Latest Malay Review translations

Adakah galantamine membantu orang dengan demensia disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan orang dengan gangguan kognitif ringan?

7 months 2 weeks ago
Adakah galantamine membantu orang dengan demensia disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan orang dengan gangguan kognitif ringan? Mesej utama Bagi orang dengan demensia akibat penyakit Alzheimer, galantamine (pada dos yang disyorkan iaitu 16 mg hingga 24 mg setiap hari) melambatkan penurunan ingatan dan keupayaan untuk melakukan aktiviti penjagaan diri pada 6 bulan dan 2 tahun selepas rawatan. Bagi orang dengan gangguan kognitif ringan, tiada perbezaan dalam peningkatan ingatan atau keupayaan untuk melakukan aktiviti penjagaan diri apabila membandingkan galantamine dan plasebo (ubat tidak...

Pada wanita yang telah mengeluarkan satu atau kedua-dua payudara, teknik pembinaan rekonstruktif payudara membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik: penggunaan implan atau penggunaan tisu wanita itu sendiri?

7 months 3 weeks ago
Pada wanita yang telah mengeluarkan satu atau kedua-dua payudara, teknik pembinaan rekonstruktif payudara membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik: penggunaan implan atau penggunaan tisu wanita itu sendiri? Mesej utama • Pembedahan pembinaan semula payudara yang menggunakan tisu autologus (tisu wanita sendiri, seperti lemak atau otot) dan bukannya implan mungkin membawa kepada kesejahteraan mental dan seksual yang lebih baik dan kepuasan yang lebih besar dengan pembedahan secara keseluruhan. Selebihnya bukti adalah sangat tidak pasti; ia mencadangkan bahawa pembinaan semula autologus...

Bolehkah penggunaan antibiotik mencegah jangkitan apabila uri melekat dikeluarkan dengan tangan selepas kelahiran secara normal?

7 months 3 weeks ago
Bolehkah penggunaan antibiotik mencegah jangkitan apabila uri melekat dikeluarkan dengan tangan selepas kelahiran secara normal? Mesej utama Antibiotik (ubat pembunuh kuman) mungkin boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas jangkitan pada lapisan rahim selepas uri melekat dikeluarkan secara manual, tetapi kepastian bukti adalah sangat tidak pasti. Kajian yang lebih besar dengan reka bentuk yang lebih baik dan lebih sesuai untuk soalan penyelidikan kami mungkin diperlukan untuk memberikan anggaran yang lebih baik tentang faedah dan potensi bahaya antibiotik profilaktik (pencegahan)....

Seberapa tepatkah indeks jari kaki-brakium dan tekanan darah sistolik jari kaki untuk penyakit arteri periferal?

7 months 3 weeks ago
Seberapa tepatkah indeks jari kaki-brakium dan tekanan darah sistolik jari kaki untuk penyakit arteri periferal? Mesej-mesej utama - Pada masa ini terdapat kekurangan bukti berkualiti untuk menyokong penggunaan indeks jari kaki-brakium (TBI) dan tekanan darah sistolik jari kaki (TSBP) untuk mengesan penyakit arteri periferal, dan doktor harus menafsirkan ujian ini dengan berhati-hati. - Lebih banyak kajian berkualiti tinggi dengan jumlah peserta yang lebih besar adalah diperlukan untuk meningkatkan kepastian bukti. Mengapakah penambahbaikan diagnosis penyakit arteri periferal penting?...

Menambah baik pelaporan oleh profesional penjagaan kesihatan tentang reaksi buruk ubat dan kesilapan ubatan

7 months 3 weeks ago
Menambah baik pelaporan oleh profesional penjagaan kesihatan tentang reaksi buruk ubat dan kesilapan ubatan Mesej-mesej utama - Profesional penjagaan kesihatan mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan tindak balas yang tidak dijangka dan memudaratkan kepada ubat-ubatan. Tindak balas ini dikenali sebagai 'kejadian kesan buruk ubat', istilah yang merangkumi kedua-dua tindak balas buruk ubat (ADR) dan kesilapan ubatan (ME). - Satu sesi pendidikan (jangkauan, bengkel secara peribadi atau melalui telefon), bersama-sama dengan penyediaan kad peringatan dan borang laporan ADR, mungkin boleh...

Apakah faedah dan risiko ubat-ubatan untuk plasenta kekal selepas kelahiran faraj?

7 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan risiko ubat-ubatan untuk plasenta kekal selepas kelahiran faraj? Mesej utama Uterotonik (ubat-ubatan yang digunakan untuk menyebabkan kontraksi rahim) tidak lebih berkesan daripada plasebo (rawatan berpura-pura) atau tanpa rawatan bagi mengelakkan penyingkiran plasenta secara manual (penyingkiran plasenta dengan memasukkan tangan ke dalam rahim), dan mungkin tidak mengurangkan pendarahan teruk atau keperluan untuk pemindahan darah (di mana darah diambil dari penderma dan disuntik ke dalam orang yang telah kehilangan banyak darah). Jenis ubat-ubatan ini yang berbeza mungkin...

Apakah faedah dan risiko teknik perineum yang berbeza semasa peringkat kedua persalinan untuk mencegah kecederaan selepas bersalin?

7 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan risiko teknik perineum yang berbeza semasa peringkat kedua persalinan untuk mencegah kecederaan selepas bersalin? Mesej utama Bukti mengenai kesan teknik perineum untuk mencegah kecederaan selepas bersalin dan kehilangan darah adalah sangat tidak pasti disebabkan oleh kualiti kajian yang buruk dan kajian kecil. Kajian yang lebih besar dan dijalankan dengan baik diperlukan dan harus mengukur pendarahan selepas bersalin, kesan buruk dan kepuasan ibu. Apakah itu kecederaan selepas bersalin? Kecederaan selepas bersalin boleh berlaku di kawasan perineum (kawasan antara vulva dan...

Intervensi topikal, berasaskan cahaya, dan komplementari: mana yang berfungsi lebih baik untuk merawat jerawat dan komplikasinya?

8 months ago
Intervensi topikal, berasaskan cahaya, dan komplementari: mana yang berfungsi lebih baik untuk merawat jerawat dan komplikasinya? Mesej utama • Kami tidak menemui kualiti bukti yang mencukupi mengenai benzoyl peroksida, antibiotik topikal, dan retinoid topikal untuk merawat jerawat. Kami mendapati bahawa ulasan sistematik yang disertakan hanya memberikan sejumlah kecil bukti mengenai ubat-ubatan penting secara klinikal ini untuk kita ringkaskan. • Penyelidikan masa depan harus memberi tumpuan kepada kawasan yang penting bagi pesakit, para penyelidik, dan pembuat keputusan, seperti ubat baru...

Adakah kecerdasan buatan (AI) lebih baik daripada manusia untuk mendiagnosis penyakit mata ‘degenerasi makula eksudatif berkaitan umur’?

8 months 1 week ago
Adakah kecerdasan buatan (AI) lebih baik daripada manusia untuk mendiagnosis penyakit mata ‘degenerasi makula eksudatif berkaitan umur’? Mesej utama • Berbanding dengan pakar manusia, ujian berdasarkan kecerdasan buatan (AI) ketepatannya boleh setanding dalam mengesan bentuk eksudatif (atau basah) degenerasi makula berkaitan umur (eAMD). • Tiada perbezaan ketara dalam prestasi ujian tanpa mengira keadaan mata sebelah lagi dalam set data imej atau jenis imej yang digunakan. • Lebih banyak penyelidikan dan laporan konsisten diperlukan untuk mendefinisikan peranan AI dalam diagnosis eAMD....

Apakah faedah dan risiko vitamin E untuk penyakit hati berlemak bukan beralkohol?

8 months 1 week ago
Apakah faedah dan risiko vitamin E untuk penyakit hati berlemak bukan beralkohol? Mesej utama Tidak jelas sama ada rawatan jangka panjang (18 bulan hingga 24 bulan) dengan vitamin E sahaja atau digabungkan dengan vitamin C mempengaruhi kematian akibat sebarang sebab, kesan tidak diingini yang serius, kualiti hidup berkaitan kesihatan, atau kesan tidak diingini yang tidak serius jika dibandingkan dengan plasebo (pil palsu) atau tanpa rawatan. Vitamin E sahaja mungkin mengurangkan tahap alanine transaminase dan aspartate aminotransferase (enzim hati) secara sedikit. Penyelidikan lanjut mungkin...

Adakah sasaran rendah tekanan darah memberikan manfaat tambahan kepada orang dengan penyakit buah pinggang kronik dan tekanan darah tinggi berbanding dengan sasaran piawai?

8 months 1 week ago
Adakah sasaran rendah tekanan darah memberikan manfaat tambahan kepada orang dengan penyakit buah pinggang kronik dan tekanan darah tinggi berbanding dengan sasaran piawai? Mesej utama • Menurunkan tekanan darah pada individu yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) memberikan manfaat kesihatan. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak sasaran tekanan darah harus diturunkan untuk orang dengan kedua-dua hipertensi dan penyakit buah pinggang kronik. • Berbanding dengan sasaran tekanan darah piawai, sasaran intensif (lebih rendah daripada piawai) mungkin tidak mengurangkan kematian,...

Sejauh manakah ketepatan ujian molekul berasaskan makmal alternatif (kepada RT-PCR dengan pengekstrakan/pemurnian RNA terdahulu) untuk mengenal pasti orang yang dijangkiti SARS-CoV-2?

8 months 1 week ago
Sejauh manakah ketepatan ujian molekul berasaskan makmal alternatif (kepada RT-PCR dengan pengekstrakan/pemurnian RNA terdahulu) untuk mengenal pasti orang yang dijangkiti SARS-CoV-2? Mesej utama: * Ujian amplifikasi pengantaraan transkripsi (TMA) dan ujian respons rantai polimerase transkripsi berbalik (RT-PCR) sedia ada secara komersial yang direka khusus untuk meninggalkan/menyesuaikan pengekstrakan/pemurnian RNA kelihatan cukup tepat untuk menggantikan kaedah RT-PCR dengan RNA terdahulu (molekul penting untuk kebanyakan fungsi biologi) pengekstrakan/pemurnian untuk mengenal pasti orang...

Apakah intervensi yang membantu untuk mencegah atau merawat jangkitan virus BK dalam kalangan penerima pemindahan buah pinggang ?

8 months 2 weeks ago
Apakah intervensi yang membantu untuk mencegah atau merawat jangkitan virus BK dalam kalangan penerima pemindahan buah pinggang ? Mesej utama • Orang yang menerima pemindahan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang (keadaan di mana buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan cukup baik untuk memastikan seseorang itu hidup) berisiko jangkitan. Ini kerana mereka perlu mengambil ubat yang kuat untuk melemahkan sistem imun badan (immunosupresan) bagi mengelak tubuh mereka melawan (menolak) buah pinggang baru tersebut. Ini menjadikan mereka berrisiko mendapat jangkitan, yang boleh mempengaruhi...

Adakah intervensi yang ditujukan kepada orang dengan skizofrenia dan keluarga mereka lebih berkesan daripada penjagaan standard?

8 months 2 weeks ago
Adakah intervensi yang ditujukan kepada orang dengan skizofrenia dan keluarga mereka lebih berkesan daripada penjagaan standard? Mesej utama •Intervensi keluarga boleh mengurangkan relaps dalam kalangan individu dengan skizofrenia. • Intervensi keluarga mungkin mengurangkan beban penjaga dan memperbaik ekspresi emosi (iaitu persekitaran keluarga yang buruk termasuk hubungan keluarga dan pola interaksi) dalam keluarga individu dengan skizofrenia. • Kajian tambahan diperlukan untuk membolehkan sebarang kesimpulan kukuh tentang intervensi keluarga untuk orang dengan skizofrenia dan keluarga...

Bolehkah intervensi psikologi atau pendidikan (atau gabungan kedua-duanya) mengurangkan jatuh dalam kalangan warga tua yang tinggal di rumah?

8 months 3 weeks ago
Bolehkah intervensi psikologi atau pendidikan (atau gabungan kedua-duanya) mengurangkan jatuh dalam kalangan warga tua yang tinggal di rumah? Mesej utama – Intervensi psikologi (melibatkan temu bual motivasi) satu kaedah untuk mengubah tingkah laku menerusi pengendalian ketidakpastian dan menggalakkan komitmen peribadi) dan bimbingan) yang digabung dengan pendidikan yang diolahsuaikan (contohnya, nasihat tentang senaman atau ubat-ubatan) menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam bilangan orang yang jatuh, tetapi mungkin mengurangkan bilangan seseorang itu jatuh (walaupun tidak jelas...

Apakah rawatan yang paling berkesan untuk pencegahan perkembangan penyakit buah pinggang polisistik autosomal dominan?

8 months 3 weeks ago
Apakah rawatan yang paling berkesan untuk pencegahan perkembangan penyakit buah pinggang polisistik autosomal dominan? Mesej utama • Untuk penghidap penyakit buah pinggang autosomal dominan (penyakit keturunan yang menyebabkan pembentukan kantung berisi cecair dipanggil sista di buah pinggang), ubat tolvaptan dapat memelihara fungsi buah pinggang dan melambatkan peningkatan jumlah keseluruhan isipadu buah pinggang. • Sasaran tekanan darah yang rendah dan penggunaan ubat analog somatostatin (yang bertujuan untuk menekan faktor pertumbuhan) mungkin dapat melambatkan jumlah keseluruhan isipadu...

Apakah faedah dan risiko supplemen vitamin D bagi individu dewasa dengan obesiti yang menjalani pembedahan penurunan berat badan?

8 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan risiko supplemen vitamin D bagi individu dewasa dengan obesiti yang menjalani pembedahan penurunan berat badan? Mesej utama – Terdapat bukti terhad tentang manfaat suplemen vitamin D bagi individu dewasa dengan obesiti selepas pembedahan penurunan berat badan. Kami tidak yakin bahawa mengambil dos vitamin D yang tinggi atau sederhana selepas pembedahan penurunan berat badan meningkatkan tahap vitamin D atau mengurangkan penyakit kelenjar paratiroid (empat kelenjar sebesar kacang pis di leher yang mengawal tahap kalsium di dalam badan). – Tiada data tentang risiko patah...

Vitamin D untuk merawat penyakit paru-paru obstruktif kronik (penyakit radang paru-paru kronik)

8 months 3 weeks ago
Vitamin D untuk merawat penyakit paru-paru obstruktif kronik (penyakit radang paru-paru kronik) Mesej utama Ulasan Cochrane ini tidak mendapati vitamin D menawarkan perlindungan terhadap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) akut, penyakit paru radang paru- yang kronik dan menyebabkan kesukaran bernafas. Ia juga tidak mendapati vitamin D memperbaik simptom keseluruhan dalam kalangan orang dengan COPD. Mengapa kami fikir vitamin D mungkin bermanfaat untuk orang dengan COPD? Paras vitamin D dalam darah ('vitamin cahaya matahari') yang rendah telah dikaitkan dengan peningkatan risiko...

Ubat-ubatan untuk mencegah malaria di kalangan wanita mengandung positif HIV

8 months 4 weeks ago
Ubat-ubatan untuk mencegah malaria di kalangan wanita mengandung positif HIV Mesej utama • Bagi wanita mengandung positif HIV, penambahan ubat antimalaria (seperti mefloquine atau dihydroartemisinin/piperaquine) kepada rawatan pencegahan jangkitan biasa bagi individu dengan HIV (cotrimoxazole harian): - mungkin mengurangkan risiko ibu dijangkiti dengan malaria semasa dia melahirkan bayinya; - mungkin mengurangkan jangkitan malaria di dalam uri; - mungkin tidak menjejaskan risiko kehilangan bayi sebelum bersalin atau selepas kelahiran, atau bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah. •...

Apakah manfaat-manfaat dan risiko-risiko exergaming terhadap individu dengan demensia atau gangguan kognitif ringan?

8 months 4 weeks ago
Apakah manfaat-manfaat dan risiko-risiko exergaming terhadap individu dengan demensia atau gangguan kognitif ringan? Mesej utama • Bermain permainan video yang melibatkan aktiviti fizikal (exergaming) boleh membantu individu dengan demensia dan gangguan kognitif ringan untuk meningkatkan kemahiran berfikir seperti belajar dan mengingati item, tetapi kami tidak yakin sepenuhnya terhadap kaedah ini. • Terdapat sedikit bukti pada masa kini yang menyokong bahawa exergaming mungkin membantu meningkatkan keupayaan individu dengan demensia dan gangguan kognitif ringan untuk berjalan, mengekalkan...
Checked
9 hours 43 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed