1 year 2 months ago
Apakah faedah dan risiko merawat bayi pramatang yang berisiko untuk mengalami bronkopulmonari displasia dengan kortikosteroid? Mesej utama Rawatan dengan dexamethasone selepas minggu pertama selepas kelahiran adalah, pada masa kini, hanya satu-satunya rawatan yang berkesan dalam bayi yang berisiko tinggi untuk bronkopulmonari displasia. Pemberian kortikosteroid terus ke dalam salur udara, beserta dengan surfaktan, mungkin menjadi rawatan yang menjanjikan pada masa hadapan. Rawatan dengan dexamethasone dalam minggu pertama kehidupan dan rawatan dengan hidrokortison pada bila-bila masa selepas...
1 year 2 months ago
Apakah manfaat dan mudarat intervensi di tempat kerja yang bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan SARS-CoV-2 di luar persekitaran penjagaan kesihatan? Mesej utama • Kami tidak menemui bukti berkualiti tinggi tentang cara terbaik untuk mencegah jangkitan SARS-CoV-2 di tempat kerja. Kami menemui hanya satu kajian yang melaporkan keputusan, dan kami sangat tidak pasti tentangnya. • Kajian yang lebih besar dan direka dengan baik diperlukan untuk lebih memahami manfaat dan mudarat pelbagai intervensi tempat kerja. Pengenalan kepada topik ulasan COVID-19 adalah penyakit pernafasan...
1 year 2 months ago
Apakah manfaat dan risiko bronkodilator yang disedut dalam kalangan bayi pramasa baru lahir untuk mencegah dan merawat penyakit paru-paru? Mesej utama • Kami temui hanya dua kajian tentang penggunaan bronkodilator yang disedut (tarikan nafas) (ubat-ubatan yang mengembangkan saluran udara untuk membantu pernafasan) bagi mencegah penyakit paru-paru kronik dalam kalangan bayi pramatang. • Bukti dari satu kajian mencadangkan penggunaan bronkodilator salbutamol tidak lebih berkesan berbanding plasebo (ubat palsu) untuk mencegah kematian atau penyakit paru-paru kronik. • Adalah tidak jelas jika...
1 year 2 months ago
Apakah jenis senaman terapeutik yang terbaik untuk merawat scoliosis dalam remaja? Mesej utama - Oleh kerana kekurangan bukti yang kukuh, manfaat senaman terapeutik untuk skoliosis idiopatik adalah tidak pasti. - Peserta yang memakai alat pendakap mungkin mengalami kurang perkembangan lengkung jika mereka melakukan senaman terapeutik. - Jika dibandingkan dengan tanpa rawatan, senaman terapeutik mungkin akan memberi sedikit atau tiada perbezaan dalam perkembangan skoliosis dan isu kosmetik, tetapi ia boleh meningkatkan sedikit kualiti hidup. - Penyelidikan lanjutan diperlukan dalam bidang...
1 year 2 months ago
Adakah etidronate mencegah patah tulang yang disebabkan oleh osteoporosis dalam kalangan wanita postmenopaus? Mesej utama • Untuk wanita yang mempunyai ketumpatan tulang normal (kekuatan tulang) dan tidak mengalami patah tulang belakang sebelumnya, etidronate kemungkinan memberikan sedikit atau tiada perbezaan kepada kebarangkalian mengalami patah tulang pinggul atau pergelangan tangan atau peristiwa buruk(tidak diingini/ memudaratkan). • Bagi wanita yang mempungai ketumpatan tulang yang rendah dan yang berisiko untuk atau pernah mengalami patah tulang belakang sebelumnya, etidronate mungkin...
1 year 2 months ago
Adakah pemakanan tambahan sebelum pembedahan lebih baik daripada diet biasa bagi orang yang menjalani pembedahan pada sistem penghadaman? Mesej utama – Kami tidak tahu sama ada suplemen pemakanan sebagai tambahan kepada pemakanan biasa adalah lebih baik untuk orang yang menjalani pembedahan pada sistem penghadaman disebabkan oleh ketidakpastian bukti. – Terdapat beberapa bukti bahawa suplemen oral mengurangkan jangkitan pada orang yang mengalami penurunan berat badan atau kekurangan zat makanan. – Lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam bidang ini. Latar belakang Orang yang akan menjalani...
1 year 2 months ago
Apakah jenis intervensi yang paling berkesan bagi membantu individu dengan kanser kembali bekerja? Mesej utama – Multidisiplin dan intervensi fizikal berkemungkinan lebih berguna bagi individu dengan kanser untuk kembali bekerja. – Intervensi psiko-pendidikan mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan untuk kembali bekerja, dan kami tidak pasti tentang kesan intervensi vokasional. Apakah isu utama ulasan ini? Setiap tahun, lebih ramai individu dengan kanser pulih selepas diagnosa dan rawatan untuk kanser. Ramai individu dengan kanser hidup dengan baik, walaupun mereka akan mengalami...
1 year 2 months ago
Bolehkah peringatan mesej teks membantu orang dengan penyakit jantung mengambil ubat mereka dengan regular? Mesej utama Akibat kekurangan bukti kukuh , manfaat pemesejan teks untuk kepatuhan ubat-ubatan, peristiwa kardiovaskular yang membawa maut (kematian akibat penyakit jantung), peristiwa kardiovaskular yang tidak membawa maut ( komplikasi jantung atau strok), peristiwa kardiovaskular gabungan (kematian akibat penyakit jantung, komplikasi jantung, atau strok), kolesterol, tekanan darah dan kadar degupan jantung adalah tidak jelas. Kajian lebih besar dan direka bentuk dengan baik...
1 year 3 months ago
Peralatan-peralatan klinikal untuk mengesan kecederaan tulang belakang serviks (CSI) pada kanak-kanak dengan kecederaan Mesej utama – Pada masa ini terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menentukan peralatan keputusan klinikal yang mana yang patut digunakan untuk membantu dalam penentuan sama ada kanak-kanak yang berpotensi mendapat kecederaan tulang belakang serviks (CSI) memerlukan ujian pengimejan bagi membantu diagnosis. Apakah kecederaan tulang belakang serviks dan bagaimana ianya dikesan? Tulang belakang serviks ialah bahagian atas tulang belakang di antara kepala dan bahu (leher)....
1 year 3 months ago
Apakah faedah dan risiko penggunaan kortikosteroid dalam kalangan pesakit dewasa yang menjalani pembedahan jantung? Mesej utama - Ubat anti-radang seperti kortikosteroid memberikan sedikit atau tiada langsung impak yang ketara dari segi kelangsungan selepas pembedahan jantung, dan mungkin mempunyai kedua-dua manfaat (pada fungsi paru-paru) dan kesan buruk atau kesan kemudaratan penting (dari segi merosakkan jantung). - Tidak ada bilangan kajian yang berskala besar dan dijalankan dengan baik yang mencukupi untuk menyimpulkan secara yakin kesan kortikosteroid, terutamanya dalam kalangan...
1 year 3 months ago
Terapi oksigen kanula (tiub) hidung aliran tinggi untuk bayi yang menghidap bronkiolitis Apakah itu bronkiolitis? Bronkiolitis merupakan penyakit yang biasa dijumpai yang menjejaskan saluran pernafasan bawah (lebih kecil) dalam kalangan bayi (berumur kurang daripada 24 bulan). Penyakit ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus, dan ia mengakibatkan masalah pernafasan, termasuk batuk, pernafasan cepat dan berdehit, dan boleh mengakibatkan penyusuan yang kurang. Bronkiolitis merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dalam kalangan bayi. Rawatan bronkiolitis adalah secara rawatan...
1 year 3 months ago
Adakah terapi psikologi berkesan dalam mengurangkan kemurungan di kalangan mereka yang telah berusia dan menetap di pusat penjagaan dalam jangka masa yang panjang? Mesej utama – Terapi psikologi (kadangkala dikenali sebagai terapi bercakap) boleh merawat gejala kemurungan dengan lebih baik daripada pendekatan bukan terapi di kalangan mereka yang telah berusia dan menetap di pusat penjagaan dalam jangka masa yang panjang (LTC) (contohnya, rumah jagaan atau rumah kediaman dengan fasiliti bantuan kemudahan). – Terapi psikologi juga mungkin lebih baik daripada pendekatan bukan terapi untuk...
1 year 3 months ago
Prebiotik untuk rawatan kolitis ulseratif Mesej utama Kami telah menemui bahawa kesan prebiotik adalah tidak berbeza daripada plasebo dalam mencegah kolitis ulseratif yang berulang. Bagi pesakit dewasa dalam fasa remisi, prebiotik boleh memberi lebih banyak kesan sampingan daripada plasebo. Bukti adalah berkualiti rendah untuk fasa remisi, pengurangan dalam aktiviti penyakit, keradangan, dan kualiti hidup, oleh itu kami tidak dapat mencapai sebarang kesimpulan untuk berdasarkan hasil dapat kajian ini. Adalah perlu untuk ada lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi mengenai topik ini...
1 year 3 months ago
Adakah metformin merupakan rawatan yang berkesan untuk orang dewasa dengan diabetes jenis 2? Latar belakang Diabetes jenis 2 adalah keadaan yang menyebabkan kadar gula dalam darah menjadi tinggi. Tahap gula dalam darah dikawal oleh insulin, hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengarahkan hati, otot dan sel-sel lemak untuk membuang gula dari darah dan menyimpannya. Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, atau badan tidak bertindak balas terhadap insulin, terlalu banyak gula akan berada di dalam darah. Terdapat banyak ubat-ubatan untuk merawat diabetes jenis 2. Ia...
1 year 3 months ago
Adakah kedudukan menghadap ke bawah lebih baik daripada kedudukan yang lain selepas vitrektomi dan tamponade gas untuk penanggalan rhegmatogenus retina yang melibatkan makula? Mesej utama - Tidak terdapat maklumat berkualiti tinggi yang mencukupi untuk menyatakan sama ada kedudukan menghadap ke bawah patut disyorkan kepada pesakit selepas pembedahan untuk penanggalan retina yang menjejaskan pusat retina (makula). - Keseluruhannya, bukti daripada kajian mencadangkan bahawa kedudukan menghadap ke bawah selepas pembedahan boleh menyebabkan komplikasi yang lebih sedikit, dengan kurang anjakan...
1 year 3 months ago
Adakah penggunaan antibiotik bermanfaat untuk merawat leptospirosis? Mesej utama – Antibiotik (contohnya, penicillin, doxycycline, azithromycin, cefotaxime, dan chloramphenicol) mungkin tiada kesan ke atas mortaliti (kematian) dan kesan sampingan yang berkaitan dengan jangkitan leptospirosis . Walaupun disebabkan bukti terhad , penemuan ini boleh berubah jika lebih banyak kajian berkualiti tinggi dijalankan. Apakah leptospirosis? Leptospirosis ialah penyakit global yang menular daripada haiwan (lembu, babi, kuda, anjing, dan tikus) kepada manusia (dipanggil zoonotik) melalui sumber air,...
1 year 3 months ago
Pelbagai persepsi tentang pelaksanaan hospital di rumah Mesej utama - Apabila membangunkan perkhidmatan Hospital di Rumah, adalah penting untuk menetapkan proses yang terang untuk ahli profesional penjagaan kesihatan merujuk pesakit. Ini termasuk menetapkan garis panduan jelas yang menyatakan siapa yang sesuai untuk perkhidmatan tersebut. - Perkhidmatan Hospital di Rumah memerlukan tenaga kerja yang terlatih dengan kemahiran untuk menyampaikan penjagaan berpusatkan pesakit secara selamat dan berkesan di rumah, dengan komunikasi yang jelas dan konsisten antara kakitangan, pesakit dan penjaga....
1 year 3 months ago
Adakah penggunaan antibiotik mencegah leptospirosis? Mesej utama Antibiotik mungkin tidak mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan leptospirosis dan mungkin menyebabkan kejadian buruk yang tidak serius. Bukti yang ada sangat terhad, oleh itu penemuan kami mungkin berubah jika terdapat lebih banyak kajian berkualiti diterbitkan. Apakah itu leptospirosis? Leptospirosis adalah zoonotik (iaitu jangkitan yang disebarkan secara semula jadi dari haiwan yang mempunyai tulang belakang kepada manusia atau dari manusia ke haiwan yang mempunyai tulang belakang) dan penyakit bawaan air yang berlaku di...
1 year 3 months ago
Peranan profilaksis imunoglobulin dalam barah hematologi Nota editorial: Soalan ulasan ini kini sedang ditangani mengikut protokol baru: https://doi.org/10.1002/14651858.CD015719 Pesakit dengan barah hematologi terdedah kepada jangkitan akibat kerosakan dalam sistem imun mereka. Salah satu kerosakan utama ialah pengurangan dalam tahap imunoglobulin. Selama bertahun-tahun, tanggapan adalah bahawa pemberian immunoglobulin yang terkumpul daripada penderma yang sihat mungkin dapat membalikkan kerosakan ini. Walau bagaimanapun, kajian rawak terkawal menunjukkan keputusan yang berbeza dari...
1 year 3 months ago
Patutkah jaringan transfaraj, graf biologi atau tisu asli diguna untuk membaiki prolaps faraj? Mesej utama • Berbanding tisu asli, pembaikan jaringan transvaginal mungkin mengurangkan (1) bilangan wanita yang menyedari prolaps (iaitu mereka boleh melihat atau merasakan bonjolan atau sesuatu yang jatuh di kawasan faraj) pada 6 bulan hingga 7 tahun selepas pembedahan, dan (2) bilangan yang memerlukan pembedahan berulang untuk prolaps. Walau bagaimanapun, prosedur mesh transvaginal mungkin mengakibatkan lebih banyak kecederaan pundi kencing dan gejala inkontinensia baru (kebocoran air kencing...
Checked
11 hours 56 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed