Latest Malay Review translations

Bolehkah pengguna Shisa dibantu untuk berhenti melalui intervensi berhenti merokok?

2 years ago
Bolehkah pengguna Shisa dibantu untuk berhenti melalui intervensi berhenti merokok? Mesej utama • Bukti terhad menunjukkan bahawa sokongan tingkah laku mungkin membantu untuk berhenti menggunakan Shisa. • Tiada bukti yang mencukupi untuk menilai kesan intervensi vareniklin, bupropion atau e-kesihatan untuk berhenti menghisap Shisa. • Dalam semua kes, kajian lanjut mungkin mengubah kesimpulan kami. kajian yang lebih besar dan direka dengan baik mengenai intervensi pemberhentian menghisap Shisa tingkah laku dan farmakologi diperlukan. • Memandangkan potensi capaian dan keberkesanan intervensi...

Bolehkah higin tangan mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir?

2 years ago
Bolehkah higin tangan mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir? Soalan ulasan Bolehkah higin tangan mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir? Mesej utama: 1. Dua peratus klorheksidina glukonat ((CHG) detergen antiseptik) mungkin mengurangkan risiko jangkitan bakteria dalam kalanga neonat berbanding higin tangan alkohol dalam tempoh 28 hari pertama kehidupan. 2. Tiada perbezaan kesan yang tidak diingini daripada pelbagai intervensi higin tangan pada kulit penjaga. 3. Kami tidak pasti jenis higin tangan yang terbaik untuk mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir....

Kombinasi ubat-ubat sedutan yang manakah selamat dan berkesan untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)?

2 years ago
Kombinasi ubat-ubat sedutan yang manakah selamat dan berkesan untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)? Mesej utama • Penggunaan alat sedut yang mengandungi antagonis muskarinik tindak balas panjang campur agonis beta tindak balas panjang (LAMA+LABA) bagi penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) mungkin meningkatkan fungsi pernafasan dan mengurangkan risiko radang paru-paru berbanding LABA campur kortikosteroid sedutan (LABA+ICS). • LAMA+LABA dan LABA+ICS mungkin berfungsi sebaik setiap satu dalam mengurangkan eksaserbasi COPD dan meningkatkan kualiti hidup. • Risiko kematian...

Bagaimanakah keberkesanan intervensi psikologi yang digunakan untuk merawat kesan penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

2 years ago
Bagaimanakah keberkesanan intervensi psikologi yang digunakan untuk merawat kesan penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Mesej utama • Beberapa terapi psikologi digunakan untuk membantu kanak-kanak dan golongan muda mengatasi akibat penderaan seksual. • Terdapat sebahagian besar bukti yang tidak pasti untuk mencadangkan bahawa sebarang intervensi tertentu adalah lebih baik daripada pengurusan seperti biasa dalam membantu kanak-kanak dan orang muda pulih daripada penderaan seksual. • Kami memerlukan kajian intervensi yang lebih banyak dan lebih baik untuk menentukan sama ada...

Apakah manfaat dan kemudaratan pelbagai rawatan untuk sengatan obor-obor?

2 years ago
Apakah manfaat dan kemudaratan pelbagai rawatan untuk sengatan obor-obor? Mengapakah soalan ini penting? Sengatan obor-obor adalah biasa di kawasan pantai seluruh dunia. Sel penyengat khusus pada obor-obor yang dipanggil nematosista menghasilkan sengatan. Sengatan obor-obor yang berbeza spesies menghasilkan gejala yang berbeza dengan tahap keseriusan yang berbeza. Gejala ringan termasuklah kesakitan, kemerahan dan gatal-gatal di tempat sengatan. Walau bagaimanapun, reaksi terhadap sesetengah spesies obor-obor boleh menjadi lebih serius, dan kadangkala boleh membawa kepada kematian. Memahami...

Alemtuzumab untuk multiple sclerosis

2 years ago
Alemtuzumab untuk multiple sclerosis Mesej utama – Alemtuzumab boleh mengurangkan risiko relaps dan perkembangan penyakit jika dibandingkan dengan interferon subkutaneus beta-1a pada individu dengan MS yang berulang-relaps, sejenis MS di mana anda mengalami gejala yang lebih teruk (relaps) diikuti dengan tempoh pemulihan. – Kajian yang direka dengan baik pada masa hadapan adalah diperlukan untuk menilai hasil yang berkaitan pesakit seperti kualiti hidup dan keletihan. Apakah isunya? Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit kronik sistem saraf yang menjejaskan orang dewasa muda dan pertengahan...

Adakah ubatan yang bertujuan mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan berkesan dalam pembedahan bagi trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang dan adakah ianya mengakibatkan kesan yang tidak diingini?

2 years ago
Adakah ubatan yang bertujuan mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan berkesan dalam pembedahan bagi trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang dan adakah ianya mengakibatkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Kami belum lagi mengetahui ubatan terbaik untuk mengurangkan pendarahan dan transfusi darah semasa pembedahan untuk trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang (tulang paha). • Sesetengah kajian masih sedang berjalan; apabila mereka telah selesai kami berharap akan dapat membuat kesimpulan yang lebih baik. Latar belakang Patah pelvis, pinggul dan tulang panjang boleh...

Ubat berasaskan ganja untuk sakit kanser

2 years ago
Ubat berasaskan ganja untuk sakit kanser Adakah ubat berasaskan ganja membantu orang dewasa yang mengalami sakit kanser? Mesej utama Ubat berasaskan ganja (CbMs) tidak melegakan kesakitan kanser yang tidak bertindak balas terhadap ubat seperti morfin. Kajian yang dianalisis tidak membenarkan sebarang kenyataan dibuat mengenai tempat ubat-ubatan ini di tangga analgesik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sakit kanser. Kajian dengan CbM dalam kanser perlu direka bentuk lebih baik daripada yang telah dijalankan setakat ini. Sakit kanser dan rawatannya Satu dalam dua atau tiga orang yang...

Adakah bolus mandatori automatik ubat epidural memberikan kelegaan sakit bersalin yang lebih baik daripada infusi basal?

2 years ago
Adakah bolus mandatori automatik ubat epidural memberikan kelegaan sakit bersalin yang lebih baik daripada infusi basal? Mesej utama - Apabila digunakan untuk mengekalkan kelegaan dari sakit epidural semasa bersalin, bolus mandatori automatik dikaitkan dengan kejadian sakit yang lebih rendah yang memerlukan intervensi klinikal dan penggunaan ubat, berbanding infusi basal. - Kedua-dua bolus mandatori automatik dan infusi basal adalah setanding dalam kejadian bersalin secara caesarean, bersalin dengan bantuan alat, dan tempoh epidural bersalin. Apakah kaedah-kaedah untuk mengekalkan kelegaan...

Pelbagai cara pemberian antibiotik untuk menghapuskan jangkitan Pseudomonas aeruginosa dalam kalangan pesakit fibrosis sistik

2 years ago
Pelbagai cara pemberian antibiotik untuk menghapuskan jangkitan Pseudomonas aeruginosa dalam kalangan pesakit fibrosis sistik Mesej utama - Fibrosis sistik (CF) adalah penyakit yang diwarisi di mana saluran pernafasan sering menjadi tersumbat dengan lendir, dan pesakit CF lebih berkemungkinan untuk mendapat jangkitan paru-paru yang mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada paru-paru. - Pseudomonas aeruginosa ( P aeruginosa ) sering menjadi punca jangkitan dan sukar untuk disingkirkan; antibiotik adalah rawatan utama, tetapi terdapat banyak antibiotik yang berbeza, dan ia boleh diberikan...

Apakah alatan yang wujud untuk menilai kehadiran pelbagai faktor risiko untuk demensia dalam orang pertengahan umur, dan bolehkan ianya meramalkan demensia masa depan dengan betul?

2 years ago
Apakah alatan yang wujud untuk menilai kehadiran pelbagai faktor risiko untuk demensia dalam orang pertengahan umur, dan bolehkan ianya meramalkan demensia masa depan dengan betul? Mesej utama • Kami menemui 14 alatan yang digunakan pada orang pertengahan umur untuk meramal demensia masa depan. • Tujuh kajian telah menguji satu alat ramalan bernama Faktor Risiko Kardiovaskular, Penuaan, dan Demensia (CAIDE). • Faedah menggunakan alatan ini untuk meramal demesia di kemudian hari dalam hidup adalah tidak jelas, disebabkan kajian tersebut memberikan sedikit bukti berkualiti tinggi. Apa itu...

Prebiotik untuk mencegah enterokolitis nekrotik pada bayi pramatang

2 years ago
Prebiotik untuk mencegah enterokolitis nekrotik pada bayi pramatang Soalan ulasan Adakah pemberian prebiotik kepada bayi pramatang atau memiliki berat badan yang sangat rendah dapat mencegah enterokolitis nekrotik? Latar belakang Bayi yang sangat pramatang (lahir lapan minggu lebih awal) dan berat badan yang sangat rendah (kurang dari 1.5kg) berisiko untuk mengalami enterokolitis nekrotik, iaitu keadaan teruk di mana sebahagian lapisan usus berlaku radang dan seterusnya mati. Keadaan ini dikaitkan dengan kematian, jangkitan serius, dan kecacatan jangka panjang dan masalah perkembangan. Satu...

Adakah ubat-ubatan yang menyekat interleukin‐6 (protein yang terlibat apabila sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan) berkesan untuk COVID‐19 dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

2 years ago
Adakah ubat-ubatan yang menyekat interleukin‐6 (protein yang terlibat apabila sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan) berkesan untuk COVID‐19 dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama Kami sangat yakin bahawa tocilizumab (ubat yang menyekat interleukin‐6 (IL-6)) mengurangkan bilangan orang yang dimasukkan ke hospital yang meninggal dunia akibat COVID-19 dalam tempoh 28 hari rawatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam peningkatan klinikal (ditakrifkan sebagai meninggalkan hospital atau peningkatan dalam gejala...

Strategi memperbaik kualiti penjagaan diabetes: Kesan ke atas hasil untuk orang dewasa dengan diabetes

2 years ago
Strategi memperbaik kualiti penjagaan diabetes: Kesan ke atas hasil untuk orang dewasa dengan diabetes Mesej utama - Program memperbaik kualiti boleh memperbaik penjagaan diabetes, terutama apabila gabungan pelbagai strategi diguna. - Strategi-strategi dalam program ini yang paling banyak memperbaik hasil utama dalam kalangan orang dengan diabetes ialah: pengurusan kes, perubahan pasukan, pendidikan pesakit dan promosi pengurusan kendiri. Mengapa memperbaik penjagaan diabetes penting? Diabetes, gangguan bagaimana gula diurus oleh badan boleh membawa kepada komplikasi seperti penyakit jantung...

Anti-VEGF untuk pencegahan komplikasi selepas vitrectomy untuk retinopati diabetik proliferatif

2 years ago
Anti-VEGF untuk pencegahan komplikasi selepas vitrectomy untuk retinopati diabetik proliferatif Mengapakah soalan ini penting? Retinopati diabetik proliferatif (PDR) adalah peringkat paling lanjut retinopati diabetik, yang merupakan komplikasi diabetes. Ia disebabkan oleh saluran darah baru yang tidak normal yang tumbuh pada retina, lapisan sensitif cahaya di bahagian belakang mata. Pars plana vitrectomy ialah rawatan pembedahan yang ditetapkan untuk komplikasi PDR. Semasa pembedahan ini, bahan seperti gel yang wujud di dalam mata, dipanggil vitreous, dikeluarkan. Sebab yang paling biasa...

Terapi luka tekanan negatif untuk merawat ulser tekanan

2 years ago
Terapi luka tekanan negatif untuk merawat ulser tekanan Mesej utama Apakah ulser tekanan? Ulser tekanan, juga dikenali sebagai luka katil, ulser dekubitus, dan kecederaan tekanan, adalah kawasan kecederaan pada kulit, tisu yang terletak di bawahnya, atau kedua-duanya. Ulser tekanan boleh menyakitkan, dijangkiti dan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Orang yang berisiko mendapat ulser tekanan termasuklah mereka dengan kecederaan saraf tunjang dan mereka yang tidak boleh bergerak atau yang mempunyai pergerakan terhad. Bagaimana ulser tekanan diuruskan? Terdapat pelbagai pilihan rawatan...

Obesiti dan kesan buruk COVID-19

2 years 1 month ago
Obesiti dan kesan buruk COVID-19 Apakah kesan obesiti terhadap hasil COVID-19? Mesej utama • Terdapat cukup bukti yang menyokong penemuan obesiti melampau (BMI > 40 kg/m 2 ) meningkatkan peluang kematian seseorang, keperluan tiub pernafasan, kemasukan ke hospital dan ICU akibat COVID-19. • Obesiti secara amnya akan mengakibatkan seseorang memerlukan tiub pernafasan. • Semakin tinggi BMI seseorang, semakin tinggi kemungkinan seseorang itu mengalami penyakit COVID-19 yang teruk. Apa itu obesiti? Obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak yang abnormal atau berlebihan di bahagian tubuh...

Adakah ubat untuk kemurungan membantu orang untuk berhenti merokok?

2 years 1 month ago
Adakah ubat untuk kemurungan membantu orang untuk berhenti merokok? Apakah itu antidepresan? Antidepresan adalah ubat-ubatan dan suplemen yang digunakan untuk merawat kemurungan. Sebahagian telah diuji untuk melihat sama ada mereka boleh membantu orang untuk berhenti merokok. Dua daripada rawatan ini – bupropion (juga dipanggil Zyban) dan nortriptyline – kadang-kadang diberikan untuk membantu orang berhenti merokok. Mengapa kami melakukan Ulasan Cochrane ini Menghisap tembakau adalah sangat teruk untuk kesihatan manusia. Bagi orang yang merokok, berhenti adalah perkara terbaik yang boleh...

Program pengurusan kes untuk orang tua yang hidup dengan kelemahan dalam komuniti

2 years 1 month ago
Program pengurusan kes untuk orang tua yang hidup dengan kelemahan dalam komuniti Mesej utama • Program pengurusan kes untuk orang tua yang hidup dengan kelemahan dalam komuniti mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada pesakit dan hasil perkhidmatan serta kos berkaitan penjagaan. • Tiada bukti yang mencukupi untuk mewajarkan sebarang perubahan semasa dalam amalan. • Kajian pada masa hadapan diperlukan untuk menentukan elemen mana dalam program ini memberi manfaat kepada orang yang berbeza. Mengapa ulasan in penting? Bilangan orang yang hidup dengan kelemahan dan berumur 65 tahun...

Menyejukkan badan selepas resusitasi selepas serangan jantung

2 years 1 month ago
Menyejukkan badan selepas resusitasi selepas serangan jantung Mesej utama Dalam ulasan ini, kami bertanya sama ada pesakit yang diselamatkan daripada serangan jantung mendapat manfaat apabila badan mereka disejukkan kepada suhu 32 °C hingga 34 °C. Bukti semasa menunjukkan bahawa kaedah penyejukan konvensional untuk mendorong hipotermia (suhu badan rendah) boleh mengurangkan risiko kerosakan otak dan memperbaiki kesan neurologi (masalah sistem saraf) berikutan kejayaan resusitasi selepas serangan jantung. Apakah serangan jantung? Sekitar 30% hingga 50% penghidap penyakit jantung koronari...
Checked
5 hours 3 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed