Latest Malay Review translations

Vaksin untuk mencegah selesema biasa

2 years 4 months ago
Vaksin untuk mencegah selesema biasa Soalan ulasan Bolehkah vaksin membantu mencegah selesema biasa? Latar belakang Selsema biasa disebabkan terutamanya oleh jangkitan virus pada saluran pernafasan atas. Orang yang mempunyai selesema merasa kurang sihat, mempunyai hidung berair, hidung tersumbat, bersin, batuk dengan atau tanpa sakit tekak, dan suhu yang sedikit tinggi. Walau bagaimanapun, orang biasanya pulih apabila sistem imun mereka mengawal kesan jangkitan virus. Rawatan untuk keadaan ini bertujuan untuk melegakan gejala. Secara global, selsema menyebabkan penyakit yang meluas dan...

Patutkah rawatan salur akar dibuat dalam satu lawatan atau dalam beberapa lawatan?

2 years 4 months ago
Patutkah rawatan salur akar dibuat dalam satu lawatan atau dalam beberapa lawatan? Mesej utama Rawatan endodontik (kanal akar) lawatan tunggal dan berbilang lawatan adalah sama berkesan, tidak kira sama ada bahagian lembut di tengah gigi yang mengandungi saraf dan saluran darah (pulpa pergigian) adalah vital (hidup) atau tidak vital (mati) . Kedua-dua pendekatan rawatan sering dikaitkan dengan sedikit kesakitan jangka pendek selepas rawatan. Apakah rawatan salur akar? Rawatan salur akar adalah prosedur lazim yang diperlukan apabila pulpa gigi rosak dan tidak dapat dipulihkan. Rawatan salur...

Penjagaan yang melibatkan keluarga untuk kesejahteraan awal kanak-kanak Orang Asli

2 years 4 months ago
Penjagaan yang melibatkan keluarga untuk kesejahteraan awal kanak-kanak Orang Asli Mesej utama Terdapat sedikit peningkatan pada kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak Orang Asli dan keluarga mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam program penjagaan berpusatkan keluarga di perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, tetapi kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap bukti keseluruhan. Semua kajian menggunakan strategi penglibatan komuniti, yang merupakan aspek penting dalam bekerja dengan komuniti Orang Asli. Kajian yang dikuasakan dengan secukupnya berkemungkinan...

Rawatan untuk membasmikan 'superbug'Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin dalam paru-paru orang dengan fibrosis sista

2 years 4 months ago
Rawatan untuk membasmikan 'superbug'Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin dalam paru-paru orang dengan fibrosis sista Soalan ulasan Kami mencari bukti tentang kesan pelbagai cara membasmikan Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin yang dipanggil 'superbug', dari paru-paru orang yang menghidap fibrosis sista. Latar belakang MRSA ialah sejenis bakteria yang tahan terhadap beberapa jenis antibiotik (ubat yang membunuh atau menghalang bakteria). Disebabkan MRSA sukar dirawat, ia kadang-kadang dipanggil 'superbug'. Jangkitan dengan MRSA amat membimbangkan untuk...

Apakah manfaat dan risiko ubat homeopati oral dalam mencegah dan merawat jangkitan saluran pernafasan akut dalam kalangan kanak-kanak?

2 years 4 months ago
Apakah manfaat dan risiko ubat homeopati oral dalam mencegah dan merawat jangkitan saluran pernafasan akut dalam kalangan kanak-kanak? Mesej utama Homeopati adalah sejenis perubatan pelengkap dan alternatif. Ia berdasarkan dua idea utama: bahawa bahan yang boleh menyebabkan penyakit atau gejala dalam kalangan orang yang sihat boleh, dalam dos yang sangat kecil, merawat gejala tersebut dalam kalangan orang yang tidak sihat; dan molekul dalam bahan yang sangat cair mengekalkan memori bahan asal. Akibat kekurangan bukti kukuh, manfaat dan risiko ubat homeopati oral untuk mencegah dan merawat...

Terapi laser untuk retinopati penyakit sel sabit

2 years 4 months ago
Terapi laser untuk retinopati penyakit sel sabit Soalan ulasan Sejauh manakah keberkesanan pelbagai teknik-teknik fotopembekuan laser dalam retinopati yang berkaitan dengan penyakit sel sabit (pembangunan komplikasi yang mengancam penglihatan disebabkan oleh pertumbuhan saluran darah yang berlebihan di bahagian belakang mata)? Latar belakang Penyakit sel sabit adalah satu gangguan genetik yang menjejaskan banyak organ termasuklah mata. Bahagian belakang mata (retina) boleh mendapat masalah akibat penyakit sel sabit. Sebilangan penghidap penyakit sel sabit mengalami komplikasi penglihatan...

Adakah panduan ultrabunyi pilihan yang bagus untuk kanulasi intravena periferal pada orang dewasa?

2 years 4 months ago
Adakah panduan ultrabunyi pilihan yang bagus untuk kanulasi intravena periferal pada orang dewasa? Apakah kanulasi intravena periferal? Meletakkan saluran intravena periferal adalah salah satu prosedur yang paling penting dalam perubatan. Ia melibatkan memasukkan tiub nipis dan fleksibel (dikenali sebagai kateter atau kanula) ke dalam vena menggunakan jarum. Proses ini dikenali sebagai ‘kanulasi’. Ia perlu apabila memberi cecair, ubat-ubatan, dan pengambilan sampel darah. Kanulasi intravena periferal biasanya dilakukan dengan melihat dan menyentuh vena sasaran di tangan atau lengan. Kaedah...

Dalam kalangan bayi pramatang, sejauh manakah ketepatan ujian darah BNP dan NT-proBNP dalam mengenal pasti PDA (paten duktus arteriosus) yang memerlukan rawatan lanjut?

2 years 4 months ago
Dalam kalangan bayi pramatang, sejauh manakah ketepatan ujian darah BNP dan NT-proBNP dalam mengenal pasti PDA (paten duktus arteriosus) yang memerlukan rawatan lanjut? Sebilangan bayi pramatang mempunyai keadaan jantung yang dipanggil paten duktus arteriosus (PDA). PDA ialah saluran darah yang biasanya tertutup secara spontan pada bayi cukup bulan dan kebanyakan bayi pramatang, tetapi dalam sesetengahnya PDA cenderung untuk kekal terbuka lebih lama. Bayi pramatang yang mempunyai PDA terbuka selalunya kekal stabil; tetapi dalam sesetengahnya, aliran darah yang besar melalui PDA boleh...

Penambahan pembalut perut (fundoplikasi) di sekeliling salur makanan (esofagus) dalam pembedahan lubang kunci (laparoskopi) untuk merawat akalasia

2 years 4 months ago
Penambahan pembalut perut (fundoplikasi) di sekeliling salur makanan (esofagus) dalam pembedahan lubang kunci (laparoskopi) untuk merawat akalasia Soalan ulasan 1) Adakah penambahan pembalut perut di sekeliling salur makanan (esofagus) mengurangkan pengaliran balik/semula makanan dan asid dari perut ke salur makanan (regurgitasi) apabila digunakan dengan pembedahan lubang kunci untuk merawat akalasia? 2) Apakah jenis pembalut perut (sebahagian atau keseluruhan) di sekeliling salur makanan yang lebih baik untuk mengawal regurgitasi tanpa menyebabkan kesukaran menelan (disfagia) apabila...

Penggunaan alat pembaikan saraf di lengan, lengan bawah, dan tangan

2 years 4 months ago
Penggunaan alat pembaikan saraf di lengan, lengan bawah, dan tangan Apakah kecederaan saraf dan bagaimana saraf ini diperbaiki? Kecederaan pada saraf lengan, lengan bawah dan tangan adalah perkara biasa dan mempunyai kesan yang berkekalan terhadap keupayaan seseorang untuk bergerak dan sensorinya. Biasanya pakar bedah menjahit saraf yang cedera (kami panggil pembaikan standard ini). Kadang-kadang mereka juga menggunakan cantuman saraf, yang bermaksud dengan mengambil saraf dari kawasan badan yang lain untuk merapatkan jurang antara hujung saraf yang rosak. Kaedah pembaikan standard tidak...

Apakah manfaat dan risiko vaksin untuk mencegah COVID-19?

2 years 4 months ago
Apakah manfaat dan risiko vaksin untuk mencegah COVID-19? Mesej utama – Kebanyakan vaksin mengurangkan, atau mungkin mengurangkan, bilangan orang yang mendapat penyakit COVID-19 dan penyakit COVID-19 yang teruk. – Banyak vaksin berkemungkinan meningkatkan bilangan orang yang mengalami kejadian seperti demam atau sakit kepala berbanding plasebo (vaksin palsu yang tidak mengandungi ubat tetapi kelihatan sama dengan vaksin yang diuji). Ini dijangka kerana kejadian ini terutamanya disebabkan oleh tindak balas badan terhadap vaksin; ia biasanya ringan dan berjangka pendek. – Banyak vaksin...

Apakah terapi tiga sedutan, bila ia digunakan, dan peranannya dalam asma?

2 years 4 months ago
Apakah terapi tiga sedutan, bila ia digunakan, dan peranannya dalam asma? Bagaimanakah alat sedut digunakan untuk pengurusan asma? Pengurusan asma melibatkan satu siri terapi berperingkat-peringkat bergantung kepada keterukan penyakit. Terapi awal biasanya bermula dengan terapi penyedut bertindak pendek yang diperlukan (langkah 1), dan steroid penyedutan dos rendah hingga sederhana harian ditambah untuk kawalan asma yang lebih baik apabila diperlukan (langkah 2). Selepas itu, bronkodilator yang dikenali sebagai beta 2 -agonist (LABA) bertindak panjang, yang menyebabkan laluan saluran...

Suplemen karnitin untuk orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis

2 years 4 months ago
Suplemen karnitin untuk orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis Apakah isunya? Kekurangan karnitin adalah masalah penting dalam pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang memerlukan dialisis. Kekurangan karnitin yang berkaitan dengan dialisis boleh memburukkan lagi simptom intradialitik (cth simptom otot termasuk kekejangan dan kelemahan otot, dan hipotensi) dan komplikasi kronik kegagalan buah pinggang (cth anemia). Namun, perkara ini tidak diketahui sama ada suplemen karnitin boleh meningkatkan gejala kekurangan karnitin yang berkaitan dengan...

Intervensi celik kesihatan untuk pesakit buah pinggang kronik

2 years 4 months ago
Intervensi celik kesihatan untuk pesakit buah pinggang kronik Apakah isunya? Pengurusan jangka panjang penyakit buah pinggang kronik (CKD) memerlukan penghidap penyakit itu terlibat dalam penjagaan mereka sendiri kerana penyakit ini adalah penyakit kronik yang kompleks. Ramai orang yang menghidap CKD mungkin tidak memahami cara menggunakan maklumat kesihatan untuk menyokong keputusan mereka tentang rawatan dan pengurusan yang terbaik. Keupayaan atau kemahiran ini disebut sebagai celik kesihatan. Meningkatkan celik kesihatan penghidap CKD boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membantu...

Ubat sedutan untuk membuka saluran pernafasan dalam kes sindrom dada akut di kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit

2 years 4 months ago
Ubat sedutan untuk membuka saluran pernafasan dalam kes sindrom dada akut di kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit Soalan ulasan Bolehkah bronkodilator bertindak untuk jangka pendek yang disedut untuk sindrom dada akut mengurangkan penyakit dan kematian pada orang dengan penyakit sel sabit dan adakah rawatan ini menyebabkan kesan buruk? Latar belakang Penyakit sel sabit adalah gangguan darah yang diwarisi. Orang yang mempunyai penyakit sel sabit sering mengalami sindrom dada akut. Sindrom dada akut boleh menyebabkan demam, batuk, sakit dada dan sesak nafas dan boleh mengancam...

Alat sokongan serviks faraj untuk mengelakkan kelahiran bayi tunggal sebelum 37 minggu

2 years 4 months ago
Alat sokongan serviks faraj untuk mengelakkan kelahiran bayi tunggal sebelum 37 minggu Apakah kelahiran pramatang? Kelahiran pramatang bermaksud kelahiran sebelum 37 minggu kehamilan. Ia adalah punca utama kematian bayi yang baru lahir. Selalunya, kelahiran pramatang disebabkan oleh kelemahan serviks (hujung rahim yang lebih rendah dan sempit). Bagaimanakah kelemahan serviks boleh dirawat untuk mengelakkan kelahiran pramatang? Kaedah yang digunakan untuk merawat kelemahan serviks termasuk cerclage serviks (mengetatkan serviks dengan jahitan untuk mengelakkan pembukaan pramatang), pengurusan...

Pembedahan untuk penyakit sendi jangka panjang dalam kalangan pesakit hemofilia

2 years 4 months ago
Pembedahan untuk penyakit sendi jangka panjang dalam kalangan pesakit hemofilia Bagaimanakah pembedahan berbanding dengan rawatan bukan pembedahan dari segi keselamatan dan keberkesanan untuk pesakit yang menghidap penyakit sendi kronik (jangka panjang) disebabkan keadaan yang jarang berlaku yang menjejaskan keupayaan darah untuk membentuk darah beku (hemofilia)? Mesej utama Kami tidak menemui sebarang kajian yang relevan. Lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini. Kajian akan datang harus membandingkan pembedahan dengan rawatan bukan pembedahan untuk artropati kronik di kalangan...

Sasaran tekanan darah untuk pesakit yang menjalani pembedahan jantung

2 years 4 months ago
Sasaran tekanan darah untuk pesakit yang menjalani pembedahan jantung Soalan ulasan Apakah kesan sasaran tekanan darah, iaitu tinggi berbanding dengan rendah di kalangan pesakit yang menjalani pembedahan jantung semasa pintasan kardiopulmonari (cardiopulmonary bypass, CPB). Mesej utama Sasaran tekanan darah yang tinggi berbanding dengan sasaran yang lebih rendah mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap kecederaan buah pinggang, kerosakan kognisi (keupayaan untuk belajar dan memahami), atau kelangsungan hidup. Sasaran tekanan darah yang tinggi mungkin meningkatkan sedikit...

Terapi antikulat pendahuluan berbanding empirikal pada penghidap kanser yang mengalami neutropenia febril

2 years 5 months ago
Terapi antikulat pendahuluan berbanding empirikal pada penghidap kanser yang mengalami neutropenia febril Kemoterapi intensif untuk penghidap kanser boleh menyebabkan sitopenia yang teruk dan berpanjangan (bilangan sel darah yang lebih rendah daripada biasa), terutamanya neutropenia (sel darah putih yang lebih rendah daripada biasa, yang membantu melawan jangkitan), keadaan kritikal yang berpotensi untuk mengancam nyawa. Apabila seseorang mengalami kedua-dua demam dan neutropenia, ia dipanggil neutropenia febril (FN). Penyakit kulat invasif (IFD; jangkitan yang disebabkan oleh kulat) adalah...

Biopsi embrio hari ke-5 berbanding hari ke-3 untuk ujian genetik untuk gangguan gen tunggal sebelum implantasi embrio

2 years 5 months ago
Biopsi embrio hari ke-5 berbanding hari ke-3 untuk ujian genetik untuk gangguan gen tunggal sebelum implantasi embrio Latar belakang Pasangan yang mempunyai sejarah peribadi atau keluarga penyakit genetik gen tunggal, seperti cystic fibrosis, kini boleh menjalani teknologi pembiakan berbantu (ART) untuk mengurangkan peluang mereka mempunyai anak dengan gangguan genetik yang sama. Ini dikenali sebagai ujian genetik praimplantasi untuk gangguan gen tunggal (PGT-M). Semasa PGT-M, sel-sel daripada embrio yang disenyawakan dikeluarkan (dibiopsi) dan dianalisis untuk gangguan genetik sebelum...
Checked
5 hours 51 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed