Latest Malay Review translations

Rawatan photopheresis extracorporeal (ECP) untuk penyakit graft-versus-host kronik selepas pemindahan sel stem hematopoietik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

2 years 10 months ago
Rawatan photopheresis extracorporeal (ECP) untuk penyakit graft-versus-host kronik selepas pemindahan sel stem hematopoietik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Latar belakang Penyakit graft-versus-host kronik (cGvHD) ialah komplikasi biasa selepas pemindahan sel stem haematopoietik (HSCT; pemindahan sel stem pembentuk darah). Sel imun (sel darah putih) daripada penderma mengenali sel penerima sebagai asing ('bukan diri'). Oleh itu, sel imun yang dipindahkan menyerang sel penerima. Antara organ yang terjejas antara lain terutamanya adalah kulit, hati dan usus. Tindak balas imun ini boleh...

Oxycodone untuk sakit yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan dewasa

2 years 10 months ago
Oxycodone untuk sakit yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan dewasa Latar belakang Kebanyakan pesakit kanser mengalami sakit tahap sederhana hingga teruk yang memerlukan rawatan dengan ubat tahan sakit yang kuat yang diklasifikasi sebagai opioid. Oxycodone dan morfin adalah contoh opioid yang diguna untuk melegakan sakit kanser. Walau bagaimanapun, ubat tahan sakit yang kuat tidak berkesan untuk semua orang ataupun sesuai untuk semua orang. Ulasan ini bertujuan menilai sama ada penggunaan oxycodone berkait dengan kelegaan sakit dan kurang kesan sampingan berbanding ubat tahan sakit lain...

Apakah faedah dan risiko rawatan yang berbeza untuk patah siku pada kanak-kanak?

2 years 10 months ago
Apakah faedah dan risiko rawatan yang berbeza untuk patah siku pada kanak-kanak? Mesej utama - Kanak-kanak dengan patah tulang siku suprakondilar (tulang patah di bahagian atas siku, kira-kira 5 cm di atas sendi siku) mungkin mempunyai risiko kecederaan saraf yang lebih rendah jika dua atau lebih wayar dimasukkan dari bahagian luar siku dan bukannya satu wayar dimasukkan dari bahagian dalam siku dan satu dari luar (wayar bersilang). Kaedah yang digunakan oleh doktor untuk menggerakkan semula tulang secara manual mungkin tidak meningkatkan atau mengurangkan risiko kecederaan saraf, tetapi...

Ujian darah najis manakah yang lebih tepat dalam mengesan kanser usus dan polip besar dalam saringan massa?

2 years 10 months ago
Ujian darah najis manakah yang lebih tepat dalam mengesan kanser usus dan polip besar dalam saringan massa? Latar belakang Salah satu jenis kanser yang paling kerap didiagnosis ialah kanser usus besar atau kolorektal (CRC). Pengesanan awal sebelum gejala muncul memudahkan rawatan kanser usus dan meningkatkan peluang kelangsungan hidup. Mengambil bahagian dalam program pemeriksaan kanser usus menjurus kepada pengesanan awal dan membolehkan penyingkiran polip besar atau lanjutan (adenoma tahap lanjut), yang dianggap sebagai perintis kepada kanser usus. Ujian najis ringkas digunakan untuk...

Steroid ditambah antibiotik berbanding antibiotik sahaja untuk rawatan endophthalmitis akut selepas pembedahan mata atau suntikan ke dalam mata

2 years 10 months ago
Steroid ditambah antibiotik berbanding antibiotik sahaja untuk rawatan endophthalmitis akut selepas pembedahan mata atau suntikan ke dalam mata Apakah tujuan utama ulasan ini? Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada penggunaan steroid sebagai tambahan kepada antibiotik adalah lebih berkesan daripada menggunakan antibiotik sahaja untuk endophthalmitis akut (jangkitan di dalam bola mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan) selepas pembedahan mata atau suntikan ke dalam mata. Kami mencari semua kajian yang menjawab soalan ini dan menemui empat kajian. Mesej utama...

Intervensi untuk mencegah kejadian jatuh dikalangan penyakit Parkinson

2 years 10 months ago
Intervensi untuk mencegah kejadian jatuh dikalangan penyakit Parkinson Soalan Ulasan Dalam ulasan ini kami menilai bukti tentang kesan intervensi yang direka untuk mengurangkan kejadian jatuh dikalangan pengidap penyakit Parkinson (PD). Intervensi termasuk senaman, ubat-ubatan, pendidikan pencegahan jatuh dan gabungan senaman serta pendidikan. Kami mengecualikan intervensi yang bertujuan untuk mengurangkan kejadian jatuh akibat pengsan (cth pening dan pengsan). Bukti dalam ulasan ini adalah terkini sehingga 16 April 2020. Latar belakang Dikalangan yang menghidapi PD, kemunculan kejadian...

Posisi untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan akut di hospital

2 years 10 months ago
Posisi untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan akut di hospital Soalan ulasan Kami menyiasat sama ada terdapat perbezaan dapatan untuk bayi dan kanak-kanak kecil dengan sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS) pada pengudaraan buatan di posisi berbaring atas perut mereka (kedudukan meniarap), berbanding berbaring telentang (kedudukan terlentang), atau mengereng. Latar belakang ARDS adalah salah satu punca paling kerap kemasukan ke hospital dan kematian kepada bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Apabila kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan teruk dimasukkan ke...

Penggunaan kortikosteroid untuk merawat penyakit Kawasaki

2 years 11 months ago
Penggunaan kortikosteroid untuk merawat penyakit Kawasaki Mesej utama Kortikosteroid dilihat dapat mengurangkan risiko masalah jantung selepas penyakit Kawasaki tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan yang penting. Ia juga mengurangkan tempoh gejala (demam dan ruam), tempoh kemasukan di hospital, dan bacaan darah yang berkaitan dengan kesakitan. Apakah penyakit Kawasaki dan bagaimana penyakit ini dirawat? Penyakit Kawasaki ialah peradangan pada saluran darah. Ubat standard untuk merawat penyakit Kawasaki ialah immunoglobulin intravena (IVIG) dan aspirin. Rawatan ini biasanya berkesan...

Bolehkah rawatan antibiotik okular menghalang jangkitan mata berikutan lelasan kornea?

2 years 11 months ago
Bolehkah rawatan antibiotik okular menghalang jangkitan mata berikutan lelasan kornea? Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui sama ada rawatan antibiotik okular (diberikan pada mata) boleh mencegah jangkitan mata berikutan lelasan kornea. Kami telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan telah menjumpai dua kajian. Mesej utama Kami tidak menemui bukti yang membandingkan antibiotik dengan plasebo (rawatan dummy) atau tiada rawatan. Kami tidak dapat mencari bukti yang mencukupi untuk menyokong penggunaan satu...

Adakah magnesium sulfat berkesan untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) yang memberang?

2 years 11 months ago
Adakah magnesium sulfat berkesan untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) yang memberang? Latar belakang COPD adalah penyakit berlarutan paru-paru yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. COPD yang memberang adalah episod yang bertambah teruk dalam kalangan orang yang didiagnos dengan COPD, disebut sebagai eksaserbasi dalam ulasan ini. Magnesium sulfat dilaporkan mampu meluaskan saluran pernafasan untuk membantu pernafasan. Magnesium sulfat boleh diberi sebagai infusi ke dalam vena atau sebagai sedutan melalui alat yang dipanggil penebula. Beberapa kajian menunjukkan ia...

Adakah kaedah perubatan untuk menamatkan kehamilan pada peringkat awal kandungan berkesan dan adakah ia mengakibatkan kesan-kesan yang tidak diingini?

2 years 11 months ago
Adakah kaedah perubatan untuk menamatkan kehamilan pada peringkat awal kandungan berkesan dan adakah ia mengakibatkan kesan-kesan yang tidak diingini? Mesej utama - Pengguguran kandungan menggunakan kaedah perubatan adalah cara yang selamat dan berkesan untuk menamatkan kehamilan dalam tempoh tiga bulan pertama. - Mifepristone digabungkan dengan misoprostol adalah cara yang lebih berkesan berbanding dengan menggunakan ubat-ubatan ini secara berasingan. - Misoprostol lebih berkesan apabila dimasukkan ke dalam faraj/vagina berbanding ditelan/diambil secara oral, dan cara ini lebih selesa...

Berapa berkesankah dresing dan agen topikal dalam pengurusan luka selepas rawatan pembedahan untuk sinus pilonidal punggung?

2 years 11 months ago
Berapa berkesankah dresing dan agen topikal dalam pengurusan luka selepas rawatan pembedahan untuk sinus pilonidal punggung? Mesej utama - Plasma kaya platelet (sebahagian daripada darah peserta sendiri yang menggalakkan pertumbuhan semula tisu) boleh mengurangkan masa untuk penyembuhan luka berbanding kain kasa steril - Krim pembaikan kulit Lietofix boleh membantu luka sembuh dalam masa 30 hari berbanding dengan dresing iodin (yang membantu mengurangkan bakteria dalam luka) - Adalah tidak jelas sama ada dresing hidrogel (direka bentuk untuk luka kekal lembap) mengurangkan masa untuk...

Rawatan untuk air liur meleleh yang tidak disengajakan dalam penyakit neuron motor

2 years 11 months ago
Rawatan untuk air liur meleleh yang tidak disengajakan dalam penyakit neuron motor Soalan ulasan Untuk menilai kesan rawatan untuk air liur meleleh dalam penyakit neuron motor (motor neuron diseasem, MND), yang juga dikenali sebagai sklerosis lateral amiotrofik (amyotrophic lateral sclerosis, ALS). Latar belakang Air liur meleleh yang tidak disengajakan (sialorrhea) adalah simptom menyusahkan yang dialami oleh ramai penghidap MND disebabkan oleh kesukaran menelan. Rawatan air liun meleleh kini melibatkan sedutan, rawatan ubat dan pendekatan yang lebih invasif, termasuk suntikan toksin...

Berapa tepatkah simptom dan pemeriksaan perubatan untuk mendiagnos COVID-19?

2 years 11 months ago
Berapa tepatkah simptom dan pemeriksaan perubatan untuk mendiagnos COVID-19? Mesej utama - Keputusan-keputusan mencadangkan satu gejala yang disertakan dalam ulasan ini tidak boleh mendiagnos COVID-19 dengan tepat. - Kehilangan deria rasa atau bau boleh menjadi 'bendera merah' untuk kehadiran COVID-19. Batuk atau demam mungkin berguna untuk mengenal pasti orang yang mungkin mempunyai COVID-19. Simptom-simptom ini mungkin berguna untuk menggesa ujian lanjut apabila ia hadir. - Kami perlukan lebih banyak penyelidikan untuk menyiasat gabungan simptom dan tanda-tanda dengan maklumat lain seperti...

Apabila mencuba untuk mendapatkan bayi melalui konsepsi terbantu, adakah lebih baik untuk memindahkan embrio ke rahim pada hari ke-3 atau hari ke-5?

2 years 11 months ago
Apabila mencuba untuk mendapatkan bayi melalui konsepsi terbantu, adakah lebih baik untuk memindahkan embrio ke rahim pada hari ke-3 atau hari ke-5? Latar belakang Ramai wanita dan pasangan tidak mungkin hamil dan mempunyai bayi tanpa rawatan perubatan akibat ketidaksuburan. Doktor telah membangunkan pelbagai teknologi reproduktif terbantu (ART), seperti persenyawaan in vitro (IVF) yang melibatkan manipulasi telur dan sperma di luar badan wanita, bagi cubaan meningkatkan peluang untuk hamil. Biasanya, dalam konsepsi terbantu, doktor mengumpulkan telur daripada seorang wanita dan...

Clonidine digunakan pada kulit untuk orang dewasa dengan sakit neuropatik kronik

2 years 11 months ago
Clonidine digunakan pada kulit untuk orang dewasa dengan sakit neuropatik kronik Mesej utama Kami tidak menemui bukti berkepastian tinggi untuk menyokong penggunaan clonidine yang digunakan pada kulit untuk neuropati diabetik yang menyakitkan. Kami tidak menemui bukti untuk keadaan sakit kronik yang lain. Apa yang kami buat? Untuk mengetahui cara clonidine digunakan pada kulit (clonidine topikal) berfungsi pada orang yang mengalami sakit neuropatik, kami mencari pangkalan data perubatan dan rujukan penerbitan dan pendaftaran atau kajian klinikal. Kami juga menghubungi pakar-pakar dalam...

Antiemetik profilaksis untuk orang dewasa yang menerima opioid intravena dalam tetapan penjagaan akut

2 years 11 months ago
Antiemetik profilaksis untuk orang dewasa yang menerima opioid intravena dalam tetapan penjagaan akut Mesej utama Metoclopramide tidak mengurangkan risiko muntah, loya, atau keperluan untuk ubat penyelamat apabila diberikan sebelum opioid intravena di jabatan kecemasan. Dari segi keterukan loya, metoclopramide tidak membantu pesakit lebih daripada plasebo (rawatan palsu). Apakah emesis yang disebabkan oleh opioid? Pakar perubatan sering memberi pesakit opioid untuk kesakitan di jabatan kecemasan, tetapi lebih satu pertiga mengalami kesan-kesan sampingan loya dan muntah (emesis). Sesetengah...

Persediaan untuk pesakit kanser usus untuk pembedahan dengan pelbagai intervensi

2 years 11 months ago
Persediaan untuk pesakit kanser usus untuk pembedahan dengan pelbagai intervensi Tujuan ulasan ini Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada pelbagai intervensi yang diperkenalkan dalam tempoh sebelum pembedahan untuk kanser usus boleh menyediakan pesakit dengan meningkatkan kecergasan keseluruhan pesakit, dan justeru itu meningkatkan hasil selepas pembedahan. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian terkawal rawak yang tersedia mengenai topik ini. Mesej utama Hanya tiga kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk semakan ini, maklumat tidak tersedia untuk...

Xpert MTB/XDR, ujian pantas untuk rintangan terhadap ubat tuberkulosis

2 years 11 months ago
Xpert MTB/XDR, ujian pantas untuk rintangan terhadap ubat tuberkulosis Mengapakah penambahbaikan diagnosis rintangan ubat tuberkulosis penting? Ujian tuberkulosis, seperti Xpert MTB/RIF, Xpert MTB/RIF Ultra, dan Truenat, hanya mendiagnosis rintangan rifampicin, tetapi tidak memberikan maklumat tentang rintangan terhadap ubat lain yang digunakan untuk merawat tuberkulosis. Maklumat ini diperlukan untuk membolehkan rawatan yang berkesan dimulakan dengan cepat. Tidak mengenali rintangan ubat tuberkulosis apabila ada (negatif palsu, FN) boleh mengakibatkan penyakit yang teruk dan kematian....

Apakah manfaat dan risiko ocrelizumab untuk sklerosis berganda?

2 years 11 months ago
Apakah manfaat dan risiko ocrelizumab untuk sklerosis berganda? Mesej utama – Ocrelizumab ialah ubat yang diluluskan baru-baru ini untuk merawat pesakit sklerosis berganda (MS). Dalam MS relapsing-remitting (di mana pesakit mengalami gejala yang bertambah teruk), ocrelizumab mungkin mengurangkan ‘flare-up’ secara ketara, mengurangkan kemerosotan gejala dengan ketara, dan mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan kepada kesan yang tidak diingini berbanding dengan interferon beta-1a (rawatan standard untuk MS), 96 minggu selepas rawatan bermula. – Berbanding dengan plasebo (ubat palsu)...
Checked
21 hours 18 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed