1 year 4 months ago
Intervensi yang akan meningkatkan dan mengekalkan pengambilan vaksin di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk menilai kesan pelbagai strategi bagi meningkatkan bilangan kanak-kanak di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang menerima vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit. Para penyelidik di Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati 41 kajian yang relevan. Adakah strategi-strategi untuk memperbaik vaksinasi kanak-kanak berkesan? Berjuta-juta...
1 year 4 months ago
Antibiotik untuk jangkitan telinga tengah akut (otitis media akut) dalam kalangan kanak-kanak Mesej utama Di negara berpendapatan tinggi, kebanyakan kanak-kanak dengan otitis media akut (AOM) pulih secara spontan tanpa komplikasi, dan berbanding antibiotik plasebo tiada kesan awal terhadap sakit dan hanya sedikit kesan sakit pada hari-hari berikutnya. Sebarang manfaat antibiotik perlu dipertimbang dengan kemungkinan mudarat: bagi setiap 14 kanak-kanak yang dirawat dengan antibiotik seorang kanak-kanak mengalami kejadian buruk (seperti muntah, cirit-birit atau ruam) yang tidak akan berlaku...
1 year 4 months ago
Apakah kesan kortikosteroid untuk mencegah neuralgia selepas herpes? Mesej utama • Kami tidak tahu sama ada kortikosteroid, yang diberikan melalui mulut semasa fasa akut jangkitan herpes zoster (kayap) mempunyai kesan pada pencegahan neuralgia selepas herpes. • Kortikosteroid yang diberikan melalui mulut atau suntikan ke dalam tisu otot boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko kejadian buruk pada orang dengan herpes zoster akut. Apakah neuralgia selepas herpes? Neuralgia selepas herpes (PHN) adalah keadaan menyakitkan yang boleh berlaku selepas serangan kayap di kawasan...
1 year 4 months ago
Infliximab untuk rawatan penyakit Crohn yang aktif Mesej utama – Infliximab yang digunakan dengan analog purin (azathioprine atau 6-mercaptopurine) mungkin lebih berkesan daripada analog purin sahaja untuk mendapatkan remisi dalam penyakit Crohn. Ia juga mungkin lebih bagus untuk menambahbaik gejala. Kedua-dua rawatan mungkin serupa dari segi keselamatan. – Infliximab sahaja mungkin lebih berkesan daripada analog purin sahaja untuk mendapatkan remisi dalam penyakit Crohn dan menambahbaik gejala. Kedua-dua rawatan mungkin serupa dari segi keselamatan. – Infliximab mungkin sama berkesan dengan...
1 year 4 months ago
Perbandingan dua pilihan rawatan untuk batu karang Apakah itu batu karang? Batu karang adalah koleksi bahan yang mengandungi kalsium yang biasanya keras, dan ia boleh terbentuk dalam satu atau kedua-dua buah pinggang. Batu karang boleh terbentuk apabila paras tinggi mineral tertentu membentuk kristal dalam saluran kencing. Batu ini boleh menjadi sekecil butiran pasir atau sebesar kacang pis. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjadi sebesar bola golf. Batu karang yang kecil mungkin tidak menyebabkan gejala atau kesakitan yang teruk. Batu karang yang lebih besar boleh menyekat air...
1 year 4 months ago
Adakah gabungan nirmatrelvir beserta ritonavir berkesan untuk merawat atau mencegah COVID-19? Mesej utama Nirmatrelvir/ritonavir (Paxlovid) dinilai sebagai rawatan untuk penyakit coronavirus 2019 (COVID-19). Nirmatrelvir/ritonavir boleh mengurangkan jumlah kematian dan memperbaik keadaan pesakit, seperti yang dinilai berdasarkan keperluan kemasukan ke hospital atau kematian dalam tempoh 28 hari bagi pesakit luar yang tidak divaksinasi yang mempunyai risiko untuk penyakit yang teruk yang menerima rawatan dalam tempoh lima hari dari permulaan gejala. Kami sangat tidak pasti tentang...
1 year 4 months ago
Bagaimanakah respons terhadap borang soal selidik secara pos atau laman sesawang boleh ditingkatkan? Mesej utama Respons terhadap borang soal selidik boleh ditingkatkan dengan menghubungi peserta target sebelum borang soal selidik dihantar kepada mereka; Respons terhadap borang soal selidik boleh ditingkatkan dengan menjadikan borang soal selidik, surat dan emel lebih peribadi, dan sependek yang boleh; Respons terhadap borang soal selidik boleh ditingkatkan dengan memberi insentif, contohnya, sejumlah kecil wang atau insentif bukan kewangan seperti pen. Mengapakah respons terhadap borang...
1 year 4 months ago
Progestogen berbanding agonis hormon pelepasan gonadotropin (GnRH), antagonis GnRH, dan progestogen lain bagi wanita yang menjalani teknologi pembiakan yang dibantu (ART) Soalan ulasan Pengarang Cochrane telah mengulas bukti mengenai kesan progestogen berbanding agonis pelepasan gonadotropin (GnRH), antagonis GnRH, dan progestogen lain dalam kalangan wanita yang menjalani teknologi pembiakan yang dibantu. Latar belakang Agonis dan antagonis GnRH adalah ubat-ubatan yang mempengaruhi hormon yang berkaitan dengan kesuburan. Mereka biasanya digunakan untuk menghalang hormon yang dipanggil hormon...
1 year 4 months ago
Apakah risiko terapi-terapi bagi merawati sklerosis pelbagai? Mesej utama - Imunoterapi yang digunakan untuk merawat sklerosis pelbagai kelihatan tidak meningkatkan peristiwa-peristiwa kesihatan yang serius, berbanding ubat palsu (plasebo). - Banyak ubat-ubat ini mempunyai kesan yang tidak diingini dan, bagi sesetengah mereka, lebih ramai orang yang menyertai kajian-kajian tersebut keluar dari kajian kerana kesan-kesan sampingannya berbanding ubat palsu. - Keputusan ini hanya sebahagiannya, atau tidak, boleh dipercayai memandangkan kejadian kesihatan yang serius agak jarang berlaku pada...
1 year 4 months ago
Pemberian oksigen secara automatik untuk bayi pramatang yang mengalami kesukaran untuk bernafas yang memerlukan sokongan pernafasan Key messages 1. Bayi pramatang yang menerima pemberian oksigen secara automatik berkemungkinan meluangkan lebih banyak masa dalam julat ketepuan oksigen yang dikehendaki berbanding mereka yang menerima penghantaran oksigen manual rutin. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada kesan ini dapat mengurangkan risiko kematian, penyakit mata yang teruk, atau masalah perkembangan otak. 2. Kami tidak dapat membuat kesimpulan yang kukuh tentang keberkesanan pemberian...
1 year 5 months ago
Penyekat saluran kalsium untuk mencegah disfungsi jantung yang berkaitan dengan kelebihan zat besi dalam talasemia beta yang bergantung pada transfusi Mesej utama 1. Penyekat saluran kalsium boleh mengurangkan jumlah zat besi dalam jantung dan menambahbaik beban zat besi di hati pada orang dengan talasemia beta yang bergantung pada transfusi selepas 12 bulan rawatan. 2. Kajian yang lebih besar dan lebih panjang diperlukan untuk memahami dengan lebih baik faedah dan kemudaratan penyekat saluran kalsium pada orang dengan talasemia yang bergantung pada transfusi. Apakah talasemia beta...
1 year 5 months ago
Peluang membina pembekuan darah untuk orang yang mempunyai COVID-19 dan mengambil kawalan kelahiran hormon berbanding orang yang tidak mengambil kawalan kelahiran hormon Soalan ulasan Kami menyemak bukti tentang kesan kawalan kelahiran hormon terhadap pembentukan bekuan darah, termasuk serangan jantung atau strok, atau kesan teruk lain bagi penghidap penyakit COVID-19. Kami ingin melihat orang yang menggunakan gabungan bentuk kawalan kelahiran (mengandungi kedua-dua estrogen dan hormon progestin) berbanding orang yang tidak menggunakan kawalan kelahiran hormon atau orang yang menggunakan...
1 year 5 months ago
Gel dekstrosa oral untuk mencegah paras glukosa darah rendah dalam kalangan bayi baru lahir Soalan ulasan Adakah gel dekstrosa oral berkesan dan selamat dalam mencegah paras glukosa darah rendah dan mengurangkan ketakupayaan jangka panjang dalam kalangan bayi baru lahir yang berisiko paras glukosa darah rendah? Mesej utama - Bukti semasa adalah berdasarkan dua kajian melibatkan 2548 bayi berisiko di negara berpendapatan tinggi dengan penilaian hasil dalam kalangan bayi baru lahir, pada usia dua tahun dan enam hingga tujuh tahun. - Gel dekstrosa oral selamat dan berkesan bagi mengurangkan...
1 year 5 months ago
Persepsi dan pengalaman dalam pencegahan, pengesanan, dan pengurusan pendarahan selepas bersalin: sintesis bukti kualitatif Apakah tujuan sintesis ini? Pendarahan selepas bersalin (PPH) berlaku apabila wanita mengalami kehilangan darah yang berlebihan selepas bersalin. PPH merupakan punca utama kematian ibu. Tujuan sintesis Cochrane ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi pencegahan PPH, pengesanan (mengenal pasti wanita yang mengalami kehilangan darah yang berlebihan), dan pengurusan (merawat wanita dengan PPH). Untuk menjawab soalan ini, kami mencari dan menganalisis...
1 year 5 months ago
Mesh atau tiada mesh: apakah yang paling berkesan untuk hernia pangkal paha (bengkak atau benjolan di kawasan pangkal paha) yang memerlukan pembedahan kecemasan? Mesej utama • Secara keseluruhan, kami tidak pasti tentang kesan meletakkan mesh semasa pembedahan kecemasan pada orang yang mengalami hernia pangkal paha. • Kualiti kajian yang lemah dan kekurangan bilangan orang yang terlibat tidak membenarkan kami membuat sebarang kesimpulan yang kukuh. Apakah hernia pangkal paha kecemasan? Hernia pangkal paha adalah bonjolan yang menonjol melalui kelemahan pada dinding perut di kawasan groin. Ia...
1 year 5 months ago
Terapi berasaskan sel stem untuk strok pada bayi baru lahir Soalan ulasan Bolehkah terapi berasaskan sel stem menyelamatkan nyawa atau meningkatkan perkembangan jangka panjang bayi baru lahir yang mengalami strok? Latar belakang Bayi yang baru lahir kadangkala mengalami pertumbuhan strok, yang berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otaknya tersumbat atau apabila saluran darah di otak pecah. Bayi yang mengalami strok yang kurang teruk kemungkinan akan pulih sepenuhnya atau kemungkinan hanya mengalami masalah-masalah intelek yang ringan. Jika strok adalah sangat serius, ia boleh membawa...
1 year 5 months ago
Antibiotik sebelum pemindahan embrio dalam teknologi pembiakan terbantu Soalan ulasan Adakah antibiotik sebelum atau semasa pemindahan embrio memperbaik hasil dalam teknologi pembiakan terbantu (ART)? Mesej utama – Penemuan ini tidak menyokong penggunaan antibiotik semasa pemindahan embrio untuk tujuan memperbaik kadar kejayaan persenyawaan in vitro (IVF) dalam sebarang hasil yang ditetapkan. – Dalam satu kajian yang menangani kadar kolonisasi saluran genital dengan secukupnya (ukuran bilangan bakteria dalam saluran genital), penggunaan antibiotik tiada kesan ke atas kadar kehamilan...
1 year 5 months ago
Sejauh manakah tepat alat CAM-ICU untuk diagnosis racauan dalam kalangan pesakit dewasa yang dimasukkan ke unit penjagaan kritikal? Mesej utama Ulasan kami menunjukkan bahawa CAM-ICU ialah ujian yang munasabah untuk mengesan racauan dalam persekitaran penjagaan kritikal. Ujian ini mungkin sangat baik untuk mengetepikan keracauan. Jika CAM-ICU mencadangkan tiada racauan, tidak mungkin orang itu mengalami racauan. Apakah matlamat ulasan ini? Untuk menilai ketepatan alat CAM-ICU untuk mengesan keracauan pada pesakit di unit penjagaan kritikal. Mengapakah mengenali racauan penting? Apabila orang...
1 year 5 months ago
Apakah faedah dan risiko kedudukan muka menghadap ke bawah untuk meningkatkan hasil selepas pembedahan untuk lubang makula? Apakah lubang makula? Mata memberi fokus dan mengubah rangsangan cahaya kepada isyarat saraf yang diproses di dalam otak untuk persepsi visual. Bahagian belakang mata dilapisi oleh retina, lembaran sel saraf berlapis, dan diisi dengan gel jernih, yang dikenali sebagai gel vitreous. Makula adalah kawasan tengah retina, dan bertanggungjawab untuk persepsi perincian halus dan penglihatan warna. Gangguan makula boleh menyebabkan gangguan penglihatan yang ketara. Lubang...
1 year 5 months ago
Adakah trakeostomi awal atau lewat lebih berkesan dalam pesakit COVID-19 yang sakit kritikal yang dijangka memerlukan bantuan alat pernafasan jangka panjang? Mesej utama • Bagi orang dewasa yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 yang memerlukan ventilator mekanikal, melakukan trakeostomi awal (di mana doktor memotong kulit ke dalam trakea (salur udara) untuk memasukkan tiub pernafasan) sebelum 10 hari selepas memulakan ventilasi, mungkin mempunyai sedikit kesan atau tiada kesan pada kematian dan masa pesakit menggunakan ventilator berbanding dengan trakeostomi lewat yang dilakukan 10...
Checked
8 hours 46 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed