1 year 11 months ago
Program pengurusan kes untuk orang tua yang hidup dengan kelemahan dalam komuniti Mesej utama • Program pengurusan kes untuk orang tua yang hidup dengan kelemahan dalam komuniti mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada pesakit dan hasil perkhidmatan serta kos berkaitan penjagaan. • Tiada bukti yang mencukupi untuk mewajarkan sebarang perubahan semasa dalam amalan. • Kajian pada masa hadapan diperlukan untuk menentukan elemen mana dalam program ini memberi manfaat kepada orang yang berbeza. Mengapa ulasan in penting? Bilangan orang yang hidup dengan kelemahan dan berumur 65 tahun...
1 year 11 months ago
Menyejukkan badan selepas resusitasi selepas serangan jantung Mesej utama Dalam ulasan ini, kami bertanya sama ada pesakit yang diselamatkan daripada serangan jantung mendapat manfaat apabila badan mereka disejukkan kepada suhu 32 °C hingga 34 °C. Bukti semasa menunjukkan bahawa kaedah penyejukan konvensional untuk mendorong hipotermia (suhu badan rendah) boleh mengurangkan risiko kerosakan otak dan memperbaiki kesan neurologi (masalah sistem saraf) berikutan kejayaan resusitasi selepas serangan jantung. Apakah serangan jantung? Sekitar 30% hingga 50% penghidap penyakit jantung koronari...
1 year 11 months ago
Apakah kaedah terbaik untuk mengekalkan posisi gigi yang betul selepas rawatan ortodontik? Mesej utama - Kami tidak dapat membuat kesimpulan yang kukuh tentang mana-mana satu pendekatan untuk retensi kerana tiada keyakinan penuh terhadap bukti. - Kajian-kajian yang lebih terancang diperlukan. Kajian-kajian harus mengukur kestabilan gigi selama sekurang-kurangnya dua tahun, berapa lama alat ‘retainer’ boleh bertahan, kepuasan pesakit dan sebarang kesan yang tidak diingini daripada ‘retainer’ seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi. Apakah masalahnya? Gigi boleh menjadi tidak teratur semula...
1 year 11 months ago
Intervensi senaman untuk dewasa selepas transplantasi hati Latar belakang Tahap-tahap aktiviti fizikal cenderung untuk menurun dalam kalangan orang yang menerima transplan hati. Manfaat dan mudarat intervensi senaman untuk melindungi daripada perkembangan penyakit-penyakit jantung dan paru-paru, hipertensi, diabetes jenis II, demensia, penyakit hati berlemak bukan alkohol (keadaan yang disebabkan oleh pengumpulan lemak di dalam hati), kanser, atau penyakit lain yang mengancam nyawa yang mungkin berkembang pantas masih belum dikaji dengan baik. Apakah yang kami ingin tahu? Kami ingin tentukan...
1 year 11 months ago
Larutan kristaloid seimbang berbanding 0.9% air garam untuk kanak-kanak yang mengalami dehidrasi teruk dan cirit-birit akut Apakah dehidrasi dan bagaimanakah ia dirawat? Kanak-kanak dengan cirit-birit akut atau gastroenteritis yang mengalami dehidrasi teruk memerlukan rehidrasi intravena (ke dalam vena) dengan cecair (dipanggil pembetulan intravena). Larutan intravena yang sering digunakan untuk tujuan ini dipanggil kristaloid, iaitu larutan garam mineral (contohnya elektrolit seperti sodium, potassium, atau klorida). Kristaloid yang paling biasa digunakan untuk menghidratkan semula...
1 year 11 months ago
Kesan intervensi peringkat individu untuk mengurangkan stres dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan Mesej utama - Intervensi peringkat individu di mana perhatian seseorang tertumpu kepada pengalaman stres (seperti memfokus kepada pemikiran, perasaan, tingkah laku) atau menjauhi daripada pengalaman stres (seperti bersenam, relaks) boleh mengurangkan stres dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan sehingga satu tahun selepas intervensi. - Gabungan intervensi peringkat individu boleh mengurangkan stres sehingga beberapa bulan selepas intervensi. - Kami tidak tahu jika intervensi yang...
1 year 11 months ago
Adakah peletakan tiub pernafasan menggunakan bantuan video (videolaryngoscopy) meningkatkan kejayaan dan keselamatan prosedur dalam kalangan bayi baru lahir? Mesej utama Laringoskopi video boleh meningkatkan kejayaan meletakkan tiub pernafasan pada percubaan pertama, dan mungkin mengakibatkan kurang cubaan oleh penyedia penjagaan untuk meletakkan tiub pernafasan dalam kalangan bayi baru lahir yang sakit, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk meletak tiub pernafasan. Laringoskopi video berkemungkinan mengakibatkan kurang kecederaan saluran pernafasan bayi baru lahir...
1 year 11 months ago
Sejauh manakah keberkesanan antidepresan yang digunakan untuk merawat sakit kronik dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Kami hanya yakin dengan keberkesanan satu antidepresan sahaja iaitu duloxetine. Kami mendapati bahawa duloxetine pada dos standard (60 mg) adalah berkesan dan tiada faedah tambahan sekiranya menggunakan dos yang lebih tinggi. • Kami tidak pasti tentang kesan yang tidak diingini untuk sebarang antidepresan kerana data yang ada adalah sangat sedikit. Penyelidikan masa hadapan perlu menilai tentang perkara ini. • Dalam amalan klinikal bagi merawat...
1 year 11 months ago
Menyediakan pesakit dengan kanser usus untuk pembedahan dengan pelbagai intervensi Tujuan ulasan ini Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada pelbagai intervensi yang diperkenalkan dalam tempoh sebelum pembedahan untuk kanser usus boleh menyediakan pesakit dengan meningkatkan kecergasan keseluruhan pesakit, dan justeru itu meningkatkan hasil selepas pembedahan. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian rawak terkawal yang tersedia tentang topik ini. Mesej utama Hanya tiga kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini, maklumat tidak tersedia untuk...
1 year 11 months ago
Adakah plasma daripada darah orang yang telah pulih daripada COVID-19 merupakan rawatan yang berkesan untuk orang lain yang menghidap COVID-19? Mesej utama • Kami sangat yakin bahawa plasma daripada darah orang yang telah pulih daripada COVID-19 (plasma pemulihan) tidak mempunyai faedah untuk rawatan mereka yang mempunyai COVID-19 sederhana hingga teruk. • Plasma pemulihan mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah untuk merawat orang yang mempunyai COVID-19 ringan. • Kami menemui 49 kajian berterusan dan 33 kajian tamat dengan keputusan yang tidak diterbitkan. Kami akan mengemas kini...
1 year 11 months ago
Intervensi untuk mengurangkan penggunaan alkohol berbahaya di negara berpendapatan rendah dan sederhana Mengapa ulasan ini penting? Penggunaan alkohol yang berbahaya adalah salah satu penyumbang utama kepada beban penyakit global. Di negara berpendapatan rendah dan sederhana, penggunaan alkohol yang berbahaya semakin meningkat. Walau bagaimanapun, perkhidmatan untuk mencegah dan merawat penggunaan alkohol yang berbahaya adalah terhad. Satu penyumbang kepada kekurangan perkhidmatan yang tersedia ialah maklumat terhad tentang pendekatan intervensi yang berkesan dalam mengurangkan penggunaan...
1 year 11 months ago
Kehadiran keluarga semasa resusitasi Mengapakah soalan ini penting? Pesakit dan saudara-mara mereka semakin mengharapkan untuk terlibat secara aktif dalam keputusan rawatan. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan di mana kehadiran keluarga semasa resusitasi (FPDR) boleh membawa kepada gejala berkaitan dengan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) dalam kalangan saudara-mara, atau mempunyai kesan negatif terhadap prestasi para penjaga kesihatan profesional, sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan kritikal. Terdapat juga kebimbangan bahawa kerahsiaan pesakit akan dilanggar, kerana pemikiran...
1 year 11 months ago
Adakah pengukuran tahap bilirubin melalui kulit merupakan alternatif yang boleh dipercayai dalam mengukur paras bilirubin dalam darah bagi bayi yang baru lahir? Mesej utama Kajian yang disertakan dalam ulasan ini mencadangkan bahawa paras bilirubin yang tinggi dalam bayi yang baru lahir boleh dikenalpasti melalui pengukuran paras bilirubin melalui kulit tanpa jarum. Mengapakah penting untuk mendiagnos paras bilirubin yang tinggi terhadap bayi yang baru lahir? Bilirubin ialah bahan yang dihasilkan akibat pemecahan sel darah merah. Jaundis ialah masalah yang sangat biasa pada tempoh awal...
1 year 11 months ago
Rawatan osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia Soalan ulasan Adakah pelbagai rawatan untuk osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia berkesan? Latar belakang Osteoporosis mempengaruhi ketumpatan tulang dan membawa kepada peningkatan risiko fraktur. Ia adalah punca penyakit yang penting dalam kalangan orang dengan beta-talasemia (gangguan darah yang mengurangkan pengeluaran hemoglobin). Terdapat beberapa kemungkinan rawatan untuk osteoporosis dalam kalangan orang dengan beta-talasemia, termasuk bisphosphonates (ubat yang membantu melambatkan kehilangan tulang),...
1 year 11 months ago
Moksibusi untuk memusingkan bayi dalam kedudukan songsang Apakah isunya? Kedudukan songsang (apabila bayi berada di bawah) adalah perkara biasa pada trimester kedua kehamilan. Kebanyakan bayi berpusing di mana kepala mereka ke bawah, bersedia untuk dilahirkan, sebelum permulaan kelahiran; namun, ada yang tidak. Bayi yang keluar dengan punggung atau kaki terlebih dahulu boleh mengalami lebih banyak kesukaran untuk dilahirkan. Perkara ini akan mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi, dan bayi lebih cenderung dilahirkan secara pembedahan caesarean. Moksibusi adalah sejenis perubatan Cina yang...
1 year 11 months ago
Terapi aliran tinggi nasal untuk sokongan pernafasan dalam kalangan bayi pramasa Soalan ulasan Dalam kalangan bayi pramasa, apakah manfaat dan mudarat terapi aliran tinggi nasal (aliran tinggi) apabila diguna untuk sokongan pernafasan sejurus selepas lahir, berbanding jenis sokongan pernafasan bukan invasif lain? Apakah sokongan pernafasan dan bagaimana ia dirawat? Bayi pramasa (lahir sebelum tarikh bersalin) sering memerlukan sokongan pernafasan sejurus selepas lahir. Sokongan pernafasan bukan invasif disediakan tanpa meletakkan tiub pernafasan dalam salur udara bayi. Terdapat beberapa...
1 year 11 months ago
Program pendidikan untuk pesakit yang mengalami penyakit radang usus (IBD) Mesej utama Program pendidikan pesakit mungkin tidak mempunyai faedah tambahan jika dibandingkan dengan ubat-ubatan dan penjagaan biasa untuk: • meredakan penyakit radang usus (IBD); • mengelakkan kemunculan semula simptom dan simptom penyakit menjadi teruk; atau • meningkatkan kualiti hidup pesakit IBD. Apakah penyakit radang usus? Penyakit radang usus merujuk kepada dua keadaan utama yang menyebabkan keradangan pada usus. Keadaan ini ialah kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Kolitis ulseratif hanya terjadi pada...
2 years ago
Intervensi peribadi untuk kanak-kanak bermasalah tingkah laku Mesej utama Pada masa ini terdapat sedikit bukti untuk menyokong intervensi peribadi atau bersesuaian untuk kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Sedikit bukti yang ada ini adalah berkualiti rendah. Oleh itu, tidak jelas sama ada memperibadikan intervensi boleh menambahbaik hasil untuk kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi adalah diperlukan. Apakah masalah tingkah laku? Masalah tingkah laku ialah pelbagai tingkah laku yang mengganggu pada zaman kanak-kanak yang boleh memberi...
2 years ago
Intervensi untuk pesakit dialisis dengan jangkitan virus hepatitis C (HCV) Apakah isunya? Hepatitis C adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis C (HCV) yang merebak dari seorang ke seorang melalui darah, akibat perkongsian jarum pengambilan dadah dan barangan lain yang tercemar dengan darah. Virus ini kekal dalam tubuh untuk tempoh masa yang lama, ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati di dalam sesetengah individu, dengan kemusnahan secara perlahan-lahan atau sirosis dan juga kanser hati. Mereka yang dijangkiti mungkin mengalami lemah tubuh, loya, jaundis (kekuningan pada...
2 years ago
Apakah faedah dan risiko senaman kepada penghidap sistemik lupus eritematosus? Mesej utama Senaman sebagai tambahan kepada 'penjagaan biasa' mungkin mempunyai sedikit manfaat pada keletihan, kapasiti fungsional, dan kesakitan pada penghidap sistemik lupus eritematosus (SLE). Tiada kajian melaporkan kesan sampingan semasa bersenam. Walau bagaimanapun, pengulas mempunyai keyakinan yang rendah terhadap bukti keseluruhan. Apakah sistemik lupus eritematosus? Sistemik lupus eritematosus (SLE; atau 'lupus') adalah penyakit bila mana sistem kekebalan tubuh secara salah menyerang tisu-tisu sihat...
Checked
12 hours 4 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed