Latest Malay Review translations

Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang

2 years 1 month ago
Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang Latar belakang Sakit pinggang merupakan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia. Rangsangan saraf tunjang, satu rawatan pembedahan yang melibatkan pemasangan implan yang menghasilkan impuls elektrik ke saraf tunjang, dikatakan dapat mengurangkan tahap kesakitan dalam individu yang telah mengalami sakit pinggang. Kajian ini bertujuan untuk mengulas bukti berkaitan faedah dan kemudaratan prosedur ini dalam individu yang mengalami sakit pinggang. Ciri-ciri kajian Pengulas membuat carian dalam pangkalan data dan senarai daftar dalam talian untuk...

Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard?

2 years 1 month ago
Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard? Mesej utama 1. Kami mendapati tiada perbezaan jelas kesan antara plasebo aktif dan plasebo standard, tetapi kami sangat tidak pasti tentang keputusan tersebut. 2. Kami mencadangkan agar penyelidik mempertimbangkan dengan teliti jenis plasebo apabila menyelidik ubat-ubatan dengan kesan sampingan yang jelas. Apakah plasebo standard dan plasebo aktif? Pembutaan (atau menutup) adalah bahagian penting dalam kajian rawak dan ia memastikan peserta dan penyedia penjagaan kesihatan tidak...

Strategi-strategi untuk meningkatkan kepatuhan terapi kelasi besi dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia

2 years 1 month ago
Strategi-strategi untuk meningkatkan kepatuhan terapi kelasi besi dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia Soalan ulasan Kami ingin tentukan jika sebarang intervensi (ubat, psikologi atau pendidikan) yang membantu orang mematuhi terapi kelasi besi. Latar belakang Orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia yang menerima transfusi secara berkala terdedah kepada besi berlebihan yang boleh menyebabkan toksisiti organ dan kematian. Terapi kelasi besi diguna untuk mencegah atau merawat besi berlebihan, tetapi ia mungkin menjadi regimen mendesak, dengan kesan-kesan...

Penggunaan ultrasound untuk memasukkan kateter arteri pada kanak-kanak

2 years 1 month ago
Penggunaan ultrasound untuk memasukkan kateter arteri pada kanak-kanak Latar belakang Kateter arteri ialah tiub nipis yang boleh dimasukkan ke dalam arteri untuk memantau tekanan darah semasa pembedahan kompleks dan semasa berada dalam rawatan rapi. Ultrasound (kaedah pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menangkap imej langsung tisu lembut) boleh membantu doktor untuk mengesan arteri dan memasukkan kateter. Khususnya pada kanak-kanak, ultrasound boleh mengurangkan keperluan untuk beberapa batang jarum, kejadian hematoma (kumpulan darah di luar saluran darah) dan kerosakan pada...

Adakah opioid pilihan terbaik untuk menguruskan sakit dalam kalangan bayi selepas pembedahan?

2 years 1 month ago
Adakah opioid pilihan terbaik untuk menguruskan sakit dalam kalangan bayi selepas pembedahan? Mesej utama • Kami tidak menemui cukup bukti berkualiti baik tentang manfaat dan risiko opioid (sekumpulan ubat melegakan sakit) untuk menguruskan sakit selepas pembedahan dalam kalangan bayi. Kami mendapati hanya empat kajian dan ia tidak mendaftarkan bayi yang cukup untuk memberi keputusan yang boleh percaya. Kajian lebih besar yang direka dengan baik diperlukan untuk memberi anggaran lebih baik tentang manfaat dan potensi bahaya opioid, ubatan lain dan rawatan bukan berasaskan ubatan. Mengapa...

Latihan badan untuk memperbaik aktiviti dalam kalangan orang dengan strok

2 years 1 month ago
Latihan badan untuk memperbaik aktiviti dalam kalangan orang dengan strok Latar belakang Strok adalah keadaan lazim yang boleh menyebabkan kehilangan upaya utama dan juga kematian dalam kalangan dewasa. Strok memberi impak penting ke atas pelbagai aspek fungsi manusia, termasuk mengehadkan pergerakan. Satu defisit yang kerap dilihat selepas strok ialah fungsi badan yang berkurangan. Kerosakan ini boleh, antara lain, berciri mobiliti yang berkurangan, keseimbangan duduk yang berkurangan, tindak balas lewat atau berkurangan terhadap gangguan dalaman dan luaran, kekuatan otot yang berkurangan...

Fototerapi berjeda berbanding fototerapi berterusan untuk jaundis neonatal

2 years 1 month ago
Fototerapi berjeda berbanding fototerapi berterusan untuk jaundis neonatal Soalan ulasan Dalam kalangan bayi baru lahir yang jaundis, adakah fototerapi berjeda berkesan mengurangkan paras bilirubin berbanding fototerapi berterusan. Latar belakang Jaundis neonatal adalah perubahan warna kekuningan pada kulit bayi baru lahir akibat paras bilirubin (sebatian kuning yang berlaku secara semula jadi dalam darah) yang tinggi. Fototerapi (terapi cahaya) diterima meluas sebagai rawatan yang berkesan untuk bayi baru lahir yang jaundis. Fototerapi biasanya digunakan secara berterusan tetapi fototerapi...

Intervensi untuk mencegah dan merawat penyakit buah pinggang dalam vaskulitis IgA (Henoch-Schönlein Purpura)

2 years 2 months ago
Intervensi untuk mencegah dan merawat penyakit buah pinggang dalam vaskulitis IgA (Henoch-Schönlein Purpura) Apakah isunya? Vaskulitis IgA (IgAV), sebelum ini dikenali sebagai Henoch-Schönlein Purpura, menyebabkan keradangan saluran darah kecil dalam kanak-kanak dan jarang berlaku dalam dewasa. Simptom dan tanda termasuk ruam kulit bintik-bintil merah dan lebam besar, terutama pada bahagian bawah dan kaki, sakit perut, sakit dan bengkak sendi, dan kadang-kadang pendarahan pada usus. Kira-kira satu per tiga melibatkan buah pinggang dengan darah dan protein dijumpai dalam air kencing semasa...

Apakah manfaat dan risiko kortikosteroid yang diberi terus ke telinga dalam penyakit Ménière?

2 years 2 months ago
Apakah manfaat dan risiko kortikosteroid yang diberi terus ke telinga dalam penyakit Ménière? Mesej utama Akibat kekurangan bukti kukuh, adalah tidak jelas sama ada kortikosteroid yang diberikan ke dalam telinga (kortikosteroid intratimpanum) berfungsi untuk memperbaik gejala bagi orang dengan penyakit Ménière. Adalah tidak jelas juga sama ada terdapat sebarang risiko yang berkaitan dengan rawatan. Kajian lebih besar dan dijalankan dengan baik perlu untuk mengenal pasti sama ada rawatan adalah berkesan dan menilai sama ada terdapat sebarang kesan mudarat. Kerja lanjut juga perlu dilakukan...

Ubat untuk apnea tidur berpusat terhadap orang dewasa

2 years 2 months ago
Ubat untuk apnea tidur berpusat terhadap orang dewasa Mesej utama Kajian dalam bidang ini adalah kecil dan kami tidak dapat membuat kesimpulan sama ada mana-mana ubat yang dikaji membantu orang yang mengalami apnea tidur berpusat (CSA) berbanding rawatan palsu. Apakah apnea tidur berpusat dan bagaimana ia dirawat? CSA ialah gangguan di mana pernafasan berulang kali berhenti dan bermula semasa tidur kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan. CSA memberi kesan terutama kepada lelaki dan orang yang mempunyai penyakit jantung. Keadaan ini berbeza dan...

Apakah faedah dan risiko perubahan gaya hidup dan diet yang berbeza untuk penyakit Ménière?

2 years 2 months ago
Apakah faedah dan risiko perubahan gaya hidup dan diet yang berbeza untuk penyakit Ménière? Mesej utama Disebabkan kekurangan bukti kukuh, tidak jelas sama ada sebarang perubahan gaya hidup atau diet yang digunakan untuk merawat penyakit Ménière berkesan bagi memperbaiki gejala seseorang, walaupun pendekatan ini merupakan rutin dalam amalan klinikal. Kami juga tidak tahu sama ada terdapat sebarang risiko yang berkaitan dengan intervensi ini. Kajian yang lebih besar dan dijalankan dengan baik diperlukan untuk mengenal pasti sama ada sebarang perubahan gaya hidup atau diet mungkin berkesan,...

Teknik pemasangan kateter untuk meningkatkan fungsi kateter dan hasil klinikal terhadap pesakit yang menjalani dialisis peritoneal

2 years 2 months ago
Teknik pemasangan kateter untuk meningkatkan fungsi kateter dan hasil klinikal terhadap pesakit yang menjalani dialisis peritoneal Apa isunya? Dialisis peritoneal (PD) bergantung terhadap pemasangan satu kateter plastik fleksibel yang disalurkan ke dalam rongga peritoneal (ruang di sekeliling organ dalam abdomen) untuk menjalankan rawatan dialisis. Tiub ini mesti harus membolehkan pengaliran keluar dan masuk cecair steril menerusi rongga peritoneal dalam beberapa kali setiap hari (atau semalaman) untuk menyingkirkan bahan buangan dan air secara optimum. Teknik yang digunakan untuk memasang...

Faktor risiko untuk perkembangan dan perkembangan retinopati diabetik proliferatif (komplikasi diabetes yang menjejaskan mata)

2 years 2 months ago
Faktor risiko untuk perkembangan dan perkembangan retinopati diabetik proliferatif (komplikasi diabetes yang menjejaskan mata) Soalan ulasan Kami ingin mengetahui faktor yang boleh meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan penghidap diabetes menghidap retinopati diabetik proliferatif dan retinopati diabetik proliferatif berisiko tinggi, kedua-dua komplikasi diabetes yang mengancam penglihatan. Latar belakang Dalam diabetes, dari masa ke masa, paras gula darah yang meningkat merosakkan saluran darah halus di retina, lapisan di bahagian belakang mata yang memberikan penglihatan kepada...

Adakah asid traneksamik (ubat yang digunakan untuk menambahbaik pembekuan darah) mengurangkan pendarahan semasa pembedahan endoskopik untuk rinosinusitis kronik?

2 years 2 months ago
Adakah asid traneksamik (ubat yang digunakan untuk menambahbaik pembekuan darah) mengurangkan pendarahan semasa pembedahan endoskopik untuk rinosinusitis kronik? Apa itu rinosinusitis kronik? Rinosinusitis kronik merupakan satu keradangan dalam rongga sinus yang berlanjutan selama sekurang-kurangnya 12 minggu. Individu yang mempunyai rinosinusitis kronik boleh mengalami simptom seperti hidung tersumbat atau berair, rasa sakit di bahagian muka serta pengurangan atau kehilangan deria bau. Sesetengah individu juga mungkin mempunyai polip dalam hidung mereka yang boleh memburukkan lagi...

Probiotik untuk pengurusan gangguan sakit abdomen berfungsi terhadap kanak-kanak

2 years 2 months ago
Probiotik untuk pengurusan gangguan sakit abdomen berfungsi terhadap kanak-kanak Probiotik untuk merawat sakit perut terhadap kanak-kanak Mesej utama Probiotik mungkin lebih baik daripada plasebo (rawatan palsu) dalam mengurangkan sakit perut terhadap kanak-kanak yang mengalami sakit abdomen berfungsi. Sinbiotik mungkin lebih baik daripada plasebo (rawatan palsu) dalam mengurangkan sakit perut terhadap kanak-kanak yang mengalami sakit abdomen berfungsi. Apa itu sakit abdomen berfungsi? Sakit abdomen berfungsi merupakan masalah umum kepada kanak-kanak. Istilah sakit abodmen berfungsi...

Adakah terdapat sebarang ubat yang membantu mengurangkan pendarahan selepas pembedahan pada saluran darah?

2 years 2 months ago
Adakah terdapat sebarang ubat yang membantu mengurangkan pendarahan selepas pembedahan pada saluran darah? • Mesej utama Kami belum tahu apakah ubat terbaik untuk mengurangkan pendarahan dan pemindahan darah semasa pembedahan vaskular. • Apakah pembedahan vaskular? Pembedahan vaskular ialah apabila pakar bedah melakukan pembedahan pada saluran darah, untuk membaiki kebocoran dan kawasan yang lemah, atau untuk melapangkan penyumbatan. Ulasan ini memberi tumpuan kepada jenis pembedahan vaskular yang lebih berpotensi menyebabkan pendarahan teruk. • Mengapakah penting untuk mengurangkan...

Intervensi untuk melambatkan progresi rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak

2 years 2 months ago
Intervensi untuk melambatkan progresi rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak Mesej utama • Ubat-ubatan seperti atropin, diberi sebagai titisan mata, boleh melambatkan progresi rabun jauh (miopia) dalam kalangan kanak-kanak, dan juga mengurangkan pemanjangan bola mata akibat miopia. Dos atropin yang lebih tinggi adalah paling berkesan. Kami tidak pasti mengenai kesan dos atropin yang lebih rendah. • Beberapa rawatan, termasuk jenis kanta khas pada cermin mata serta kanta sentuh, mungkin melambatkan progresi rabun jauh, tetapi kesannya masih tidak pasti dan tiada maklumat yang cukup tentang...

Terapi berasaskan sel stem untuk kecederaan otak pada bayi pramatang yang baru lahir

2 years 2 months ago
Terapi berasaskan sel stem untuk kecederaan otak pada bayi pramatang yang baru lahir Soalan ulasan Adakah terapi berasaskan sel stem menyelamatkan nyawa atau meningkatkan perkembangan jangka panjang bayi pramatang yang baru lahir mengalami atau mungkin mengalami pendarahan pada otak (pendarahan intraventrikular) atau kerosakan bahan kelabu? Latar belakang Bayi yang lahir terlalu awal (‘pramatang’), terutamanya bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-28 kehamilan, kadang-kadang mengalami pendarahan pada otak. Bayi dengan pendarahan yang kurang teruk mungkin pulih sepenuhnya atau hanya...

Hubungkait keselamatan dan keberkesanan drug epoetin yang berbeza untuk merawat anemia dalam pesakit buah pinggang kronik

2 years 2 months ago
Hubungkait keselamatan dan keberkesanan drug epoetin yang berbeza untuk merawat anemia dalam pesakit buah pinggang kronik Apakah isunya? Jumlah sel darah merah yang rendah (anemia) merupakan perkara biasa dalam pesakit buah pinggang kronik dan boleh menyebabkan simptom seperti keletihan atau kesesakan nafas serta meningkatkan keperluan untuk transfusi darah. Epoetin merupakan sejenis ubatan suntikan (ke dalam kulit atau aliran darah) yang digunakan untuk merawat anemia dalam pesakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan ubat epoetin ini yang mempunyai manfaat dan...

Faktor yang mempengaruhi penyediaan perkhidmatan pemulihan berasaskan rumah untuk orang yang memerlukan pemulihan: sintesis bukti kualitatif

2 years 2 months ago
Faktor yang mempengaruhi penyediaan perkhidmatan pemulihan berasaskan rumah untuk orang yang memerlukan pemulihan: sintesis bukti kualitatif Matlamat sintesis bukti kualitatif Cochrane ini adalah untuk meneroka faktor yang mempengaruhi perkhidmatan pemulihan yang disampaikan di rumah sendiri. Sintesis melihat perkhidmatan yang disampaikan secara peribadi serta perkhidmatan yang disampaikan melalui telerehabilitasi. Kami menganalisis data daripada 53 kualitatif kajian untuk menjawab soalan ini. Mesej utama Pemulihan berasaskan rumah, dihantar secara bersemuka atau melalui telerehabilitasi,...
Checked
9 hours 9 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed