1 year 6 months ago
Apakah faedah dan risiko asid traneksamik untuk nefrolitotomi perkutaneus dalam rawatan batu karang? Mesej utama • Asid traneksamik, jika dibandingkan dengan plasebo (atau tiada ubat), boleh mengurangkan pemindahan darah, komplikasi pembedahan, dan tempoh penginapan pesakit di hospital selepas nefrolitotomi perkutaneus. • Asid traneksamik, jika dibandingkan dengan plasebo (atau tiada ubat), boleh meningkatkan penyingkiran bahan batu berikutan nefrolitotomi perkutaneus tetapi boleh meningkatkan kesan ubat yang tidak diingini. • Kami tidak tahu sama ada asid traneksamik menjejaskan risiko...
1 year 6 months ago
Apakah faedah dan risiko menggunakan ujian untuk kematangan paru-paru untuk menilai sama ada bayi baru lahir pramatang perlu menerima terapi surfaktan untuk meningkatkan fungsi paru-paru? Mesej utama • Sindrom gangguan pernafasan adalah keadaan biasa pada bayi pramatang, manakala faedah terapi surfaktan berpandukan ujian untuk kematangan paru-paru masih tidak jelas. • Tiada kajian melaporkan kematian neonatal (dalam 28 hari pertama kehidupan) atau hasil perkembangan saraf. Adalah masih tidak pasti sama ada terapi surfaktan berpandukan ujian untuk kematangan paru-paru mempunyai kesan ke atas...
1 year 6 months ago
Apakah faedah dan risiko ubat perangsang menahan nafas seketika di kalangan bayi pramatang? Mesej utama – Disebabkan kekurangan bukti kukuh, faedah dan risiko doxapram (ubat yang digunakan dalam kes apabila rangsangan pernafasan diperlukan) dalam mencegah atau merawat pernafasan terhenti seketika di kalangan bayi pramatang adalah tidak jelas. Kami menemui tiada data tentang kesan jangka panjang rawatan. – Doxapram mungkin sedikit lebih baik berbanding tiada rawatan dalam mengurangkan episod nafas terhenti seketika dengan sedikit atau tiada perbezaan dalam kesan yang tidak diingini. Doxapram...
1 year 6 months ago
Kesan intervensi yang menyasarkan tindak balas keradangan sistemik terhadap pembedahan jantung ke atas hasil klinikal dalam kalangan orang dewasa Mesej utama - Kami tidak pasti mengenai manfaat intervensi anti-radang selepas pembedahan jantung. - Kajian lebih lanjut seharusnya meneroka peranan faktor-faktor seperti usia dan keadaan kronik terhadap tindak balas intervensi anti-radang. Apakah hubungan antara tindak balas keradangan dan kerosakan organ selepas pembedahan jantung? Selepas pembedahan jantung, pelbagai organ boleh mengalami kerosakan, menyebabkan komplikasi yang serius, dan juga...
1 year 6 months ago
Intervensi pekerja penjagaan kesihatan utama dan komuniti untuk pencegahan gangguan mental dan promosi kesejahteraan di negara berpendapatan rendah dan sederhana Apakah matlamat utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk menilai kesan penglibatan orang dalam perkhidmatan perawatan primer dan komuniti, seperti jururawat, bidan, guru atau penjaga, dalam mempromosikan kesihatan mental. Ulasan ini tertumpu kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Mesej utama Penggunaan pekerjaan bagi pekerja penjagaan kesihatan utama dan...
1 year 6 months ago
Ubat untuk merawat sawan pada bayi yang baru lahir Soalan ulasan Apakah ubat yang boleh digunakan dengan berkesan dan selamat untuk merawat sawan pada bayi baru lahir? Berapa lamakah ubat untuk sawan perlu diteruskan sebaik sahaja dimulakan? Patutkah kita merawat sawan yang hanya dilihat melalui EEG? Catatan: EEG adalah ujian untuk menganalisis aktiviti elektrik dalam otak. Ia juga mengenal pasti aktiviti sawan. Phenobarbital dan levetiracetam adalah ubat anti-sawan yang digunakan pada bayi baru lahir. 'Rawatan pengawalan' merujuk kepada penerusan ubat anti-sawan pada dos yang lebih kecil,...
1 year 6 months ago
Adenoidektomi untuk otitis media bergenangan bendalir (OME atau turut dikenali sebagai 'glue ear') dalam kalangan kanak-kanak Mesej utama Kami tidak pasti sama ada pembedahan untuk membuang kalenjar adenoid (adenoidektomi) dapat memperbaik pendengaran dalam kalangan kanak-kanak yang menghidap ‘glue ear’ kerana gagasan buktinya masih kurang kukuh. Adenoidektomi mungkin dapat mengurangkan sedikit bilangan kanak-kanak yang memghidap telinga gam selepas satu hingga dua tahun susulan, tetapi kita tidak tahu kesannya terhadap pendengaran atau kualiti hidup. Kami tahu bahawa mungkin...
1 year 6 months ago
Autoinflasi untuk otitis media dengan bendalir (OME atau 'gam telinga') pada kanak-kanak Mesej utama Disebabkan oleh kekurangan bukti yang kukuh, kami tidak pasti sama ada penggunaan antibiotik meningkatkan pendengaran untuk kanak-kanak dengan gam telinga. Penggunaan antibiotik berbanding tanpa rawatan mungkin sedikit mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mempunyai gam telinga pada tiga bulan susulan. Tidak jelas sama ada ini adalah kesan yang berpanjangan, kerana hanya beberapa kajian menyusuli kanak-kanak selama lebih daripada tiga bulan. Kajian yang disertakan dalam ulasan ini...
1 year 6 months ago
Adakah antibodi daripada orang yang telah pulih daripada virus pernafasan syncytial merupakan rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak yang sangat kecil dengan virus sinsitium pernafasan? Mesej utama Kami tidak tahu sama ada imunoglobulin (sediaan yang dibuat dengan antibodi daripada orang yang telah pulih daripada virus pernafasan syncytial) mengurangkan kematian pada kanak-kanak yang sangat kecil yang berada di hospital dengan jangkitan paru-paru virus sinsitium pernafasan. Imunoglobulin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada tempoh masa kanak-kanak kecil dirawat di hospital dengan...
1 year 6 months ago
Apakah manfaat dan risiko rawatan yang berbeza untuk alopesia areata (rambut gugur)? Mesej utama -Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk alopesia areata sebagai terapi sistemik seperti imunosupresan dan rawatan setempat seperti perangsang pertumbuhan rambut, tetapi ianya tidak jelas sejauh mana rawatan tersebut membantu dalam menghasilkan pertumbuhan rambut baharu di bahagian yang terlibat. -Hanya satu rawatan imunosupresan oral, baricitinib, menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan semula rambut. -Terapi nampaknya selamat dan kesan sampingan yang serius jarang berlaku. -Lebih banyak...
1 year 6 months ago
Rawatan untuk membantu pembekuan darah untuk meningkatkan pemulihan orang dewasa dengan strok disebabkan pendarahan dalam otak Mesej utama Rawatan yang membantu darah beku (dikenali sebagai 'terapi hemostatik') mungkin membantu orang yang mengalami strok akibat pendarahan dalam otak (dikenali sebagai 'pendarahan intracerebral'). – Transfusi platelet mungkin membahayakan orang yang mengalami pendarahan intracerebral semasa mengambil ubat seperti aspirin. – Semua terapi lain tidak menunjukkan kemudaratan mahupun faedah. – 13 kajian sedang menyiasat terapi hemostatik selepas pendarahan...
1 year 6 months ago
Prebiotik (serat pemakanan), probiotik (bakteria baik) atau sinbiotik (campuran prebiotik dan probiotik) untuk penghidap penyakit buah pinggang kronik Mesej utama Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah masalah kesihatan yang serius yang telah menjejaskan lebih 850 juta orang di seluruh dunia. Penghidap penyakit buah pinggang mempunyai keseimbangan yang tidak sihat di antara bakteria baik dan bakteria buruk di dalam usus mereka, yang mana dipanggil sebagai 'disbiosis usus'. Ketidakseimbangan ini terjadi disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang merosot (produk sisa toksik yang terkumpul,...
1 year 6 months ago
Vaksin palivizumab untuk mencegah jangkitan virus syncytial pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dengan fibrosis sista Soalan ulasan Kami menyemak bukti tentang kesan vaksinasi kanak-kanak dengan fibrosis sista dengan palivizumab bagi mencegah virus syncytial pernafasan. Latar belakang Virus syncytial pernafasan biasanya menyebabkan jangkitan paru-paru pada bayi dan kanak-kanak. Walaupun kes adalah tidak serius dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak, kanak-kanak dengan fibrosis sista mungkin berisiko lebih tinggi untuk jangkitan paru-paru yang teruk akibat virus tersebut. Semasa musim virus...
1 year 6 months ago
Adakah suplemen garam (natrium) yang lebih tinggi atau lebih rendah lebih baik untuk bayi pramatang untuk mencegah penyakit dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan? Mesej utama • Semasa hari-hari pertama selepas kelahiran, bayi pramatang memerlukan pengambilan garam (natrium) yang lebih rendah untuk mengelakkan paras natrium darah tinggi. Tetapi, kami tidak pasti sama ada terdapat sebarang kesan ke atas kematian bayi atau kesihatan bayi baru lahir semasa berada di hospital. Pertumbuhan dan perkembangan jangka panjang sebahagian besarnya tidak dilaporkan dalam kajian suplemen natrium...
1 year 6 months ago
Kesan pemantauan dan promosi pertumbuhan pada kanak-kanak di bawah lima tahun di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana Apakah pemantauan dan promosi pertumbuhan? Ramai kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak menerima nutrisi yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan peningkatan penyakit, perkembangan mental yang terjejas (yang mengurangkan prestasi sekolah dan pekerjaan pada hari kemudian) dan kematian. Pemantauan dan promosi pertumbuhan (GMP) ialah intervensi yang kompleks di mana ianya melibatkan pengukuran...
1 year 6 months ago
Ulasan tentang cara penjagaan profesional kesihatan boleh memastikan orang tua diberi ubat yang sesuai Apakah tujuan ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada sebarang pendekatan boleh memperbaik penggunaan ubat-ubatan yang sesuai dalam kalangan orang tua. Para penyelidik mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan memasukkan 38 kajian dalam ulasan. Mesej utama Mengambil ubat-ubatan untuk merawat simptom penyakit kronik dan untuk mengelakkan penyakit menjadi semakin teruk adalah lazim dalam kalangan orang yang lebih...
1 year 6 months ago
Cerebrolysin untuk strok iskemia akut Apa yang kami ingin tahu? Dalam Ulasan Cochrane ini, kami ingin mengetahui sejauh mana ubat yang dipanggil Cerebrolysin atau agen seperti Cerebrolysin lain berfungsi untuk merawat strok. Apakah itu strok? Strok ialah serangan kelemahan secara tiba-tiba yang biasanya menjejaskan satu bahagian badan. Ia berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terputus, menghentikan bekalan oksigen dan nutrien ke sel-sel otak, yang dipanggil iskemia. Jika bekalan darah ke otak dihentikan, sel-sel otak mula mati. Ini boleh menyebabkan kecederaan otak, kehilangan upaya,...
1 year 6 months ago
Apakah julat gula dalam darah yang paling efektif untuk membimbing rawatan bagi wanita yang menghidap diabetes mellitus semasa hamil? Apakah isunya? Sebanyak satu perempat wanita hamil menghidap diabetes mellitus gestational (gestational diabetes mellitus, GDM), bergantung pada etnik mereka dan kriteria diagnostik yang digunakan. GDM ditakrifkan sebagai paras gula darah tinggi (hiperglisemia) semasa kehamilan dan telahj dikaitkan dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) dan protein dalam air kencing semasa kehamilan (pra-eklampsia). Wanita-wanita ini lebih berisiko...
1 year 6 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan rejimen magnesium sulfat yang berbeza bagi wanita dengan pra-eklampsia dan eklampsia? Mesej utama Magnesium sulfat sebelum ini telah terbukti berkesan dalam merawat dan mencegah eklampsia (sawan yang berlaku semasa atau selepas bayi dilahirkan apabila wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing). Magnesium sulfat mungkin membawa kesan yang tidak diingini pada wanita atau bayi (cth masalah pernafasan). Ia masih tidak jelas apakah dos terbaik dan cara terbaik untuk memberikannya. Apakah pra-eklampsia dan eklampsia? Pra-eklampsia (atau...
1 year 6 months ago
Superoxide dismutase kepada bayi pramatang yang berisiko mendapat penyakit paru-paru Mesej utama • Kami tidak menemui bukti berkualiti yang mencukupi tentang penggunaan superoxide dismutase kepada bayi baru lahir terlalu awal: hanya tiga kajian untuk pencegahan penyakit paru-paru. • Bukti tentang kesan superoxide dismutase pada displasia bronkopulmonari, juga dikenali sebagai penyakit paru-paru kronik, kematian, retinopati pramatang (kerosakan mata yang mungkin menyebabkan buta) berbanding plasebo atau tiada rawatan adalah sangat tidak pasti. • Tiada kajian melaporkan displasia...
Checked
12 hours 32 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed