1 year 1 month ago
Intervensi untuk mencegah ketidakseimbangan dialisis pada pesakit dialisis Mesej utama - Pada pesakit hemodialisis, pemodelan natrium berbanding dialisis perlahan mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam sindrom ketidakseimbangan dialisis dan kematian. Bukti ini sangat tidak pasti mengenai kesan intervensi ini terhadap kejadian buruk. - bukti sangat tidak pasti mengenai kesan dialisat natrium tinggi dan dialisat natrium piawai ke atas sindrom ketidakseimbangan dialisis, kematian dan kejadian buruk . Apakah yang ingin kami ketahui? Hemodialisis ialah rawatan perubatan yang...
1 year 1 month ago
Adakah imunoglobulin intravena selamat dan berkesan untuk orang dengan keradangan polyradiculoneuropathy demyelinasi kronik ? Mesej utama • Imunoglobulin intravena (IVIg) membawa kepada penambahbaikan dalam kecacatan selama sekurang-kurangnya dua hingga enam minggu berbanding dengan rawatan tiruan. • Dalam tempoh masa ini, IVIg mungkin sama berkesan dengan pertukaran plasma dan steroid. • Satu kajian menunjukkan bahawa kesan IVIg berterusan selama enam bulan, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui sama ada manfaat berterusan lebih lama dan apakah kesan sampingan jangka...
1 year 1 month ago
Adakah rawatan dengan perencat SGLT2 menghalang komplikasi pada orang dengan penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis? Mesej utama - Rawatan dengan perencat sodium-glucose co-transporter protein 2 (SGLT2) mengurangkan risiko kematian dan masalah buah pinggang bagi orang dengan penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis. - Kami tidak pasti sama ada perencat SGLT2 adalah lebih baik daripada ubat kencing manis yang lain kerana tidak cukup penyelidikan klinikal yang membandingkannya secara langsung dalam kajian klinikal. Penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis Kencing manis...
1 year 1 month ago
Rawatan kognitif tingkah laku untuk sakit leher Nota editorial: Expresi kebimbangan Profesor Marco Monticone telah bertindak sebagai pengarang utama dalam ulasan Cochrane ini. Pembaca perlu dimaklumkan bahawa pelbagai kajian rawak terkawal yang dikarang oleh Profesor Monticone mungkin telah diteliti disebabkan oleh potensi isu integriti dalam penyelidikan, termasuk penyelewengan dalam data (doi:10.1097/j.pain.0000000000002659). Satu daripada kajian-kajian disyaki dengan isu integriti dalam penyelidikan yang telah disertakan dalam ulasan Cochrane ini (doi:10.1007/s00586-012-2287-y)....
1 year 1 month ago
Intervensi telah bermula semasa kemasukan ke hospital untuk membantu orang berhenti merokok Mesej-mesej utama - Semasa orang yang merokok dimasukkan ke satu hospital, mereka boleh dibantu untuk berhenti merokok sekiranya mereka menerima kaunseling berhenti merokok yang bermula di dalam hospital dan berterusan untuk sekurang-kurangnya satu bulan selepas mereka kembali ke rumah, dibandingkan kepada tanpa kaunseling. - Ubat-ubatan, termasuk tampalan nikotin dan vareniklin, dalam kombinasi dengan kaunseling juga membantu orang berhenti merokok selepas keluar hospital. Rawatan tersebut berfungsi...
1 year 1 month ago
Adakah intervensi psikologi dan sosial menggalakkan penambahbaikan kesihatan mental di kalangan orang yang tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang terjejas oleh krisis kemanusiaan? Mesej utama - Kami tidak menemui bukti mencukupi yang memihak kepada intervensi-intervensi untuk mempromosikan aspek positif kesihatan mental dalam seting kemanusiaan. Kajian rawak lebih besar yang dijalankan dengan baik adalah diperlukan. Kesihatan mental semasa krisis kemanusiaan Krisis kemanusiaan adalah satu peristiwa, atau rangkaian peristiwa, yang mengancam kesihatan, keselamatan,...
1 year 1 month ago
Adakah strategi pemakanan dan aktiviti membantu mencegah obesiti dalam kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun? Mesej-mesej utama - Strategi-strategi untuk mengubah tahap aktiviti, atau kedua-dua tahap aktiviti dan pemakanan, oleh kanak-kanak untuk membantu mencegah mereka daripada mengalami berat badan berlebihan atau obesiti mungkin efektif dalam menghasilkan sedikit pengurangan dalam indeks jisim badan (BMI) dalam kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. - Terdapat sedikit maklumat tentang sama ada strategi mengakibatkan peristiwa buruk yang serius (contohnya kecederaan), tetapi berdasarkan...
1 year 1 month ago
Ubat-ubatan untuk mencegah gangguan tekanan pascatrauma untuk orang dengan simptom-simptom tekanan traumatik akut Mesej-mesej utama - Simptom-simptom tekanan akut adalah perkara biasa selepas pengalaman traumatik. Mereka biasanya berbatas-waktu. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah orang, mereka boleh berterusan atau maju ke keadaan yang dikenali sebagai gangguan tekanan pascatrauma (PTSD). Ubat-ubatan telah dicadangkan untuk mencegah PTSD kemudian. - Kami telah menemui data untuk empat ubat-ubatan: escitalopram, sejenis antidepresan; hidrokortison, sejenis hormon yang mengurangkan respon...
1 year 1 month ago
Perencat-enzim-penukaran angiotensin dan penyekat reseptor angiotensin untuk mencegah progresi penyakit diabetis buah pinggang Mesej utama - Perencat-enzim-penukaran angiotensin (ACEi) dan penyekat reseptor angiotensin (ARB) boleh mengurangkan kegagalan buah pinggang dalam kalangan orang dengan diabetis dan penyakit buah pinggang. - Kami tidak pasti sama ada ACEi, ARB atau pelbagai kombinasi atau dos-dos mencegah kematian atau penyakit jantung dalam kalangan orang dengan diabetis dan penyakit buah pinggang. Mengapa merawat orang dengan diabetis yang ada penyakit buah pinggang kronik?...
1 year 1 month ago
Adakah strategi pemakanan dan aktiviti membantu mencegah obesiti dalam kanak-kanak dan orang muda berumur 12 hingga 18 tahun? Mesej-mesej utama - Strategi-strategi untuk menggalakkan remaja mengubah pemakanan atau tahap aktiviti mereka (atau kedua-duanya), untuk mencegah mereka daripada menjadi berlebihan berat badan atau mengalami obesiti tidak atau sangat sedikit menyebabkan perbezaan kepada indeks jisim badan (BMI; iaitu anggaran jumlah lemak badan berdasarkan tinggi dan berat). - Berdasarkan sedikit maklumat yang sedia ada tentang kejadian buruk yang serius, nampaknya terdapat sedikit...
1 year 1 month ago
Adakah ujian pemadanan penyumbat telinga beserta latihan tentang cara memasang penyumbat telinga membantu orang yang bekerja dalam persekitaran yang bising? Mesej utama • Ujian pemadanan penyumbat telinga yang diiringi arahan mudah untuk memasang penyumbat telinga dengan betul mungkin tidak menambahbaik pengurangan bunyi bising. • Ujian pemadanan penyumbat telinga yang diiringi arahan yang ekstensif mungkin meningkatkan pelindungan daripada bunyi bising berbanding dengan tanpa arahan atau arahan mudah. Mengapakah persekitaran kerja yang bising adalah suatu masalah? Pendedahan kepada bunyi...
1 year 1 month ago
Intervensi bagi ibu-ibu mengandung, ibu-ibu baharu dan pengasuh utama yang lain untuk mencegah kerosakan gigi pada kanak-kanak Adakah menyediakan penjagaan pergigian asas dan/atau maklumat kesihatan oral kepada Ibu-ibu mengandung, ibu-ibu baharu dan penjaga utama dapat mencegah kerosakan gigi pada kanak-kanak? Mesej utama • Pemberian maklumat kepada Ibu-ibu mengandung, ibu-ibu dan penjaga mengenai diet sihat dan kaedah pemberian makanan kepada anak, seperti penyusuan ibu, pemberian makanan dengan botol dan memberikan makanan pepejal, dapat mengurangkan sedikit risiko kerosakan gigi pada...
1 year 1 month ago
Adakah intervensi psikologi mengurangkan kemurungan dan kebimbangan pada pesakit dengan penyakit jantung koronari, lemah jantung dan juga fibrilasi atrium dibandingkan dengan tanpa intervensi psikologi? Mesej utama - Intervensi psikologi bagi kemurungan dan kebimbangan mungkin menyebabkan pengurangan sederhana terhadap kemurungan dan kebimbangan pada para pesakit jantung koronari dan juga lemah jantung. - Intervensi psikologi bagi kemurungan dan kebimbangan mungkin memberi peningkatan sederhana dalam kualiti hidup berkaitan kesihatan mental, tetapi bukan kualiti hidup berkaitan kesihatan...
1 year 1 month ago
Suplemen vitamin A oral untuk mencegah jangkitan akut saluran pernafasan atas di kalangan kanak-kanak berumur sehingga tujuh tahun Latar belakang Jangkitan akut saluran pernafasan atas (URTI) ialah penyakit berjangkit akut yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah. Vitamin A mempunyai peranan positif dalam sistem imun dan boleh meningkatkan pertahanan perumah terhadap jangkitan. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan vitamin lebih berkemungkinan mengalami jangkitan saluran pernafasan. Oleh itu, kami menilai peranan suplemen vitamin...
1 year 1 month ago
Adakah langkah-langkah yang diambil oleh sekolah untuk membendung wabak COVID-19 berkesan? Mesej utama • Secara keseluruhan, keputusan mencadangkan bahawa beberapa langkah di sekolah untuk mengurangkan penularan COVID-19 mungkin boleh mengurangkan penularan penyakit, penggunaan kemudahan penjagaan kesihatan dan kehadiran sekolah jika tidak akan hilang akibat kuarantin. • Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan untuk membantu memahami bagaimana sekolah boleh dibuka dengan selamat ketika pandemik pada masa hadapan. Apakah jenis langkah yang diambil oleh sekolah semasa wabak...
1 year 1 month ago
Adakah magnesium sulfat untuk wanita yang berisiko kelahiran pramatang lebih baik daripada plasebo untuk melindungi otak bayi mereka? Mesej utama Magnesium sulfat yang diberikan kepada wanita yang berisiko kelahiran pramatang untuk melindungi otak bayi mereka juga mengurangkan palsi serebral, dan gabungan hasil bagi kematian atau palsi serebral, pada anak-anak mereka sehingga dua tahun, jika dibandingkan dengan plasebo. Penyelidikan pada masa hadapan dalam bidang ini harus memberi tumpuan kepada kesan rawatan: • pada kanak-kanak ketika mereka remaja dan dewasa; dan • untuk pelbagai kumpulan...
1 year 1 month ago
Adakah penentuan membuat keputusan bersama membantu wanita semasa membuat keputusan sama ada atau tidak untuk mengambil bahagian dalam saringan kanser payudara? Mesej-mesej utama Penentuan membuat keputusan bersama mungkin boleh membantu wanita berasa kurang tidak yakin atau menyesal dan membantu dengan pembelajaran semasa proses tersebut untuk saringan kanser payudara. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil maklum bahawa kefahaman kami tentang bagaimana sebenarnya ia mungkin mempengaruhi keputusan saringan wanita adalah tidak lengkap. Apakah penentuan membuat keputusan bersama?...
1 year 1 month ago
Ketepatan imbasan ultrasound pada trimester pertama dan kedua untuk mengenal pasti anomali janin dalam kehamilan berisiko rendah dan tidak dipilih Mesej-mesej utama Ultrasound pranatal biasanya digunakan pada trimester pertama dan kedua kehamilan untuk mengenal pasti potensi isu dengan bayi yang sedang berkembang (janin). Dalam kajian ini, kami menganalisis 87 kajian yang merangkumi lebih daripada 7 juta janin. Walaupun kedua-dua imbasan trimester pertama dan kedua mengesahkan perkembangan normal dengan baik (spesifisiti tinggi), keupayaan mereka untuk mengesan masalah (sensitiviti)...
1 year 1 month ago
Lubang kunci (laparoskopi) berbanding dengan pembedahan tradisional (terbuka) untuk orang yang menderma buah pinggang Mesej-mesej utama - Pembedahan lubang kunci ditemui berkaitan dengan kesakitan yang kurang dan penginapan di hospital yang kurang untuk penderma berbanding dengan pembedahan terbuka. - Buah pinggang yang dikeluarkan menggunakan pembedahan terbuka atau dengan teknik bantuan tangan adalah kekurangan oksigen untuk tempoh masa yang pendek berbanding dengan standard atau teknik pembedahan lubang kunci robotik. Mengapa menggunakan pembedahan lubang kunci dan bukannya pembedahan...
1 year 1 month ago
Adakah pendedahan kepada bau dan rasa susu mempercepat penyusuan melalui tiub dalam kalangan bayi pramasa? Mesej utama • Pendedahan kepada bau dan rasa susu melalui penyusuan tiub boleh memberi sedikit atau tiada kesan kepada masa yang diambil oleh bayi pramasa untuk mencapai hisapan penuh. • Kami tidak menemui bukti sebarang kesan yang tidak diingini pendedahan kepada bau dan rasa susu dengan penyusuan tiub dalam kalangan bayi baru lahir . Apa itu penyusuan tiub? Bayi yang lahir pramasa (sebelum 37 minggu kehamilan) seringkali perlu diberi penyusuan melalui tiub halus yang dimasukkan...
Checked
9 hours 18 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed