1 year 8 months ago
Intervensi untuk pengambilan cadangan berasaskan bukti dalam persekitaran angin ahmar akut Adakah intervensi pelaksanaan meningkatkan penyampaian penjagaan berasaskan bukti dalam unit angin ahmar akut? Mesej utama Intervensi pelaksanaan direka untuk meningkatkan penyampaian penjagaan 'berasaskan bukti', iaitu penjagaan yang telah terbukti dalam kajian penyelidikan untuk membantu orang yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Kami tidak tahu sama ada intervensi pelaksanaan yang disampaikan dalam unit angin ahmar akut membawa kepada penyampaian penjagaan berasaskan bukti yang lebih baik....
1 year 8 months ago
Pemakanan menerusi tiub enteral dalam kalangan penghidap penyakit sklerosis lateral amiotrofik, yang juga dikenali sebagai penyakit saraf motor Mesej utama Kami mendapati tiada kajian rawak terkawal ataupun rawak semu (separa rawak) yang membandingkan penggunaan tiub pemakanan dengan pemakanan berterusan melalui mulut untuk penghidap sklerosis lateral amiotrofik (ALS), atau yang menyiasat keselamatan dan kesesuaian pengaturan waktu untuk pelbagai kaedah penempatan tiub pemakanan dalam kalangan pesakit ALS. ALS ialah bentuk penyakit neuron motor (MND) yang paling biasa dan kedua-dua istilah...
1 year 8 months ago
Penggunaan agen berasaskan fibrin untuk mengurangkan kehilangan darah pada orang dewasa yang menjalani pembedahan hati Mesej utama • Kajian yang menyiasat agen berasaskan fibrin untuk mengurangkan kehilangan darah dalam pembedahan hati dewasa mempunyai banyak kelemahan reka bentuk, jadi keputusannya sangat tidak pasti. • Berdasarkan bukti yang ada, kami tidak boleh mengesyorkan atau menasihati terhadap penggunaan agen berasaskan fibrin secara rutin. Apakah matlamat ulasan ini? Orang yang menjalani pembedahan hati disebabkan oleh ketumbuhan berisiko kehilangan darah yang ketara, komplikasi...
1 year 8 months ago
Adakah terdapat perbezaan antara vitrektomi pars plana yang disertai pemasangan kelepak selaput pembatas dalaman dengan vitrektomi pars plana yang disertai pengelupasan selaput pembatas dalaman untuk rawatan lubang makula besar? Mesej utama 1. Vitrektomi pars plana yang menggunakan kaedah pengepakan selaput pembatas dalaman mungkin dapat menghasilkan pembaikan penglihatan selepas tiga bulan atau lebih jika dibandingkan dengan vitrektomi pars plana yang menggunakan kaedah pengelupasan selaput pembatas dalaman untuk merawat lubang makula. 2. Vitrektomi pars plana yang menggunakan teknik...
1 year 8 months ago
Adakah terapi pergerakan tarian merupakan intervensi yang berkesan untuk demensia? Ulasan bukti Tajuk ringkasan bahasa mudah Adakah terapi pergerakan tarian mempunyai sebarang manfaat untuk penghidap demensia? Mesej utama Kami tidak tahu sama ada terapi pergerakan tarian adalah intervensi yang berkesan untuk demensia. Lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam bidang ini terutamanya mengenai kesan terapi pergerakan tarian terhadap depresi. Apa itu demensia? Demensia menjejaskan pemikiran dan ingatan dan bagaimana seseorang menguruskan tugas harian. Pesakit demensia juga mungkin sukar untuk...
1 year 8 months ago
Terapi oksigen kanula hidung beraliran tinggi sebagai sokongan pernafasan untuk bayi cukup bulan Soalan ulasan Adakah terapi oksigen kanula hidung beraliran tinggi memperbaik kesihatan bayi baru lahir yang sakit tenat dan memerlukan sokongan pernafasan? Latar belakang Apabila bayi yang baru lahir mengalami kesukaran bernafas, mereka mungkin memerlukan sokongan luar untuk membantu menyalurkan udara masuk dan keluar dari paru-paru mereka (pengalihudaraan). Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menyediakan sokongan pernafasan ini. Pengalihudaraan invasif menyalurkan udara menerusi tiub...
1 year 8 months ago
Prostaglandin untuk merawat orang dewasa yang telah menjalani transplantasi hati Adakah prostaglandin (ubat yang diberikan untuk melindungi hati) merupakan rawatan yang berguna untuk orang dewasa yang telah menjalani pembedahan pemindahan hati? Mesej utama Bagi orang dewasa yang telah menjalani pembedahan pemindahan hati, prostaglandin boleh mengurangkan kematian daripada sebarang sebab, dalam tempoh sehingga satu bulan selepas pembedahan, berbanding plasebo (rawatan palsu) atau penjagaan standard. Prostaglandin mungkin boleh mengurangkan kegagalan buah pinggang akut yang memerlukan...
1 year 8 months ago
Apakah ubat yang terbaik untuk mereka yang mengalami penyempitan arteri karotid (salur darah yang menghantar darah beroksigen dari jantung ke otak)? Mesej-mesej utama Berbanding dengan plasebo (ubat tidak aktif): - warfarin, antikoagulan (ubat penipisan darah), boleh mengurangkan risiko kesan sampingan sebanyak 11%; - chlorthalidone, antihipertensi (ubat untuk menurunkan tekanan darah tinggi), boleh melambatkan perkembangan stenosis karotid (penyempitan arteri karotid) sebanyak 55%. Kajian dengan lebih ramai peserta dan dengan susulan jangka panjang diperlukan untuk menentukan rawatan...
1 year 8 months ago
Intervensi untuk mencegah atau mengurangkan komplikasi ginjal dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit Soalan ulasan Adakah terdapat sebarang intervensi yang selamat dan berkesan yang menghalang atau mengurangkan komplikasi ginjal dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit (SCD)? Latar belakang SCD ialah ganguan darah keturunan yang mana sel darah merah, yang membawa oksigen ke seluruh badan, terbentuk secara tidak normal. Sel darah merah biasa adalah fleksibel dan berbentuk cakera, tetapi sel sabit adalah tegar dan berbentuk bulan sabit, dan lebih melekit daripada sel darah merah...
1 year 8 months ago
Dalam kalangan pesakit dewasa, adakah terapi oksigen semasa tempoh tidak bernafas sebelum intubasi mencegah komplikasi? Apakah itu intubasi? Intubasi adalah prosedur perubatan yang melibatkan pemasukan sebuah tiub ke dalam saluran pernafasan semasa menjalani pembiusan sebelum pembedahan atau ketika situasi kecemasan untuk menyelamatkan nyawa seperti kejadian trauma di tepi jalan atau semasa penyakit kritikal. Tiub pernafasan ini berfungsi sebagai saluran untuk membolehkan sokongan pengalihudaraan. Mengapakah terapi oksigen berguna? Semasa seseorang pesakit berhenti bernafas selepas...
1 year 8 months ago
Apakah faedah dan risiko sten bersadur berbanding sten tidak bersalut biasa untuk tujuan pemasangan pirau portosistemik intrahepatik transjugular dalam kalangan pesakit sirosis hati? Mesej utama – Sten yang disadur polytetrafluoroethylene (ePTFE) terkembang mungkin dapat mengurangkan angka mortaliti (kematian), perdarahan saluran cerna atas, asites berulang (keadaan di mana bendalir bertakung dalam rongga perut anda), dan risiko gangguan fungsi pirau berbanding dengan sten tidak bersalut yang mempunyai diameter yang sama. – Faedah stent yang disadur ePTFE masih tidak jelas apabila...
1 year 8 months ago
Intervensi perbendaharaan kata untuk pelajar bahasa kedua (L2) sehingga umur enam tahun Mesej-mesej utama – Kajian yang disertakan dalam ulasan ini mencadangkan bahawa intervensi perbendaharaan kata untuk pelajar L2 mungkin memberi manfaat kepada pembelajaran perbendaharaan kata L2 kanak-kanak tetapi hanya mempunyai kesan sedikit atau tiada kesan ke atas kemahiran pemahaman mendengar mereka, walaupun buktinya adalah sangat tidak pasti. Intervensi perbendaharaan kata mungkin meningkatkan kemahiran bercerita mereka. – Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi yang mengikuti pelajar L2 dalam...
1 year 8 months ago
Adakah penggunaan gelombang bertenaga tinggi lebih baik berbanding prosedur pembedahan bagi membuang batu karang dalam buah pinggang? Apakah itu batu karang dalam buah pinggang? Ketulan batu-batu boleh terbentuk di dalam buah pinggang, pundi kencing, ureter (tiub yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing), atau uretra (tiub di mana air kencing melalui keluar dari badan) apabila cecair yang berada di dalam air kencing tidak mencukupi untuk mencairkan mineral atau bahan lain yang terkandung di dalamnya. Jika ketulan batu-batu itu terbentuk di dalam buah pinggang, ia...
1 year 8 months ago
Pil kontraseptif oral gabungan (OCP) sebagai rawatan untuk dismenorea primer Soalan ulasan Pengarang Cochrane menyemak bukti tentang keberkesanan dan keselamatan pil kontraseptif oral gabungan (OCP) untuk rawatan senggugut yang menyakitkan (sakit haid, juga dipanggil dismenorea). Latar belakang OCP sedia digunakan sebagai rawatan untuk senggugut, tetapi bukti tentang kesannya tidak pasti. Ciri-ciri kajian Kami mendapati 21 kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana orang ramai dimasukkan ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan secara rawak) yang membandingkan kesan OCP...
1 year 9 months ago
Prosedur tambahan selepas rawatan perkutaneus untuk penyingkiran batu karang di buah pinggang Persoalan ulasan Kami ingin mengetahui betapa pentingnya untuk meninggalkan tiub nefrostomi (tiub yang menghubungkan bahagian dalam buah pinggang dengan permukaan kulit) atau stent ureter (tiub kecil yang menghubungi bahagian dalam buah pinggang dengan pundi kencing melalui saluran ureter) dalam kalangan pesakit yang sudah menjalani pembedahan penyingkiran batu karang secara perkutaneus (percutaneous nephrolithotomy [PNL]). Latar belakang Batu karang adalah penyakit yang kerap dijumpai di seluruh...
1 year 9 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan brexpiprazole, suatu ubat antipsikotik baharu, untuk rawatan kemurungan jika dibandingkan dengan pil palsu atau ubat anti-kemurungan lain? Mesej utama – Brexpiprazole ditambah kepada antidepresan adalah lebih baik untuk mengurangkan simptom kemurungan daripada plasebo (ubat palsu) yang ditambah kepada antidepresan. – Brexpiprazole mungkin lebih kerap dikaitkan dengan penambahan berat badan dan akathisia (iaitu perasaan resah yang mendorong keterdesakan untuk bergerak-geri sepanjang masa). Apakah itu kemurungan? Kemurungan adalah keadaan kesihatan mental biasa...
1 year 9 months ago
Intervensi untuk mencegah dan mengurangkan penggunaan kekangan fizikal dalam semua tetapan penjagaan jangka panjang Apa yang dikaji dalam ulasan ini? Kekangan fizikal (PR) adalah peranti yang menghalang seseorang menggerakkan badan mereka dengan bebas ke kedudukan pilihan mereka. Contohnya landasan katil, tali pinggang dan meja terpasang, yang menghalang orang daripada bangun dari katil atau kerusi. PR agak biasa digunakan untuk orang tua yang mengalami demensia atau yang tidak dapat berjalan dengan baik semasa mereka dijaga di institusi penjagaan bahkan di rumah mereka sendiri. Sebab utama...
1 year 9 months ago
Asid hyaluronik untuk penyembuhan luka kronik Apakah tujuan ulasan ini? Matlamat kajian ini adalah untuk menilai kesan asid hyaluronik kepada penyembuhan luka kronik. Asid hyaluronik ialah molekul semulajadi yang terdapat dalam sel manusia. Luka kronik adalah luka yang mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia termasuk ulser tekanan, ulser tapak kaki, dan ulser kaki. Mesej utama Kami tidak dapat memastikan sama ada pembalut dan agen topikal yang mengandungi asid hyaluronik adalah lebih berkesan untuk menyembuhkan ulser tekanan atau ulser kaki dalam kalangan penghidap diabetes berbanding...
1 year 9 months ago
Perbandingan antara pengalihudaraan bertekanan positif berjeda melalui hidung (NIPPV) dengan pengalihudaraan bertekanan positif berterusan melalui hidung (NCPAP) dalam kalangan bayi pra-matang pasca-ekstubasi Mesej utama – Jika dibandingkan dengan NCPAP, NIPPV mungkin dapat mengurangkan risiko kegagalan pernafasan pasca-ekstubasi dan pengintubasian ulang. – Jika dibandingkan dengan NCPAP, NIPPV mungkin dapat mengurangkan kebocoran udara dari rongga pengudaraan di dalam paru-paru. Persoalan ulasan Adakah pengalihudaraan bertekanan positif berjeda melalui hidung (NIPPV) mempunyai faedah jangka...
1 year 9 months ago
Apakah faedah dan risiko ablasi endovenous (penyingkiran intravena) (menggunakan haba atau ubat untuk menutup vena secara kekal) untuk merawat ulser kaki vena Mesej-mesej utama Berbanding dengan rawatan mampatan sahaja, atau mampatan dengan rawatan endovenous (tetapi ditangguhkan sehingga selepas ulser telah sembuh): - ablasi endovenous bersama dengan mampatan mengurangkan masa untuk menyelesaikan penyembuhan ulser; - rawatan endovenous dengan mampatan bersama mungkin meningkatkan bahagian ulser yang sembuh pada 90 hari; - gabungan rawatan endovenous dengan pemampatan mungkin tidak mengubah...
Checked
15 hours 23 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed