2 years 8 months ago
Rawatan untuk mencegah tromboembolisme vena pada orang dewasa yang menjalani pembedahan lubang kunci pada lutut Mesej utama • Kami tidak menemui bukti jelas bahawa penggunaan ubat pencegah pembekuan darah (heparin berat molekul rendah (LMWH), aspirin atau rivaroxaban) pada orang dewasa yang sihat yang menjalani pembedahan lutut invasif minimum, boleh mengurangkan risiko kecil pembekuan darah berkembang di urat dalam mereka, atau risiko kecil bahawa bekuan darah ini bergerak ke saluran darah di paru-paru mereka. • Kami tidak menemui sebarang bukti yang jelas bahawa LMWH, aspirin atau...
2 years 8 months ago
Apakah faedah dan risiko terapi psikologi untuk orang dewasa dan orang muda berumur lebih 12 tahun dengan gangguan temporomandibular (TMD) yang menyakitkan? Mesej utama Keputusan keseluruhan adalah bercampur-campur, tetapi menunjukkan bahawa terapi psikologi mungkin merupakan pendekatan yang berguna untuk TMD yang menyakitkan kerana terdapat beberapa bukti terhad bahawa ia boleh mengurangkan kesakitan. Ulasan kami mencadangkan bahawa mereka mungkin melakukan ini sekurang-kurangnya serta rawatan lain yang tersedia. Sebarang kesan negatif terapi psikologi adalah tidak jelas, dan lebih banyak...
2 years 8 months ago
Adakah menggunakan pengganti garam rendah sodium (LSSS) dan bukannya garam biasa mengurangkan tekanan darah dan risiko penyakit jantung, dan adakah ia selamat? Mesej utama • Pada orang dewasa, penggunaan LSSS dan bukannya garam biasa dalam makanan mungkin merendahkan sedikit tekanan darah. Orang dewasa yang menggunakan LSSS dan bukannya garam biasa mungkin kurang berisiko mengalami keadaan jantung yang tidak membawa maut, seperti angin ahmar atau aliran darah yang berkurangan secara tiba-tiba ke jantung, dan kematian akibat penyakit jantung. • Penggunaan LSSS dan bukannya garam biasa mungkin...
2 years 8 months ago
Adakah ubat-ubatan yang melambatkan permulaan kelahiran (tokolitik) berkesan untuk melambatkan kelahiran pramatang? Mesej utama • Semua agen tokolitik (ubat yang melambatkan kelahiran) yang kami nilai (betamimetik, penyekat saluran kalsium, magnesium sulfat, antagonis reseptor oksitosin, penderma nitrik oksida) dan kombinasinya barangkali atau mungkin berkesan dalam melambatkan kelahiran pramatang selama 48 jam dan selama 7 hari berbanding dengan plasebo (rawatan palsu) atau tanpa rawatan agen tokolitik, • Tokolitik menyebabkan pelbagai kesan yang tidak diingini (dari kecil hingga berpotensi...
2 years 8 months ago
Aktiviti fizikal untuk memperbaik kapasiti senaman dalam kalangan orang dengan fibrosis sista Soalan ulasan Kami mengulas bukti mengenai sama ada intervensi aktiviti fizikal (termasuk senaman) mempunyai sebarang kesan ke atas kapasiti senaman, kualiti hidup berkaitan kesihatan dan fungsi paru-paru dalam kalangan orang dengan fibrosis sista (CF). Ini adalah kemas kini ulasan terbitan terdahulu. Latar belakang CF mempengaruhi banyak sistem dalam badan, tetapi terutamanya adalah pada paru-paru. Ia menyebabkan sesak nafas dan mengehadkan amaun senaman orang dengan CF boleh bertahan. Progres...
2 years 8 months ago
Kekebalan dalam kumpulan yang terdedah selepas vaksinasi COVID-19 Apakah yang kami ingin tahu? Kami ingin mengetahui kajian tentang vaksin COVID-19 yang paling biasa digunakan dalam kumpulan terdedah telah diterbitkan, dan hasil yang dilaporkan (cth hasil keberkesanan, keselamatan atau tindak balas imun), untuk memutuskan soalan yang paling berkaitan dan menjawabnya dalam ulasan sistematik keberkesanan lanjut (sintesis kesusasteraan perubatan). Apa yang kami buat? Kami mencari pangkalan data perubatan dan pendaftaran percubaan untuk kajian tentang vaksin COVID-19 yang dibenarkan untuk...
2 years 8 months ago
Rawatan kortikosteroid yang berbeza sebelum kelahiran awal untuk meningkatkan hasil untuk bayi Apakah isunya? Bayi yang dilahirkan awal (sebelum 37 minggu kehamilan, yang dianggap sebagai kelahiran pramatang) berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan. Ini termasuk masalah paru-paru (sindrom gangguan pernafasan), pendarahan otak (pendarahan intraventrikular) dan kematian. Ubat-ubat dipanggil kortikosteroid diberikan kepada ibu semasa masih hamil untuk membantu menghentikan masalah-masalah ini berlaku serta terdapat bukti berkesan tinggi bahawa ia berkesan dalam mencegah banyak...
2 years 8 months ago
Trabekuloplasti laser untuk glaukoma sudut terbuka Mesej utama • Trabekuloplasti laser mungkin berfungsi lebih baik daripada ubat topikal (titisan mata) dalam melambatkan perkembangan glaukoma sudut terbuka (kadar kehilangan medan penglihatan, iaitu kehilangan penglihatan di tepi penglihatan) dan mungkin serupa dengan ubat titis mata moden dalam mengawal tekanan mata dengan kos yang lebih rendah. Ia tidak dikaitkan dengan sebarang kesan tidak diingini yang serius, terutamanya untuk jenis trabekuloplasti yang lebih baharu, seperti trabekuloplasti laser terpilih. • Trabekuloplasti laser...
2 years 8 months ago
Rawatan invasif minimum untuk mencairkan bekuan darah dalam paru-paru (embolisme pulmonari akut) Latar belakang Apakah embolisme pulmonari akut? Embolisme pulmonari akut (APE) merupakan punca utama kematian dan penyakit pada orang di hospital. APE berlaku apabila sekeping bekuan darah (embolus) terputus daripada bekuan darah di tempat lain dalam badan (trombosis vena dalam) dan bergerak dalam darah ke paru-paru. Embolus tersangkut dalam saluran darah paru-paru, dan akibatnya berkisar dari tiada gejala sehingga kematian mengejut. Risiko kematian akibat APE boleh diklasifikasikan mengikut...
2 years 8 months ago
Adakah berhenti merokok menyebabkan penghidap penyakit jantung kurang berkemungkinan mendapat serangan jantung lagi? Mesej utama • Orang yang mempunyai penyakit jantung yang berhenti merokok berkemungkinan mengalami penurunan risiko dalam serangan jantung pada masa hadapan atau kejadian lain yang dikaitkan dengan jantung atau saluran darah, seperti strok. • Orang yang menghidap penyakit jantung yang berhenti merokok tidak mungkin mempunyai kualiti hidup yang lebih teruk. Merokok dan penyakit jantung Merokok meningkatkan kemungkinan seseorang akan mendapat serangan jantung, namun terdapat...
2 years 8 months ago
Pembalut hidrogel untuk ulser vena kaki Mesej utama Kita tidak dapat mempastikan samada pembalut hidrogel adalah lebih berkesan dalam proses penyembuhan ulser kaki vena berbanding pembalut-pembalut lain seperti kain kasa dan saline, alginat, madu manuka ataupun hidrokoloid. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk membuat perbandingan antara pembalut hidrogel dengan pembalut-pembalut lain dari segi kesan sampingan yang berpotensi. Apakah ulser vena kaki? Ulser vena kaki adalah luka pada kaki yang disebabkan oleh perubahan dalam peredaran darah dalam vena. Luka-luka sebegini sukar sembuh....
2 years 8 months ago
Tampalan angioplasti berbanding penutupan utama untuk endarterektomi karotid Mesej utama Sebelas kajian yang melibatkan 2100 orang kini mencadangkan kemungkinan manfaat daripada menggunakan prosedur khas (angioplasti tampalan) selepas endarterektomi karotid. Apakah itu endarterektomi karotid? Kira-kira 20% strok berpunca daripada penyempitan arteri karotid (arteri utama yang membekalkan darah ke otak). Arteri karotid yang sempit boleh dirawat dengan prosedur pembedahan yang dikenali sebagai endarterektomi karotid, yang melibatkan pemotongan arteri terbuka dan penyingkiran bahan berlemak yang...
2 years 8 months ago
Kesan tomografi berkomputer (CT) pada pemeriksaan kanser paru-paru Latar belakang Kanser paru-paru adalah penyebab kematian yang paling biasa berkaitan kanser di seluruh dunia. Kelangsungan hidup kanser paru-paru sangat bergantung pada masa seseorang didiagnosis dengan penyakit tersebut. Adalah penting untuk mengesan penyakit ini seawal mungkin melalui radiografi (x-ray dada) atau imbasan tomografi berkomputer (CT), yang merupakan jenis radiografi yang lebih terperinci di mana berbilang imej paru-paru diambil. Matlamat ulasan ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai penggunaan imbasan CT...
2 years 8 months ago
Intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 Latar belakang Vaksin berkesan dalam mencegah kematian atau penyakit serius akibat COVID-19, penyakit yang hanya mempunyai sedikit rawatan yang tersedia. Vaksinasi secara meluas terhadap COVID-19 mungkin boleh melindungi mereka yang belum dapat vaksin. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak mahu mendapatkan vaksin COVID-19. Ini boleh mengakibatkan mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada penyakit serius dan kematian. Apakah matlamat kami? Kami ingin mengetahui intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 yang telah...
2 years 8 months ago
Menggunakan antibiotik secara sedutan bagi merawat jangkitan kuman paru paru yang menjadi teruk untuk sementara waktu di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis Soalan ulasan Apakah bukti yang ada untuk menggunakan antibiotik yang disedut bagi merawat eksaserbasi (flare up) jangkitan paru-paru baru mereka yang menghidap cystic fibrosis? Latar belakang ‘Cystic fibrosis’ (CF) merupakan penyakit genetik yang serius, ia menyebabkan lendir atau mukus menjadi sangat melekit dibeberapa organ di dalam badan. Di dalam paru-paru, lendir melekit ini boleh membawa kepada jangkitan kuman yang berulang....
2 years 8 months ago
Felbamate digunakan dengan ubat-ubatan antiepilepsi lain untuk epilepsi tumpuan tahan ubat Latarbelakang Sehingga 30% daripada orang yang menghidapi epilepsi masih mengalami sawan epilepsi walaupun mencuba pelbagai ubat antiepilepsi, sama ada secara berasingan atau dalam kombinasi. Orang-orang ini digambarkan sebagai mempunyai epilepsi tahan ubat. Ubat rintangan yang paling biasa pada orang dengan epilepsi tumpuan (epilepsi yang pada mulanya bermula di satu kawasan otak, tetapi boleh kemajuan untuk menjejaskan keseluruhan otak). Felbamate adalah ubat antiepilepsi yang mungkin berkesan untuk...
2 years 9 months ago
Pemindahan sel stem untuk rawatan sklerosis sistemik Kami menjalankan ulasan penulisan perubatan pada Februari 2022 untuk mengkaji faedah dan kemudaratan pemindahan sel stem hematopoietik (HSCT) pada orang yang mengalami sklerosis sistemik (SSc). Apakah sklerosis sistemik dan pemindahan sel stem hematopoietik? SSc adalah penyakit autoimun (di mana sistem pertahanan semula jadi badan menyerang sel normal) yang menjejaskan kulit dan organ dalaman (paru-paru, sistem pencernaan, dll.). Gejala yang dikaitkan dengan SSc termasuk penebalan kulit, sesak nafas, gejala penghadaman, dan kesukaran...
2 years 9 months ago
Ejen-ejen anti-platelet dan antikoagulasi untuk tekanan darah tinggi (hipertensi) Soalan ulasan Kami mengulas bukti yang mengkaji sama ada ejen antiplatelet mengurangkan jumlah kematian atau kejadian trombotik utama atau kedua-duanya pada pesakit dengan tekanan darah (BP) tinggi apabila dibandingkan dengan plasebo atau rawatan aktif lain. Kami juga menilai sama ada antikoagulan oral mengurangkan jumlah kematian atau kejadian trombotik utama atau kedua-duanya dalam pesakit ini apabila dibandingkan dengan plasebo atau rawatan aktif lain. Latar belakang Walaupun peningkatan sistemik (arteri)...
2 years 9 months ago
Program saringan pergigian sekolah untuk memperbaiki kesihatan oral kanak-kanak Apakah matlamat ulasan ini? Kesihatan oral bermaksud keadaan mulut, tekak, gigi dan gusi. Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui jika saringan pergigian sekolah memperbaik kesihatan oral kanak-kanak; dan jika benar, kaedah saringan mana yang terbaik. Kami mendapati lapan kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini. Ini adalah kemaskini kedua ulasan yang diterbitkan pada Disember 2017 dan pertama kali dikemaskini pada Ogos 2019. Mesej utama Tiada cukup bukti untuk membuat kesimpulan sama ada...
2 years 9 months ago
Apakah ketepatan gabungan berbeza pengimejan ultrasound dan ujian darah untuk mendiagnosis kanser ovari pada wanita sebelum dan selepas menopaus? Mengapakah mempertingkatkan diagnosis kanser ovari penting? Ramai wanita yang didiagnosis dengan kanser ovari (OC) mati akibat penyakit itu, kerana ia biasanya merebak di luar tiub/ovari pada masa diagnosis. Kehilangan OC (hasil negatif palsu) mungkin memerlukan pembedahan besar dan peluang untuk hidup yang lebih rendah. Diagnosis OC yang salah (hasil positif palsu) boleh mengakibatkan kebimbangan, ujian lanjut dan pembedahan yang tidak perlu. Apa...
Checked
54 minutes 57 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed