjagaan kesihatan terhadap integrasi penjagaan kesihatan primer: ulasan luas bukti kualitatif Apakah integrasi penjagaan kesihatan primer? Penyepaduan penjagaan kesihatan primer ialah satu cara untuk menggabungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berbeza yang sebelum ini telah diberi secara berasingan. Matlamat integrasi ini biasanya adalah untuk memberi orang ramai akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan dan untuk menggunakan sumber kesihatan yang terhad dengan lebih cekap. Mengapa penting untuk mengetahui pandangan dan pengalaman...

Ventilasi tekanan positif hidung berjeda awal (NIPPV) berbanding dengan ventilasi tekanan positif hidung berterusan awal (NCPAP) untuk bayi pra-matang

1 year 9 months ago
Ventilasi tekanan positif hidung berjeda awal (NIPPV) berbanding dengan ventilasi tekanan positif hidung berterusan awal (NCPAP) untuk bayi pra-matang Soalan ulasan Adakan NIPPV dapat memberi manfaat jangka pendek dan panjang yang lebih besar tanpa membahayakan bayi pra-matang yang berisiko atau mereka yang mengalami gangguan pernafasan berbanding dengan NCPAP? Latar belakang Ventilasi tekanan positif hidung berjeda (NIPPV) mungkin meningkatkan keberkesanan ventilasi tekanan positif hidung berterusan (NCPAP) pada bayi pra-matang yang berisiko atau mengalami gangguan pernafasan. Bayi...

Ubat penurun tekanan darah untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik tahap awal (tanpa diabetes)

1 year 9 months ago
Ubat penurun tekanan darah untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik tahap awal (tanpa diabetes) Apakah isunya? Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan jangka panjang yang berlaku apabila buah pinggang rosak. Adalah penting untuk mendiagnosis dan merawat CKD pada tahap awal untuk mencegah atau menangguhkan tahap CKD yang lebih serius (dialisis atau pemindahan). Penghidap CKD berisiko mendapat penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan paru-paru). Dilaporkan bahawa ubat penurun tekanan darah boleh mengurangkan atau melambatkan masalah kardiovaskular pada orang...

Tekanan saluran udara positif berterusan untuk apnea pramatang

1 year 9 months ago
Tekanan saluran udara positif berterusan untuk apnea pramatang Mesej utama Kami tidak menemui sebarang kajian yang membandingkan CPAP dengan penjagaan sokongan untuk apnea pramatang. Kami mendapati empat kajian yang membandingkan sejenis CPAP antara sama lain. Kajian tersebut adalah kecil dan penjagaan yang diberikan oleh pekerja penjagaan kesihatan mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan tentang rawatan yang diterima oleh bayi. Oleh itu, melalui kajian ini, kita tidak mengetahui sama ada terdapat perbezaan antara jenis CPAP yang berbeza bagi mengurangkan apnea pada bayi yang lahir terlalu...

Strategi manakah yang mungkin mempengaruhi berapa tepat dan berapa lama pesakit fibrosis sista melengkapkan fisioterapi dan senaman dada?

1 year 9 months ago
Strategi manakah yang mungkin mempengaruhi berapa tepat dan berapa lama pesakit fibrosis sista melengkapkan fisioterapi dan senaman dada? Latar belakang Fibrosis sista (CF) adalah keadaan genetik yang progresif dan menghadkan hayat yang mempengaruhi banyak sistem dalam badan, terutama paru-paru. Di UK, 1 dalam setiap 2500 bayi didiagnos dengan CF. Fisioterapi adalah bahagian rawatan yang sangat penting untuk orang dengan CF. Dua matlamat utama fisioterapi dada adalah untuk membersihkan lendir melekit dari saluran pernafasan untuk mengelakkan jangkitan berulang dan kerosakan paru-paru dan...

Apakah faedah dan risiko penggunaan statin untuk wanita dengan sindrom ovari polisistik yang tidak mencuba untuk hamil?

1 year 9 months ago
Apakah faedah dan risiko penggunaan statin untuk wanita dengan sindrom ovari polisistik yang tidak mencuba untuk hamil? Mesej utama 1. Kami tidak pasti sama ada statin boleh menambah baik kadar kitaran haid yang teratur, hirsutisme (pertumbuhan rambut yang berlebihan), jerawat, atau tahap testosteron (hormon seks lelaki). 2. Tiada kajian melihat kepada ovulasi spontan. 3. Statin mungkin tidak meningkatkan risiko kesan sampingan yang tidak diingini, walaupun begitu buktinya adalah terhad. Apakah sindrom ovari polisistik? Wanita dengan sindrom ovari polisistik (polycystic ovary syndrome, PCOS)...

Intervensi yang disampaikan melalui telefon bimbit untuk menyokong klien dalam penggunaan perancang keluarga/kontrasepsi

1 year 9 months ago
Intervensi yang disampaikan melalui telefon bimbit untuk menyokong klien dalam penggunaan perancang keluarga/kontrasepsi Soalan ulasan Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sama ada intervensi yang disampaikan melalui telefon bimbit meningkatkan penggunaan kontrasepsi. Mesej utama Intervensi yang disampaikan melalui telefon bimbit menunjukkan kesan positif terhadap pengambilan dan penggunaan berterusan kontrasepsi. Mesej interaktif adalah lebih baik daripada mesej teks sehala dalam memperbaik penggunaan kontrasepsi. Bukti sedia ada adalah berkualiti sederhana. Mengapa ulasan ini...

Pembuangan kateter uretra awal berbanding lewat selepas pemindahan buah pinggang

1 year 9 months ago
Pembuangan kateter uretra awal berbanding lewat selepas pemindahan buah pinggang Apakah isunya? Ureter merupakan saluran yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke dalam pundi kencing, yang mana ia disimpan sehingga pesakit pergi ke bilik air untuk membuang air kencing. Semasa pembedahan pemindahan buah pinggang, buah pinggang yang baharu akan diletak di dalam pesakit, dan ureter baharu disambung pada pundi kencing. Semasa prosedur ini, kateter dimasukkan melalui uretra ke dalam pundi kencing dan dibiarkan di situ selepas pembedahan. Kateter adalah sebuah tiub fleksibel dan sempit...

Sejauh manakah keberkesanan aktiviti fizikal dan pendidikan bagi kesakitan otot rangka kronik pada kanak-kanak dan remaja?

1 year 9 months ago
Sejauh manakah keberkesanan aktiviti fizikal dan pendidikan bagi kesakitan otot rangka kronik pada kanak-kanak dan remaja? Mesej utama - Kami tidak pasti sama ada aktiviti fizikal mengurangkan kesakitan atau menambahbaik ketidakupayaan berbanding penjagaan biasa. Kami tidak menemui kajian yang membandingkan aktiviti fizikal dengan intervensi penjagaan perubatan (cth. pendidikan). - Kami tidak menemui kajian yang menilai pendidikan tentang aktiviti fizikal, dengan atau tanpa aktiviti fizikal, pada kanak-kanak dan remaja. - Oleh sebab bilangan kajian yang disertakan adalah kecil, dan cara...

Apakah kebaikan dan kemudaratan diuretik yang diberikan sebagai rawatan utama berbanding kelas ubat lain untuk hipertensi (darah tinggi)?

1 year 9 months ago
Apakah kebaikan dan kemudaratan diuretik yang diberikan sebagai rawatan utama berbanding kelas ubat lain untuk hipertensi (darah tinggi)? Mesej utama: - Tiazida dan ubat seperti tiazida (diuretik) mungkin mengurangkan beberapa kesan mudarat kardiovaskular berbanding dengan penghalang beta, penghalang saluran kalsium, perencat ACE, dan penghalang alfa apabila digunakan sebagai ubat pilihan utama untuk rawatan hipertensi. - Jumlah kematian mungkin tidak berbeza antara diuretik dan kelas ubat lain. - Diuretik pilihan utama berkemungkinan mengurangkan keseluruhan mudarat kardiovaskular dan...

Intervensi untuk penghidap diabetes mellitus jenis 2 berpuasa pada bulan Ramadan

1 year 9 months ago
Intervensi untuk penghidap diabetes mellitus jenis 2 berpuasa pada bulan Ramadan Soalan ulasan Apakah kesan intervensi untuk orang dewasa dengan diabetes jenis 2 yang berpuasa pada bulan Ramadan? Latar belakang Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun iman dan amalan Islam. Dalam tempoh ini, semua orang dewasa Islam yang sihat akan berpuasa dari subuh hingga senja (matahari terbenam) dan mengambil makanan selepas matahari terbenam atau Iftar. Orang yang sakit atau mempunyai keadaan perubatan seperti diabetes jenis 2 dikecualikan daripada berpuasa. Bagaimanapun, ramai individu yang...

Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak?

1 year 9 months ago
Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak? Mesej-mesej utama - Setelah enam bulan menjalani rawatan, ubat-ubatan yang disebut 'biologics' berfungsi paling baik untuk membersihkan tompok-tompok psoriasis pada kulit. - Kajian yang lebih lama diperlukan untuk menilai faedah dan potensi bahaya rawatan yang lebih lama dengan ubat-ubatan yang disuntik atau diminum untuk merawat psoriasis. - Lebih banyak kajian diperlukan yang membandingkan jenis ubat ini secara langsung antara satu sama lain. Apa itu...

Jabatan kecemasan atau unit penilaian akut: yang manakah mampu memeriksa dan merawat pesakit dengan lebih cepat?

1 year 9 months ago
Jabatan kecemasan atau unit penilaian akut: yang manakah mampu memeriksa dan merawat pesakit dengan lebih cepat? Mesej utama • Jabatan kecemasan memeriksa dan merawat orang yang mengalami penyakit atau kecederaan yang mendesak. Di seluruh dunia, jabatan kecemasan mengalami cabaran dalam memberikan penjagaan kepada pesakit disebabkan peningkatan bilangan orang yang memerlukannya. • Perkhidmatan penilaian akut ialah alternatif bagi sesetengah pesakit untuk diperiksa dan dirawat selain daripada jabatan kecemasan dan ini boleh membantu mengurangkan masa menunggu yang lama di jabatan kecemasan. •...
Checked
16 hours 30 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed