1 year 1 month ago
Peranan profilaksis imunoglobulin dalam barah hematologi Nota editorial: Soalan ulasan ini kini sedang ditangani mengikut protokol baru: https://doi.org/10.1002/14651858.CD015719 Pesakit dengan barah hematologi terdedah kepada jangkitan akibat kerosakan dalam sistem imun mereka. Salah satu kerosakan utama ialah pengurangan dalam tahap imunoglobulin. Selama bertahun-tahun, tanggapan adalah bahawa pemberian immunoglobulin yang terkumpul daripada penderma yang sihat mungkin dapat membalikkan kerosakan ini. Walau bagaimanapun, kajian rawak terkawal menunjukkan keputusan yang berbeza dari...
1 year 1 month ago
Patutkah jaringan transfaraj, graf biologi atau tisu asli diguna untuk membaiki prolaps faraj? Mesej utama • Berbanding tisu asli, pembaikan jaringan transvaginal mungkin mengurangkan (1) bilangan wanita yang menyedari prolaps (iaitu mereka boleh melihat atau merasakan bonjolan atau sesuatu yang jatuh di kawasan faraj) pada 6 bulan hingga 7 tahun selepas pembedahan, dan (2) bilangan yang memerlukan pembedahan berulang untuk prolaps. Walau bagaimanapun, prosedur mesh transvaginal mungkin mengakibatkan lebih banyak kecederaan pundi kencing dan gejala inkontinensia baru (kebocoran air kencing...
1 year 1 month ago
Adakah vaksin kanser membantu orang yang menghidap kanser paru-paru bukan ‘non-small cell’ peringkat parah? Mesej utama - Vaksin yang dinilai dalam ulasan ini tidak meningkatkan kelangsungan hidup individu, atau kelangsungan hidup tanpa progres penyakit atau sangat sedikit progres pada tahap yang boleh diabaikan. - Kesan yang tidak diingini daripada vaksin ini adalah tidak kerap. Apakah kanser paru-paru ? Kanser paru-paru ialah salah satu kanser yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Kanser paru-paru ‘non-small cell’ (NSCLC) ialah jenis kanser paru-paru yang paling kerap, menyumbang...
1 year 1 month ago
Perbandingan dua kaedah penutupan luka dalam pemulihan stoma: penutupan dengan teknik tali dompet berbanding penutupan kulit linear. Mesej utama • Penutupan kulit dengan teknik tali dompet (PSSC) mungkin mengurangkan risiko jangkitan luka berbanding dengan penutupan kulit linear (LSC). • Pesakit yang menjalani PSSC mungkin lebih berpuas hati dengan keputusannya berbanding mereka yang menjalani LSC. Apakah maksud pemulihan stoma? Stoma usus adalah satu bukaan usus yang dibuat secara pembedahan pada permukaan abdomen. Pesakit dengan stoma sementara akan menjalani proses pemulihan stoma...
1 year 1 month ago
Terapi tingkah laku kognitif serta rawatam standard untuk episod pertama dan permulaan terkini psikosis Mesej utama Terapi tingkah laku kognitif (CBT) berkesan untuk mengurangkan gejala skizofrenia dan memperbaik fungsi seseorang pada permulaan kecelaruan tersebut. Sangat sedikit maklumat tersedia mengenai potensi kesan buruk yang dikaitkan dengan intervensi ini. Pengenalan Skizofrenia ialah satu kecelaruan mental teruk kerana kesan berat gejala tersebut terhadap kehidupan seharian mereka yang terjejas. Mereka yang menghidap penyakit ini berjuang untuk membezakan antara pemikiran,...
1 year 1 month ago
Ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19 Adakah ivermectin berkesan untuk COVID-19? Mesej utama Kami tidak menemui bukti untuk menyokong penggunaan ivermectin untuk merawat COVID-19 atau mencegah jangkitan SARS-CoV-2. Pangkalan bukti bertambah baik sedikit dalam kemas kini ini, tetapi masih terhad. Penilaian terhadap penggunaan ivermectin adalah berterusan dalam 31 kajian yang sedang dijalankan dan kami akan mengemas kini ulasan ini sekali lagi apabila keputusannya tersedia. Apa itu ivermectin? Ivermectin adalah ubat yang digunakan untuk merawat parasit, seperti parasit usus pada...
1 year 1 month ago
Terapi mampatan bagi mencegah ulser kaki vena daripada berulang Mesej utama • Tahap pemampatan yang tinggi mungkin lebih berkesan untuk mencegah ulser daripada berulang berbanding tahap mampatan yang lebih rendah atau tiada mampatan. • Dalam jangka masa panjang, pesakit mungkin lebih cenderung untuk terus menggunakan stoking dengan mampatan yang lebih rendah. Apakah ulser kaki vena? Ulser kaki vena adalah luka yang kekal pada tempoh yang lama di kaki pesakit yang menghidap penyakit vena. Ianya boleh disebabkan oleh penyumbatan atau aliran darah yang perlahan dalam saluran darah yang membawa...
1 year 1 month ago
Apakah faedah dan risiko pemulihan jantung berasaskan senaman untuk kegagalan jantung? Mesej utama - Berbanding tanpa senaman, tiada bukti perbezaan kematian daripada sebarang akibat kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Mengambil bahagian dalam pemulihan jantung berasaskan senaman berkemungkinan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital daripada sebarang sebab dan berkaitan kegagalan jantung, dan berkemungkinan menghasilkan peningkatan penting dalam kualiti hidup berkaitan kesihatan yang dinilai oleh soal selidik 'Minnesota Living with Heart Failure'. - Yang penting, ulasan yang...
1 year 1 month ago
Perkhidmatan 'hospital di rumah' untuk mengelakkan kemasukan ke hospital Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada menyediakan penjagaan kesihatan di hospital pengelakan kemasukan di tetapan rumah meningkatkan hasil kesihatan pesakit dan mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan. Mesej utama Hospital di rumah mengelak kemasukan hospital mungkin sedikit atau tidak ada perbezaan terhadap risiko kematian; mungkin meningkatkan peluang tinggal di rumah pada masa susulan enam bulan; dan boleh sedikit lebih murah. Apakah yang telah dikaji dalam...
1 year 1 month ago
Cara alternatif untuk menganjurkan penghantaran penjagaan kesihatan kepada orang dewasa yang lebih tua yang tinggal di kemudahan penjagaan warga emas Apakah tujuan ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menentukan sama ada menyediakan penduduk kemudahan penjagaan tua (ACF) dengan perawatan yang sama seperti rawatan biasa, yang cuma diberikan dengan cara yang berbeza (model penjagaan alternatif), adalah lebih baik dalam hal pemindahan jabatan kecemasan, kemasukan hospital yang tidak dijadualkan, kejadian-kejadian sampingan, kepatuhan kepada penjagaan klinikal yang disyorkan, kualiti...
1 year 2 months ago
Apakah faedah dan risiko pembedahan Roux-en-Y tanpa potongan selepas membuang bahagian bawah perut dalam rawatan kanser gastrik? Mesej utama ‐ Membandingkan rekonstrucksi Roux‐en‐Y tanpa potongan dengan pembinaan semula Billroth II, kedua-dua rawatan mungkin serupa dari segi komplikasi selepas pembedahan utama, kejadian kebocoran anastomosis, dan perubahan dalam berat badan, tetapi kami sangat tidak pasti tentang kebanyakan keputusan ini. Rekonstruksi Roux‐en‐Y tanpa potongan boleh mengurangkan kejadian refluks hempedu, tetapi boleh menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan kepada kejadian...
1 year 2 months ago
Urutan sakit leher Mesej utama Uasan ini menunjukkan bahawa dalam tempoh subakut (jangka sederhana) atau sakit leher yang berterusan, dalam masa hampir 12 minggu susulan, urutan dibandingkan urutan 'palsu' mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap kesakitan, ketidakupayaan fungsi, kualiti hidup dan kejayaan rawatan yang dilaporkan oleh peserta. Kesan sampingan termasuk kesakitan pada tempat rawatan . Latar belakang Sakit leher adalah keadaan yang biasa berlaku di kalangan orang dewasa sama ada secara akut (<4 minggu), subakut (4 hingga 12 minggu) atau sakit leher...
1 year 2 months ago
Intervensi untuk pengurusan fibrosis submukosa oral Soalan ulasan Rawatan manakah yang berkesan dalam menambahbaik gejala yang berkaitan dengan fibrosis submukosa oral? Mesej utama – Keputusan keseluruhan adalah bercampur-campur tetapi menunjukkan bahawa menggunakan ubat antioksidan amat berguna untuk merawat keadaan mulut dengan bukaan yang terhad dan berkemungkinan mengurangkan rasa terbakar di dalam mulut yang dialami oleh orang yang mempunyai fibrosis submukosa oral. Apakah fibrosis submukosa oral? Fibrosis submukosa oral adalah penyakit yang mengakibatkan keterbatasan pergerakan pada...
1 year 2 months ago
Rawatan antibiotik makrolid (termasuk azithromycin) untuk penghidap fibrosis sista Soalan ulasan Apakah kesan antibiotik makrolid terhadap penghidap fibrosis sista (CF) dan jangkitan saluran pernafasan mereka? Mesej utama - Penghidap CF lebih terdedah kepada jangkitan paru-paru disebabkan bakteria yang mungkin sukar dirawat. Antibiotik makrolid (seperti azithromycin dan clarithromycin) boleh mengurangkan kesan bakteria tersebut. Salah satu antibiotik makrolid, azithromycin, dapat meningkatkan fungsi paru-paru pada enam bulan berbanding plasebo (rawatan tanpa bahan aktif) dan boleh...
1 year 2 months ago
Apakah faedah dan risiko rawatan zat bukan penggumpal yang lebih baharu dalam pencegahan pendarahan dalam kalangan penghidap hemofilia A atau B? Mesej utama - Dalam kalangan penghidap hemofilia A atau B, sama ada yang turut mempunyai zat penghambat atau tidak, rawatan zat bukan penggumpal untuk mencegah pendarahan didapati mengurangkan kadar perdarahan tahunan untuk semua jenis perdarahan, perdarahan sendi serta perdarahan spontan jika dibandingkan dengan pendekatan tanpa sebarang pencegahan pendarahan. Terdapat peningkatan ketara dalam peratusan penghidap hemofilia yang tidak mengalami...
1 year 2 months ago
Tafenoquine untuk mencegah relaps dalam orang dengan malaria vivax Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan ini adalah untuk melihat jika tafenoquine boleh mencegah relaps jangkitan vivax dan jika kesan ini setara dengan dos standard primaquine. Dos standard primaquine ditakrifkan sebagai 15 mg/hari selama 14 hari untuk orang dewasa. Mesej utama Tafenoquine mencegah relaps malaria vivax (diukur sebagai pengulangan jangkitan dalam semua kajian kerana tidak mungkin untuk membezakan relaps sebenar dari jangkitan semula) dalam orang dewasa berbanding dengan tiada rawatan pencegahan relaps...
1 year 2 months ago
Masa dan dos kortikosteroid yang berbeza untuk mengelakkan kecederaan paru-paru Soalan ulasan Apakah masa dan dos kortikosteroid (kelas ubat yang menyekat keradangan) yang terbaik untuk mencegah kecederaan paru-paru pada bayi yang dilahirkan sangat awal. Latar belakang Bayi yang dilahirkan terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan paru-paru. Dalam istilah perubatan, ini dipanggil penyakit paru-paru kronik (CLD) atau displasia bronkopulmonari (BPD). Keradangan paru-paru adalah salah satu punca masalah paru-paru, dan atas sebab ini kajian telah menyiasat ubat...
1 year 2 months ago
Aplikasi telefon pintar untuk orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti Mesej utama - Keputusan yang kami kenal pasti tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa aplikasi telefon pintar membantu remaja dan orang dewasa dengan berat badan yang berlebihan atau obesiti. Apabila kami membandingkan aplikasi telefon pintar dengan tidak melakukan apa-apa atau bimbingan peribadi, perbezaan yang kami dapati adalah kecil dan mungkin tidak memberi kesan penting terhadap kehidupan seharian. - Kami tidak mempunyai banyak maklumat tentang remaja. Kami juga tidak tahu bagaimana aplikasi...
1 year 2 months ago
Infliximab untuk mengekalkan rawatan yang berjaya dalam Penyakit Crohn Mesej utama Infliximab mungkin lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah pengulangan penyakit bagi pesakit yang telah menunjukkan tindak balas terhadap infliximab. Ia juga boleh lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah kehilangan tindak balas pada pesakit dengan penyakit fistulasi. Ia boleh serupa dengan plasebo dari segi jumlah peristiwa sampingan buruk. Infliximab yang digabungkan dengan analog purin mungkin lebih unggul daripada analog purin sahaja untuk mencegah pengulangan penyakit, baik secara klinikal dan...
1 year 2 months ago
Adakah meditasi membantu mencegah orang daripada menghidap penyakit kardiovaskular atau penyakit kardiovaskular bertambah teruk? Mesej utama · Kami melihat terutamanya dua jenis meditasi utama, intervensi berasaskan keprihatinan (MBI) dan meditasi transendental (TM), berbanding dengan menerima sesuatu yang lain atau tidak ada apa-apa (masing-masing dirujuk sebagai kumpulan perbandingan aktif dan tidak aktif). Kami mendapati keputusan yang tidak konsisten untuk banyak hasil yang diingini. · Berbanding dengan pembanding yang tidak aktif, MBI mungkin mengurangkan tekanan, dan juga boleh...
Checked
5 hours 10 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed