Latest Malay Review translations

Intervensi penurunan berat badan dalam kalangan pemandiri kanser endometrium

2 years 2 months ago
Intervensi penurunan berat badan dalam kalangan pemandiri kanser endometrium Latar belakang Kanser endometrium atau rahim adalah kanser yang biasa dalam kalangan wanita dan bilangan kes semakin meningkat. Sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kadar obesiti, yang merupakan faktor risiko utama untuk penyakit ini. Walaupun kemandirian selepas kanser endometrium secara amnya sangat baik jika didiagnosa di peringkat awal, wanita yang terlibat berkemungkinan lebih tinggi untuk mati lebih awal disebabkan peningkatan risiko serangan jantung dan strok, serta mempunyai kualiti hidup yang lebih...

Adakah methylphenidate rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dan remaja dengan gangguan hiperaktif defisit perhatian (ADHD) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

2 years 2 months ago
Adakah methylphenidate rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dan remaja dengan gangguan hiperaktif defisit perhatian (ADHD) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama - Methylphenidate mungkin mengurangkan hiperaktif dan impulsif dan mungkin membantu kanak-kanak untuk menumpukan perhatian. Methylphenidate mungkin juga membantu memperbaik tingkah laku secara am, tetapi tidak mempengaruhi kualiti hidup. - Methylphenidate tidak meningkatkan risiko kesan tidak diingini yang serius (mengancam nyawa) apabila diguna untuk tempoh sehingga enam bulan. Walau bagaimanapun, ia...

Kortikosteroid yang disedut berbanding plasebo untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD)

2 years 2 months ago
Kortikosteroid yang disedut berbanding plasebo untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD) Mesej utama Kortikosteroid yang disedut sahaja mungkin mengurangkan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) memberang, memperlahankan penurunan fungsi paru-paru (diukur sebagai isipadu udara yang boleh anda keluarkan dari paru-paru dalam satu saat) dan membawa kepada peningkatan kecil dalam kualiti hidup. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga meningkatkan risiko pneumonia dan kesan sampingan dalam mulut dan mungkin tidak menambahbaik survival. Penemuan ini menyokong pertimbangan...

Adakah mastektomi mengekalkan kulit satu prosedur pembedahan yang berkesan dan selamat untuk rawatan kanser payudara?

2 years 2 months ago
Adakah mastektomi mengekalkan kulit satu prosedur pembedahan yang berkesan dan selamat untuk rawatan kanser payudara? Apakah tujuan ulasan ini? Kami mengulas bukti mengenai teknik pembedahan yang dikenali sebagai mastektomi mengekalkan kulit (SSM) (iaitu, mengeluarkan tisu payudara termasuk payudara dan areola (kulit yang mengelilingi puting) tetapi mengekalkan semua kulit yang meliputi payudara) berbanding dengan mastektomi biasa (iaitu, mengeluarkan kulit yang meliputi payudara termasuk puting dan areola). Mesej utama Kami mendapati bahawa SSM mungkin tidak berbeza daripada mastektomi...

Dos ubat opioid yang tinggi untuk pengurusan sakit kronik bukan kanser

2 years 3 months ago
Dos ubat opioid yang tinggi untuk pengurusan sakit kronik bukan kanser Pokoknya Tiada bukti berkualiti tinggi untuk menunjukkan bagaimana dos opioid tinggi berfungsi, atau apakah kesan sampingan yang timbul apabila ia diguna untuk orang dewasa dengan sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser. Kajian-kajian biasanya mengguna dos di bawah paras pemutus. Kami perlu tahu bagaimana ubat opioid dos tinggi berfungsi untuk sakit kronik bukan kanser, dan apakah kesan sampingan yang mungkin. Latar belakang Opioid adalah sejenis ubat sakit yang berkait dengan morfin. Opioid telah diguna...

Suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular untuk retinopati diabetes lanjutan

2 years 3 months ago
Suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular untuk retinopati diabetes lanjutan Soalan ulasan Adakah suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (anti-VEGF) sama ada dengan atau tanpa rawatan laser membantu penghidap retinopati diabetes lanjutan dari segi penglihatan dan perkembangan penyakit? Adakah rawatan ini selamat? Mesej utama · Anti-VEGF (digabungkan dengan atau tanpa laser) meningkatkan penglihatan, tetapi tahap peningkatan tidak bermakna secara klinikal. Mereka juga mengurangkan pembentukan saluran baru, pendarahan, dan keperluan untuk mengeluarkan vitreous dengan...

Agen terapeutik untuk merawat mpox

2 years 3 months ago
Agen terapeutik untuk merawat mpox Apakah matlamat ulasan ini? Tiada ubat yang dilesenkan khusus untuk merawat mpox, tetapi terdapat beberapa ubat yang dilesenkan untuk rawatan jangkitan virus yang seakannya (seperti cacar), dibenarkan untuk rawatan mpox semasa wabak. Kesan ubat ini masih belum dikaji dalam bentuk kajian rawak dalam kalangan individu yang menghidap mpox. Kajian rawak melibatkan sekurang-kurangnya dua kumpulan rawatan, iaitu satu kumpulan menerima ubat dan satu lagi kumpulan menerima plasebo. Peserta yang menyertai kajian ini diagihkan secara rawak kepada salah satu daripada...

Apakah pandangan dan pengalaman pengguna dan penyedia kesihatan bekerja dalam perkongsian formal untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan?

2 years 3 months ago
Apakah pandangan dan pengalaman pengguna dan penyedia kesihatan bekerja dalam perkongsian formal untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan? Mesej utama -Ketidakseimbangan kuasa antara penyedia kesihatan dan pengguna boleh mengehadkan penyertaan pengguna dalam perancangan, penyampaian dan penilaian perkhidmatan kesihatan. -Ketidakseimbangan kuasa dalam perkongsian mungkin berlaku kerana cara pengguna direkrut, cara mesyuarat dijalankan dan cara keputusan dibuat. -Untuk mencapai perkongsian yang berjaya dengan pengguna, penyedia kesihatan perlu menangani...

Toksin botulinum untuk rawatan strabismus

2 years 3 months ago
Toksin botulinum untuk rawatan strabismus Mesej utama Bukti berkaitan faedah dan kemudaratan penggunaan toksin botulinum berbanding pembedahan untuk strabismus tidak dapat dipastikan berikutan kekurangan bukti yang kukuh. Apakah yang pengulis ingin ketahui? Pengulas ingin mengetahui sama ada toksin botulinum adalah lebih baik daripada pembedahan untuk merawat strabismus. Mereka juga ingin mengetahui sama ada toksin botulinum dikaitkan dengan sebarang kesan yang tidak diingini. Apakah strabismus? Strabismus berlaku apabila kedudukan mata tidak sejajar. Kebiasaannya, satu mata menoleh ke dalam...

Intervensi senaman untuk orang dewasa dengan kanser yang menerima terapi sinaran (radioterapi) tanpa terapi tambahan untuk kanser

2 years 3 months ago
Intervensi senaman untuk orang dewasa dengan kanser yang menerima terapi sinaran (radioterapi) tanpa terapi tambahan untuk kanser Apakah itu terapi sinaran? Terapi sinaran (juga dipanggil radioterapi) ialah rawatan di mana dos sinaran radiasi yang tinggi ditujukan ke bahagian tertentu badan untuk membunuh sel-sel kanser. Satu daripada dua orang yang menghidap kanser akan menjalani terapi sinaran. Sesetengah orang menerima terapi sinaran sahaja manakala yang lain menerima terapi sinaran digabungkan dengan kaedah rawatan kanser lain yang menjejaskan seluruh badan (kemoterapi, imunoterapi atau...

Aktiviti yang disesuaikan secara peribadi untuk pesakit demensia dalam penjagaan jangka panjang

2 years 3 months ago
Aktiviti yang disesuaikan secara peribadi untuk pesakit demensia dalam penjagaan jangka panjang Apakah faedah-faedah aktiviti yang disesuaikan dengan minat dan pilihan pesakit demensia yang tinggal di rumah jagaan Apa yang dikaji dalam ulasan ini? Pesakit demensia yang tinggal di rumah jagaan atau rumah yang menyediakan penjagaan diri selalunya melakukan sedikit aktiviti sahaja. Aktiviti yang sedia ada mungkin tidak bermakna bagi mereka. Sekiranya seorang pesakit demensia berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan minat dan pilihan peribadinya, ini boleh membawa...

Ubat antiarrhythmic Kelas I dan III oral untuk mengekalkan irama sinus selepas ablasi kateter fibrilasi atrium

2 years 3 months ago
Ubat antiarrhythmic Kelas I dan III oral untuk mengekalkan irama sinus selepas ablasi kateter fibrilasi atrium Soalan ulasan Kami ingin mengetahui keberkesanan kelas ubat antiarrhythmic tertentu (ubat yang digunakan untuk mencegah atau merawat irama jantung yang tidak teratur) untuk mengekalkan irama sinus (irama jantung normal) pada orang selepas ablasi kateter (teknik menggunakan kateter untuk mencipta luka terbakar terkawal dalam jantung untuk mencegah dan merawat kejadian aritmia) untuk fibrilasi atrium (sejenis irama jantung yang tidak teratur), berbanding dengan ablasi kateter sahaja....

Rawatan perubatan untuk hifema traumatik

2 years 3 months ago
Rawatan perubatan untuk hifema traumatik Mesej utama Kami dapati tiada bukti sebarang rawatan perubatan mempengaruhi tajam penglihatan (ketajaman visi), sama ada diukur dalam beberapa minggu atau lebih lama. Kami juga mendapati tiada rawatan perubatan yang menghasilkan kurang komplikasi dari hifema itu sendiri, walaupun bukti adalah lemah kerana kurangnya kejadian berlaku. Kami mendapati bukti terhad anti-fibrinolitik (ubat-ubatan yang mempengaruhi pembekuan darah) mengurangkan risiko pendarahan baharu di dalam mata. Apa yang kami ingin tahu? Kami ingin tahu rawatan perubatan yang berkesan...

Mengurangkan bahaya jatuh dalam persekitaran

2 years 3 months ago
Mengurangkan bahaya jatuh dalam persekitaran Mesej utama Bagi orang dewasa yang lebih tua yang berisiko lebih tinggi untuk jatuh, seperti pernah jatuh pada tahun lalu dan baru-baru ini dimasukkan ke hospital atau memerlukan sokongan aktiviti harian, menghindar bahaya jatuh di persekitaran rumah boleh mengurangkan bilangan jatuh sebanyak 38%. Contoh bahaya jatuh di persekitaran ialah tangga tanpa pagar, laluan licin atau pencahayaan yang kurang baik. Mengapa penting untuk mempertimbangkan bahaya persekitaran sebagai sebahagian daripada program pencegahan jatuh? Jatuh adalah lazim dan boleh...

Kelahiran hospital yang dirancang berbanding kelahiran di rumah yang dirancang

2 years 3 months ago
Kelahiran hospital yang dirancang berbanding kelahiran di rumah yang dirancang Apakah isunya? Kebanyakan kehamilan di kalangan wanita yang sihat adalah normal, dan kebanyakan kelahiran boleh berlaku tanpa intervensi perubatan yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, adalah tidak mungkin untuk meramalkan dengan pasti bahawa tiada komplikasi akan berlaku semasa kelahiran. Oleh itu, di banyak negara, dipercayai bahawa pilihan paling selamat adalah untuk semua wanita bersalin di hospital. Di beberapa negara, bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa selagi seorang wanita dijaga dengan baik semasa...

Radioterapi penambahan dos untuk rawatan kuratif dalam kalangan lelaki dengan kanser prostat setempat klinikal

2 years 3 months ago
Radioterapi penambahan dos untuk rawatan kuratif dalam kalangan lelaki dengan kanser prostat setempat klinikal Soalan ulasan Bagaimanakah dos sinaran yang lebih tinggi berbanding dos yang lebih rendah apabila merawat kanser prostat yang terhad kepada kelenjar prostat? Latar belakang Rawatan untuk kanser prostat termasuklah pembedahan, terapi sinaran, terapi hormon, dan kemoterapi. Terapi sinaran (RT) ialah rawatan yang menggunakan pancaran tenaga yang kuat untuk membunuh sel-sel kanser. RT penambahan dos mempunyai dos sinaran yang lebih tinggi berbanding dos RT biasa atau 'normal'...

Paratiroidektomi untuk orang dewasa yang menghidap hiperparatiroidisme primer

2 years 3 months ago
Paratiroidektomi untuk orang dewasa yang menghidap hiperparatiroidisme primer Apakah hiperparatiroidisme primer? Hiperparatiroidisme primer (PHPT) adalah sejenis penyakit di mana kelenjar paratiroid (empat kelenjar terletak berhampiran atau pada tiroid di leher) membesar dan menghasilkan terlalu banyak hormon paratiroid. Penyakit ini menjejaskan 1% orang dewasa. Pengeluaran berlebihan hormon paratiroid akan mengganggu tahap kalsium di dalam badan, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain, seperti osteoporosis (penyakit yang melemahkan tulang) dan patah tulang, penyakit buah...

Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia)

2 years 3 months ago
Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia) Apakah isunya? Bayi yang sangat besar (atau makrosomia, dengan berat lahir lebih daripada 4000 g) boleh menghadapi kesukaran dan kadang-kadang kelahiran yang bertrauma. Satu cadangan untuk cuba mengurangkan trauma ini adalah untuk mencetuskan kelahiran awal (induksi), sebelum bayi menjadi terlalu besar. Anggaran berat bayi adalah sukar sebelum kelahiran dan tidak begitu tepat. Anggaran klinikal adalah berdasarkan rasaan rahim dan mengukur ketinggian fundus rahim. Kedua-duanya adalah...

Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang

2 years 3 months ago
Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang Latar belakang Sakit pinggang merupakan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia. Rangsangan saraf tunjang, satu rawatan pembedahan yang melibatkan pemasangan implan yang menghasilkan impuls elektrik ke saraf tunjang, dikatakan dapat mengurangkan tahap kesakitan dalam individu yang telah mengalami sakit pinggang. Kajian ini bertujuan untuk mengulas bukti berkaitan faedah dan kemudaratan prosedur ini dalam individu yang mengalami sakit pinggang. Ciri-ciri kajian Pengulas membuat carian dalam pangkalan data dan senarai daftar dalam talian untuk...

Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard?

2 years 3 months ago
Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard? Mesej utama 1. Kami mendapati tiada perbezaan jelas kesan antara plasebo aktif dan plasebo standard, tetapi kami sangat tidak pasti tentang keputusan tersebut. 2. Kami mencadangkan agar penyelidik mempertimbangkan dengan teliti jenis plasebo apabila menyelidik ubat-ubatan dengan kesan sampingan yang jelas. Apakah plasebo standard dan plasebo aktif? Pembutaan (atau menutup) adalah bahagian penting dalam kajian rawak dan ia memastikan peserta dan penyedia penjagaan kesihatan tidak...
Checked
10 hours 23 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed