Latest Malay Review translations

Sukrosa untuk analgesia (penahan sakit) kepada bayi baru lahir yang sedang menjalani prosedur tusukan tumit

1 year 8 months ago
Sukrosa untuk analgesia (penahan sakit) kepada bayi baru lahir yang sedang menjalani prosedur tusukan tumit Mesej utama - Sukrosa, berbanding rawatan pemalar, mungkin boleh mengurangkan kesakitan untuk satu kejadian yang menyakitkan (tusukan tumit). - Terdapat beberapa peristiwa mudarat segera yang kecil, seperti tersedak, yang dapat diselesaikan tanpa intervensi. - Kami memerlukan kajian yang meneliti kesan pemberian sukrosa berulang pada hasil segera (tahap kesakitan) dan hasil jangka panjang (perkembangan saraf). - Kita perlu menilai kesan sukrosa terhadap neonat yang sangat pramatang,...

Pendekatan psikologi yang dihantar dari jauh yang manakah membantu orang yang mengalami sakit kronik jangka panjang untuk memperbaiki gejala?

1 year 8 months ago
Pendekatan psikologi yang dihantar dari jauh yang manakah membantu orang yang mengalami sakit kronik jangka panjang untuk memperbaiki gejala? Mesej utama • Terapi tingkah laku kognitif dalam talian mewakili terapi psikologi yang dihantar dari jauh yang paling biasa. Ia boleh meningkatkan kesakitan dan ketidakupayaan pada individu yang mengalami kesakitan kronik. • Ia sebahagian besarnya tidak jelas sama ada terapi psikologi yang dihantar dari jauh meningkatkan kualiti hidup atau menyebabkan kesan berbahaya disebabkan oleh bukti yang terhad, kualiti yang selalunya terhad. • Kami memerlukan...

Pendekatan pembedahan histerektomi untuk penyakit-penyakit ginekologi benigna

1 year 8 months ago
Pendekatan pembedahan histerektomi untuk penyakit-penyakit ginekologi benigna Soalan ulasan Kami menilai pembedahan yang paling berkesan dan selamat untuk histerektomi dalam kalangan wanita dengan penyakit ginekologi benigna. Latar belakang Histerektomi untuk penyakit ginekologi benigna, kebanyakannya perdarahan abnormal rahim, prolaps atau fibroid rahim adalah salah satu prosedur ginekologi yang paling kerap (30% wanita sebelum umur 60; 590,000 prosedur setiap tahun di Amerika Syarikat). Ia boleh dilakukan melalui beberapa pendekatan. Histerektomi abdominal melibatkan pembuangan rahim...

Rawatan epilepsi pada wanita hamil dan kesihatan fizikal anak

1 year 8 months ago
Rawatan epilepsi pada wanita hamil dan kesihatan fizikal anak Latar belakang Bagi kebanyakan wanita yang menghidap epilepsi, meneruskan pengambilan ubat semasa mengandung adalah penting untuk kesihatan mereka. Sepanjang 40 tahun yang lalu, kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada ubat-ubatan anti-sawan dalam kandungan boleh berisiko lebih tinggi untuk mengalami perkembangan abnormal atau kecacatan kelahiran. Soalan kajian Ulasan ini bertujuan untuk memahami sama ada pendedahan kepada ubat anti-sawan semasa kehamilan dikaitkan dengan peningkatan risiko mempunyai anak...

Implan kortikosteroid untuk uveitis kronik yang tidak disebabkan oleh jangkitan

1 year 8 months ago
Implan kortikosteroid untuk uveitis kronik yang tidak disebabkan oleh jangkitan Apakah uveitis kronik tidak berjangkit? Uveitis adalah sekumpulan penyakit mata yang disebabkan oleh keradangan (kemerahan, bengkak, sakit, dll) di dalam mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Punca uveitis boleh terdiri daripada jangkitan dan bukan jangkitan. Uveitis tidak berjangkit boleh terjadi akibat penyakit di bahagian lain badan. Uvea (lapisan tengah mata) kaya dengan salur darah. Jika sistem imun sedang menghadapi masalah di satu kawasan, sel dan bahan kimia yang dihasilkannya boleh mengalir...

Penyusuan susu ibu atau susu ibu untuk mengatasi kesakitan prosedural dalam bayi baru lahir

1 year 8 months ago
Penyusuan susu ibu atau susu ibu untuk mengatasi kesakitan prosedural dalam bayi baru lahir Soalan ulasan Kami menyiasat sejauh mana penyusuan susu ibu atau susu ibu tambahan (susu ibu yang diekstrak dan diberikan melalui tiub pemakanan atau dimasukkan ke dalam mulut bayi) berkesan sebagai penahan sakit bagi bayi baru lahir semasa menjalani prosedur-prosedur yang menyakitkan (contohnya suntikan vaksin, cucukan tumit, pengambilan darah untuk ujian atau pemeriksaan mata). Tindak balas kesakitan bayi (contohnya perubahan kadar jantung, tahap oksigen, tekanan darah, peratusan masa menangis,...

Penggunaan tanda amaran untuk menyaring kepatahan tulang belakang dalam kalangan orang yang mengalami sakit pinggang

1 year 8 months ago
Penggunaan tanda amaran untuk menyaring kepatahan tulang belakang dalam kalangan orang yang mengalami sakit pinggang Mesej utama Empat tanda amaran terbaik untuk kepatahan tulang belakang pada orang yang mengalami sakit pinggang ialah penggunaan kortikosteroid (contohnya ubat-ubatan yang boleh melemahkan tulang), usia yang lebih tua (contoh yang berumur 70 tahun ke atas), trauma (contohnya jatuh), dan kontusi (lebam) atau lelasan (luka dan calar). – Penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran terbaik atau kombinasi tanda-tanda amaran terbaik untuk menyaring...

Adakah terapi hormon meningkatkan fungsi seksual di kalangan wanita yang melalui atau selepas menopaus?

1 year 8 months ago
Adakah terapi hormon meningkatkan fungsi seksual di kalangan wanita yang melalui atau selepas menopaus? Mesej utama • Estrogen (hormon yang dikaitkan dengan perkembangan seksual dan pembiakan pada wanita) sahaja mungkin meningkatkan skor fungsi seksual berbanding plasebo. • Kami tidak pasti tentang kesan estrogen berserta progestogen (hormon wanita yang lain), steroid sintetik (seperti tibolone), modulator reseptor estrogen terpilih (yang mempengaruhi cara estrogen berfungsi) atau modulator reseptor estrogen terpilih berserta estrogen terhadap fungsi seksual berbanding plasebo atau tanpa...

Terapi psikologi untuk orang yang mengalami anoreksia nervosa yang teruk dan berkekalan

1 year 8 months ago
Terapi psikologi untuk orang yang mengalami anoreksia nervosa yang teruk dan berkekalan Mesej utama 1. Satu kajian kecil tentang orang yang mengalami anoreksia nervosa yang teruk dan berkekalan membandingkan dua terapi: terapi tingkah laku kognitif dan pengurusan klinikal sokongan pakar. 2. Tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengatakan dengan pasti jika mana-mana terapi khusus lebih berkesan daripada yang lain. 3. Terdapat keperluan untuk kajian yang lebih besar untuk menyiasat faedah rawatan untuk penghidap SEAN. Mengapa ulasan ini penting? Anorexia nervosa adalah gangguan pemakanan dan...

Pertolongan Cemas Kesihatan Mental sebagai alat untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan mental

1 year 8 months ago
Pertolongan Cemas Kesihatan Mental sebagai alat untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan mental Mengapakah ulasan in penting? Pertolongan cemas kesihatan mental ditakrifkan sebagai 'bantuan yang diberikan kepada seseorang yang baru mengalami masalah kesihatan mental , mengalami masalah kesihatan mental yang semakin teruk, atau berada dalam krisis kesihatan mental 'Pertolongan cemas diberikan sehingga mereka mendapat bantuan profesional yang sesuai ataupun krisis tersebut selesai.' Pertolongan Cemas Kesihatan Mental (MHFA) ialah program latihan yang bertujuan untuk mengajar strategi...

Sejauh manakah kejayaan program pemakanan sihat di prasekolah, tadika dan tetapan penjagaan kanak-kanak?

1 year 8 months ago
Sejauh manakah kejayaan program pemakanan sihat di prasekolah, tadika dan tetapan penjagaan kanak-kanak? Mesej utama • Program pemakanan sihat yang disampaikan dalam tetapan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak (ECEC) (cth. prasekolah, tadika, jagaan harian keluarga) boleh meningkatkan kualiti diet kanak-kanak, berkemungkinan meningkatkan pengambilan buah-buahan, mungkin memberi kesan yang baik terhadap pengambilan sayur-sayuran, dan berkemungkinan tidak memberi kesan kepada pengambilan makanan yang kurang sihat dan minuman bergula. Mereka mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap...

Ubat-ubatan untuk kanak-kanak dengan refluks

1 year 8 months ago
Ubat-ubatan untuk kanak-kanak dengan refluks Soalan ulasan Apakah rawatan terbaik dan paling selamat untuk bayi dan kanak-kanak dengan refluks gastro-esofagus? Mesej utama: - bukti bagi penggunaan ubat-ubatan bagi bayi dengan refluks gastro-esofagus/penyakit refluks adalah sangat tidak pasti; - bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit refluks gastro-esofagus, bukti mengenai kesan perencat pam proton adalah sangat tidak pasti. Tiada bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan mengenai ubat-ubatan lain. Apakah refluks gastro-esofagus? Refluks gastro-esofagus berlaku apabila kandungan perut...

Pilihan rawatan utama untuk asma yang tidak terkawal pada orang yang menggunakan kortikosteroid sedutan dos sederhana

1 year 8 months ago
Pilihan rawatan utama untuk asma yang tidak terkawal pada orang yang menggunakan kortikosteroid sedutan dos sederhana Mesej utama • Menambahkan beta2-agonis (LABA) bertindak panjang atau antagonis muskarinik bertindak panjang (LAMA) kepada kortikosteroid sedutan dos sederhana (ICS) berkemungkinan mengurangkan serangan asma yang memerlukan rawatan dengan steroid oral dan meningkatkan kemungkinan kawalan simptom yang memuaskan berbanding dengan ICS sahaja, manakala menggandakan dos ICS mungkin tidak. Jumlah data yang kami temui adalah lebih besar untuk LABA berbanding LAMA. • Kita perlu...

Apakah faedah dan risiko menggunakan ubat nyamuk topikal untuk mencegah malaria?

1 year 8 months ago
Apakah faedah dan risiko menggunakan ubat nyamuk topikal untuk mencegah malaria? Mesej utama • Ubat nyamuk topikal boleh mengurangkan sedikit kejadian dan kelaziman malaria yang disebabkan oleh Plasmodium falciparum. • Perubahan-perubahan ini nampaknya amat penting dalam populasi berisiko tinggi, khususnya bagi pelarian yang tinggal di kem di mana tiada pilihan lain. • Ubat nyamuk topikal mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam kelaziman malaria dan kejadian dalam tetapan di mana jaring yang dirawat dengan racun serangga, dan pilihan lain untuk mengawal penularan malaria mudah...

Cermin mata penapisan cahaya biru untuk prestasi penglihatan, perlindungan makula (bahagian belakang mata), dan peningkatan kualiti tidur

1 year 8 months ago
Cermin mata penapisan cahaya biru untuk prestasi penglihatan, perlindungan makula (bahagian belakang mata), dan peningkatan kualiti tidur Apakah tujuan ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menyelidik manfaat dan keselamatan yang mungkin diperoleh daripada cermin mata penapisan cahaya biru, juga dikenali sebagai cermin mata penghalang cahaya biru, terhadap prestasi penglihatan, perlindungan makula, dan kualiti tidur. Para pengarang ulasan Cochrane mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk merumuskan bukti penyelidikan terbaik yang tersedia. Mesej utama Kanta...

Pencair darah profilaksis untuk pencegahan kematian dan tromboembolisme vena dalam pesakit luar dengan COVID-19

1 year 8 months ago
Pencair darah profilaksis untuk pencegahan kematian dan tromboembolisme vena dalam pesakit luar dengan COVID-19 Mesej utama ‐ Apabila digunakan dalam tetapan pesakit luar, antikoagulan (pencair darah) mungkin mengurangkan tromboembolisme vena (VTE) dan embolisme pulmonari (PE) jika dibandingkan dengan plasebo atau tiada rawatan pada penghidap COVID-19. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini nampaknya mempunyai sedikit atau tiada kesan dalam mengurangkan kematian, pendarahan teruk, keperluan untuk dimasukkan ke hospital, atau kejadian buruk. Apakah itu VTE? Tromboembolisme vena, yang merangkumi...

Sejauh manakah dresing hidrogel berkesan untuk membantu luka tapak penderma sembuh selepas graf kulit separa?

1 year 8 months ago
Sejauh manakah dresing hidrogel berkesan untuk membantu luka tapak penderma sembuh selepas graf kulit separa? Mesej utama - Kami tidak tahu sama ada dresing hidrogel (yang direka bentuk bagi mengekalkan kelembapan luka) adalah lebih baik daripada dresing lain untuk membantu luka tapak penderma sembuh selepas graf kulit separa (kulit diambil daripada bahagian anggota badan yang lain). - Kami tidak menemui sebarang kajian yang membandingkan dresing hidrogel dengan krim, salap, atau larutan lain yang disapu terus pada luka. - Lebih banyak kajian dengan reka bentuk yang lebih baik diperlukan...

Suntikan sperma intracytoplasmic berbanding teknik konvensional untuk inseminasi oosit semasa persenyawaan in vitro pada pasangan dengan subfertiliti bukan lelaki

1 year 8 months ago
Suntikan sperma intracytoplasmic berbanding teknik konvensional untuk inseminasi oosit semasa persenyawaan in vitro pada pasangan dengan subfertiliti bukan lelaki Tajuk Perbandingan antara suntikan sperma intrasitoplasmik (instracytoplasmic sperm injection, ICSI) dengan persenyawaan in vitro lazim (conventional in vitro fertilisation, c-IVF) untuk pemanian oosit semasa persenyawaan in vitro (IVF) dalam kalangan pasangan yang melibatkan lelaki yang mempunyai bilangan sperma dan tahap keligatan (kemotilan) sperma yang normal. Persoalan ulasan Pengulas Cochrane telah meninjau bukti berkenaan...

Terapi oksigen hiperbarik untuk merawat kesan lewat radioterapi

1 year 8 months ago
Terapi oksigen hiperbarik untuk merawat kesan lewat radioterapi Mesej utama – Dalam orang dan kawasan badan tertentu terapi oksigen hiperbarik (HBOT) boleh membantu menyelesaikan simptom yang berkaitan dengan kecederaan lewat radiasi tisu (LRTI) tetapi penyelidikan lanjut diperlukan untuk menentukan orang yang boleh bertindak balas dan masa terbaik untuk terapi sedemikian. Apakah masalah selepas rawatan radiasi dan bagaimana ia boleh dirawat? Terdapat risiko komplikasi serius terjadi dalam beberapa bulan dan tahun selepas rawatan radiasi (radioterapi) untuk kanser. Masalah ini secara...

Ubat-ubatan untuk mengendalikan kesakitan dan ketidakselesaan pada bayi pramatang yang dibantu dengan mesin pernafasan dan berisiko pendarahan otak

1 year 8 months ago
Ubat-ubatan untuk mengendalikan kesakitan dan ketidakselesaan pada bayi pramatang yang dibantu dengan mesin pernafasan dan berisiko pendarahan otak Soalan gambaran keseluruhan Adakah ubat tahan sakit dapat mengurangkan pendarahan otak dan kematian serta meningkatkan perkembangan jangka panjang pada bayi yang dilahirkan terlalu awal (bayi pramatang) yang memerlukan bantuan pernafasan mekanikal? Latar belakang Bayi pramatang, terutamanya bayi yang dilahirkan sebelum lengkap 28 minggu kehamilan, kadangkala mengalami pendarahan otak. Bayi dengan pendarahan yang kurang parah berkemungkinan pulih...
Checked
15 hours 40 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed