11 months ago
Bilakah masa terbaik untuk berhenti memberikan kafein kepada bayi baru lahir yang pramatang? Mesej utama • Kini, kita masih tidak tahu bila untuk menghentikan pemberian kafein kepada bayi pramatang. • Jika kita menghentikan kafein terlalu awal, bayi mungkin mengalami episod singkat yang kekadang berulang-ulang, tahap oksigen yang lebih rendah dalam darah. • Kita perlu melaksanakan lebih banyak kajian untuk mengetahui waktu yang terbaik untuk menghentikan pemberian kafein kepada bayi pramatang. Mengapakah kafein diberikan kepada bayi pramatang? Kafein merupakan ubat perangsang yang digunakan...
11 months ago
Adakah lebih baik untuk mengambil statin sebelum menjalani pembedahan berkaitan jantung? Mesej utama – Pengambilan statin boleh mendatangkan sedikit hingga tiada perbezaan terhadap kematian dalam tempoh 30 hari pembedahan, ritma jantung yang tidak seragam dan angin ahmar (keadaan serius yang mengancam nyawa yang terjadi apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus); dan mungkin mengakibatkan sedikit hingga tiada perbezaan dalam serangan jantung, tempoh tinggal di unit jaga rapi dan tempoh keseluruhan tinggal di hospital. Kami sangat tidak yakin tentang kesan statin terhadap kegagalan...
11 months ago
Adakah 'TENS' (rangsangan saraf elektrik melalui kulit) rawatan yang berkesan untuk sakit haid dan adakah ia mengakibatkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Secara keseluruhan, rangsangan saraf elektrik transkutan frekuensi tinggi dan frekuensi rendah (TENS) boleh mengurangkan kesakitan berbanding dengan plasebo (rawatan dummy) atau tanpa rawatan. • Kami tidak pasti tentang kesan TENS frekuensi tinggi berbanding dengan TENS frekuensi rendah, kesan TENS frekuensi tinggi dan rendah berbanding dengan rawatan yang lain (akupresur, acetaminophen, terapi arus interferensi), dan...
11 months 1 week ago
Terapi fotodinamik antimikrob sebagai tambahan kepada rawatan standard untuk penyakit gusi di sekitar gigi asli atau implan dental Mesej-mesej utama Kami sangat tidak pasti sama ada menambah terapi fotodinamik antimikrob (aPDT) kepada rawatan standard mempunyai sebarang manfaat-manfaat penting untuk orang dewasa dengan penyakit gusi apabila dibandingkan dengan rawatan biasa sahaja. Apakah penyakit gusi di sekitar gigi asli dan sekitar implan pergigian? Simptom-simptom penyakit gusi (periodontal) termasuk pendarahan gusi, pembengkakan gusi dan nafas berbau. Jangkitan tersebut boleh merosakkan...
11 months 1 week ago
Rawatan echinococcosis sista hati (penyakit hidatid) Mesej utama – Kami tidak tahu sama ada kateterisasi standard ditambah albendazole lebih berkesan atau lebih selamat berbanding dengan tusukan, aspirasi, suntikan dan penyedutan semula (PAIR) ditambah albendazole untuk merawat echinococcosis sista pada peringkat sista tertentu (CE1 dan CE3a). – Orang yang menjalani pembedahan laparoskopi (lubang kunci) ditambah albendazole mungkin mengalami komplikasi kecil yang sedikit dan tinggal di hospital yang lebih singkat berbanding mereka yang menerima pembedahan terbuka serta albendazole. Kami...
11 months 2 weeks ago
Kanta intraokular trifokal dibandingkan dengan kanta intraokular kedalaman fokus diperluaskan untuk orang yang menjalani pembedahan katarak Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menilai kesan kanta-kanta tiruan yang diletakkan di dalam mata selepas pembuangan katarak. Khususnya, kami ingin membandingkan kesan kanta intraokular trifokal dengan kanta intraokular kedalaman fokus diperluaskan (EDOF). Mesej utama Orang yang mempunyai kanta trifokal atau EDOF (TECNIS Symfony) yang ditanam selepas pembuangan katarak mereka boleh mempunyai tahap penglihatan jauh yang sama....
11 months 2 weeks ago
Pemasukan stent profilaksis rutin mengurangkan kejadian perumitan urologi utama dalam kalangan penerima pemindahan buah ginjal Mesej utama - Kejadian komplikasi urologi utama dikurangkan dengan pemasukan stent semasa pembedahan pemindahan buah ginjal. - Pemasukan stent mengurangkan risiko komplikasi urologi utama walaupun stent hanya ditinggalkan di tempatnya untuk jangka masa yang singkat selepas pemindahan (≤ 14 hari). - Keberkesanan rawatan stent terhadap jangkitan saluran kencing adalah tidak pasti. Walau bagaimanapun, apabila stent hanya ditinggalkan untuk tempoh yang singkat, atau...
11 months 2 weeks ago
Adakah ubat-ubatan pengubahsuaian tulang membantu mengurangkan kehilangan jisim tulang pada wanita dengan kanser payudara awal atau setempat lanjutan? Mesej utama • Memberi ubat-ubatan yang melambatkan penguraian tulang (ubat pengubah suai tulang) mungkin membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang patah, tetapi ia juga boleh membawa kepada lebih banyak kesan yang tidak diingini. • Kerana setiap rawatan mempunyai faedah dan kekurangannya sendiri, sukar untuk menentukan ubat yang mana merupakan pilihan yang terbaik. • Kami memerlukan lebih banyak kajian di mana ubat-ubatan...
11 months 2 weeks ago
Penggunaan mesin untuk memulihara buah pinggang yang dikeluarkan daripada penderma yang telah meninggal dunia sebelum pemindahan dilakukan Mesej utama Berbanding dengan "penyimpanan sejuk statik" piawai dalam peti ais, mesin perfusi hipotermik mengurangkan kadar fungsi buah pinggang yang dipindahkan tertangguh, menambahbaik survival buah pinggang yang dipindahkan, dan menjimatkan kos (dalam tetapan AS dan Eropah) untuk buah pinggang daripada penderma yang telah meninggal dunia. - Melakukan ini secara berterusan daripada penderma kepada pusat penerima dan menyampaikan oksigen semasa proses...
11 months 2 weeks ago
Terapi tingkah laku kognitif dan pendekatan gelombang ketiga untuk keresahan dan gangguan berkaitan dalam orang yang lebih tua Adakah terapi tingkah laku kognitif (CBT) berfungsi lebih baik daripada pengurusan minimum atau terapi psikologi yang lain untuk dewasa yang lebih tua dengan gangguan keresahan? Mesej-mesej utama • Bukti menunjukkan bahawa terapi tingkah laku kognitif (CBT) boleh mengurangkan keparahan keresahan sejurus selepas rawatan dibandingkan dengan pengurusan minimum. Walau bagaimanapun, pengurangan keparahan keresahan mungkin tidak dapat dikekalkan dan, pada enam bulan,...
11 months 2 weeks ago
Teknik pra-peritoneal transabdominal (TAPP) berbanding teknik extraperitoneal sepenuhnya (TEP): kaedah pembedahan lubang kunci mana yang lebih baik untuk memperbaiki hernia pangkal paha pada orang dewasa? Mesej utama - Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara teknik pra-peritoneal transabdominal (TAPP) atau sepenuhnya extraperitoneal (TEP) pembaikan hernia pangkal paha dari segi komplikasi serius, sakit kronik, atau hernia berulang. - Sekiranya teknik TEP digunakan, mungkin terdapat risiko yang lebih tinggi untuk menukar kepada kaedah pembedahan lain semasa prosedur. - Kajian...
11 months 3 weeks ago
Adakah merawat arteri koronari pada jantung membantu mencegah serangan jantung semasa pembedahan saluran darah major? Mesej-mesej utama - Kami tidak tahu sekiranya merawat arteri koronari (saluran darah pada jantung) sebelum pembedahan vaskular major (pembedahan pada saluran darah) mempunyai kesan terhadap pencegahan infarksi miokardium akut (serangan jantung) dan kematian (mortaliti) semasa pembedahan. Infarksi miokardium akut mungkin boleh dikurangkan dalam jangka masa panjang, tetapi bukti adalah kurang pasti, dan tempoh tinggal di hospital boleh sedikit dikurangkan. - Untuk menentukan...
11 months 3 weeks ago
Haloperidol berbanding dengan olanzapine untuk penghidap skizofrenia Mesej-mesej utama Kami sangat kurang pasti sama ada terdapat perbezaan antara kedua-dua ubat dari segi manfaat. Olanzapine boleh mempunyai sedikit kelebihan dari segi meningkatkan keadaan minda secara umum (tingkah laku, mood, pemikiran, persepsi, dll.) dan boleh mempunyai beberapa manfaat dari segi kualiti hidup. Orang lebih cenderung untuk menambah berat badan dengan olanzapine dan lebih cenderung untuk mengalami masalah pergerakan dengan haloperidol. Orang yang menggunakan haloperidol lebih cenderung untuk berhenti...
11 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan risiko bagi inovasi bahan dan reka bentuk kateter (tiub plastik nipis yang menyampaikan ubat dan darah melalui urat) untuk mengurangkan komplikasi dan jangkitan yang menyebabkan kegagalan kateter pramatang? Mesej utama Kateter pusat yang dimasukkan secara periferi (PICC) sering dikaitkan dengan komplikasi serius, kadar kegagalan yang tinggi, dan kesan negatif bagi pesakit dan sistem penjagaan kesihatan. Terdapat kurangnya bukti kukuh untuk menilai faedah dan risiko reka bentuk dan bahan PICC (cth. silikon berbanding poliuretana) untuk mencegah komplikasi, jangkitan, dan,...
1 year ago
Dialisis peritoneal berbanding hemodialisis untuk orang yang memulakan dialisis jangka panjang Mesej utama - Penyelidikan sedia ada tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan yang meyakinkan mengenai kesan relatif dialisis peritoneal dan hemodialisis terhadap hasil kesihatan bagi orang dengan kegagalan buah pinggang . - Memandangkan kebanyakan keputusan datang daripada kajian pemerhatian dan bukannya kajian rawak, masih tiada kepastian apakah faedah dan bahaya relatif dialisis peritoneal dan hemodialisis. - Keputusan adalah terhad dalam aplikasi umum disebabkan oleh corak...
1 year ago
Pengurusan sembelit sukar dikawal dalam kalangan kanak-kanak Mesej utama • Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara lubiprostone dan plasebo (rawatan cubaan) dalam mencapai kejayaan rawatan pada kanak-kanak yang mengalami sembelit yang sukar dikawal. Kami juga menemui bahawa lubiprostone mungkin selamat seperti plasebo. • Kemungkinanan terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara prucalopride, juga sejenis julap, dan plasebo dalam kekerapan membuang air besar setiap hari, kejayaan rawatan, dan keselamatan. • Tidak jelas sama ada mana-mana rawatan yang lain yang kami lihat dapat...
1 year ago
Apakah rawatan yang paling berkesan untuk radang sendi ibu jari kaki, selain daripada pembedahan? Mesej utama - Berbanding dengan sisipan kasut palsu, sisipan kaki berkontur lengkung atau sisipan penegang kasut berkemungkinan tidak memberikan manfaat penting secara klinikal untuk kesakitan, kefungsian, atau kualiti kehidupan. Risiko kesan yang tidak diingini boleh menjadi sama. - Berbanding dengan suntikan plasebo, satu suntikan asid hyaluronik bermungkinan tidak memberikan manfaat penting untuk sakit atau fungsi. Kualiti hidup boleh menjadi sama dan risiko kesan yang tidak diingini boleh...
1 year ago
Terapi imunosupresif untuk merawat nefropati IgA di kalangan kanak-kanak Mesej utama - Tidak jelas sama ada terapi kortikosteroid (steroid) atau mana-mana terapi imunosupresif yang lain mencegah kerosakan buah pinggang di kalangan kanak-kanak dengan nefropati IgA. - Kajian yang disertakan tidak memberi maklumat tentang risiko terapi steroid di kalangan kanak-kanak dengan nefropati IgA. Apakah itu nefropati IgA? Nefropati IgA adalah penyakit buah pinggang yang boleh mengakibatkan pengurangan fungsi buah pinggang dan kegagalan buah pinggang. Punca penyakit ini tidak diketahui, tetapi kami...
1 year ago
Apakah faedah dan risiko intervensi meningkatkan masa yang dihabiskan di luar rumah untuk mencegah kejadian dan perkembangan miopia (rabun dekat) pada kanak-kanak? Mesej utama Intervensi menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah berpotensi mengurangkan kejadian miopia. Namun, kami tidak pasti sama ada intervensi itu dapat mengurangkan perkembangan miopia. Apa itu miopia? Miopia, atau rabun dekat, ialah penyakit di mana individu melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek jauh kelihatan kabur. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, miopia telah menjadi masalah kesihatan awam yang utama...
1 year ago
Adakah kekurangan zat makanan akan meningkatkan risiko batuk kering? Mesej-mesej utama Kekurangan zat makanan yang dialami akan menggandakan risiko mendapat batuk kering. Keputusan ini digunakan untuk populasi dewasa umum; risiko untuk kumpulan yang lain, seperti remaja dan kanak-kanak, adalah tidak dapat dipastikan. Apakah itu batuk kering? Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan yang disebabkan bakteria ( Mycobacterium batuk kering ). TB ini sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada paru-paru tetapi juga boleh menjejaskan organ yang lain dalam badan. TB merebak melalui udara apabila orang...
Checked
10 hours 7 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed