Latest Malay Review translations

Apakah manfaat dan mudarat kanta sentuh hidrogel silikon berbanding kanta sentuh hidrogel untuk ketidakselesaan mata?

1 year 7 months ago
Apakah manfaat dan mudarat kanta sentuh hidrogel silikon berbanding kanta sentuh hidrogel untuk ketidakselesaan mata? Mesej utama 1) Pemakai kanta sentuh lembut (SCL) hidrogel silikon dan kanta sentuh hidrogel mungkin mengalami keselesaan mata yang setara, tetapi kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. 2) Dalam jangka masa panjang, risiko mengalami kejadian mata yang teruk mungkin lebih dengan pemakaian SCL hidrogel silikon berbanding SCL hidrogel. Seperti di atas, bilangan kajian yang kecil dan keterbatasan bukti bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Apakah kanta...

Pravastatin untuk menurunkan lipid

1 year 7 months ago
Pravastatin untuk menurunkan lipid Mesej utama • Pravastatin mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah dan kesannya bergantung kepada dos dalam julat 5 mg hingga 160 mg. • Pravastatin pada 80 mg/hari adalah dos berlesen maksimum. • Dari ulasan sistematik lain yang kami jalankan, pravastatin dan fluvastatin mempunyai kesan yang sama pada kolesterol dan pravastatin mempunyai kesan yang lebih rendah pada kolesterol berbanding statin lain. Apakah kolesterol dan lemak darah? Kolesterol diperlukan untuk membina dan mengekalkan semua membran sel haiwan dan ianya penting untuk kehidupan...

Persetubuhan bermasa untuk pasangan yang cuba hamil

1 year 7 months ago
Persetubuhan bermasa untuk pasangan yang cuba hamil Soalan ulasan Kami mengulas bukti tentang kesan persetubuhan bermasa (menggunakan ramalan ovulasi) berbanding persetubuhan tanpa ramalan ovulasi dalam pasangan yang cuba hamil. Latar belakang Ramai pasangan mendapati sukar untuk mencapai kehamilan dan bimbang tentang kesuburan mereka. Dalam setiap kitaran, seorang wanita subur dari kira-kira lima hari sebelum ovulasi (pelepasan telur) sehingga beberapa jam selepas ovulasi disebabkan oleh masa kelangsungan hidup sperma dan telur yang terhad. Mengenal pasti tempoh subur kitaran haid wanita...

Adakah suplemen vitamin dan mineral antioksidan memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD)?

1 year 7 months ago
Adakah suplemen vitamin dan mineral antioksidan memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD)? Mesej utama - Pengambilan suplemen multivitamin antioksidan mungkin memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD), penyakit mata yang mengaburkan penglihatan pusat anda. - Orang dengan AMD pertengahan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat manfaat daripada suplemen antioksidan kerana risiko perkembangan mereka lebih tinggi daripada orang dengan AMD peringkat awal. - Walaupun suplemen vitamin secara amnya dianggap selamat,...

Paras oksigen lebih tinggi atau lebih rendah bagi orang dewasa di unit rawatan intensif

1 year 7 months ago
Paras oksigen lebih tinggi atau lebih rendah bagi orang dewasa di unit rawatan intensif Soalan ulasan Kami berhasrat mengemas kini penilaian sama ada lebih oksigen tambahan adalah lebih baik daripada kurang oksigen tambahan untuk orang dewasa di unit rawatan intensif (ICU). Latar belakang Orang dewasa di ICU adalah mereka yang sakit kritikal dan berisiko tinggi mati. Oksigen tambahan atau terapi disediakan untuk kebanyakan pesakit dewasa di ICU. Sakit yang teruk boleh menyebabkan kurang oksigen dalam darah yang membuat pesakit berisiko paras oksigen rendah dan kegagalan organ. Penggunaan...

Sejauh manakah keberkesanan ubat-ubatan dan e-rokok untuk berhenti merokok, dan apakah yang paling berkesan?

1 year 7 months ago
Sejauh manakah keberkesanan ubat-ubatan dan e-rokok untuk berhenti merokok, dan apakah yang paling berkesan? Mesej utama Sesetengah ubat-ubatan dan e-rokok (peranti pegang tangan yang berfungsi dengan memanaskan cecair yang biasanya mengandungi nikotin dan perisa) boleh membantu orang ramai untuk berhenti merokok selama enam bulan atau lebih lama. E-rokok, dan ubat-ubatan cytisine (atau dikenali sebagai Tabex) dan varenicline (atau dikenali sebagai Chantix dan Champix), nampaknya membantu kebanyakan orang untuk berhenti merokok, diikuti dengan menggunakan dua jenis terapi penggantian nikotin...

Mengubah jadual pekerja syif untuk meningkatkan kualiti dan tempoh tidur serta mengurangkan rasa mengantuk

1 year 7 months ago
Mengubah jadual pekerja syif untuk meningkatkan kualiti dan tempoh tidur serta mengurangkan rasa mengantuk Mesej utama • Terdapat bukti terhad bahawa perubahan dalam jadual syif meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan tempoh tidur, atau mengurangkan rasa mengantuk. • Lebih banyak kajian diperlukan untuk membuat kesimpulan yang lebih kukuh tentang perubahan jadual syif pada tidur dan rasa mengantuk. Apakah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki tidur pekerja syif? Kerja syif selalunya menyebabkan tidur yang tidak mencukupi dan boleh menjejaskan kewaspadaan pekerja, dengan kesan muktamad...

Model manakah yang boleh meramalkan hasil akan datang penyakit bagi pesakit sklerosis berbilang?

1 year 7 months ago
Model manakah yang boleh meramalkan hasil akan datang penyakit bagi pesakit sklerosis berbilang? Mengapakah penting untuk mengkaji sklerosis berbilang? Sklerosis berbilang (MS) adalah penyakit kronik otak, tulang belakang, dan saraf. Berjuta-juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini, tetapi cara ia berkembang adalah sangat berbeza dari individu ke individu. Walaupun MS tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan yang ada boleh membantu mengurangkan gejala dan melambatkan kemerosotan penyakit. Rawatan ini berfungsi secara berbeza, dengan sesetengahnya mempunyai kesan sampingan yang...

Bolehkah darah yang keluar semasa pembedahan dikumpulkan, dan dikembalikan semula kepada pesakit tersebut, bagi mengurangkan keperluan menggunakan darah yang didermakan?

1 year 7 months ago
Bolehkah darah yang keluar semasa pembedahan dikumpulkan, dan dikembalikan semula kepada pesakit tersebut, bagi mengurangkan keperluan menggunakan darah yang didermakan? Mesej utama Ulasan ini menilai mana-mana kajian yang melihat kepada pembedahan elektif, bukan kecemasan (bukan trauma) yang membandingkan penggunaan penyelamatan sel dengan tiada penyelamatan sel. Disebabkan variasi dalam jenis pembedahan, ulasan ini adalah sangat umum. Kami telah membahagikan bukti mengikut jenis pembedahan, untuk membantu para doktor dan pesakit mencari bukti yang berkaitan dengan mereka. Tidak terdapat...

Kemoterapi yang mengandungi platinum sebelum atau selepas pembedahan untuk wanita dengan kanser payu dara triple-negatif awal

1 year 7 months ago
Kemoterapi yang mengandungi platinum sebelum atau selepas pembedahan untuk wanita dengan kanser payu dara triple-negatif awal Mesej utama Kemoterapi termasuk ubat berasaskan platinum carboplatin meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan peluang kanser berulang untuk pesakit kanser payu dara triple-negatif awal. Walau bagaimanapun, ia juga dikaitkan dengan peningkatan kesan-kesan sampingan. Apakah kanser payu dara triple-negatif? Kanser payu dara triple-negatif terdiri 15% daripada kes kanser payu dara. Ia adalah sejenis kanser payu dara yang tidak mempunyai mana-mana daripada tiga...

Bolehkah intervensi muzik dan vokal memberi manfaat kepada bayi pramatang dan ibu bapa mereka?

1 year 7 months ago
Bolehkah intervensi muzik dan vokal memberi manfaat kepada bayi pramatang dan ibu bapa mereka? Mesej utama • Intervensi muzik dan vokal mungkin mengurangkan kadar denyutan jantung pada bayi pramatang berbanding dengan penjagaan standard semasa intervensi. Kesan bermanfaat ini adalah lebih ketara dan pasti selepas intervensi menganjurkan kesan penenang dan penstabil yang berpanjangan. • Kami menemui tiada kesan berbahaya akibat muzik dan suara. Walau bagaimanapun, banyak kajian tidak meneroka secara ketara akan kemungkinan kesan yang tidak diingini. • Kami menemui tiada bukti akan sebarang...

Penambahan besi dalam kandungan perencah dan perasa untuk mencegah anemia dan menambahbaik kesihatan

1 year 7 months ago
Penambahan besi dalam kandungan perencah dan perasa untuk mencegah anemia dan menambahbaik kesihatan Mesej utama - Menambah zat besi pada bahan perencah/perasa mungkin sedikit menambahbaik status zat besi dan mengurangkan kekurangan zat besi. Apabila zat besi ditambahkan dengan mikronutrien lain, ia mungkin mengurangkan anemia. Kesan sampingan tidak dilaporkan. - Terdapat banyak perbezaan antara kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini, menjadikannya semakin sukar untuk membuat kesimpulan yang utuh. Kesan pengukuhan perencah dan perasa dengan zat besi harus terus diteliti dalam populasi yang...

Apakah faktor yang mempengaruhi kesanggupan seseorang itu untuk mengambil bahagian dalam kajian vaksin semasa wabak atau pandemik?

1 year 7 months ago
Apakah faktor yang mempengaruhi kesanggupan seseorang itu untuk mengambil bahagian dalam kajian vaksin semasa wabak atau pandemik? Apakah matlamat ulasan ini? Vaksin adalah penting untuk mengekang penularan penyakit berjangkit semasa pandemik seperti COVID-19. Kajian klinikal menguji vaksin-vaksin ini untuk memastikan ianya selamat dan berkesan. Walaubagaimanapun, untuk mencari bilangan orang yang mencukupi dan yang juga sanggup menyertai suatu kajian vaksin untuk penyakit pandemik atau wabak mungkin sukar. Matlamat Ulasan Cochrane penyelidikan kualitatif (atau 'penjanaan bukti kualitatif')...

Bolehkah intervensi psikososial mengurangkan ubat antipsikotik dalam kalangan penghuni rumah jagaan?

1 year 7 months ago
Bolehkah intervensi psikososial mengurangkan ubat antipsikotik dalam kalangan penghuni rumah jagaan? Mesej utama Kami tidak pasti sama ada intervensi psikososial secara umumnya merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan penggunaan ubat antipsikotik di rumah jagaan. Penyelidikan menggunakan pelbagai pendekatan namun menunjukkan keputusan yang tidak seragam, tetapi ternyata sukar untuk mengitlakkan keputusan untuk sistem penjagaan kesihatan dan sosial yang berbeza. Tiada bukti bahawa intervensi psikososial menyebabkan kejadian berbahaya seperti terjatuh atau kemasukan ke hospital....

Penilaian strategi susulan untuk wanita yanng menghidap kanser ovari epitelium selepas menjalani rawatan utama

1 year 7 months ago
Penilaian strategi susulan untuk wanita yanng menghidap kanser ovari epitelium selepas menjalani rawatan utama Mesej utama Kemoterapi awal untuk kanser ovari ulangan mungkin tidak memanjangkan jangka hayat dan boleh menjejaskan kualiti hidup. Ambil perhatian bahawa kajian ini berlaku sebelum rawatan semasa, jadi tidak boleh digunakan untuk wanita yang dirawat untuk kanser ovari hari ini. Susulan individu yang dibimbing jururawat selepas rawatan boleh meningkatkan kualiti hidup lebih daripada susulan perubatan biasa, tetapi mungkin tidak mendatangkan perbezaan ketara untuk kebimbangan,...

Apakah manfaat dan risiko pelbagai rawatan kortikosteroid yang diberikan secara intravena untuk pencegahan displasia bronkopulmonari di kalangan bayi yang dilahirkan pramatang?

1 year 7 months ago
Apakah manfaat dan risiko pelbagai rawatan kortikosteroid yang diberikan secara intravena untuk pencegahan displasia bronkopulmonari di kalangan bayi yang dilahirkan pramatang? Mesej utama · Dalam ulasan ini, kami menggunakan rangkaian meta-analisa (network meta-analysis, NMA), satu alat yang agak baru yang membenarkan perbandingan antara semua pilihan rawatan yang berkaitan, termasuk yang tidak dibandingkan secara langsung antara satu sama lain dalam kajian klinikal sebelum ini. · NMA dapat menambah sedikit maklumat kepada data sedia ada, terutamanya mengenai perbandingan antara kesan dos...

Adakah intervensi untuk keletihan berkesan bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis?

1 year 7 months ago
Adakah intervensi untuk keletihan berkesan bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis? Apakah isunya? Keletihan adalah gejala yang kerap dan menjejaskan yang boleh mengehadkan penglibatan hidup dalam kalangan orang yang menjalani dialisis. Keletihan dikaitkan dengan kualiti hidup terjejas, penyakit kardiovaskular, kematian dan kemurungan dalam kalangan pesakit yang menjalani dialisis. Beberapa intervensi yang berpotensi, termasuklah ubat-ubatan atau rawatan bukan farmakologi lain (cth. senaman, diet, urutan, aromaterapi, akutekanan), telah dinilai kesannya terhadap...

Rawatan pembedahan untuk kanser kaviti oral (mulut) dan orofarinks (tekak)

1 year 7 months ago
Rawatan pembedahan untuk kanser kaviti oral (mulut) dan orofarinks (tekak) Mesej-mesej utama • Dalam kalangan pengidap kanser mulut, pembuangan elektif nodus limfa leher semasa pembuangan tumor primer berbanding pembuangan nodus limfa leher hanya apabila ia menjadi kanser, mungkin meningkatkan survival dan mengurangan perulangan tetapi boleh meningkatkan risiko kesan yang tidak diingini. • Kajian masa hadapan rawatan pembedahan kanser mulut dan tekak harus melaporkan penemuan mengikut lokasi tumor primer dan mengukur kualiti hidup dan penyakit atau hilang upaya yang berkait dengan rawatan....

Terapi senaman untuk merawat sakit bahagian bawah belakang tak khusus

1 year 7 months ago
Terapi senaman untuk merawat sakit bahagian bawah belakang tak khusus Soalan ulasan Kami menyemak bukti tentang kesan terapi senaman bagi orang dewasa yang mengalami sakit bahagian bawah belakang yang berlangsung selama enam minggu atau kurang. Latar belakang Sakit bahagian bawah belakang adalah perkara biasa dan melumpuhkan, menyebabkan beban yang ketara kepada individu yang terjejas dan kepada masyarakat. Sakit bahagian bawah belakang sering mengakibatkan penurunan kualiti hidup, masa yang hilang dari kerja, dan perbelanjaan perubatan yang besar. Terapi senaman terdiri daripada aktiviti...

Bolehkah kakitangan kesihatan bukan profesional mengenal pasti dan merawat susut badan dalam kalangan kanak-kanak dengan berkesan?

1 year 7 months ago
Bolehkah kakitangan kesihatan bukan profesional mengenal pasti dan merawat susut badan dalam kalangan kanak-kanak dengan berkesan? Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk menyiasat perbandingan keberkesanan antara kakitangan kesihatan bukan profesional dengan kakitangan perubatan profesional dari segi pengenalpastian dan perawatan kanak-kanak yang menghidap kesusutan badan. Mesej utama Keputusan ulasan ini mencadangkan bahawa kanak-kanak yang menerima penjagaan daripada pekerja kesihatan awam untuk kesusutan badan teruk mungkin mempunyai keputusan yang sama atau lebih buruk daripada...
Checked
12 hours 14 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed