2 years 5 months ago
Pengurangan dos antipsikotik untuk pesakit skizofrenia Mesej utama Mengurangkan dos antipsikotik mungkin berkait dengan lebih ramai peserta kajian yang sakit semula atau meninggalkan kajian lebih awal. Terdapat sangat sedikit maklumat tentang kualiti hidup, fungsi, dan kesan sampingan. Pengenalan kepada topik ulasan Skizofrenia ialah suatu penyakit serius yang memerlukan rawatan dengan ubatan (antipsikotik). Penggunaan antipsikotik dikaitkan dengan kesan sampingan, dan nampaknya kesan sampingan ini mungkin lebih teruk dengan dos yang lebih tinggi. Namun begitu, dos perlu cukup tinggi untuk...
2 years 5 months ago
Antibiotik cephalosporin untuk rawatan demam enterik (demam tifoid) Mesej utama • Mungkin tiada perbezaan dalam prestasi ceftriaxone (sejenis cephalosporin) berbanding dengan azithromycin, fluoroquinolones, atau chloramphenicol (ubat antimikrob lain) untuk dewasa dan kanak-kanak dengan demam enterik (demam tifoid). • Cefixime (jenis sefalosporin yang lain) juga boleh digunakan untuk rawatan demam enterik pada orang dewasa dan kanak-kanak tetapi mungkin tidak seberkesan fluoroquinolones. • Pengubal dasar dan doktor perlu mempertimbangkan corak rintangan antibiotik tempatan apabila memilih...
2 years 5 months ago
Adakah ubat-ubatan boleh mencegah terjadinya tromboemboli vena selepas pembedahan penurunan berat badan? Apakah itu tromboemboli vena? Tromboemboli vena (venous thromboembolism, VTE) ialah suatu keadaan klinikal yang biasanya bermula apabila darah beku terbentuk di dalam salur vena. Keadaan ini termasuklah kedua-dua jenis trombosis vena iaitu trombosis vena dalam (apabila darah beku terbentuk di dalam salur vena dalam, biasanya di bahagian kaki) dan emboli pulmonari (apabila darah beku terbentuk di dalam paru-paru atau sampai kepada saluran darah di dalam paru-paru). Kedua-dua situasi di...
2 years 5 months ago
Pembilasan folikular semasa pengumpulan oosit dalam teknologi reproduktif berbantu Soalan ulasan Kami berusaha untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pembilasan folikel sebagai sebahagian daripada pengumpulan telur pada wanita yang menjalani rawatan untuk membantu mereka hamil (teknologi reproduktif berbantu (ART)). Latar belakang Pasangan yang mempunyai kesukaran untuk hamil secara semula jadi boleh memilih untuk rawatan (intervensi) untuk membantu mereka hamil. Intervensi ini dikenali sebagai teknologi reproduktif berbantu (ART). Satu jenis ART ialah persenyawaan in vitro (IVF). Semasa...
2 years 5 months ago
Apakah ketepatan diagnostik ujian antibodi untuk mengesan jangkitan dengan virus COVID-19? Latar belakang COVID-19 ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 yang mudah merebak antara manusia dengan cara yang sama seperti selesema atau 'flu'. Kebanyakan orang dengan COVID-19 mempunyai penyakit respiratori ringan hingga sederhana, dan sesetengah mungkin tiada gejala (jangkitan asimptomatik). Yang lain mengalami gejala yang teruk dan memerlukan rawatan pakar dan penjagaan intensif. Sebagai respon kepada jangkitan COVID-19, sistem imun menghasilkan protein yang dipanggil...
2 years 5 months ago
Supplemen herba ginkgo biloba untuk tinnitus Apakah itu tinnitus? Tinnitus adalah gejala di mana orang mempunyai persepsi bunyi tanpa ada sumber luaran. Ia sering digambarkan sebagai bunyi berdering, berdesir, berdengung atau air mengalir kuat. Ia adalah perkara biasa, yang menjejaskan antara 5% dan 43% daripada populasi umum, dan kelazimannya meningkat dengan usia. Bagi sesetengah orang, tinnitus adalah berterusan dan menyusahkan, dan ia boleh menyebabkan masalah tidur (insomnia), kesukaran menumpukan perhatian, kesukaran dalam komunikasi dan interaksi sosial, dan kebimbangan dan...
2 years 5 months ago
Statin untuk sindrom Smith-Lemli-Opitz Soalan ulasan Adakah terapi statin, jika digabungkan dengan terapi kolesterol, dikaitkan dengan hasil yang lebih baik (contoh kelangsungan hidup, kualiti hidup, keterukan atau kekerapan masalah neurobehavioral, perubahan dalam parameter pertumbuhan atau tahap biomarker) berbanding terapi kolesterol sahaja untuk penghidap Smith-Lemli -Opitz syndrome (SLOS), dan apakah risiko kesan berbahaya untuk kedua-dua pilihan? Latar belakang Sindrom Smith-Lemli-Opitz ialah sindrom kecacatan genetik, yang berlaku apabila kolesterol tidak dapat dihasilkan oleh badan...
2 years 5 months ago
Topeng hidung berbanding wayar kanula hidung untuk tekanan saluran udara positif secara berterusan pada bayi pramatang Mesej utama Topeng berbanding wayar kanula boleh mengurangkan risiko kegagalan rawatan tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) dan kecederaan hidung tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas risiko kematian atau komplikasi lain yang berkaitan dengan kelahiran pramatang. Apakah rawatan tekanan saluran udara positif berterusan? CPAP hidung ialah satu cara sokongan pernafasan yang kurang invasif jika dibandingkan dengan pengudaraan mekanikal (di mana...
2 years 5 months ago
Adakah pengambilan imunostimulan sebagai penambahan kepada ubat standard bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit pulmonari obstruktif kronik, bronkitis kronik, atau kedua-duanya? Mesej utama 1. Di kalangan orang dengan bronkitis kronik atau COPD, imunostimulan mungkin akan mengurangkan kemungkinan seseorang mengalami eksaserbasi dan memerlukan antibiotik untuk eksaserbasi. 2. Kami tidak pasti tentang kesan imunostimulan dalam mengurangkan risiko kematian, meningkatkan kualiti hidup, atau mengurangkan tempoh serangan atau tinggal di hospital. 3. Imunostimulan tidak dikaitkan dengan...
2 years 5 months ago
Intervensi penjagaan kulit untuk mencegah ekzema dan alahan makanan Adakah melembabkan kulit bayi dapat mencegah ekzema atau alahan makanan? Mesej utama Rawatan penjagaan kulit pada bayi, seperti menggunakan pelembap pada kulit semasa tahun pertama kehidupan, mungkin tidak menghalang bayi daripada mengalami ekzema; boleh meningkatkan peluang alahan makanan; dan mungkin meningkatkan peluang jangkitan kulit. Ulasan ini melihat pencegahan ekzema dan alahan makanan sahaja. Rawatan penjagaan kulit masih penting untuk merawat ekzema. Apa itu alahan? Tindak balas imun adalah bagaimana tubuh...
2 years 5 months ago
Menyedut antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru dalam orang yang mengidapi fibrosis sistik Soalan ulasan Adakah antibiotik yang disedut membantu melawan jangkitan berterusan dengan Pseudomonas aeruginosa pada penghidap cystic fibrosis (CF)? Mesej utama Ketika orang dengan CF semakin tua, mereka lebih cenderung untuk dijangkiti dengan Pseudomonas aeruginosa dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah punca utama jangkitan paru-paru kronik pada orang dengan CF. Kami ingin mengetahui sama ada antibiotik yang mensasarkan Pseudomonas aeruginosa akan mengurangkan kesan jangkitan apabila ia...
2 years 5 months ago
Perubahan persekitaran air yang kekal dan sementara yang manakah berfungsi lebih baik untuk mengurangkan malaria pada manusia pada nyamuk yang belum matang? Mengapa penting untuk mengurangkan malaria pada orang? Malaria mempunyai kesan yang sangat tinggi terhadap kesihatan orang ramai, kebanyakannya di Afrika dan Asia. Strategi untuk mengurangkan malaria telah dikaji selama bertahun-tahun. Kebanyakan strategi tertumpu kepada mengurangkan bilangan nyamuk tidak matang (larva dan pupa) untuk mengelakkannya daripada menjadi nyamuk dewasa, kerana nyamuk betina dewasa yang boleh menyebarkan...
2 years 5 months ago
Ubat untuk merawat sakit dan bius ketika penyejukan bayi baru lahir berikutan otak yang lemah semasa kelahiran (ensefalopati hipoksia-iskemia) Soalan ulasan Adakah ubat-ubatan menyelamatkan nyawa, atau mengurangkan kesakitan dan bius, terhadap bayi baru lahir yang mempunyai pengoksigenan otak yang lemah semasa lahir ('hypoxic-ischaemic encephalopathy') dan yang sedang menjalani proses penyejukan? Latar belakang Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh merosakkan otak bayi yang baru lahir. Bayi dengan kerosakan otak yang kurang teruk mungkin pulih sepenuhnya atau hanya mengalami masalah yang...
2 years 5 months ago
Senaman untuk pesakit yang lebih tua semasa penginapan hospital yang tidak dirancang Mesej utama Mungkin terdapat faedah dalam beberapa rawatan senaman untuk orang dewasa yang lebih tua semasa penginapan hospital yang tidak dirancang, tetapi kami tidak dapat memastikannya. Intervensi senaman mungkin tidak menyebabkan bahaya; kami mendapati tiada peningkatan dalam risiko jatuh pada orang dewasa yang lebih tua apabila mereka berada di hospital. Apakah masalahnya? Orang dewasa yang lebih tua kebanyakan kehilangan keupayaan untuk menjalankan aktiviti harian mereka yang biasa selepas kemasukan ke...
2 years 5 months ago
Rawatan ubat untuk pencegahan serangan angioedema keturunan Apakah angioedema keturunan dan bagaimana ia ini dirawat? Angioedema keturunan (HAE) adalah keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa yang menyebabkan serangan akut (serangan mendadak) bengkak, sakit dan kualiti hidup yang berkurangan. Beberapa ubat baharu telah dihasilkan untuk merawat serangan akut dan mencegah serangan daripada berlaku. Sesetengah ubat diambil melalui mulut, manakala yang lain disuntik di bawah kulit, atau diberikan melalui vena terus ke dalam darah. Ubat yang diberikan pada masa ini untuk mencegah...
2 years 5 months ago
Rawatan keadaan keradangan mata dengan ubat-ubatan Apakah matlamat ulasan ini? Dalam ulasan sistematik ini, kami mengkaji bukti yang ada tentang keberkesanan dan keselamatan beberapa ubat yang digunakan untuk merawat subset tertentu keadaan keradangan bahagian belakang mata. Mesej utama Kami mendapati bahawa ubat methotrexate mungkin lebih berkesan sedikit daripada mycophenolate. Selain itu, tiada bukti kukuh untuk mencadangkan satu ubat lebih berkesan atau selamat daripada yang lain. Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini? Perantaraan, posterior, dan panuveitis tidak berjangkit (NIIPPU)...
2 years 6 months ago
Adakah lebih baik untuk memasukkan implan atau alat dalam rahim (gegelung) untuk perancangan keluarga dalam beberapa hari selepas bersalin atau tunggu 4 hingga 6 minggu? Apabila kami menggunakan istilah 'orang' dalam ringkasan ini, kami memaksudkan individu yang mempunyai keupayaan semasa untuk hamil. Mesej utama - Pemasukan implan perancang atau alat dalam rahim (IUD) dalam beberapa hari selepas bersalin (sisipan segera, semasa berada di hospital), dan bukannya menunggu 4 hingga 6 minggu untuk pemasukan (penyisipan tertunda), meningkatkan jumlah orang yang disisip. - Masa pemasukan membuat...
2 years 6 months ago
Sokongan untuk ibu-ibu yang memberi susu ibu Apakah isunya? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan bayi harus diberi susu ibu secara eksklusif sehingga usia enam bulan dengan meneruskannya sebagai satu komponen penting diet bayi sehingga sekurang-kurangnya usia dua tahun. Kita tahu bahawa penyusuan susu ibu adalah baik untuk kesihatan wanita dan bayi mahupun jangka masa pendek atau panjang. Bayi kurang cenderung mendapat jangkitan paru-paru atau usus. Mereka juga kurang cenderung untuk berat badan berlebihan dan mendapat diabetes pada masa hadapan. Ibu-ibu juga kurang cenderung...
2 years 6 months ago
Pengudaraan bukan invasif untuk orang yang mengalami apnea tidur pusat Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini? Ulasan ini melihat kesan pengudaraan bukan invasif (NIV) berbanding rawatan lain atau jenis NIV yang berbeza pada orang yang mengalami apnea tidur pusat (CSA), sejenis masalah di mana orang tersebut kerap berhenti bernafas semasa tidur kerana otak mereka gagal memberitahu otot mereka untuk mengambil masuk udara. CSA lebih kerap memberi kesan kepada lelaki dan orang yang mempunyai penyakit jantung kronik. Orang dengan CSA mungkin sering terjaga pada waktu malam, berasa sangat...
2 years 6 months ago
Kecederaan pada lapisan rahim untuk meningkatkan kadar kehamilan pada pasangan yang melakukan hubungan seksual atau sperma dimasukkan ke dalam rahim Soalan ulasan Untuk menilai kesan dan tahap kesakitan ketika kecederaan ringan disengajakan pada lapisan rahim (endometrium) dalam melihat kemungkinan mempunyai bayi bagi wanita yang ingin hamil melalui hubungan seksual atau dengan memasukkan sperma ke dalam rahim ( inseminasi intrauterin (IUI)). Latar belakang Bagi wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF), ada kemungkinan kehamilan akan meningkat bila dengan sengaja mencederakan...
Checked
5 hours 30 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed