Latest Malay Review translations

Bolehkah rokok elektronik membantu orang berhenti merokok, dan adakah ia mempunyai kesan yang tidak diingini ketika digunakan untuk tujuan ini?

1 year 3 months ago
Bolehkah rokok elektronik membantu orang berhenti merokok, dan adakah ia mempunyai kesan yang tidak diingini ketika digunakan untuk tujuan ini? Apakah rokok elektronik? Rokok elektronik (e-rokok) adalah alat genggam yang berfungsi dengan memanaskan cecair yang biasanya mengandungi nikotin dan perasa. E-rokok membolehkan pengguna menghirup nikotin dalam wap dan bukannya asap. Oleh kerana ia tidak membakar tembakau, e-rokok tidak mendedahkan pengguna kepada tahap bahan kimia yang sama yang boleh menyebabkan penyakit kepada orang yang menghisap rokok konvensional. Menggunakan e-rokok biasanya...

Apakah manfaat dan kemudaratan ibuprofen dalam pengurusan sakit selepas pembedahan pada kanak-kanak?

1 year 3 months ago
Apakah manfaat dan kemudaratan ibuprofen dalam pengurusan sakit selepas pembedahan pada kanak-kanak? Mesej utama • Ibuprofen mungkin mengurangkan keamatan kesakitan selepas pembedahan sehingga dua jam berbanding dengan plasebo (ubat palsu) dan dibandingkan dengan paracetamol. Bukti berbanding dengan ubat-ubatan lain dan dalam jangka masa panjang adalah tidak jelas atau kurang. • Secara keseluruhannya, kami tidak pasti tentang kesan tidak diingini ibuprofen, terutamanya kesan tidak diingini yang serius, kerana kajian dalam ulasan jarang mengukurnya. • Kajian masa depan harus meneliti...

Disulfiram sebagai ubat untuk rawatan kebergantungan kokain

1 year 3 months ago
Disulfiram sebagai ubat untuk rawatan kebergantungan kokain Mesej utama • Dalam kalangan pesakit yang mempunyai kebergantungan kokain, disulfiram dibandingkan plasebo boleh meningkatkan bilangan pesakit yang menghindari kokain pada akhir rawatan, tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas kekerapan dan jumlah penggunaan kokain dan pada bilangan orang yang dapat mencapai dan mengekalkan penghindaran untuk sekurang-kurangnya tiga minggu pada akhir rawatan. Kami tidak pasti sama ada disulfiram mempunyai sebarang kesan yang tidak diingini pada pesakit yang mempunyai kebergantungan...

Adakah intervensi berasaskan populasi (intervensi yang ditujukan kepada seluruh komuniti dan bukannya individu) membantu dalam mencegah jatuh dan kecederaan yang berkait dengan jatuh di kalangan warga emas?

1 year 3 months ago
Adakah intervensi berasaskan populasi (intervensi yang ditujukan kepada seluruh komuniti dan bukannya individu) membantu dalam mencegah jatuh dan kecederaan yang berkait dengan jatuh di kalangan warga emas? Mesej utama : • Kami tidak pasti sama ada pendekatan untuk pencegahan jatuh yang menyasarkan seluruh komuniti mengurangkan kejatuhan dan kecederaan yang berkaitan dengan jatuh. • Kajian selanjutnya harus direka bentuk dengan baik dan menggunakan penerangan terkini tentang intervensi mereka. Secara idealnya, kajian harus dijalankan dalam beberapa komuniti (bukan hanya dua komuniti kajian),...

Sejauh manakah keberkesanan dos hormon individu untuk wanita yang cuba hamil melalui persenyawaan in vitro (IVF)?

1 year 3 months ago
Sejauh manakah keberkesanan dos hormon individu untuk wanita yang cuba hamil melalui persenyawaan in vitro (IVF)? Mesej utama Kami tidak menemui bukti yang jelas untuk menyokong atau menolak penggunaan ujian rizab ovari (ORT) untuk memilih dos rangsangan, sama ada untuk kelahiran hidup atau sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS). Kajian masa depan boleh menilai kesan penggunaan ORT untuk memilih dos rangsangan, berbanding beberapa percubaan rawatan. Apakah rangsangan individu dalam rawatan IVF? Persenyawaan in vitro (IVF) ialah sejenis teknologi pembiakan berbantu dimana telur digabungkan...

Adakah terapi berterusan selepas rawatan terdahulu lebih berkesan daripada pemantauan atau plasebo untuk merawat leukemia limfositik kronik dalam kalangan dewasa?

1 year 3 months ago
Adakah terapi berterusan selepas rawatan terdahulu lebih berkesan daripada pemantauan atau plasebo untuk merawat leukemia limfositik kronik dalam kalangan dewasa? Apakah matlamat ulasan ini? Kami berhasrat untuk mementukan sama ada rawatan berterusan yang sedia ada untuk kawalan penyakit leukemia limfositik kronik pada orang dewasa mempunyai keseimbangan yang boleh diterima antara kebaikkan dan kemudaratan selepas rawatan terdahulu. Mesej utama Kita dapati bahawa terapi berterusan pada orang dewasa dengan CLL selepas rawatan terdahulu mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap...

Apakah faedah dan risiko ubat-ubatan yang bertindak ke atas sistem imun untuk merawat sklerosis berbilang yang relaps-remit?

1 year 3 months ago
Apakah faedah dan risiko ubat-ubatan yang bertindak ke atas sistem imun untuk merawat sklerosis berbilang yang relaps-remit? Mesej utama - Selepas dua tahun rawatan, natalizumab, cladribine dan alemtuzumab didapati berfungsi paling baik dalam mengurangkan kekerapan sklerosis berbilang yang relaps-remit. Natalizumab juga didapati berkesan dalam memperlahankan perkembangan kehilangan upaya selepas dua tahun rawatan. - Kajian yang lebih panjang diperlukan untuk menilai faedah dan kemudaratan ubat-ubatan yang bertindak ke atas sistem imun untuk sklerosis berbilang yang berulang. - penyelidikan...

Adakah intervensi untuk menghentikan kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan rokok elektronik berkesan?

1 year 4 months ago
Adakah intervensi untuk menghentikan kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan rokok elektronik berkesan? Mesej utama Buat masa ini, tiada kajian rawak terkawal yang telah diterbitkan yang menilai kesan intervensi untuk mencegah atau menghentikan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, kami menjumpai 22 daripada kajian jenis ini sedang dijalankan yang nampaknya layak untuk kemas kini masa hadapan bagi ulasan ini, yang mungkin memberikan lebih banyak jawapan. Apakah yang kami ingin ketahui? Kami ingin mengetahui sejauh manakah intervensi...

Apakah risiko dan faedah kedudukan berbeza untuk tusukan spinal kepada bayi?

1 year 4 months ago
Apakah risiko dan faedah kedudukan berbeza untuk tusukan spinal kepada bayi? Mesej utama • Tusukan spinal selalunya diperlukan bagi bayi baru lahir dengan jangkitan yang teruk, tetapi mungkin sukar dilakukan, dengan kira-kira 50% percubaan berakhir dengan kegagalan. • Kami mengenal pasti kajian-kajian yang membandingkan tiga kedudukan badan yang berbeza semasa tusukan spinal: baring mengiring (dekubitus sisi), duduk dan baring di atas perut (meniarap). Dalam kesemua kedudukan, kaki bayi harus berada dalam posisi dilipat ke dada dan bahagian belakang bengkok ke hadapan (fleksi). • Mungkin...

Masih menunggu bukti sama ada cranberi berguna untuk merawat jangkitan saluran kencing

1 year 4 months ago
Masih menunggu bukti sama ada cranberi berguna untuk merawat jangkitan saluran kencing Cranberries mempunyai sejenis bahan yang mampu mengelakkan bakteria melekat pada dinding pundi kencing. Ini mungkin dapat membantu mengurangkan jangkitan pundi kencing dan jangkitan saluran kencing yang lain (UTIs). Cranberries (biasanya sebagai jus cranberry) telah digunakan untuk cubaan dan rawatan UTIs, terutamanya dalam kumpulan berisiko-tinggi seperti orang tua. Cranberries mempunyai beberapa kesan buruk. Ulasan ini mendapati tiada kajian yang melaporkan kesan jus kranberi atau produk kranberi lain...

Steroid oral atau nasal untuk otitis media berefusi (OME atau ‘telinga rekat’) dalam kalangan kanak-kanak

1 year 4 months ago
Steroid oral atau nasal untuk otitis media berefusi (OME atau ‘telinga rekat’) dalam kalangan kanak-kanak Mesej utama Pengambilan steroid dalam bentuk tablet atau sirap (melalui mulut) mampu memberikan sedikit atau tiada impak pada pendengaran dan kualiti hidup kanak-kanak dengan telinga rekat. Steroid boleh mengurangkan bilangan kanak-kanak yang menghidapi telinga rekat selepas 6 ke 12 bulan, tetapi kami tidak pasti seberapa besar pengurangan ini. Menggunakan semburan steroid nasal juga boleh menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan pada pendengaran atau kualiti hidup, walaupun buktinya...

Statin boleh membantu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik yang tidak memerlukan dialisis

1 year 4 months ago
Statin boleh membantu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik yang tidak memerlukan dialisis Apakah isunya? Orang dewasa yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempunyai risiko kejadian kardiovaskular yang tinggi, dengan tahap kolesterol serum dan trigliserida yang tinggi, faktor yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Terapi statin membantu menurunkan tahap kolesterol buruk (lipoprotein berketumpatan rendah) dan mempunyai kesan perlindungan kardiovaskular selain pengurangan kolesterol. Bagi orang yang tidak memerlukan dialisis,...

Apakah kesan terapi penggantian enzim (ERT) terhadap orang dengan penyakit Pompe permulaan lewat (LOPD)?

1 year 4 months ago
Apakah kesan terapi penggantian enzim (ERT) terhadap orang dengan penyakit Pompe permulaan lewat (LOPD)? Mesej utama • Penyakit Pompe permulaan lewat (LOPD) adalah keadaan yang jarang berlaku yang mengakibatkan pesakit lama-kelamaan menjadi lebih teruk. Terapi penggantian enzim (ERT) boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit. • Alglucosidase alfa (sejenis ERT) mungkin meningkatkan beberapa aspek perkembangan penyakit di kalangan orang yang menghidap penyakit Pompe permulaan lewat (LOPD) berbanding plasebo (ubat tidak aktif atau palsu). • Kajian selanjutnya patut memantau peserta...

Adakah wawancara motivasi membantu orang ramai mengurangkan penggunaan alkohol, dadah atau kedua-duanya?

1 year 4 months ago
Adakah wawancara motivasi membantu orang ramai mengurangkan penggunaan alkohol, dadah atau kedua-duanya? Mesej utama • Wawancara motivasi boleh mengurangkan penggunaan bahan berbanding tanpa intervensi untuk masa yang singkat. • Kami mempunyai keyakinan sederhana hingga tidak yakin terhadap bukti, yang memaksa kami berhati-hati dengan kesimpulan kami. Penyelidikan baru mungkin mengubah kesimpulan kami. • Kajian masa depan yang membandingkan wawancara motivasi dengan rawatan lain harus lebih besar, direka bentuk dengan lebih baik dan dilaporkan dengan lebih baik. Apakah penggunaan bahan?...

Apakah kebaikan dan kemudaratan diclofenac dalam pengurusan kesakitan kanak-kanak selepas mereka menjalani pembedahan?

1 year 4 months ago
Apakah kebaikan dan kemudaratan diclofenac dalam pengurusan kesakitan kanak-kanak selepas mereka menjalani pembedahan? Mesej utama • Disebabkan kekurangan bukti yang kukuh, kebaikan dan kemudaratan diclofenac untuk menguruskan kesakitan kanak-kanak selepas mereka menjalani pembedahan adalah tidak jelas. • Diclofenac mungkin mengurangkan risiko loya dan muntah, tetapi mungkin meningkatkan risiko pendarahan, berbanding opioid (seperti morfin). • Kajian yang direka bentuk dengan baik dan laporan komprehensif adalah diperlukan untuk menjelaskan kebaikan dan kemudaratan diclofenac berbanding...

Kontrasepsi hormon gabungan yang diambil dalam rejimen lanjutan selama lebih daripada 28 hari berbanding dengan kontrasepsi hormon kitaran 28 hari tradisional.

1 year 4 months ago
Kontrasepsi hormon gabungan yang diambil dalam rejimen lanjutan selama lebih daripada 28 hari berbanding dengan kontrasepsi hormon kitaran 28 hari tradisional. Kontrasepsi hormon gabungan tradisional (CHC), termasuk pil pencegah hamil oral, tampalan transdermal, dan cincin faraj, diberi setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan minggu tanpa hormon. Sepanjang minggu tanpa hormon, pendarahan rahim berlaku. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendekatan lain untuk mengambil kontrasepsi hormon gabungan telah dibangunkan. Ini termasuk mengambil CHC selama lebih daripada 28 hari...

Terapi lamotrigine tambahan untuk epilepsi fokal tahan ubat

1 year 4 months ago
Terapi lamotrigine tambahan untuk epilepsi fokal tahan ubat Mesej utama 1. Lamotrigine adalah ubat antisawan yang diguna sebagai rawatan penunjang untuk sawan fokal dalam kalangan orang dengan epilepsi tahan ubat. Epilepsi fokal dicirikan oleh sawan yang muncul dari kawasan spesifik otak. 3. Lamotrigine mungkin berkesan untuk mengurangkan kekerapan sawan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi kajian lanjut perlu untuk menilai kesan jangka panjang lamotrigine dan untuk membandingkan lamotrigine dengan ubat tambahan lain. Apakah epilepsi dan bagaimana ia dirawat? Epilepsi adalah...

Dapatkah pembedahan sinus endoskopik (iaitu pembedahan menggunakan tiub nipis dan panjang yang dimasukkan ke dalam rongga sinus) merawat poliposis hidung (ketumbuhan lembut dalam saluran hidung yang diistilahkan polip) di kalangan penghidap fibrosis sista

1 year 4 months ago
Dapatkah pembedahan sinus endoskopik (iaitu pembedahan menggunakan tiub nipis dan panjang yang dimasukkan ke dalam rongga sinus) merawat poliposis hidung (ketumbuhan lembut dalam saluran hidung yang diistilahkan polip) di kalangan penghidap fibrosis sista Mesej utama Kami tidak pasti sama ada pengairan hidung berserta dengan intervensi pembedahan sinus endoskopik dapat memperbaik gejala dan fungsi paru-paru atau mengurangkan keperluan untuk antibiotik berbanding dengan pengairan hidung semata-mata. Terdapat satu episod pendarahan semasa pembedahan yang berjaya ditangani semasa prosedur tanpa...

Bolehkah pengurangan preskripsi ubat antikolinergik meningkatkan hasil kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua?

1 year 4 months ago
Bolehkah pengurangan preskripsi ubat antikolinergik meningkatkan hasil kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua? Mesej utama • Adalah diketahui bahawa orang tua yang mengambil lebih banyak ubat dengan kesan antikolinergik mungkin lebih berisiko mengalami penurunan kognitif. • Terdapat kekurangan bukti berkualiti tinggi untuk menunjukkan sama ada mengurangkan preskripsi ubat antikolinergik boleh memelihara atau menambahbaik kognisi. Bukti semasa adalah sangat tidak pasti dan sangat jangka pendek. • Terdapat keperluan untuk kajian berskala besar untuk menyiasat kesan jangka panjang...

Pembedahan jantung untuk penggantian injap aorta melalui hirisan kecil berbanding hirisan lengkap standard di bahagian hadapan dada

1 year 4 months ago
Pembedahan jantung untuk penggantian injap aorta melalui hirisan kecil berbanding hirisan lengkap standard di bahagian hadapan dada Mesej utama - Kami tidak menemui bukti kukuh yang mencukupi untuk menjawab persoalan apakah cara yang terbaik untuk melakukan penggantian injap aorta adalah dengan melalui hirisan konvensional bersaiz lengkap pada tulang dada ataupun dengan hirisan bersaiz lebih kecil di atas tulang dada. - Tiada masalah penting yang berlaku selepas pembedahan jantung adalah lebih biasa dalam kedua-dua kumpulan. Apakah penggantian injap aorta? Penggantian injap aorta adalah satu...
Checked
8 hours 58 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed