6 months 2 weeks ago
Apakah faedah dan risiko zat besi intravena berbanding zat besi oral untuk merawat anemia kekurangan zat besi semasa hamil? Mesej utama Zat besi intravena berkemungkinan lebih baik dalam merawat anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi semasa hamil berbanding dengan zat besi oral. Zat besi intravena mungkin menyebabkan sedikit hingga tiada perbezaan dalam pendarahan berat selepas bersalin dan berkemungkinan mengakibatkan sedikit hingga tiada perbezaan dalam keperluan untuk pemindahan darah berbanding dengan zat besi oral. Kesan tidak diingini yang serius jarang berlaku dan mungkin...
6 months 2 weeks ago
Apakah faedah dan risiko azathioprine (sejenis ubat yang mempengaruhi tindak balas imun badan) bagi orang dengan sklerosis berbilang? Mesej utama - Tidak jelas sama ada azathioprine (ubat yang mempengaruhi tindak balas imun badan) memberikan lebih banyak manfaat secara keseluruhan daripada ubat yang lain untuk sklerosis berbilang, seperti interferon (protein semula jadi yang dibuat oleh badan untuk merawat jangkitan). Azathioprine mengurangkan bilangan orang yang mengalami relaps berbanding interferon. - Orang yang mengambil azathioprine selama dua tahun boleh cenderung mengalami kesan buruk...
6 months 2 weeks ago
Rawatan kemoterapi mana yang terbaik untuk membantu orang dengan kanser pankreas lanjutan? Mesej-mesej utama • FOLFIRINOX dan gemcitabine ditambah dengan taxane memanjangkan jangka hayat orang dengan kanser pankreas lanjutan berbanding gemcitabine sahaja. • Penemuan kami mencadangkan kemoterapi kombinasi berasaskan fluoropyrimidine memanjangkan jangka hayat orang dengan kanser pankreas lanjutan berbanding gemcitabine ditambah taxane. Apakah kanser pankreas? Kanser pankreas adalah kanser yang sangat agresif, sering didiagnosis di peringkat akhir di mana pembedahan tidak dapat ditawarkan. Pada...
6 months 3 weeks ago
Bolehkah pembalut, krim, atau minyak membantu mencegah ulser tekanan (kudis katil)? Mesej utama Ketidakpastian bukti yang kami kenal pasti bermakna bahawa kita tidak tahu sama ada pembalut atau ejen topikal (termasuk pelbagai krim, losyen, dan minyak) menyebabkan sebarang perbezaan terhadap jumlah ulser tekanan yang berlaku pada orang yang berisiko. Apakah ulser tekanan? Ulser tekanan, juga dikenali sebagai kecederaan tekanan, kudis katil, atau kudis tekanan, berlaku apabila kulit atau tisu di bawahnya cedera disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan di bahagian badan yang bertulang. Ia...
6 months 3 weeks ago
Intervensi untuk mencegah jangkitan luka selepas pembedahan jantung Mesej utama - Kualiti keseluruhan bukti yang menyokong intervensi untuk mengurangkan jangkitan tapak pembedahan dalam pembedahan jantung dewasa adalah lemah. Kajian menggunakan definisi yang berbeza-beza untuk jangkitan luka, yang menyukarkan sebarang perbandingan antara kajian-kajian ini. - Terdapat jurang pengetahuan yang ketara mengenai pelaksanaan intervensi untuk mengurangkan jangkitan tapak pembedahan dalam kalangan pesakit dewasa yang menjalani pembedahan jantung. Apakah jangkitan tapak pembedahan? Jangkitan tapak...
6 months 3 weeks ago
Adakah penambahan radioterapi kepada kemoterapi meningkatkan kelangsungan hidup atau meningkatkan kesan sampingan pada orang dewasa dengan limfoma Hodgkin peringkat awal berbanding dengan kemoterapi sahaja? Mesej utama – Terdapat potensi manfaat dalam kelangsungan hidup tanpa perkembangan penyakit (kanser semakin teruk) atau kematian pada orang dengan limfoma Hodgkin (kanser sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem imun yang melindungi anda daripada kuman dan bahan memudaratkan) dengan radioterapi tambahan dalam beberapa perbandingan. Terdapat data terhad mengenai kesan sampingan. –...
6 months 3 weeks ago
Adakah antibodi monoklonal biosimilar berfungsi dengan baik seperti ubat asal untuk rawatan kanser? Mesej utama Bagi mereka dengan kanser paru-paru, kolorektal (sejenis kanser yang tumbuh di usus besar atau rektum), Limfoma jenis bukan Hodgkin (sejenis kanser darah), atau kanser payu dara, bevacizumab, rituximab, dan trastuzumab biosimilar (produk yang serupa dengan ubat yang diperbuat daripada organisma hidup) atau ubat asal (dipanggil sebagai pemula) mempunyai kesan yang sama terhadap hasil yang dianggap penting oleh pengguna. Tempoh masa bagi orang yang hidup dan bebas barah selepas...
6 months 3 weeks ago
Adakah pesakit yang menjalani pembedahan jantung mendapat manfaat daripada rawatan pencegahan dengan ubat-ubatan inotropik? Mesej utama • Rawatan pesakit pembedahan jantung dengan ubat 'levosimendan' sebelum pembedahan mungkin boleh memberi manfaat. • Walau bagaimanapun, bukti semasa adalah terhad, dan lebih banyak kajian diperlukan sebelum cadangan yang tuntas dapat dibuat. Rasional Fungsi jantung yang berkurang adalah komplikasi yang berpotensi membawa maut selepas pembedahan jantung. Pendekatan yang mungkin untuk mencegah komplikasi ini adalah rawatan dengan ubat-ubatan yang merangsang...
6 months 4 weeks ago
Adakah ubat yang meningkatkan daya degupan jantung menghalang sindrom keluaran jantung rendah dan kematian pada kanak-kanak yang menjalani pembedahan untuk penyakit jantung kongenital? Mesej utama - Menggunakan levosimendan sebagai pencegahan mengurangkan kemungkinan kanak-kanak yang menjalani pembedahan jantung mati. Risiko untuk pengurangan fungsi jantung sebahagian besarnya dikurang dengan levosimendan dan berkemungkinan juga dengan milrinone, berbanding plasebo. Kesan sampingan mungkin lebih biasa dengan levosimendan atau dobutamine dan lebih biasa dengan milrinone tetapi kurang biasa...
6 months 4 weeks ago
Manakah teknik pembedahan terbaik untuk merawat endometrioma (ketulan tisu serupa dengan lapisan rahim yang tumbuh di dalam ovari)? Mesej utama • Untuk rawatan pembedahan endometrioma (mendapan tisu yang serupa dengan lapisan rahim yang tumbuh pada ovari), pemotongan (membuang endometrioma dari ovari) mungkin lebih baik daripada pengaliran dan ablasi (memusnahkan endometrioma dengan arus elektrik atau laser) untuk memperbaiki haid yang menyakitkan, sakit semasa hubungan seks, risiko endometrioma kembali, dan risiko memerlukan lebih banyak pembedahan. • Kajian masa depan harus merekodkan...
7 months ago
Adakah suplemen asid lemak tak tepu omega-3 lebih baik daripada plasebo untuk merawat kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja? Mesej utama – Disebabkan oleh kekurangan bukti yang kukuh, faedah dan kesan tidak diingini suplemen asid lemak tak tepu omega-3 (yang merupakan lemak penting yang anda mesti dapatkan daripada pemakanan anda) untuk merawat kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah tidak jelas. – Kajian yang lebih besar dan direka dengan baik diperlukan untuk memberikan anggaran yang lebih baik tentang potensi manfaat dan kemudaratan suplemen asid lemak tak tepu...
7 months ago
Adakah suplemen kalsium semasa kehamilan meningkatkan kesihatan bayi dan ibu (selain kajian hipertensi) Mesej utama Mengambil dos tinggi (lebih daripada 1000 mg) suplemen kalsium semasa kehamilan boleh mengurangkan bayi dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan. Mungkin tiada perbezaan dalam kesan sampingan yang tidak diingini, walaupun kami mendapati data yang sangat sedikit mengenainya. Nampaknya tidak ada pengurangan bilangan bayi yang dilahirkan sebelum 34 minggu kehamilan atau bilangan bayi dengan berat kelahiran rendah. Ini adalah bayi yang kesihatannya lebih teruk kerana dilahirkan lebih...
7 months ago
Ubat yang meningkatkan kewaspadaan (psikostimulan) untuk mengantuk siang hari yang berlebihan (hipersomnia) dalam distrofi miotonik Mesej utama • Kesan ubat-ubatan yang meningkatkan kewaspadaan (psikostimulan) pada mengantuk siang hari yang berlebihan (hipersomnia) seperti yang dinilai oleh kajian tidur objektif adalah sangat tidak pasti. • Psikostimulan mungkin meningkatkan hipersomnia seperti yang dinilai sendiri oleh pesakit. • Lebih banyak kajian yang melihat keberkesanan dan keselamatan psikostimulan untuk distrofi miotonik dalam jangka pendek dan panjang diperlukan. Apakah hipersomnia...
7 months 1 week ago
Adakah suntikan hyaluronidase perineum semasa peringkat kedua kelahiran mengurangkan kerosakan alat kelamin pada wanita yang dalam kelahiran? Mesej-mesej utama Bagi wanita dalam peringkat kedua kelahiran, suntikan bahan yang dikenali sebagai hyaluronidase (HAase) ke dalam kawasan perineum (sebahagian daripada alat kelamin) boleh mengurangkan risiko kerosakan pada perineum (iaitu koyakan yang tidak dijangka atau luka pembedahan yang disengajakan dikenali sebagai episiotomi - atau kedua-duanya) apabila dibandingkan dengan tiada intervensi. Kemungkinannya terdapat tiada perbezaan apabila...
7 months 1 week ago
Apakah faedah dan risiko asid tranexamic dalam pencegahan pendarahan yang banyak selepas kelahiran secara caesarean? Mesej utama Ubat pembekuan asid tranexamic (TXA) yang diberikan semasa kelahiran secara caesarean tidak dapat mencegah pendarahan yang teruk apabila kehilangan darah diukur dengan mengumpul darah dan menimbang span pembedahan, atau apabila pengamal perubatan menganggar jumlah kehilangan darah. Apabila kehilangan darah dikira dengan menggunakan kadar sel darah merah dalam darah sebelum dan selepas kelahiran secara caesarean, terdapat sedikit pengurangan dalam pendarahan teruk....
7 months 2 weeks ago
Sel stem dari sumsum tulang atau sel stem dari darah periferal: mana yang lebih baik untuk orang dewasa dengan kanser darah? Mesej utama • Pemindahan sel stem darah adalah pilihan terapeutik yang relevan untuk merawat orang dengan gangguan darah. Sel stem darah boleh diambil dari sumber yang berbeza, termasuk darah periferal dan sumsum tulang. • Pemindahan sumsum tulang dan pemindahan sel stem darah periferal mungkin membawa kepada hasil yang serupa dari segi kelangsungan hidup keseluruhan. • Untuk kemaskini ini, kami tidak menemui kajian baru yang layak. Penyelidikan masa depan harus...
7 months 2 weeks ago
Adakah varnis perak diamine fluorida merupakan rawatan berkesan untuk mencegah dan menguruskan kerosakan gigi pada kanak-kanak dan dewasa? Mesej utama - Kami tidak dapat mengetahui sama ada perak diamine fluorida (SDF) adalah lebih baik daripada tiada rawatan untuk mencegah atau merawat kerosakan gigi. - Kami tidak dapat mengetahui sama ada SDF adalah lebih baik atau lebih teruk daripada rawatan yang lain untuk mencegah atau merawat kerosakan gigi. -Kajian baharu dapat membantu untuk mengetahui tentang kesan SDF yang tidak diingini, sama ada orang terganggu oleh pewarnaan pada gigi yang...
7 months 2 weeks ago
Adakah pengambilan statin menghalang pembekuan darah daripada terbentuk dalam vena orang yang tidak pernah mengalami bekuan darah sebelum ini? Mesej utama - Penggunaan statin untuk pencegahan utama tromboembolisme vena (VTE; keadaan di mana bekuan darah, atau embolisme, terbentuk dalam vena) boleh mengurangkan sedikit kejadian VTE dan kematian daripada sebarang punca, tetapi pengurangannya mungkin terlalu kecil untuk jadi penting. - Statin boleh tidak memberi sebarang perbezaan dengan kemungkinan mengalami trombosis vena dalam (DVT; darah beku di bahagian bawah kaki), embolisme pulmonari...
7 months 2 weeks ago
Apakah jumlah natrium dialisat yang sesuai untuk hemodialisis kronik? Mesej utama • Semasa dialisis (satu prosedur yang mengeluarkan bahan buangan dan lebihan garam serta cecair daripada darah apabila buah pinggang berhenti berfungsi dengan baik), jumlah garam (natrium) yang sesuai perlu dipilih untuk mencuci darah pesakit. Terlalu banyak natrium boleh menyebabkan seseorang itu dahaga dan mengakibatkan mereka minum terlalu banyak air. Malah, terlalu sedikit natrium boleh mengakibatkan kekejangan dan menurunkan tekanan darah. Kedua-dua boleh menyebabkan kerosakan pada jantung. • Natrium...
7 months 2 weeks ago
Adakah terdapat perbezaan dalam hasil apabila seorang pakar bedah membuat satu potongan berbanding beberapa potongan untuk melakukan pembedahan lubang kunci untuk mengeluarkan apendiks untuk radang apendiks yang disyaki? Mesej utama • Rawatan radang apendiks biasanya dilakukan dengan pembedahan invasif minimum (pembedahan laparoskopik atau 'lubang kunci'). Pembedahan ini boleh dilakukan menggunakan beberapa hirisan (potongan) atau satu hirisan. Pada masa ini, tiada muafakat mengenai pendekatan mana yang lebih baik. • Pembuangan apendiks dengan satu hirisan mungkin mempunyai hasil kosmetik...
Checked
10 hours 22 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed