Latest Malay Review translations

Intervensi celik kesihatan untuk pesakit buah pinggang kronik

1 year 11 months ago
Intervensi celik kesihatan untuk pesakit buah pinggang kronik Apakah isunya? Pengurusan jangka panjang penyakit buah pinggang kronik (CKD) memerlukan penghidap penyakit itu terlibat dalam penjagaan mereka sendiri kerana penyakit ini adalah penyakit kronik yang kompleks. Ramai orang yang menghidap CKD mungkin tidak memahami cara menggunakan maklumat kesihatan untuk menyokong keputusan mereka tentang rawatan dan pengurusan yang terbaik. Keupayaan atau kemahiran ini disebut sebagai celik kesihatan. Meningkatkan celik kesihatan penghidap CKD boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membantu...

Ubat sedutan untuk membuka saluran pernafasan dalam kes sindrom dada akut di kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit

1 year 11 months ago
Ubat sedutan untuk membuka saluran pernafasan dalam kes sindrom dada akut di kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit Soalan ulasan Bolehkah bronkodilator bertindak untuk jangka pendek yang disedut untuk sindrom dada akut mengurangkan penyakit dan kematian pada orang dengan penyakit sel sabit dan adakah rawatan ini menyebabkan kesan buruk? Latar belakang Penyakit sel sabit adalah gangguan darah yang diwarisi. Orang yang mempunyai penyakit sel sabit sering mengalami sindrom dada akut. Sindrom dada akut boleh menyebabkan demam, batuk, sakit dada dan sesak nafas dan boleh mengancam...

Alat sokongan serviks faraj untuk mengelakkan kelahiran bayi tunggal sebelum 37 minggu

1 year 11 months ago
Alat sokongan serviks faraj untuk mengelakkan kelahiran bayi tunggal sebelum 37 minggu Apakah kelahiran pramatang? Kelahiran pramatang bermaksud kelahiran sebelum 37 minggu kehamilan. Ia adalah punca utama kematian bayi yang baru lahir. Selalunya, kelahiran pramatang disebabkan oleh kelemahan serviks (hujung rahim yang lebih rendah dan sempit). Bagaimanakah kelemahan serviks boleh dirawat untuk mengelakkan kelahiran pramatang? Kaedah yang digunakan untuk merawat kelemahan serviks termasuk cerclage serviks (mengetatkan serviks dengan jahitan untuk mengelakkan pembukaan pramatang), pengurusan...

Pembedahan untuk penyakit sendi jangka panjang dalam kalangan pesakit hemofilia

1 year 11 months ago
Pembedahan untuk penyakit sendi jangka panjang dalam kalangan pesakit hemofilia Bagaimanakah pembedahan berbanding dengan rawatan bukan pembedahan dari segi keselamatan dan keberkesanan untuk pesakit yang menghidap penyakit sendi kronik (jangka panjang) disebabkan keadaan yang jarang berlaku yang menjejaskan keupayaan darah untuk membentuk darah beku (hemofilia)? Mesej utama Kami tidak menemui sebarang kajian yang relevan. Lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini. Kajian akan datang harus membandingkan pembedahan dengan rawatan bukan pembedahan untuk artropati kronik di kalangan...

Sasaran tekanan darah untuk pesakit yang menjalani pembedahan jantung

1 year 11 months ago
Sasaran tekanan darah untuk pesakit yang menjalani pembedahan jantung Soalan ulasan Apakah kesan sasaran tekanan darah, iaitu tinggi berbanding dengan rendah di kalangan pesakit yang menjalani pembedahan jantung semasa pintasan kardiopulmonari (cardiopulmonary bypass, CPB). Mesej utama Sasaran tekanan darah yang tinggi berbanding dengan sasaran yang lebih rendah mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap kecederaan buah pinggang, kerosakan kognisi (keupayaan untuk belajar dan memahami), atau kelangsungan hidup. Sasaran tekanan darah yang tinggi mungkin meningkatkan sedikit...

Terapi antikulat pendahuluan berbanding empirikal pada penghidap kanser yang mengalami neutropenia febril

1 year 11 months ago
Terapi antikulat pendahuluan berbanding empirikal pada penghidap kanser yang mengalami neutropenia febril Kemoterapi intensif untuk penghidap kanser boleh menyebabkan sitopenia yang teruk dan berpanjangan (bilangan sel darah yang lebih rendah daripada biasa), terutamanya neutropenia (sel darah putih yang lebih rendah daripada biasa, yang membantu melawan jangkitan), keadaan kritikal yang berpotensi untuk mengancam nyawa. Apabila seseorang mengalami kedua-dua demam dan neutropenia, ia dipanggil neutropenia febril (FN). Penyakit kulat invasif (IFD; jangkitan yang disebabkan oleh kulat) adalah...

Biopsi embrio hari ke-5 berbanding hari ke-3 untuk ujian genetik untuk gangguan gen tunggal sebelum implantasi embrio

2 years ago
Biopsi embrio hari ke-5 berbanding hari ke-3 untuk ujian genetik untuk gangguan gen tunggal sebelum implantasi embrio Latar belakang Pasangan yang mempunyai sejarah peribadi atau keluarga penyakit genetik gen tunggal, seperti cystic fibrosis, kini boleh menjalani teknologi pembiakan berbantu (ART) untuk mengurangkan peluang mereka mempunyai anak dengan gangguan genetik yang sama. Ini dikenali sebagai ujian genetik praimplantasi untuk gangguan gen tunggal (PGT-M). Semasa PGT-M, sel-sel daripada embrio yang disenyawakan dikeluarkan (dibiopsi) dan dianalisis untuk gangguan genetik sebelum...

Pengurangan dos antipsikotik untuk pesakit skizofrenia

2 years ago
Pengurangan dos antipsikotik untuk pesakit skizofrenia Mesej utama Mengurangkan dos antipsikotik mungkin berkait dengan lebih ramai peserta kajian yang sakit semula atau meninggalkan kajian lebih awal. Terdapat sangat sedikit maklumat tentang kualiti hidup, fungsi, dan kesan sampingan. Pengenalan kepada topik ulasan Skizofrenia ialah suatu penyakit serius yang memerlukan rawatan dengan ubatan (antipsikotik). Penggunaan antipsikotik dikaitkan dengan kesan sampingan, dan nampaknya kesan sampingan ini mungkin lebih teruk dengan dos yang lebih tinggi. Namun begitu, dos perlu cukup tinggi untuk...

Antibiotik cephalosporin untuk rawatan demam enterik (demam tifoid)

2 years ago
Antibiotik cephalosporin untuk rawatan demam enterik (demam tifoid) Mesej utama • Mungkin tiada perbezaan dalam prestasi ceftriaxone (sejenis cephalosporin) berbanding dengan azithromycin, fluoroquinolones, atau chloramphenicol (ubat antimikrob lain) untuk dewasa dan kanak-kanak dengan demam enterik (demam tifoid). • Cefixime (jenis sefalosporin yang lain) juga boleh digunakan untuk rawatan demam enterik pada orang dewasa dan kanak-kanak tetapi mungkin tidak seberkesan fluoroquinolones. • Pengubal dasar dan doktor perlu mempertimbangkan corak rintangan antibiotik tempatan apabila memilih...

Adakah ubat-ubatan boleh mencegah terjadinya tromboemboli vena selepas pembedahan penurunan berat badan?

2 years ago
Adakah ubat-ubatan boleh mencegah terjadinya tromboemboli vena selepas pembedahan penurunan berat badan? Apakah itu tromboemboli vena? Tromboemboli vena (venous thromboembolism, VTE) ialah suatu keadaan klinikal yang biasanya bermula apabila darah beku terbentuk di dalam salur vena. Keadaan ini termasuklah kedua-dua jenis trombosis vena iaitu trombosis vena dalam (apabila darah beku terbentuk di dalam salur vena dalam, biasanya di bahagian kaki) dan emboli pulmonari (apabila darah beku terbentuk di dalam paru-paru atau sampai kepada saluran darah di dalam paru-paru). Kedua-dua situasi di...

Pembilasan folikular semasa pengumpulan oosit dalam teknologi reproduktif berbantu

2 years ago
Pembilasan folikular semasa pengumpulan oosit dalam teknologi reproduktif berbantu Soalan ulasan Kami berusaha untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pembilasan folikel sebagai sebahagian daripada pengumpulan telur pada wanita yang menjalani rawatan untuk membantu mereka hamil (teknologi reproduktif berbantu (ART)). Latar belakang Pasangan yang mempunyai kesukaran untuk hamil secara semula jadi boleh memilih untuk rawatan (intervensi) untuk membantu mereka hamil. Intervensi ini dikenali sebagai teknologi reproduktif berbantu (ART). Satu jenis ART ialah persenyawaan in vitro (IVF). Semasa...

Apakah ketepatan diagnostik ujian antibodi untuk mengesan jangkitan dengan virus COVID-19?

2 years ago
Apakah ketepatan diagnostik ujian antibodi untuk mengesan jangkitan dengan virus COVID-19? Latar belakang COVID-19 ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 yang mudah merebak antara manusia dengan cara yang sama seperti selesema atau 'flu'. Kebanyakan orang dengan COVID-19 mempunyai penyakit respiratori ringan hingga sederhana, dan sesetengah mungkin tiada gejala (jangkitan asimptomatik). Yang lain mengalami gejala yang teruk dan memerlukan rawatan pakar dan penjagaan intensif. Sebagai respon kepada jangkitan COVID-19, sistem imun menghasilkan protein yang dipanggil...

Supplemen herba ginkgo biloba untuk tinnitus

2 years ago
Supplemen herba ginkgo biloba untuk tinnitus Apakah itu tinnitus? Tinnitus adalah gejala di mana orang mempunyai persepsi bunyi tanpa ada sumber luaran. Ia sering digambarkan sebagai bunyi berdering, berdesir, berdengung atau air mengalir kuat. Ia adalah perkara biasa, yang menjejaskan antara 5% dan 43% daripada populasi umum, dan kelazimannya meningkat dengan usia. Bagi sesetengah orang, tinnitus adalah berterusan dan menyusahkan, dan ia boleh menyebabkan masalah tidur (insomnia), kesukaran menumpukan perhatian, kesukaran dalam komunikasi dan interaksi sosial, dan kebimbangan dan...

Statin untuk sindrom Smith-Lemli-Opitz

2 years ago
Statin untuk sindrom Smith-Lemli-Opitz Soalan ulasan Adakah terapi statin, jika digabungkan dengan terapi kolesterol, dikaitkan dengan hasil yang lebih baik (contoh kelangsungan hidup, kualiti hidup, keterukan atau kekerapan masalah neurobehavioral, perubahan dalam parameter pertumbuhan atau tahap biomarker) berbanding terapi kolesterol sahaja untuk penghidap Smith-Lemli -Opitz syndrome (SLOS), dan apakah risiko kesan berbahaya untuk kedua-dua pilihan? Latar belakang Sindrom Smith-Lemli-Opitz ialah sindrom kecacatan genetik, yang berlaku apabila kolesterol tidak dapat dihasilkan oleh badan...

Topeng hidung berbanding wayar kanula hidung untuk tekanan saluran udara positif secara berterusan pada bayi pramatang

2 years ago
Topeng hidung berbanding wayar kanula hidung untuk tekanan saluran udara positif secara berterusan pada bayi pramatang Mesej utama Topeng berbanding wayar kanula boleh mengurangkan risiko kegagalan rawatan tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) dan kecederaan hidung tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas risiko kematian atau komplikasi lain yang berkaitan dengan kelahiran pramatang. Apakah rawatan tekanan saluran udara positif berterusan? CPAP hidung ialah satu cara sokongan pernafasan yang kurang invasif jika dibandingkan dengan pengudaraan mekanikal (di mana...

Adakah pengambilan imunostimulan sebagai penambahan kepada ubat standard bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit pulmonari obstruktif kronik, bronkitis kronik, atau kedua-duanya?

2 years ago
Adakah pengambilan imunostimulan sebagai penambahan kepada ubat standard bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit pulmonari obstruktif kronik, bronkitis kronik, atau kedua-duanya? Mesej utama 1. Di kalangan orang dengan bronkitis kronik atau COPD, imunostimulan mungkin akan mengurangkan kemungkinan seseorang mengalami eksaserbasi dan memerlukan antibiotik untuk eksaserbasi. 2. Kami tidak pasti tentang kesan imunostimulan dalam mengurangkan risiko kematian, meningkatkan kualiti hidup, atau mengurangkan tempoh serangan atau tinggal di hospital. 3. Imunostimulan tidak dikaitkan dengan...

Intervensi penjagaan kulit untuk mencegah ekzema dan alahan makanan

2 years ago
Intervensi penjagaan kulit untuk mencegah ekzema dan alahan makanan Adakah melembabkan kulit bayi dapat mencegah ekzema atau alahan makanan? Mesej utama Rawatan penjagaan kulit pada bayi, seperti menggunakan pelembap pada kulit semasa tahun pertama kehidupan, mungkin tidak menghalang bayi daripada mengalami ekzema; boleh meningkatkan peluang alahan makanan; dan mungkin meningkatkan peluang jangkitan kulit. Ulasan ini melihat pencegahan ekzema dan alahan makanan sahaja. Rawatan penjagaan kulit masih penting untuk merawat ekzema. Apa itu alahan? Tindak balas imun adalah bagaimana tubuh...

Menyedut antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru dalam orang yang mengidapi fibrosis sistik

2 years ago
Menyedut antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru dalam orang yang mengidapi fibrosis sistik Soalan ulasan Adakah antibiotik yang disedut membantu melawan jangkitan berterusan dengan Pseudomonas aeruginosa pada penghidap cystic fibrosis (CF)? Mesej utama Ketika orang dengan CF semakin tua, mereka lebih cenderung untuk dijangkiti dengan Pseudomonas aeruginosa dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah punca utama jangkitan paru-paru kronik pada orang dengan CF. Kami ingin mengetahui sama ada antibiotik yang mensasarkan Pseudomonas aeruginosa akan mengurangkan kesan jangkitan apabila ia...

Perubahan persekitaran air yang kekal dan sementara yang manakah berfungsi lebih baik untuk mengurangkan malaria pada manusia pada nyamuk yang belum matang?

2 years ago
Perubahan persekitaran air yang kekal dan sementara yang manakah berfungsi lebih baik untuk mengurangkan malaria pada manusia pada nyamuk yang belum matang? Mengapa penting untuk mengurangkan malaria pada orang? Malaria mempunyai kesan yang sangat tinggi terhadap kesihatan orang ramai, kebanyakannya di Afrika dan Asia. Strategi untuk mengurangkan malaria telah dikaji selama bertahun-tahun. Kebanyakan strategi tertumpu kepada mengurangkan bilangan nyamuk tidak matang (larva dan pupa) untuk mengelakkannya daripada menjadi nyamuk dewasa, kerana nyamuk betina dewasa yang boleh menyebarkan...

Ubat untuk merawat sakit dan bius ketika penyejukan bayi baru lahir berikutan otak yang lemah semasa kelahiran (ensefalopati hipoksia-iskemia)

2 years ago
Ubat untuk merawat sakit dan bius ketika penyejukan bayi baru lahir berikutan otak yang lemah semasa kelahiran (ensefalopati hipoksia-iskemia) Soalan ulasan Adakah ubat-ubatan menyelamatkan nyawa, atau mengurangkan kesakitan dan bius, terhadap bayi baru lahir yang mempunyai pengoksigenan otak yang lemah semasa lahir ('hypoxic-ischaemic encephalopathy') dan yang sedang menjalani proses penyejukan? Latar belakang Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh merosakkan otak bayi yang baru lahir. Bayi dengan kerosakan otak yang kurang teruk mungkin pulih sepenuhnya atau hanya mengalami masalah yang...
Checked
4 hours 59 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed